IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Isnin, 11 September 2017

Perca: Habib Khadija




May the blessings of the Almighty continue shower upon you,
Like rain,
May it rain and
May it never stop,
May you drown in His blessings,

And let me drown with you too.




‘Aku selalu punyai sifat mencintai hal hal yang jauh dari jangkauan aku.
Angkasa,
bintang,
bulan,
kamu.’

Kamu yang selalu kupandang dari kejauhan, namun mengertilah. Doaku, selalu meminta supaya kamu dan aku sentiasa didekatkan. Galau rasanya hatiku bilamana figura kamu tidak terbias dihadapan mata aku.

Dimanakah kamu? Selamatkah? Atau sedang bersedih?
Gila memikirkan kamu itu tidak segila terus melupakan kamu.
Gila merindukanmu juga tidak segila mengalah tanpa berjuang mendapatkanmu.
-Saif


‘Tahun berlalu, namun waktu membeku
Jarak memisah, tapi hati tidak berubah
Kita mencoba lupa, dan mengubur cerita
Percuma saja, rasa ini tidak mengenal ajal.’
-Habib Amin

Aku tahu kau pernah terluka. Bertahun tahun, dan kau putuskan untuk lari ketanah ini. Bagiku itu adalah takdir terindah.

“Lupakan dendammu, Khadija. Aku ada disini.” Habib bersuara lembut, namun meyakinkan.

“Lupakan masa lalumu yang menyakitkan. Hal hal seperti itu kamu harus tinggalkan menjadi sejarahmu yang tidak ingin kau selak lagi halamannya, tinggalkan ia menjadi debu, atau apa saja, yang boleh aku usir dari kenangan ingatanmu.”

Khadija tersenyum hambar. Yakin sekali Habib.

“Tell me how, Habib? 7 freaking years, how do you expect I can forget him just like that? Kau fikir perasaan ni tiada kesan? Ada. Parut, Habib. Parut hodoh yang tertinggal kat hati aku.”

“Itu masa lalumu, Khadija. Kamu tidak lagi tinggal disitu. Kamu adalah sekarang, pada waktu ini, yang menuju masa hadapan kamu sendiri. Jika aku sendiri tidak menghakimi masa lalumu, mengapa kamu masih terus terusan mahu meratapi dan meyalahkan apa yang telah terjadi?”

Khadija terngadah disitu. Sungguh dia kagum dengan tiap tiap bait kata kata yang keluar dari bibir Habib Amin. Lembut, namun menyedarkan.

“Apa kamu masih lagi tidak bisa melihatnya, gadisku?”

“Hah?” Khadija kerut dahi disitu. Matanya terus membalas pandangan Habis yang sedari tadi menikam matanya lama.

Aduh, sejak bila pulak mata Habib ni nampak cantik? Baru kalini ini dia memuji sepasang mata coklat cair lelaki itu yang disempurnakan dengan bulu mata hitam lebat..

Ah sudah. Jantung Khadija berdetak lain macam.

“Lihat apa, Habib Amin?” Soal Khadija kembali, namun matanya kali ini dilarikan kearah lain.
Tak boleh tak boleh, aku baru lepas patah hati ni, WAJIB ambil masa 7 tahun jugak untuk move on. Don’t fall for Habib, Khadija. You’re not falling for him. He’s just being a friend, to help you get over with your heartbreak phase.

“Lihat aku sebagai masa depanmu.” Dan Habib senyum. Mahu meyakinkan Khadija, gadisnya. Cukuplah 4 tahun dia menemani gadis itu walau terpisah tanah besar, kali ini Khadija sudah dihadapannya.

“Mahukan kamu percaya bila aku katakan aku juga mahukan kamu sebagai masa depanku, Khadija?”

Sungguh, Khadija hilang pada kata kata.

“Mahukah kamu, Khadijahku, untuk memulakan segalanya bersamaku, disini, di Indonesia?”




“And in that moment,
I realized he came one step closer to me.”






‘Oh my God.’ Ini lamaran ke? Atau confession? Daripada Habib Amin, seriuslaaaaa. Habib Amin Anuar ni crush aku kot dulu. Crush setiap kali aku fed up dengan Saif. Wow wow.

“Aaaa… Well.. I think you’re being comfortable with me all this time. I didn’t expect.. emm. Did you just confessed?”

“Khadija, lupakan pada 7 tahun kisah lalumu, lihatlah pada 4 tahun ceritaku menunggumu.”

4 tahun? Khadija sungguhlah blur sekarang ini. Oh, 4 tahun lalu Habib datang ke Malaysia dan mereka mula menjadi teman rapat. Setahun kemudian Habib pulang ke Indonesia kembali bersama keluarganya. 4 years of waiting for me? He had a crush on me? Too?? Wow wow wow. Ni sekarang I nak excited ke nak sambung blur sekejap?

“Ini bukan sekedar rasa meminati, Khadija. Ini adalah pertama kaliku jatuh cinta, dan gadis itu adalah kamu. Tapi apa yang bisa aku lakukan, Khadija? Kau terlalu lemas dengan perasaanmu terhadap Saif. Aku cuma bisa menjadi penemanmu ketika itu. Saat itu, biar saja aku menjadi seseorang yang sentiasa didekatmu, agar kamu percaya bahwa akulah kekuatan yang kamu perlukan disetiap kamu bersedih.”

“Ternyata, sampai saat ini, kau masih lagi tidak bisa meihatnya.” Habib tersenyum lirih.

“Sehinggalah aku sendiri yang menyadarkanmu, iya bukan?”




May we be united,
If not in this world then the next,
For in both you’ll be my final prayer. 



Khadija menelan liur. Berdehem sedikit, cuba menstabilkan kejutan yang baru diterimanya.

“Jadi, Habib-“

“Iya,” Dan Habib senyum, dengan senyuman paling manis pernah Khadija lihat, dengan senyuman penuh lebar dan bahagia yang buat Khadija pertama kalinya merasa nyaman dan yakin.

“Nak terus serius tak?” direct terus Khadija kali ini. Walaupu masih ragu ragu dengan perasaannya sendiri terhadap Habib, tapi kalau ada bahagia yang sudah muncul didepan mata, buat apa dia mahu menepis huluran rasa itu.

“Aku sudah lama mahu serius dengan kamu, Khadija ku.”




2.11 am
5th June 2017




Selasa, 2 Ogos 2016

#SyahxAthirah #2 : Reception


Bismillahirrahmanirrahim.


Ha'ah. Aku memang sengaja buat sampai 2 entry pasal #SyahxAthirah ni. Sengaja suruh korang baca kisah cinta Mark and Razak.

 Tapi yang  May 2016 tu majlis nikah je. Halalkan apa yang patut, awalkan apa yang halal. eh ape aku type ni. aku pun tak faham. aku dah ngantuk.

and last week Sabtu lepas 30 Julai barulah Walimah Mark and Razak. A night before tu majlis nikah adik Mark, Syu nama dia. (tak berani nak letak nama samaran) hahaha

Umur baru 20 tahun dah sampai jodoh. korang bila lagi? muahahaha kesian padan muka mereput lol
Barakallah Syu and Zhariff, alaa yelaa Barakallah gak ah to Atira and Syah. (pstt Mark and Razak k)




Waheeda and aku kantoi ah pakai baju Kaedul Fitri. 
Nak lagi kantoi baju tak sempat basuh plak tu ahahaha
*patutlah mereput*


                 
tak dapat amek gambar ngan pengantin baru Syu and Zhariff,
amek gambar ngan pelamin pun jadi ah.
(Little Pony pun da kawen, korang bila lagi?)



tapi yang kali ni tak ramai dapat datang. Alhamdulillah aku and that Elit Member of Dementor Squad tuada rezeki untuk sampai lagi sekali ke Terengganu sama sama kasi gegar wedding  2 beradik ni.

lagi sekali, terima kasih banyak2 kepada keluarg pengantin, Cik Azu and Cik Asri (Miya marah aku anggil Cik Asri. Dia suruh aku panggil Tok Abah.) (Okay Miya okay), atas layanan mesra dan tanggungan makan selama kami disana.

macam tau tau je aku ngan Aisyah ni piranha. sikit sikit makan.

Oh lupa.  Aqeel, Din and Hadi pun ada datang gak. and the rest geng2 Mark dari Sg Pusu and Integomb yang surprisekan Mark. Wow beb tahniah bangga aku tengok kau happy. Sebangga aku dapat telan lagi satu cawan cendol.

(roti john dia sedap)

ehh lawa gila Mark wehh. Make up dia on point! Lemah iman Razak menatap wife dia ni ha.
Nasib baik aku diva. kental la sikit jiwa raga aku menatap kecantikan Raja Sehari ni.


kalau waheeda piranha malu baju ala2 pengantin or dah nak sama ngan eskem paddle pop yang magic tu,
baju aku lagi malu. sama terus ngan alas meja makan kat hall tu.
tapi aku kan diva. mestilah kental.




aku memang saje letak gambar hodoh semorang (kecuali Razak.)
(komited betul pandang kamera)
paling penting, nampak ah si waheeda tu mereput duduk di kejauhan dan warna baju acah2 pengantin hahaha





Elsa and Power Ranger Pink.


Masjid Asmara Al Cintanya
#janganmengata #locationkatinsta



Esoknya, Mark and Razak sambung photoshoot kat Pantai Teluk Ketapang. Tanak kacau, kitorang pun buatlah photoshoot (ehem, wefie) sendiri.

ahh, sadisnya hidup lol


boleh nampak la PA si Mark ni angkut kek and payung.
teman photoshoot. 
(Padahal dalam otak asyik fikir makan)



anak anakku, cuba teka rambut siapa paling patriotik disitu?



anak anakku, cuba teka lagi rambut siapa yang sedang berkung fu?



payung pengantin tu..
2 ekoq ni bawak lari pi pantai aku tak dapat imagine canne pengantin Mark and Razak tu deal dengan terik mentari






nak dapatkan gambar ni balik dari phone Din ni pun kena berperang mulut ngan Azhar.
Sakit otak aku layan Azhar Mental.
menyesal tau tak. huh





Mark, kawan kau baru je patah hati ni.
Doakan la dia ada hati balik nak hidup.





Eww..
#whatthecheese







again, Tahniah Alhamdulillah Barakallah Syah and Athirah!
Minta maaf sepanjang entri ni aku panggil korang as Mark and Razak.

Kan keren kalo gitu.



Adios Amigos.







#SyahxAthirah : #1 Solemnization


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah awek aku dah selamat jadi isteri orang (bajet macam baru kawen je kan) (padahal da 3 bulan) (okeylaa demi kau aku anggap kau still pengantin baru) and nama dia Markonah Ariffa. Nama suami dia pun lebih kurang gak Syah Razak nama dia.

tulaa orang kata kalau jodoh tak kemana. eh sebelum tu, iklan kejap. aku ponteng kelas rini hahahaha setan betul pangai kan ah tapi sebab dari semalam lagi and malam tadi bersambung pagi ni aku asyik dengar awek awek spare part aku yang lain asyik cakap
"Aku tak pergi kelas kot"
"Rasa macam nak ponteng"
Alaaa aku malas ah nk gi kelas esok."

Kan. syaitonnirrajim sangat kan. Paham tak aku ni dah la rapuh, lemah pulak tu terus aku pun dengan lemahnya terhasut untuk tak datang kelas 3D CAD arini sobs sobs minta maaf ye Bro Afifi. Janji Jumaat ni saya submit section lelll.

okay sambung kesah si Markonah ngan Razak ni. Haa diorang nikah masa Hari Pekerja 2016. bijak wey, genius tak tau nak cakap camne. Nanti tiap kali Anniversary takyah gelabah biawak dah nk buat surprise ke nak plan honeymoon part 43 ke apa ke sebab confirm2 ah cuti kan hmm bonus point disitu.


