IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Sabtu, 26 Oktober 2013

The Story After



“Stop damaging my brain!” Tutur Nuri, penuh geram.

Figura remaja lelaki dihadapannya, meletup dengan tawanya. “Or, stop being gentle and perfect in your eyes?”

“Pun boleh jugak.” Gumamnya. Tangannya pantas mengemas buku buku rujukan yang berselerak di atas meja. Geram betullah! Elok elok aku boleh spend time sampai pukul 6 kat sini, sekarang kena blah dari sini. Si Amoeba ni gila betullah!

                “Eh, nak kemana?” Tanya Daniel penuh gelabah apabila melihat Nuri kesayangannya berura ura hendak pergi dari situ.

                “Balik. Mandi. Basuh baju. Tidur. Hoping bila aku buka mata balik, aku tak pernah rapat dengan kau.”

                “Tapi aku ibarat jiwa kau.” Luah Daniel, yakin.

                “Taik kucing.” Nuri membalas.

                “Dah dua tahun kita kenal. Mustahil kau dapat lupakan aku sesenang itu. Bak kata aku,  aku ibarat jiwa kau.” Tegas Daniel bersuara, menatap dalam anak mata Nuri.

Sedikit terkaku, Nuri berdehem mengusir rasa aneh yang tiba tiba menyelinap dalam hatinya. Tiba tiba dalam dua tahun ini, baru kali pertama dia merasakan mata Daniel amat menawan. Biru laut. Kening lebat. Bulu mata penuh. Lirikan tajam.

                “It’s hard, right?” Suara Daniel mengejutkan Nuri dari dunianya.

                “Hah?”

                “To keep your eyes away from my sexy eyes??”

                “Yuck. Yuck.” Rasa berasap kepala Nuri, kerana kantoi secara tak sengara TERtenung mata Daniel khusyuk, ditambah dengan rasa bengangnya tehadap Daniel yang tak habis habis mengusiknya.

Baru sahaja kakinya hendak melangkah dari situ, lengannya tiba tiba ditarik kuat oleh Daniel menyebabkan buku buku dalam pelukannya terjatuh dan berterabur diatas lantai.

                “Daniel!!!” Spontan, Nuri menjerit. Spontan, kepala kepala pelajar yang kebanyaknnya di tingkatan 5 yang sedari tadi tunduk khusyuk menelaah pelajaran, tegak tertoleh toleh, melihat apa yang sedang terjadi.

                Merah muka Nuri apabila semua mata di dalam perpustakaan itu tajam memandangnya, yang terang terang menunjukkan dirinya sedang dipegang oleh seorang lelaki bukan mahram. Panas rasa hatinya apabila melihat muka Daniel yang selamba tidak berperasaan.

                “Lepas!” Dia cuba menarik tangannya, alih alih badan dia sendiri yang terdorong ke hadapan hampir memeluk tubuh Daniel. Daniel menggeleng, tersengih membalas panahan mata mata yang sedari tadi memandang mereka berdua.

                “DANIELL!!!” Nyaring suara Puan Masyitah, menghantar amaran agar mengentikan tindakannya. Kaca matanya ditarik ke hidung, memandang tajam kearah Daniel. Kepalanya digelengkan beberapa kali, penat dengan tingkah si nakal Daniel. Bukannya si Daniel ni terencat, tapi sengaja pura pura tidak faham.

               
“Takpe, prep malam nanti jumpa lagi.” Sekali lagi, tanpa rasa bersalah.




***



                “Haish! Batal air wudhu’ aku!” Nuri ketap giginya kuat kuat, menahan sabar dengan perangai tak faham bahasa Daniel.

                “Takpe, biar aku ambilkan untuk kau.” Usik Daniel lagi, sambil tersengih nakal. Nuri menjeling tajam. Daniel pura pura terkejut, sambil tiba tiba mencengkam dadanya kuat. Wajahnya dikerutkan, sambil mengaduh.

                “Aduh, jelingan matanya, sungguh berbisa!”

Nuri jelingkan matanya ke atas.

                “Then, tell me. Apa rukun wudhu’?”

                “Berkumur, basuh muka, basuh tangan kiri tangan, alahh easy talk, basuh part anggota wudhu’ je la.”

Nuri tergamam. “Including stomach?”

                “Eh, tapi tak pernah Nampak pun diorang basahkan perut.” Daniel kerut dahi. Tersungging senyum sinis dihujung bibir Nuri.

                “You should learn it sincerely, Daniel.”

                “What?”

                “Our religion.”

                “Come on lah. Takpayah nak konservatif sangatlah zaman sekarang ni. We still can get married even aku still Kristian pun.” Bantah Daniel, tidak setuju dengan pandangan dan minda orang Muslim. Cinta itu buta, cinta tidak membezakan agama, tidak membezakan umur. Apa yang penting ialah hati.

Nuri ketap gigi kuat, menahan sabar. Hilang fokusnya menyiapkan homework Add Maths, dahlah bab Logarithm, bab paling susah tahap maut petala kelapan seekor gajah bagi Nuri.

                “Married?” Luah Nuri, dengan suara tertahan.

                “I have a dream, to make you my wife.”

                “With different religion?”

                “Hey, it doesn’t matter okay? Even jiran I kat Prague dulu pun husband dia Muslim, dia sendiri Buddhist. Nuri, please open your eyes. Kau tak Nampak ke selama ni aku-“

                “Syukur aku tak Nampak. Kenapalah aku tak buta je?”

                “Nuri, what-“

                “Kalau aku Nampak, mungkin aku sekarang dah murtad agaknya.”

                “What? You don’t have to change-“

                “Shut up, Daniel Luke Lim. Dalam Islam, tiada apa yang digelar konservatif. Biarlah dunia makin moden pun, biarlah cara hidup lebih maju ke, asalkan hidup berpegang pada satu satunya agama yang benar-“

                “So what? Nuri, aku rimas tengok kau pakai tudung, besar gedabak, tak cantik, tak seksi. Aku nak kau bukak tudung kau, tunjuk rambut kau, pakai baju yang aku belikan, sebab tu aku nak kahwin dengan kau. Aku suka kau, Nuri. Aku kesian sebenarnya tengok kau tiap kali kena sembahyang, sembah benda yang kau tak Nampak. Kau tak penat ke, sembahyang sampai 5 kali sehari? I tried to be a caring guy, Nuri. That’s why I really want to marry you someday so kau akan bebas dari semua ni. Kau bebas dari peraturan mengarut pakai tudunglah, baju besarlah, tak boleh sentuh lelaki lah, terikat dengan sembahyanglah-“

                “Daniel,” Serasanya darah dalam badannya semakin menggeegak mendengar pernyataan Daniel.

                “But bila aku tengok kau patuh sangat dengan agama kau, okay for me it doesn’t matter. We still can get married, kau dengan agama kau, and aku still dengan agama aku. Kalau kau tak suka sangat agama Kristian sekalipun, fine, I can be an atheis. Easy.” Daniel berhujah panjang, memberi jalan paling mudah agar Nuri dapat memahami niatnya yang ikhlas. Dia tidak memaksa Nuri menukar agamanya, malah tidak pernah menarik Nuri agar memahami agamanya. Dia Cuma mahu Nuri memahami perasaannya, menerimanya, membuka hatinya. Sungguh dia telah jatuh cinta dengan Nuri sejak pertama kali dia melihat Nuri.

                Nuri beistighfar berulangkali. Dia duduk. Mengambil nafas dalam dalam. Kalau marah, duduk. Kalau masih marah lagi, baring. Tak logik nak baring depan si taik kucing ni. Then, ambil wudhu’. Nuri menggeleng. Takpelah, Insya Allah aku masih boleh kawal marah aku. Lagi berapa minit je lagi sebelum prep malam habis.

                “What the hell are you talking about, Daniel? You pig, tau tak Islam tu agama yang suci?!” Tengking Mimi, rakan sebelah meja Nuri yang sedari tadi mendengar perbalahan mereka berdua. Merah muka Mimi, merah lagi muka Nuri.

                “Mimi, no. Itu bukan caranya nak buat dia faham. Sabar.” Nuri genggang tangan Mimi, kuat. Memohon agar amarahnya dapat dihilangkan sedikit.

                “What?! Nuri, aku dah lama sabar-“

                “Nuri, aku Cuma nak buat kau sedar je. Sedarlah, yang selama ni aku suka kau. Sedarlah, yang apa aku cakap tadi tu untuk kebahagiaan kau bila kita kahwin nanti.”

PUUK!!

Buku rujukan Biologi setebal 700 halaman milik Mimi itu tepat mengenai wajah Daniel. Buku itu tepat tepat mengenai dahi Daniel, menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Satu kelas kini memandang drama yang sedang terjadi.

                “I’m sorry, I cant control my temper anymore.” Masih dengan suara tertahan Nuri mengucapkan. Matanya berair. Ditahan tahan agar tidak mengalir. Hatinya rasa puas melihat dahi Daniel yang merah melecet. Tiada langsung rasa bersalah.

Mimi terlopong melihat tindakan luar alam Nuri.

                “You dreamed of- we are getting married. Great, IN YOUR DREAM!”

Pantas tangannya mengemas mejanya, memasukkan bukunya kedalam begnya. Sebenarnya, lebih kepada menghumban bukunya dan kotak pensel yang tidak dizip kedalam begnya. Dia sudah tidak peduli. Hatinya panas. Serentak dia menggalas begnya, loceng tanda prep malam sudah tamat nyaring berbunyi. Pantas, kakinya melangkah keluar dari kelas.

                “Eh, beg aku la yang kau sambar tu, Nuri!” Jerit Mimi.

Nuri berpaling, mukanya merah menahan marah dan malu dalam satu masa.

                “Then, bawak je la beg aku balik.”


***

                “Kau kena faham, sah sah dia takde background Islam, memanglah dia cakap macam tu.” Nasihat Ekin, dormmatenya perlahan.

                “Tapi, takkanlah dia buta sangat semua perkara pasal Islam. Batch kita kan mostly agama Islam, even dormmate dia pun semua Islam. Mustahillah dia langsung tak tau langsung pasal Islam ni.”

                “Dia datang dari background yang jauh berbeza dari kita, Nuri.” Maryam pula bersuara. Sebagai ketua dorm, dia merasakan itu adalah tangungjawabnya meredakan perasaan marah Nuri, membuatnya kembali bertenang.

Nuri terdiam. Ya, dia tahu itu. Daniel selalu bercerita padanya mengenai latar belakang keluarganya. Daniel menetap di Prague sejak umurnya 2 tahun sehingga 12 tahun. Ibu bapanya keturunan Cina, telah bercerai. Bapanya sendiri atheis. Datuknya, orang Scotland.

                “Well, aku bukan nak kata apa. Tapi, takkan kau tak perasan yang si Daniel tu dari dulu suka kau?” Elin*ehemehem hehehe pula bersuara.

                Nuri terdiam. Perasan. Perasan sangat. Tapi dia sengaja buat buat tak Nampak. Sebab dia sendiri suka orang lain. Daniel pada matanya hanya kawan sahaja. Sementelah, Daniel bukan jenis lelaki idamannya. Dia tidak suka lelaki muka bercampur baur. Memanglah Daniel kacak, tetapi seleranya lebih kepada lelaki berwajah Melayu sejati. Macam abang sepupunya yang kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di Ireland.

                “Perasan. Tapi dah aku tak suka dia, nak buat macam mana? Aku anggap dia kawan je. Lagi lagi dengan perangai annoying dia tu, suka suki je pegang pegang tangan aku. Penat tau aku marah dia banyak kali, tak faham faham jugak.”

                “Hmmm. Kau sedar tak, yang sebenarnya kau dah sia siakan satu peluang yang saaaangat besar? Yang bukan senang semua orang boleh dapat?” Maryam bersuara, menyoal Nuri dengan maksud yang mendalam.

                “Peluang apa? Terima confession dia? Tau tak, aku bersyukur sangat sebab aku tak pernah cuba nak faham dia lepas apa yang dah terjadi ni.”

                “That’s it. Kau tak pernah cuba nak faham dia, dan dia pun tak akan pernah nak memahami kau.” Maryam tersenyum. Nuri kerut dahi, tak faham.

                “Kau marah dia bila dia senang senang pegang tangan kau, tapi kau tak jelaskan kat dia kenapa. Sebab, dalam Islam, diharamkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram saling bersentuhan. Kau Cuma marah dia, then kau blah. Next time dia pegang kau lagi, kau marah lagi, and kau blah. Daniel tak akan pernah faham kenapa. Apa salahnya kau jelaskan pada dia, adab of socialising between  men and women in Islam. Apa salahnya, kalau kau bawa dia perlahan lahan memahami Islam?” Panjang Maryam berhujah. Nuri terkebil kebil.

                “Tapi, takkanlah dia tak tau sikitpun pasal hal remeh ni? Takkan dormmate dia tak pernah bagitau dia? Takkan dia tak pernah tanya roommate dia?” Nuri masih tidak mahu mengalah. Marahnya pada Daniel membutakan mata hatinya kala ini.

                “Come to think of it. SPM is just around the corner. Semua orang mesti struggle, fight untuk SPM. Kalau kau sendiri, contohlah subjek account takde dalam senarai yang kau ambil, kau rasa kau nak buang masa tak tanya aku benda yang kau tak akan ambil time exam nanti? Same as Daniel, and his dormmate also. Memasing sibuk study, even kalau study group pun, memang takkan ada masa nak discuss benda remeh, contohnya macam – ‘You guys, I think Lee Joon MBLAQ is so sexy. Is he gay?’ Got it?” Elin pula bersuara. Ekin menganggukkan kepala. Angguk sebab dia pun rasa Lee Joon tu seksi, bukan angguk sebab dia faham.

                “Tolonglah, stop kau punya Kpop tu. My ears are burning.” Ameerah buat muka perit.

                “Kau tau, sebenarnya kau sangat bertuah. Kau, satu satunya perempuan yang rapat dengan Daniel. Dalam masa dua tahun ni kan, sebenarnya secara perlahan lahan kau boleh tarik dia memahami Islam, kenapa kita pakai tudung labuh tutup dada, kenapa kita tak boleh bersentuhan dengan lelaki tanpa mahram, kenapa kita tak boleh kahwin dengan lelaki yang tak seagama dengan kita. Dalam masa dua tahun ni, mungkin perlahan lahan dia akan faham, and benda macam ni pun mungkin tak akan terjadi.” Applause to Maryam. Salute to my Ketua Dorm 42+9 ^^

                “Tapi benda dah jadi.” Gumam Nuri perlahan.

                “Ogoshhh guys! When I looked down, I see my feet! Is that normal?” Tiba tiba Amy menjerit. Dia memandang kakinya penuh risau. Dua saat kemudian, bantal Spongebob miliknya dibaling oleh Ameerah tepat kewajahnya.

                “Stop damaging my brain, Amy! Tolonglah weyh, kau prank diorang je, not me. Dahlah Chemistry aku lemah tahap insomnia, lagi berapa minggu je lagi nak SPM.”Terus disumbat earphonenya ketelinga, melayan koleksi lagu Nicki Minaj obsesinya. Amy gelak berguling guling diatas katil, puas mengenakan Ameerah.

                “LIGHTS OFF!!!!!!”

                “Weyh Masya Allah weh. Tutup tutup lampu cepat!” Gelabah anjing si Maryam mengarahkan Afiqah yang baru sahaja menapak masuk kedalam dorm agar menutup lampu.

                “Apasal? Siren rosak ke beb?”

                “Bukan siren rosak. Auntie Guard Kerinting sakit.” Toya si Syazana menjawab.

Maryam sakit kepala melihat baju tshirt yang dipakai Syazana basah menjejeh dengan air. “Baju kau ni, siap datang sekali dengan laundry service ke? Asyik basah je. Gosok gigi je pun.”

                “Alaaa bukanlah. Tadi Fiqa simbah aku dengan air, sebab tu basah. Tsk tsk.” Syazana mula tersesak.

                “Ah sudah.” Elin bersuara. Afiqah Cuma ketawa kuat. Maryam pegang dahi. Melihat Amy yang terjinjit menuju ke suis dan berura ura hendak membuka suis lampu, Maryam lantang menjerit.

                “Amyy!! Kalau kita kena roll call memalam buta ni dengan Masya Allah, aku tendang kau dulu!” Maryam pegang kepala lagi.

                “Arghh!!! aku tak boleh focus lah gilaa!” Ameerah menjerit. Kekecohan berlaku dalam sekelip mata dalam dorm Nuri.

                Maryam kembali menatap Nuri, dalam. Memegang tangannya erat, cuba untuk meyedarkan Nuri.

                “Aku takde masa panjang nak cakap dengan kau, tengok je lah dormmate kita. Asal malam je, gila. Asal malam je, gila. Asal gila je, malam. Aku rasa aku nak resign jadi ketua dorm ah.”

                “Then I’ll be the next!” Elin menjerit, teruja.

                “Diamlah nenek. Dah, pergi jual Bika kau tu.” Maryam jeling tajam. Terus terdiam si Elin.

                “Meh lah aku beli Bika kau.” Ekin akhirnya besuara.

                “Aku rasa, kalau dari awal hubungan persahabatan kau dengan Daniel, kau penuhkan dengan pemahaman Islam, mungkin Daniel tak akan cakap benda yang bagi kau sangat kurang ajar. Biarlah kalau dia kata dia nak kahwin dengan kau sekalipun, kalau takde jodoh takkan kahwin punya. Kan lagi cantik kalau sekarang ni hati dia betul betul tertarik dengan Islam, then dia masuk Islam. Even kalau kau memang dah tak suka dia sangat pun, fikirlah pasal Meera. Dia tu dari dulu crush si Daniel, tau?” Usik Maryam. Meletus tawa Nuri.

                “Hoii! Agak agak ah nak pecahkan rahsia pun. Haa kan sekarang aku dah lupa the whole periodic table ni.” Meera bersuara bengang, menutup malu.

                “Doakan je dia terbuka hati masuk Islam.” Senang Ekin bersuara.

                “Then kahwin dengan aku.” Sambungnya lagi.

                “Hoi!!! Ehem, ehehemmmm!” Meera berdehem.


***


                “Nuri, Daniel nak jumpa kau.” Beritahu Emir, rakan sekelasnya sewaktu dia sedang berpeluh mengusung begnya yang penuh berisi fail.

                “Hah? Alamak, cakap kat dia, aku tak sempatlah weh. Parents aku dah tunggu tu.” Jawab Nur, beralasan. Satu, sebab sisa marahnya masih ada pada Daniel. Dua, sebab dia rasa malu dengan Daniel, malu dengan dirinya sendiri kerana tidak Berjaya menjadi Muslim yang baik, yang sabar. Tiga, sebab dia sendiri sudah penat menusung segala harta bendanya kedalam kereta umi dan papanya. Empat, umi dan papanya sudah lama menunggu. Lima, hello~ Aku nak baliklah. SPM dah habis, okey?

                “Tapi, dia kata ini urgent.” Balas Emir, rasa bersalah pula tiba tiba.

                “Macam ni lah. Cakap je kat dia, aku dah maafkan dia, seurgent mana pun, urgent lagi aku nak balik. Rindu rumah woii.”

                “Err, eh Nuri-“

                “Chiao! Cakap kat dia, I wish him Good Luck!” jerit Nuri, sambil melambai. Dalam hati, rasa sedih jugak sebenarnya. Berpisah dengan satu satunya sahabat lelaki yang paling rapat dengan cara yang tidak mesra langsung. Langsung tidak bertemu muka ke muka. Nak buat macam mana. Aku takut, aku marah, aku sedih, aku berdebar. Betul betul dah macam belacan perasaan aku ni sekarang.

“Nuri! Nurul Imani!”  Tajam telinganya menangkap suara yang sangat dikenalinya melaung namanya kuat di hadapan dewan.

Pantas kakinya melangkah, membuka langkah seribu menuju kea rah kereta papanya.

Daniel pantas mengejar Nuri dari kejauhan. Dilanggar sahaja badan badan sahabatnya yang bertentangan dengan arah lariannya. Dia perlu berjumpa dengan Nuri, mahu memberitahu sesuatu. Tidak kisahlah sedalam manapun rasa benci Nuri terhadapnya, dia tetap tidak suka dengan cara perpisahan mereka. Sekurang kurangnya, hargailah persahabatan mereka.

Terlambat. Kereta papa Nuri sudahpun menyusur keluar dari perkarangan hadapan dewan. Daniel mengeluh kuat. Tangannya meramas rambutnya kuat, geram dengan situasi itu. Dia tidak pernah Berjaya mendapatkan nombor telefon Nuri, apatah lagi akaun Facebooknya.

Saat Daniel hendak melangkah dari situ, kakinya terpijak sesuatu. Sekeping kertas yang berlipat lipat. Jika diikut rasa geram, mahu saja disepak kertas itu. Namun siviknya menghalang. Diambilnya kertas itu dan tiba tiba dia tergerak hendak membuka lipatan kertas itu. Tulisan tangan Nuri. Dibacanya ayat diatas kertas itu laju.

                Sekali lagi, dia meramas rambutnya kuat usai membaca kertas itu.

‘Kenapa degil sangat, Nuri?’ Desisnya.


“Amagaddd!! Daniel, even dengan rambut kusut dia pun, still Nampak seksi!” Bisik Ameerah kepada Amy, sambil memegang dadanya. Amy julingkan matanya keatas.



***

8 tahun kemudian.



                “Apa? Abang Haidir dah nak kahwin? No, no! Umi, batalkan, batalkan please?!!” Terjerit jerit si Nuri di hujung talian. Tidak rela abang sepupunya yang diminati dari jauh akan mendirikan rumah tangga.

                “Astaghfirullahalazim. Nuri, nak melalut pun tolong jangan libatkan jodoh orang boleh?” umi di hujung talian bersuara.

