IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Jumaat, 15 Februari 2013

Malam Penuh Emosi


Assalamualaikum.


Update status di FB :

            “ALHAMDULILLAH. SPM STARIGHT A’S.”

Walaupun tidak dinyatakan berapa A+, atau A solid, mahupun A-, pasti sesiapa yang membaca status itu tahu bahawa : “Wahh.. budak ni gempak doe!!”

            Dan, percayalah. Yang berani menghulurkan salam perkenalan hanyalah mereka yang turut sama bijak pandai genius dan straight A’s. yang biasa biasa saja? Diam. Menikus. Malu. Segan. Rasa seperti tidak layak hendak mengadakan hubungan istimewa dengan si pandai.


Okay. So, itulah kata umi aku. Kalau orang pandai, yang berani ngorat, yang yakin nak ngorat Cuma orang orang pandai jugak. Tak kisahlah dari sekolah asrama ataupun sekolah biasa aje.


            Pendapat aku? Heh. Aku rasa, zaman sekarang ni, perasaan malu tu macam dah semakin hilang. Dah terhakis. Kini malu itu terlalu nipis lagi tipis. Tak kisahlah kau Cina ke, kau India ke, apatah lagi kalau orang tu Melayu.

            Melayu apa lagi. Aku nampak, macam perasaan yang dinamakan malu itu makin kabur dalam diri seorang Melayu. Okay fine. Bila cakap Melayu,marah.

            Then, takkanlah, kau tu Islam tapi masih tak tau MALU?


Terkedu? Heh.

Terdiam? Heh.


Siapa makan cili terasa pedasnya.

Siapa makan babi terasa haramnya.

Siapa makan khinzir terasa mugahallazahnya.


Islam setakat dalam surat beranak?
Dalam IC mungkin?


LOL. Bodohnya. Rugi betul.

Kawan kawan, setuju tak kalau aku cakap ; “Kita dilahirkan Islam, menetapi agama Islam, kita sepatutnya bersyukur. Kerana? Islam, agama Allah. Allah, Tuhan kita yang Satu. Tuhan kita yang Esa. Allah, Islam, Syurga.” Syurga = Forever. Abadan.

Eh, senang betul. Aku dah Islam, means Allah sayang aku, means lagi, Syurgalah tempat aku.



Ohoho.
Betulkan balik skru skru karat yang stuck dalam otak ‘xenon’ korang.

Kalau Islam hanya pada surat beranak atau IC atau permohonan UPU, tapi kehidupan seharian macam tak macam Islam, yakin ke nak masuk Syurga?


Solat pun, bila ada kawan kawan yang pergi solat, rasa malu, then ikut sama solat. Itu bagi yang malu. Bagi yang tak malu? Buat muka tembok, “Period.” Jawapannya.
Kawan aku, lelaki, pun jawab ; “Eheh. Kau pergilah turun solat. Aku period.”


The Hell is An Nar. Wakakaka.

Celah mana, wahai lelaki, yang keluar darah? Lobang bontot? Lobang telinga? Lobang hidung? Lobang pusat? Then, acane nak tepek pad? Mane nak tampal Libresse?  Wakaka.

Aku? Senyum sinis. Then? Hampa. Sedih. Kesal. Geram. Dengan diri sendiri. Kenapa? Kerana aku lemah. Iman aku lemah. Masih tak kuat.

Orang yang mencegah kemungkaran/kemaksiatan hanya dengan hati itu adalah selemah lemah iman.

Itu aku. Aku tak nak jadi orang yang imannya lemah. Walaupun aku nampak gembira, suka, happy, gila, bengong, lucah, bongok, sangap, linglung, bising, kecoh, tapi kalau sentuh bab Islam yang hanya dipandang ringan dan remeh oleh orang Islam sendiri, aku sedih. Aku geram. Aku lelah.

Kenapa aku tak mampu menegur mereka? Dengan suara? Atas dasar sahabat sayangkan sahabat? Sahabat mengingatkan sahabat? Kenapa dengan aku? Kalau aku marah, mulut ni boleh pulak keluar perkataan “Fuck off!” “Hell yeah!” “Babi lu.” “Bangang tahap babi.” “Pi mampos la ngan perangai mencret kau tuh!” “Get the fuck off and go to hell with your bloody attitude!”ß okay ayat ni aku tiru dan belajar secara tak formal dari Ameerah Abu Bakar, tapi, bila aku tengok kawan kawan aku yang tak solat, yang mengabaikan solat, yang meremehkan solat, aku tak mampu nak menegur?


Hanya menegur. Dengan cara baik. Dengan senyuman. Dengan niat kerana Allah. Tapi, aku tetap tak mampu. Aku selalu cakap dalam hati, praktis nak cakap secara baik kat dyorang, tapi, mulut ni, kaku! Berat! Akhirnya, aku diam. Pejamkan mata. Pendam dalam hati. Istighfar.


Aku rasa, aku sendiri yang tak bertindak adil dalam agama aku sendiri.


Ya, aku bersyukur ada diantara kawan kawan aku yang tetap menunaikan solat, walaupun kesibukan dan kesempitan masa menjadi penghalang.

Tapi, solat itu WAJIB. Kalau ditinggalkan tanpa sebab, DOSA.


Ah! Islam sendiri itu mudah. Kalau sakit, solat secara duduk atau baring atau dengan gerakan mata.


Alhamdulillah. Ingat lagi. Terima kasih kepada para ustazah dan ustaz sekalian yang mengajar aku dan kami, tentang Pendidikan Islam. Walaupun PSRA aku Cuma dapat Jaid Jida, aku lama lama sedar, dan bersyukur.  Takkan pernah lupa, dan Insya Allah, akan sentiasa ingat.



Oh, apa yang membuatkan aku keliru ; pada khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W. , baginda ada berpesan, *lebih kurang macam nilah bunyinya, “aku tinggalkan kepada kalian 2 perkara, atau 2 benda, iaitu AL QURAN dan AL HADIS. Kalian tidak akan sesat selagi kalian menetapi 2 benda ini.”

AL QURAN. AL HADIS. Hanya itu. Jadi, kenapa perlu ada mazhab?

Okay? Aku tanya je. Jangan pulak nak menghentam. Aku kecik lagi. Masih dahaga ilmu. Masih kurang iman didada. Masih risau takut takut kalau akidah tercampak kesana sini bila semakin Nampak dunia. Masih sekangkang kera punya amalan.


Dulu, waktu kat Indonesia, selalu bangun malam. Solat malam. Qiam. Bangun 1/3 malam. Dengan anak anak pondok yang lain. Solat sunat witir, tasbih, hifzi, berdoa sebanyak mungkin, agar dimakbulkan. Ah, rindu saat itu. Sekarang, dah balik Malaysia, dah tak bangun solat malam lagi dah. Lagi2 bila dah kerja. Balik kerja je penat. Badan sakit2.


Tapi, ada kawan aku yang kat Indonesia tu bagitau, but more to nasihatlah, kat aku – pasal doa.

“Pak Guru bilang, kalau doa itu kan pasti banyak maunya sama hendaknya, kan? Nah, waktu doa itu, doa aja, Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa apa yang hambaMu perlukan dan maukan. Kan beda sama keperluan dan kehendak, ya kan?”

Terdiam. Kagum.


Ya, kadangkala kita berdoa tentang benda atau perkara yang kita nak aje, yang apa yang kita perlukan sebenarnya, kita kurang minta pada Allah. Contohnya, keampunan dari Allah, rezeki, kelapangan masa, nikmat hidayah Islam sampai ajal matinya, dan macam macam lagi yang sebenarnya kita memang sangat sangat perlukan.


Oh, rasanya tadi intro entri ni pasal result yang straight A’s kan? Yang pasal orang pandai berani ngorat orang pandai je, kan? Haha. Ini apa kes jadi entri meluahkan perasaan ni?


Emosi pulak aku malam ni. Takpe takpe. Bak kata aku, dakwah dalam entri sendiri. Sukatilah kan, blog aku.



Masalahnya, ada orang nak baca ke? Eee…. Malu je kau. Heh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan