IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Jumaat, 18 Mac 2011

Tak Nak Balik SESTA !!

Assalamualaikum .



Aku tak nak balik SESTA . Aku nak duduk dengan umi aje . Dengan parents selama lamanya . Kecuali kalau dah tiba masa untuk aku terpaksa kahwin . Cheaaa nak kahwin pun kena paksa paksa ke ?
Argh ! Abaikan .



Tak nak balik SESTA . Nanti aku nangis nangis aje lagi . Kan susah asyik asyik tiap masa nak lap air mata aje . Mata pun dah naik merah . Dah pedih . Dah sakit . Dah bengkak .Dah perit asyik kena tonyoh dengan sapu tangan aje . Nanti mata jadi macam mata panda . Tak suka . Aku nak mata harimau. Lawa . kehkeh ..






Aku kat rumah pun asyik bersedih aje . Tengah packing baju , air mata pun mengalir . Payah lahh . Asyik2 lepas solat maghrib , nangis . Peluk umi sebagai signal tak bersemangat balik SESTA .





Kejapp . Umi kata , tunggulahh sampai hujung tahun ni . Kalau tak tahan jugak , baru boleh balik . Arkk !
Lamanyaa .. Susah jugakk kan jadi budak manja ni ? Padahal anak sulung . Sakit jugak kan bila homesick segala ni . Kerja asyik nangis aje . Kalau tak nangis , bersedih .




Aku ingat lagi , hari tu Dewan Makan masak lauk tom yam udang . Tom Yam tu dahlahfeveret fud aku . Tapi , disebabkan aku masih dalam proses ke-homesick-an gila , makan tiga suap , pastu dah tak boleh nak telan . Tangan kiri sibuk kesat air mata . Buah tembikai pun aku tak sentuh langsung . Makanan aku terbiar macam tu aje . Membazir gila .  Kawan aku sampai kata " Lauk sedap sedap pun kau tak pandang sebab sibuk dengan air mata kau tu ."
Suka hati aku lahh . Dia pun homesick jugakk .



Lagi lagi bila time DM masak sup lembu . Lagi lah mencurah curah airmata aku time nak makan tu . Sebab aku teringat kat umi aku yang masak sup lembu yang saaaa             ngat sedap sebelum aku pergi SESTA . Last last , tak termakan lauk tuh . Ada lauk sotong pun aku kadang tak sentuh langsung .




Geram giller . Teruk punya homesick . Selalunya aku jenis yang susah nagis kalau duduk jauh jauh dari umi . Tapi , masuk SESTA je terus kena badi homesick .




Ahad , tolonglahhh .. Aku merayu memohon semoga kau lambat datang . Aku tak puas lagi nak duduk ngan parents aku . Tolonglahh kau lambat lambatkan kedatangan kau . Aku berharap sangatt .
Ahad , apabila tiba masanya kau datang , ceriakan lah hati aku . Hilangkan lah gundah gulana aku .






Cuti seminggu rasa macam sekejap sangat . Tak nak balik SESTA.
Maksud aku , aku tak sedia lagi nak balik SESTA .

























 with Mr Irfan Khairi . sama je saiz ayah ngan beliau ni . wakaka



 ouh . cool gillakk . -->raya haji


 ziyad yang kadang2 rasa macam nak tikam tikam dia jee .


 apakahh motiff ?



 yeah . kat indonesia aku naik 5 kilo dalam satu bulan . sadis 




 ayah spoil je .


 with Dr Azizan Osman . waa 







Wassalam .