IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Isnin, 30 Mei 2016

Mabuk dan Muntah

Bismillahirrahmanirrahim.

                Aku tau mana aku mewarisi perangai cepat mabuk naik kenderaan then muntah muntah sampai berhingus hidung and berair mata. Ayah aku. Kahkah.

                Tapi bak kata umi and nenek aku, mabuk ni masa kecik kecik je. Bila dah besar, dah kurang mabuk tu. And orang kaki mabuk kenderaan tu dia jalan jauh, meneroka tempat orang. I guess so, sebab dulu ayah aku Chief Officer kapal kan, entah apa benda ntah kerja ayah aku dulu yang aku tau dia hantar minyak kat luar naik kapal. Aku pernah terjumpa kertas apa ntah masa kekecik dulu, kat situ tulis kerja ayah aku as Malin Laut. (?)

                Pebende ntah lagi la aku blur -_-

                Haa jalan jauh la tu kan. Kemain honeymoon ngan umi aku 3 tahun jalan jalan negara orang. Tak acinya aku belum lahir lagi time tu hahaha. Well, kalau dah dikata nanti berjalan jauh, Amin. Aku rasa cam okay je duduk Kanada kan kakakaka. Ha ayah dah besar dah tak mabuk la kan ye la dah tua kot kalau mabuk buat malu je hahahahaha

                Argh masalahnya yang menanggung aku. Dalam banyak banyak kenderaan, Cuma motor and basikal je yang aku tak mabuk bila naik. Kereta, (kecuali kereta sorong),bas, van, train, feri, bot, kapal terbang (tak pernah naik tapi Aa kata mabuk ottoke terus takpelah its okay thank God takpernah naik lagi harap2 masa aku kena naik flight nanti segala jenis mabuk aku dah hilang pleasee) semua, semua bila aku naik aku akan mabuk. *sigh

                Mabuk tu pening. Then mual. Then kau rasa macam nak muntah. Then kau muntah. And bila kau muntah, kau lagi mabuk. (Kau = Aku)

                Sebab bila aku muntah, aku akan menghadap bawah muntah dalam bekas plastik, and kepala aku akan rasa macam melayang layang, or berat, or rasa macam kena hentak (depends time tu kepala aku nak rasa apa), hilang sense, susah bernafas sebab hingus ikut keluar sekali nonstop (so aku kena bernafas guna mulut, which is mulut yang sama dimana muntah aku keluar*sigh), air mata menangis lagi sebab pedih tekak, sakit leher, senak perut, sakit tulang belakang, bau lagi (eh aku tak bau la kan dah hidung aku tersumbat) (sorryla parents aku yang kena hadap bau muntah anak dara cengeng diorang ni), and sebab mental breakdown. Penat wohh. So, dia akan jadi double mabuk kat situ.
                Effect dia, aku akan jadi mabuk kat makanan yang aku makan sebelum aku muntah macam apentah. Contoh, Sushi King. Pergh, itu memang mabuk gila ah dari CFS kot (sebab aku dinner dulu ngan umi ayah kat Jaya One) sampai la masuk degree kat UIA Gombak kan baru la boleh telan balik sushi. Tu pun aku hati hati tak boleh makan banyak sangat sushi kang mabuk lagi. Bayangkan, gerak dari CFS, tak sampai setengah jam dalam perjalanan, aku dah mabuk todi wakaka. Sepanjang jalan, sampai rumah aku, aku dok muntah muntah je dalam kereta. Habis keluar sushi semua and bento yang aku makan. Bila terbau muntah aku sikit sikit, or terbau sushi, aku muntah lagi. Dan lagi. Menangis kot. Sakit leher sebab tegang sangat nak keluarkan muntah. Dah sampai rumah pun, sambung muntah untuk terakhir kali kat sinki. Tu macam nak clearkan sisa sisa muntah. Pergh sepanjang malam tu aku Cuma tunduk muntah je and sepanjang malam dalam perjalanan balik tu jugak la umi ayah aku terpaksa bukak tingkap nak kasi bau muntah keluar hahahaha sadis doe kau Elin wakakaka.