                “Alaa umi, tapi Nuri dah lama minat diaaa.” Merengek manja si Nuri. Lari fokusnya hendak menyiapkan modelnya.

                “Minat je pun, bukan cinta.” Nuri mencebik.

                “Then Nuri tak nak balik!”

                “Then umi suruh papa potong duit belanja Nuri. RM 500!”

                “Aaaaa!” Banyak tuuu! Terguling guling protes Nuri diatas katil. Tu jelah modal umi, ugut potong duit belanja. Terselak selak tshirt labuhnya, menampakkan seluruh kakinya yang tidak dilindungi seluar.

                “Yelah, Nuri balik. Dengan syarat, abang Haidir yang kena datang jemput-“
Tutttt.

                “Umiiii!! Ish umi ni, saje je tau!” Rengek Nuri tidak puas hati.

                “Ish Nuri ni, saje je tau! Taulah kita ni sesama perempuan, at least pakailah seluar even tshirt gedabak pun!” Tegur Shiqa geram. Penat dengan perangai Nuri yang suka pakai seksi seksi didepannya. Taulah sesama perempuan, tapi kan ada batas jugak. Hari hari mata aku terhidang tengok peha dia tu.

                “Aku stresslah. Model aku buruk gila, macam taik mata!” Bebel Nuri geram, sambil mencapai shorts lantas memakainya dihadapan Shiqa tanpa rasa bersalah.

                “Kenapa? Kenapa mesti pakai depan mata aku? Distracted tau tak?!!”

                “Lahh apa masalahnya. Aku kan pakai panties, bukannya tak pakai apa apa pun. Dah pakai shorts pun, masih kena marah. Tsk tsk.” Nuri mula berlakon menangis.

                “Malas nak layan.” Shiqa mengalah akhirnya.

                “Weekend ni aku takde tau. Balik. Crush aku dah nak kahwin. Wargh! Kenapalah dunia ni tak adil?”

                “Crush je pun. Bukannya suami nak kahwin dua. Suami pun kau takde lagi.” Toya Shiqa menjawab.

                “Hmmm betul tu. Agak agaknya siapalah suami aku kan? Untungnya dia kalau dapat aku. Dah lah cantik, tinggi, slim, putih...”Nuri terus terusan membangga banggakan dirinya.

                Shiqa yang mendengar terus julingkan mata ke atas.  Menyampah dengan perangai suka bangga diri si Nuri, yang sebenarnya lebih suka menyakatnya daripada fokus menyiapkan modelnya.

                “Nuri... Kau ambil kan subjek Basic Themes of Al Quran?”

                “Hmm hmm. Peha yang panjang, putih, gebu...” Nuri mencium pehanya.

                “Belajar kan bab vices- Arrogant?”

                “Ohh, kesiannya kau badan. Hari ni tuan kau tak pakaikan losyen pun lagi,kan?” Segera Nuri mencapai losyen badan, dan melumurkannya di tengkuk.

                “Arrogant is divided into two, secret and open.” Shiqa masih berceramah.

                “Secret arrogant is known as ‘ujub.” Sabar jelah dia membebel sambil melihat Nuri yang tak habis habis menyakatnya dengan gaya seksinya. Saja Nuri buat buat tak faham apabila mata Shiqa mencerlung tajam kearahnya. Makin galak Nuri menyelak tshirt labuhnya keatas peha sambil menyapu losyen penuh sensual.

                “Okey, okey! Kau menang! Tak sanggup aku nak tengok aksi kau tu. Geli! Pergi kahwin lah weh!” Shiqa mengalah akhirnya, sambil menutup kedua matanya.

                “Arghhh!!! My eyes are bleeding!” Terletus tawa Nuri mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Shiqa. Suka benar dia melihat rumetnya sengsara. Makin rumetnya tegah, makin galak Nuri menyakatnya dengan gaya seksinya.

                “Serious, kau better kahwin awal. Aman hidup aku.”

                “Tak nak! Wekkk! Aku nak dapat title Ar dulu.”

                “Kau dah nisab, kau tau?”


***



                Nuri duduk melepaskah lelah diatas kerusi tetamu. Penat gila tahap tak ingat bila tiba tiba Mak Longnya meminta dia menghias kamar pengantin Abang Haidir semalam. Satu, dia ambil Architecture bukannya Interior Design,  namun kata Mak Longnya ‘Alang alang orang seni bina, semua kreatif’. K fine. Dua, pergh ingat tak patah hati ke siapkan bilik pengantin kepada lelaki yang dia crush sejak dari form 2? Tiga, dah tu, dia sorang je pulak tu yang decorate bilik Abang Haidir. Yang lain semua lari, katanya pasti Nuri boleh handle benda simple ini. Nasib baik Kak Ayu isteri Abang Haidir tolong sikit sikit. Sumpah, lepas ni Nuri janji tak nak datang majlis kahwin sehari or dua hari lebih awal. Datang je waktu hari perkahwinan, datang, makan, ambil gambar, balik. Easy. Tapi, nak buat macam mana, inikan majlis darah daging dia juga.

                “Eh, Nuri. Kau buat apa kat sini?” Tegur satu suara, menyentakkan Nuri dari lamunannya.

                “Eh, Emir! Aku sepupu pengantin lelaki lah, sebab tu aku kat sini.”

                “Aku tanya kau buat apa, bukannya apa relation kau dengan tuan rumah majlis ni.”

                “Ha, loyar buruk. Menyampah ah kau ni Emir.”

                “Choi, touching. Kau apa khabar? Sihat?” Nuri angguk.

                “Kau still study lagi ke?”

                “Ha’ah.”

                “Asal tak kahwin lagi?”

                “Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku ke?”

                “Aku dah kahwin lah minah. Tu ha, si Daniel dari dulu nak sangat kahwin dengan kau, apa cer?” Tebak Emir, menyebabkan Nuri terdiam. Setelah sekian lama, nama itu kembali disebutkan. 8 tahun, dia berusaha melupakan Daniel, dengan mengingat perangai menyakitkan hati si Daniel, tapi dia tetap tak mampu. Malah, sehingga termimpi mimpi. Nuri sendiri tidak tahu kenapa.

                “Apa cerita dia sekarang?” Tanya Nuri, perlahan. Tak dapat menahan diri dari bertanya mengenai Daniel.

                “Sihat. Makin handsome. Makin tough. Dah jadi engineer dah pun.”

Itu bukan suara Emir. Pantas kepalanya berpaling ke arah suara yang sangat dikenalinya. Matanya terpaku melihat sesusuk tubuh yang segak memakai baju Melayu siap bersamping dihadapannya. Daniel.

                “Assalamualaikum.” Tenang Daniel mengucapkan salam.


***

                “Assalamualaikum.”

                “Waalaikumsalam.” Nuri membalas sambil mengangkat kepala. Sebaik melihat Daniel dihadapannya, Nuri kerutkan dahi.

                “Kau?” Daniel angguk.

                “Kau ke yang bagi salam tadi?” Nuri curiga. Daniel angguk lagi.

                “Kenapa? Fluent jugak kan?” Jawab Daniel selamba.

Nuri diam tidak terkata. Kepalanya bercelaru dengan pelbagai persoalan. Boleh ke orang bukan Islam mengucapkan salam? Dan apa hukumnya bila aku menjawab salam dari orang buka Islam? Macam mana Daniel boleh tahu ucap salam? Daniel ni tak rasa bersalah ke? Ah, ilmunya sangat cetek tika itu.

                “Kau... Kau tak rasa apa apa ke bila kau kasi salam tadi?”

                “Emmm.. Rasa happy?”

                “Happy?”

                “Yup. Sebab kau angkat kepala tengok aku. Selalunya, tiap kali aku panggil kau, kau tak pernah pandang aku.”

Cheitt!! Ke situ pulak. Pantas Nuri membaling pemadam kearah Daniel. Daniel menangkapnya cekap, sambil ketawa suka. Digenggam pemadam itu, tangannya diangkat keatas sambil matanya tepat memandang Nuri.

                “Ku petik bintang..” Daniel memetik jarinya.

                “Untuk kau simpan..” Dibawa tangannya yang mengenggam pemadam kehadapan Nuri. Perlahan, dia membuka genggaman tangannya sambil senyum penuh menggoda.

                ‘Tolonglah cair.. Tolonglah cair..’ Hatinya berharap.

Lain pula jadinya. Nuri memukul tangan Daniel menggunakan kotak pensilnya. “Itu pemadam, Daniel. Bukan bintang.” Ujarnya sambil memalingkan wajah. Tiba tiba mukanya merah, menahan malu.

                Daniel meraup wajahnya, geram. Ditatap wajah Nuri dalam dalam, cuba untuk mengetahi isi hati Nuri. Kemudian dia tersenyum nakal.

                “Nuri, you’re blushing.”

                “Mengarut. Aku panaslah.”

                “Kau lagi mengarut. Kita ni kat dalam library, aircond serata alam. Takde istilah panas, okay?” Hujah Daniel. Nuri terdiam, terperangkap.

                “Nuri, kau comellah bila kantoi.”


***       



                “Daniel.” Hampir tidak terkeluar suara Nuri.

                “Assalamualaikum.” Tenang Daniel mengucapkan untuk kesekian kali. Nuri kerut dahi. Daniel ni, masih nak main main lagi ke?

                “Saudara baru kita, Daniel Luqman Abdullah.” Emir bersuara apabila dilihatnya situasi antara Nuri dan Daniel yang agak canggung. Nuri tergamam. Subhanallah.

                “Err, aku blah dulu lah.” Emir mencelah lagi. Melihatkan tiada reaksi dari kedua sahabatnya, Emir segera berlalu.

                “Itu terkejut jumpa kawan lama ke kekasih lama?” Emir membebel.

Daniel hanya menghantar pemergian Emir menggunakan anak matanya sahaja. Kemudia dia kembali menatap Nuri dihadapannya. Seperti biasa, Nuri tidak akan pernah lama membalas pandangannya. Kalau dulu sewaktu dia masih jahil, dia anggap Nuri malu dan ego. Tapi sekarang, dia faham. Daniel tersenyum. Bukankah dalam Surah An Nur, lelaki wajib menundukkan pandangannya? Wanita wajib melabuhkan tudungnya sehingga menutupi dada. Nuri sudah melaksanakan kewajipannya sebagai Muslim, tapi dia? Masih terus menerus menatap Nuri.

                “Well, taklah baru sangat. Dah lima tahun sebenarnya.”

                “Hah?” Nuri blur.

                “Takde apa apalah.”

                “Kau.. kenapa pakai baju Melayu ni?”

                “Pengantin perempuan tu sebenarnya kakak kawan aku masa study dulu.”

                “So?”

                “Kawan aku tu, dialah yang bawa aku masuk Islam. And aku hari ni datang konon macam flower boy pihak perempuan lah.” Daniel senyum lebar sewaktu dia menuturkan perkataan ‘flower boy’.

                “Yuck. Yuck.” Nuri buat muka menyampah.

Daniel senyum lagi melihat gelagat Nuri. “Nuri, kau ni comel sangatlah bila buat gaya tu.”

                “Oh, mana parents kau?Aku nak jumpa.” Tanya Daniel, tiba tiba.

                “Ada, kat dalam. Kenapa?”

                “Nak masuk minang kau lah.” Selamba Daniel menjawab, namun dalam maksudnya. Nuri pula alihkan mukanya,  menutup rasa malu yang tiba tiba menjelma.


***


                “Nuri, saya nak Horlicks.” Pinta Daniel dengan suara perlahan, sambil tangan kanannya yang menampung kepala Nuri dialihkan sedikit. Jarinya menyelitkan anak rambut Nuri yang terjuntai ke telinga.

                Nuri beralih sedikit, menyandarkan wajahnya kedada suaminya. “Awak saja, kan? Tak kasi saya tidur lena?” Nuri merengek, manja.

                Daniel hanya senyum lebar. Serasa tak sempurna aktivitinya menonton perlawanan bola jika isterinya tidur. Dia tahu Nuri tidak suka apa apa yang berkaitan dengan bole sepak, tapi dia sengaja meminta Nuri menemaninya tiap kali dia ingin menonton perlawanan pasukan kesayangnya, Chelsea. Sengaja yang dalam diam, mendidik Nuri supaya taat dan ikhlas.

                Dengan longlai Nuri bangun dan menapak kearah dapur. Daniel hanya memandang isterinya yang hanya memakai tshirt labuh paras peha dengan short pants. Selesa, katanya. Dan comel jugak, kata Daniel. Sebenarnya, more to sexy, bisik hati nakalnya.

                Dia suka dengan versi sebenar isterinya, sisi lain yang dia tak pernah tahu. Nuri suka pakai seksi seksi dalam rumah, Nuri manja, Nuri ganas bila dia bengang, Nuri suka buat sentuhan kulit setiap kali hendak meminta sesuatu, Nuri menurut kata, Nuri itu, Nuri ini. Jauh berbeza dengan Nuri yang dia kenal lapan tahun yang lalu.

                Daniel teringat perbualan dimalam pernikahannya. Betapa, walau sudah sah bergelar suami isteri, mereka masih lagi bergaduh mulut. Gaduh manja, tak berani nak gaduh betul betul sebab dalam hati masing masing dah sayang.

                “Aku ingat rambut kau curly.” Tuturnya sewaktu kali pertama dia melihat rambut isterinya. Nuri menjelingnya, tajam.
               
                “Oh, so selama ni kau imagine rambut aku lah?!”

             “Bukan setakat rambut. Hehehehe.” Daniel ketawa nakal. Pantas Nuri membaling songkok ke wajahnya. Bengang campur malu.

                “Aduh! Apa ni Nuri, dah kahwin pun ganas lagi ke? Aku ni dah sah jadi suami kau la, kau kena ingat.”

                “Isn’t this weird?” Nuri menyoal, sambil bercekak pinggang.

                “Apanya?”

                “Cara panggilan kita?”

                “Eleh, cakap je la kau nak panggil aku ‘abang’. Malu malu pulak.” Usik Daniel sambil menghampiri isterinya.

                “Tolonglah. Kita bukannya lovey dovey couple yang guna baby, sayang, darling bagai.” Nuri mula menjauh apabila dilihatnya Daniel semakin galak mendekat.

                “Apa salahnya. Nak tarik hati kau bukan main susah. Mana tau, guna abang sayang, lama lama lembut sikit hati kau nak berlebut dengan aku.” Cadang Daniel, sambil tangannya pantas menyambar tangan Nuri.

                “Abang sayang tak boleh. Err, maksud aku, this is too sudden. Aku geli. How about, Nuri-Daniel?” Nuri telan liur apabila Daniel memeluk erat pinggangnya.

                “Hmmm. Call me Luqman. Luqman- Nuri. Nuri, Luqman haus. Nuri, Luqman dah balik. Nuri, temankan Luqman tengok bola. Okey?” Daniel lemparkan senyuman paling menggoda. Matanya tajam memandang kedalam anak mata isterinya. Nuri terpaku melihat renungan mata suaminya. Dia suka mata Daniel. Seksi, menggoda. Betul kata Daniel dulu, ‘It’s hard to keep my eyes away from his sexy eyes.’

                “Luqman? Taknak. Taknak Luqman. Luqman tu nama studiomates aku yang paling annoying.”

                “Then, still nak guna Daniel jugak ke? Bukan ke Daniel selalu usik Nuri, selalu kacau Nuri, lepastu buat Nuri marah?”

                “Tak apa. Guna Daniel je pun sebenarnya dah pernah buat Nuri berdebar, malu, tak keruan..” Nuri terdiam apabila Daniel mengucup dahinya.

                “Abang-sayang please?” Nuri geleng. Buat muka geli.

                “Honey-baby?” Nuri geleng laju laju, buat muka tak sanggup.

                “I- You?” Nuri diam memikir.

                “Saya –awak?” Akhirnya Nuri bersuara. Daniel mengeluh.

                “Okey.” Balasnya.

                “Awak kena belajar untuk taat pada saya, Nuri. Saya suami awak. Awak kena belajar cara untuk bercinta dengan saya. Hubungan kita bukan lagi sebagai kawan yang tidak melibatkan apa apa perasaan, hubungan kita suami isteri sekarang ni, cinta saya saja tak cukup, cinta awak juga perlu.” Sambung Daniel lagi, sambil mengucup kiri dahi Nuri, tegas.

                Nuri terdiam, telan liur. Perlahan, dia lingkarkan tangannya kepinggang suaminya, membalas pelukan Daniel.

                “Saya rasa saya memang dah suka awak.”

                “Bukan suka, cinta. Perasaan kat Abang Haidir tu cuma sementara je. Setakat crush, tak bawa apa apa makna pun sebab awak cuma tertarik pada Abang Haidir sebab mukanya je.” Jawab Daniel, sambil tersenyum lebar. Nuri angkat kepala, memandang Daniel penuh tanda tanya.
 
                “Last day sekolah, saya kejar awak tapi awak lari. Awak kasi alasan yang.. err kinda logic, langsung tak nak jumpa saya. Tapi kan, awak tak sedar ada satu kertas tercicir, mungkin dari fail awak.”

                “Kertas?” Daniel angguk.

                “Kertas apa?” Tanya Nuri lagi.

                “Kertas luahan hati awak.”

                “Hah?” Ada ke? Nuri betul betul tidak ingat.

                “I think I’ve fallen for him.” Perlahan suara Daniel, cukup untuk menggetarkan hati Nuri. Seketika, wajah Nuri mulai merah.

                “Aaahhh! Yang itu.. Alamak, malunya!” Spontan, Nuri menutup wajahnya ke dada Daniel. Daniel senyum suka. Suka melihat Nuri blush, comel sangat.

                Daniel teringat lagi kertas yang dibacanya.

I think I’ve fallen for him.
D.L.L., kan best kalau dia sendiri
tertarik dengan Islam?
Mungkin nama dia akan tukar jadi
Daniel Luqman Abdullah?

Dear belly, sorry for the butterflies.
Dear brain, sorry for overloading you with the thoughts of him.
Dear pillow, sorry for all the tears.
Dear heart, sorry for all the damage.


                “Sebenarnya, awak dah lama suka saya. Tapi, awak ego, awak malu, awak takut. Ego sebab muka saya yang bercampur baur, bukan taste awak. Awak kan suka muka lelaki Melayu sejati? Takut, sebab kita berlainan agama waktu tu.” Penjelasan dari mulut Daniel betul betul mengejutkan Nuri. Mulutnya terlopong sambil memandang Daniel. Mana suaminya tahu semua ni?

                “Mimi.” Ringkas Daniel menjawab, seolah dapat membaca hati isterinya. Dipimpin Nuri duduk dikatil.

                “Awak tahu tak, sebenarnya orang yang bawa saya dekat pada Islam ialah Emir? Dan Mimi jugak, selepas malam kita gaduh tu. Awak tak tau ke, Emir dah kahwin dengan Mimi lah.”

                “Lahh, tak tau pun. Kitorang lost contact sebab phone saya hilang sebulan lepas masuk U. Plus, Mimi takde FB pun.” Nuri rasa nak menangis, sebab tertinggal berita mengenai sahabat sebelah mejanya.

                “Awak menangis ke?” Tanya Daniel prihatin, bila dilihatnya ada air mata bergenang ditubir mata isterinya.

                “Eh, takde lah.” Nuri menafikan. Daniel Cuma senyum, menarik belakang badan Nuri agar rapat ke tubuhnya.

                “Nangis jelah. Kita kan dah kahwin, suka sedih semua kita kongsi sama sama. Lagipun, buat rugi je saya pergi gym kalau dada saya takde function untuk isteri saya yang cantik ni.” Melambak tawa Nuri mendengar ayat suaminya. Dengan manja, dia merebahkan kepalanya kedada suaminya. Whoaaa best! Tough gilaaa.

                “Awak yang sekarang ni lain sangat dengan awak yang dulu. Dulu annoying, tak dengar cakap, mengada ngada, suka mengusik, kuat flirt orang.”

                “Eleh, flirt kat awak je pun. Jangan risau, saya tak akan boleh berhenti dari usik isteri saya yang comel ni.” Usik Daniel. Hidungnya didekatkan kehidung Nuri, Eskimo kiss.

                “Sebab dulu saya masih Daniel Luke Lim. Sekarang saya Daniel Luqman Abdullah.” Sambung Daniel lagi.

                “Mana Limnya?”

                “Tak payah taulah.” Terjerit kecil Nuri tatkala suaminya menarik hidungnya. Daniel hanya  tersenyum. Comel betullah.

                “Horlicks with love.” Suara manja Nuri mengejutkan Daniel dari lamunannya. Daniel menyambut huluran mug dari Nuri lantas menarik isterinya duduk diatas ribanya.

                “Call me abang, please?” Pinta Daniel, penuh mengharap. Tengok, muka isterinya mula merah.

                “Sayang, it has been three weeks. Takkan geli lagi kot?”

                “Bukanlah, malu.” Daniel meletus dengan tawanya. Dia meletakkan mug diatas meja, lantas tangnnya memeluk erat tubuh isterinya rapat ke tubuhnya.

                “Chelsea kalahlah sayang.” Kecewa suara Daniel.

                “Alolo... Kesiannya suami saya yang handsome ni.” Pujuk Nuri, sambil mengusutkan rambut suaminya.

                “Ha, sekarang baru rasa abang ni handsome?” Teruja si Daniel, sambil tangannya memegang muka Nuri.

                “Just the way you are.” Balas Nuri, perlahan. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Bibirnya didekatkan ketelinga Daniel, membisikkan sesuatu.

                “I love you too.” Ucap Nuri, jawapan yang amat didambakan dari bibir Nuri sejak lapan tahun lalu. Daniel tersenyum lebar, selebar lebarnya. Bahagia yang tidak terucap oleh kata kata. Bahagia yang sekelip mata memadam kekecewaannya terhadap kekalahan Chelsea. Bahagia yang lebih dari itu.





Sunday
2.17 am.
27.10.2013.
Afghan – PadaMu Ku Bersujud.