So Mark (nickname untuk Markonah) and husband and family jemput weolls gi wedding dia. Fully sponsored. Alhamdulillah, murah rezeki pengantin baru and keluarga pengantin.

Bla bla bla bla bla (ah malas nak taip banyak) aku ngan beberapa kerat awek awek spare part aku ngan beberapa lagi kerat back up bodyguards pun datang Terengganu.




sekereta.
 dua tukang drive, dua ekor lagi haram tak reti pape lol
tukang tidoq je la


and wehh,, aku jadi pengapit bidan terjun Mark secara tak sengajanya wehhh wuuu aku terharu gila nak mamps tapi aku kan diva so aku kena acah kental tahan air mata keterharuan tu.

Mark mekap sendiri nyahh, kau hado? power tak power awek aku ni. aku ni pun nak pakai eyeliner berbelas jam gak ah nak dapat perfect curved kat dua dua belah mata, tu belum lagi tahap ketebalan or kenipisan eyeliner kat alis mata. Pergh. Sebab tu aku malas nk mekap. eh, kecuali bila aku tak boleh solat so seminggu tu aku hentam pakai eyeliner setebal kulit muka Jibby muka tembok lol

ah, lipstik memang aku selalu pakai. baru feel seksi kau nyah. Alah kau,

Nur Sajat yang jantan tu pun boleh jadi lawa gila nak mamps, aku yang original perempuan ni takkan nak kalah kan? oishh mana boleh nyah, paling paling pun nak gak ah setanding si Sajat Ketiak tu kan muahahaha

weyy apenii apahal kuajaq ngatt entri ni ishh


okay so si Mark ni mekap sendiri en, sambil2 dibantu lejen makeup Kak Ummi, haa result dia nyahh, Sajat nampak pun boleh menangis kat plastic surgeon nak mintak bedah hati biar jadi kental tak kuat nak menghadap kecantikan pengantin baru kita ni haaa.

Razak takyah cakap ah, tak berkelip terus mata nampak Mark wife dia ni duduk bersimpuh diatas pelamin. Alahai..


Mark ni sekarang bukan lagi dah antara koleksi awek spare part aku. Dia dah jadi isteri orang. wuwuuu macam ni rupanya perasaan playboy bila salah seorang daripada koleksi dia hilang terlepas dari genggaman wuuu



Time akad nikah tu jangan cakap ah dah nak banjir mata aku tapi aku kan diva, kena ah bajet kental tak kan nak meraung kang comot oishh hodoh tak pepasal reject jadi pengapit lol. oh aku ngan Ummi Amanina kawan si Mark jadi bridesmaid Mark. secara tak sengajanya. sebab warna dress sama. secara tak sengajanya.

heh.

Oh lupa aku nak kata. Ahh, lupa la pulak nak taip apa tadi. hmmm



haa tak debor pungg
cantik kan cantik kaaannnn
#letscantik #janganmengata


Oh time ni haa barulah reveal nama sebenar si Mark ni. Rupanya bukan Markonah Ariffa tapi Nur Athirah Ariffah. Oooohhhhh


Haaa debor deborrr *ekekeke


Ahh and time ni gak ah penyamaran Razak terbongkar. Rupanya bukan Syah Razak tapi Syahrastani. hmm kantoi depan bakal pok mertua laktu aiyookkk
hahahaha garang terus muka along si Mark ni



eh pakcik jangan nangis pakcik. sedangkan Mark pun kental 
ni pakcik pulak nak syahdu dah kenapa



Alhamdulillah tahniah ye Razak dan Mark




Tahniah Mark jadi isteri orang dah kau. 
Terima kasih sebab percayakan aku jadi pengapit kau. Aku baru je nak buat surprise wild party masa diorang cakap "SAH" tu. Aku dah jemput Kanye West kau apa tau



aiyookk abeslaa kau kena ikat dalam hidup si Razak


cium, cium, cium...
*sila baca sambil bersorak*



sebenarnya tetiba ngantuk instead of syahdu.
tapi aku kan diva. kena ah kental.









back up bodyguards to Terengganu. tertinggal lagi sorang. eh duorang. Aqeel and Wafi. 


Squad




Syah and Aa dah kahwin. korang bila lagi?




tiba masa untuk candid muka huduh



jap. Ni geng studio. bukan geng buaya tembaga mahupun perempuan pisau cukur.




Babah kekenyangan sangat tu sampai leher pun terbenam
Haa tu Arafat tengah ruqyahkan Babah la tu
Din macam biasa.. sakit mental -_-





anak anakku, cuba cari Din




Yana jangan rakus sangat okey. Saba plis



Yana rakus lagi.




Pastu pergi pantai. yelah dahtu takkan nak kacau Mark and Razak photoshoot pulak kan. so kita pi pantai la buang jin yang diikat dalam botol. emm

padahal melayan perasaan*lahh sangatt*


Squad 2.0




anak anakku, cuba cari Arafat pulak.








just exactly sebelum balik UIA balik, singgah Cherating. Lawa gila pantai uhuk aku rasa macam nak menangisssss... Aku harap mermaid janganlah pupus cepat sangat, tau tak masih ada lagi pantai2 yang cantik ni?

aku sebagai salah seorang ahli Majlis Tertinggi Duyung rasa syahdu bila lepak2 kat sini.


acah hipster melawan rintangan angin.
sekuat mana pun angin datang membadai cinta kita..
sekuat itu juga..
kau jangan sampai aku buat ayat pick up line kat sini. dah aa



ah yang tshirt hitam, seluar hitam, topi hitam tu bukan orang tua tau.
 tu Wafi. dialah paling raver, dia lah paling hipster


Subhanallah.
That sea, that beach, and that sky tho.. 

tapi Wafi sekarang ni dah pose macam Sajat pulak. Din yang hipsver
sesuai ngat ngan Nada


girlfriends. kalau kantoi curang ada banyak spare part.
jangan tiru perangai ni.

nampak sangat gelak fake dia tu.
dah Wafi suruh acah gelak, nak buat canne kan.
#salahkanWafi


jangan lah korang berani berani nak lawan yang paling depan paling merah tu.
dia dahlah antara Elit Member dalam Dementor Squad. 
sekali kau buat dia bengang, nahas soul kau sena sedut.
tak pun dia tinggal call Dato' Seri Asiah je.



[ Credit pic to Aqeel and Wafiy. Gambar lawa!]
Banyak curi gambar2 dari camera album Aqeelah Munziaq and Wafi Raverster je ni.
*err nak cakap thanks ke tak ni* hmm




Again, Barakallah ya Syah and Athirah.
Semoga sampai syurga cinta korang.


Eww cheesy nya ucapan.
Dah ah.



Adios Amigos.







Isnin, 1 Ogos 2016

Finally Ended






"And then that's when it happened.
My one sided love had finally ended.

No more heart ache.
No more disappointing conversations.
No more hope.
No more imagination.

I was finally free from the clutches of this thing they called love."










"How do we know it's time to  move on?
Simple, we don't. Because it's not our decision to make. 
You can't persuade a heart to abandon a feeling any more than you could convince a fire to cool down. 
If you ever feel like moving on is a choice, then evidently you already have."





Girlfriends and I #2 : Pilihan Nafsu atau Istikharah


Kes patah hati dengan leaki masih tak habis lagi malam tu. Bersambung malam ni. alaaa actually dari dulu kalau tiap kali lepak kat kedai Wak Turik jemesti cerita pasal

"Weh is it right to keep in touch with him?"
"Aku dah lama ah move on ngan dia tu." (but then keep on stalking)


Sampai masuk part Istikharah. Pergh serius semacam girlfriends aku ni.

Complicatednya urusan hati lol hahaha







Girlfriends, I wish you all the best je okay sayangku semuaaaaa.