                Lagi satu, roti canai sardine. Tu pun zaman CFS gak. Pergh mabuk dia, sampai aku dah tanak hadap mana mana jenis roti canai lagi dah. Amek masa yang lama gak ah baru aku boleh telan balik. Dia macam mimpi ngeri tau. Sama gak ah ngan cendawan.  Tak boleh makan banyak banyak. Any types of mushrooms. Mabuk, tapi tak boleh muntah. Kepala rasa melayang. So, kena jolok tekak nak kasi lega kepala otak. (kenapa aku rasa macam bulimia je -_-)

                Tapi tu dulu zaman masih belasan tahun. Mabuk sikit, tak boleh nak tahan, terus berburai. Sikit2 muntah. Sikit sikit muntah. Penat ah tau tak. Kadang even pergi Banting or balik dari Banting yang dekat nak mampos ngan rumah pun boleh muntah2 lagi. Tak paham aku ngan diri aku sendiri nih -_-

                Dah masuk umur 20an ni aku kuat sikit ah. Kuat mindset je. Yelah, sebab most of the time aku naik kereta or bas ngan kawan2 aku kan takkan nak muntah gak kot. Kena ah tahan. Mindset kena bebetul taf. Kalau ngan umi ayah aku, aku main muntah je wahahaha.

                Tapi aku rasa salah satu sebabnya, sebab aku dah makin membesar kot. Dah makin bertambah umur, bak kata umi aku makin lama makin kurang lah mabuk tu. Yup.

                Mabuk still ada, Cuma dah tak senang senang muntah. Ah pernah gak muntah kat longkang belakang blok E Ameenah. Tapi, still boleh control la.

                Sebab paling utama aku mabuk or muntah, adalah, (umm aku rasa semua sebab adalah sebab utama.) (hmmm), basically sebab bau kereta, cara driver tu bawak kereta, oh ni sumpah ah aku listkan nama nama manusia yang kalau bawak kereta je konfem aku mabuk tanpa consideration;
1
   - Ayah aku. (haihh ni paling mabuk kalau ayah aku drive)   
    -  Dyana. (Bawak macam gangster. Even aku duduk depan pun boleh mabuk terencat kau bayangkan. Ishh)
3-    Tu je kot. Ada la Abang A’a, kadang Ziyad, kadang A’a, tapi jarang ah aku mabuk ngan diorang ni. Ada tu adala tapi tak seganas macam ayah aku and Dyana.
Pergh diorang bawak macam apentah.

                Oh, haa lagi sebab kereta tu rendah, tempat duduk kebelakang sangat, tak makan or perut kosong before naik kenderaan, and obviously tak boleh baca dalam kereta. Jangan harap aku nak spend time duduk dalam any kind of transport buat nilai murni contohnya seperti membaca ah bela. Lagi aku baca lagi aku mabuk. Even whatsapp, tak bleh lama lama tenung phone. Hahaha even tengok movie dalam bas or train pun mabuk kau nak kata apa?

                Takde consideration langsung mabuk aku ni.*sigh

                Haritu balik UIA after site visit kat Kelantan pun aku mabuk. Mabuk raja aku panggil. Kakaka suka hati ah nak kasi nama apa. Tapi kan sejak aku dah besar ni muntah tu dah kurang, tapi malangnya kena muntah gak untuk hilangkan mabuk. Ye la dah aku dok tahan tahan dok mindset diri sendiri “Elin, jangan muntah. Tahan.”

                So nak taknak aku kena jolok tekak nak kasi lega kepala and satu bdan. Kena paksa gak muntahhh kalau tak nanti lagi mabuk lagi la dasyat muntah T_T Muntah kali kedua bila dah sampai mahallah. Paksa muntah lagi, biar balance balik kepala aku. (kan aku dah kata kenapa aku rasa macam bulimia je) and, aku tengah mabuk Hot&Roll punya crispy peanut chocolate. Aku muntah keluar benda tu ah masa berhenti beli  kat RnR Gua Musang wuwuwuwu

                So since aku dah makin susah nak muntah tapi still kuat mabuk, aku kena pandai pandai cari alternative nak legakan balik diri aku. Selalunya bila aku dah berjaya than muntah dalam mana mana jenis kenderaan, sampai rumah je or sampai mahallah je, first thing first;

-     -     Paksa muntah. Jolok anak tekak tu dalam dalam selagi boleh. Hmm memang berair la air mata jawab dia. And sakit leher yes sebab leher ikut tegang.
-        - Cari benda masam dulu. A must. Makan, or minum air masam.
-        -  Baru minum air mineral banyak banyak. Banyak banyak banyak banyak.
-       -   Pastu baru boleh baring ngan lega and tidur dengan lena yayyy

Dugaan betul yang satu ni. Hmm

Ha’a Dyana memang bawak macam gangster hahaha berapa banyak jalan sehala ntah yang dia main langgar masuk sampai Pakgad ushar ngan muka kerek dia LOL then kasi signal tanpa dia sendiri tau kenapa apa sebabnya pfftt











Monday
11.50pm
30 Mei 2016
(I Dont Know This Song Title - I Dont Know Who Sing This)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan