IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Jumaat, 15 Februari 2013

Paranoid atau Konservatif?


Assalamualaikum.




             Haritu Ziyad amek aku balik dari kerja kat GCMR memandangkan Hiqmah offday. So, bila Ziyad datang amek aku naik kereta, rasa macam “Whoaaa!! Kau memang betul betul pandai untuk membuatkan aku rasa riak tanpa sebab musabab yang munasabah lahh Ziyad!!”

            Kehkeh. Rasa macam geli perut aku bila tengok member satu tempat kerja nampak aku diambil belik kerja oleh seorang jejaka dengan menaiki kereta memandang aku dengan mata terbeliak kening berkerut. Muahaha.

            Mana taknya, before Ziyad datang amek aku, member aku yang tu dah call call BFnya suruh amek dia- naek motor. Manakala aku kat situ, menunggu orang datang amek dengan mata terkebil kebil, termangu mangu, blur blur dengan takde phone nak call orang. Nampak macam orang forever alone tunggu bas kilang walhal aku tak kerja kilang pun.

            Tapi, bila dia nampak aku balik berjemput, aku perasan riak muka dia yang terkejut tak puas hati. Why not? ‘Eh hello…~ Kat tempat kerja, budak ni siap dipanggil dengan gelaran ustazah lagi dengan En R, selalu pakai baju labuh labuh, pakai tudung tutup dada, sekali balik, eh amboiii boifren datang amek youuu~ Siap naik kereta lagi uolls, boifren aii pun amek aii naek motor jee.. Itulah, air yang tenang jangan sangka tiada buaya.’

            Muahaha lagi sekali. Adoih, tersengih sengih aku sensorang kat kereta sampai Ziyad buat muka kat aku.

            “Kau kenapa doe?”

            “Kau tu lagi kenapa. Apsal pakai kain pelikat je? Muka pun macam baru bangun tidur je..”

            “Yelaa… Aku nak main bola pun tak boleh. Hujan. Padang basah tak syok aaa nak main bola. Tak mencabar kepoweran aku.”

Ceh, padahal dia tu posisi housekeeper je pun! Riak melebih.

“Eh, balik nanti singgah beli ice blended yang kat depan kubur tuh. Aku teringinlahh pulak hujan hujan ni.”

“Cool Blog nak?”

“Ahhh! Kau. Duit aku, beli yang murah murah dulu. Yang kat depan kubur tu pun ada black pearlnya, kan? Cool Blog jauh doooe. Kang terserempak ngan ayah, mampus kau.”

“Yela yela.”

Okay okay sebenarnya bukan kisah ni yang aku nak ceritakan. Tadi tu intronya panjang sangatlaa pulak. TERajin menaip.

Okay so bila dah sampai kat kedai ice blended depan kubur tuh, aku lah yang kena turun. Takkanlah Ziyad yang berkain pelikat tu nak turun? Aku pun taksampai hati nak jatuhkan maruah beliau.

“Vanilla chocolate ngan mocha espresso satu. Dua dua nak black pearl ea?” sambil senyum comel. Aku memang comel so aku yakin aku comel. Kalau Ziyad tau mesti dia blah tinggalkan aku sensorang kat depan kubur nih.

Sambil sambil aku tunggu orangnya memproses ice blended, ice diblender, past tense, jadilah ice blended,*kot, sambil sambil tu aku ushar2 budak2 kecik yang baru balik sekolah agama nih yang berebut rebut gak nak beli ice yang telah diblender- ice blended, aku ternampak sorang budak laki nih.

Dari pandangan mata aku, aku rasa budak laki ni sangatlah kerek. Eh, aku rasa macam pernah nampak la muka budak laki nih. Macam familiar. Aku ushar je. Tenung lama2.

Hah! Mamat belum mumaiyiz nilah boyfriend adik aku!
Ceh! Baru darjah 5 dah menggatal berkapel kapel. Eh hello, aku stalk phone adik bongsu aku pastu baca mesej2 dia, YARKK!!

Sayang awk.
Miss u too.
Tak sabaw nk tggu sok.
Awk da mam?
U love me not?
I love u laa, awk jgan risau.
Awak kalau sy dapat tau awak couple ngan dak laki laen, sy sumpah xnak tngok muka awk setahun.
Ok la ok la. I love u.
Ok. Syang awk.


Aku. Geli.

Sedangkan aku sendiri- kakak sulung dia, takde phone, dia dah ada. Siap touch skrin lagi tuh. Heh. Apelaaa nak jadi ngan budak zaman sekarang.



Ok, so, bila aku dah dapat cam muka budak tuh, aku terus tenung muka budak tuh tajam tajam. Lama lama. Pandangan maut.

Pandangan dendam. Menyampah. Heh. Mampus kau! Maut!

Dia pulak, terkebil kebil. Berdiri kat sebelah kedai. Pelik tengok aku. ‘Apsal ngan kakak sorang ni? Tak pepasal je tenung tenung muka aku macam aku buat salah je. Pandangan maut pulak tu. Hesy, dendam berantai ke nih? Eh, cuak. Cuak.’

Dalam hati aku dah ketawa.
Heh. Takdelah hensem sangat pun budak kecik ni. Kecik kecik dah ber I Love U bagai. Baca Iqra’ pun nazak, apatah lagi baca Al Quran,kan? Kan?

“Kak, ice blended.” Senyum.

Balas senyum dia. “Tiga ringgit,kan?”

Angguk.

Senyum.

Senyum maut pulak kat budak laki tadi tuh.

Puas hati.

Blah dari situ dengan aman. Dengan senyuman antagonis masih terukir.



Bila aku cerita hal tadi kat Ziyad, Ziyad marah aku balik.

“Apahal doe kau? Dendam ke?”

“Tak. Cuma, gedik ahh diorang kecik2 dah bercouple!”

“Adik kau gakk…”

“Eleh! Adik aku pun, adik kau jugak!”

“Kau ni, macam macam laa..”



Diam. Berfikir.


Yalah. Aku ni konservatif ke?
Zaman sekarang ni memang perkara biasa ke budak2 kecik dah bercouple2 nih? Tabu sangat ke pemikiran aku?

Atau, aku paranoid?

Paranoid kenapa?







Geleng kepala. Dua dua kot.

Aku ni, paranoid dan konservatif kot?


Mocha espresso disedut, sambil kunyah black pearl.
Tiga ringgit aku melayang hari ni.



Paranoid. Kau.

Konservatif. Kau.



Geleng lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan