IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Jumaat, 16 September 2011

Tragedi LucutJawatan . cehh tajuk macam gempak tapi entri hampass .. kott ? haha

Assalamualaikum .



Hari Isnin , petang : prep petang .
Sekolah Menengah Sains Tapah .



Dari tangga lagi aku tekup telinga aku . tak mahu dengar apa apa pun . Aku mahu lihat sendiri bukti . Tidak perlu orang lain yang tolong beritahu . Biar mata aku yang membuktikannya .


Sampai saja di board itu ,
'whoa ! banyak nya orang berasak asak ! tak geli ke dengan bau peluh masam mereka ?'
Aku diam seketika di situ . memerhati gelagat pelajar2 SESTA .

'Sape je yang kena lucut ?'
'arghh !!'
'hmm .. aku dah agak dahh'
'*no comment*'


patah patah perkataan yang dikeluarkan mereka , aku abaikan  . entah lah , nak kata tidak sedap hati , aku rileks rileks je.

'eh . elin , kau kena lucut . kau , maryam ngan mida .' beritahu dia .
Argh ! siall kau biawak betina ! diam lah ! yang kau bajet2 nak beritahu aku ni apahal ? Sialll tahap bebe *babi .


aku menjeling tajam ke arah si biawak betina itu . gigi aku serasanya hampir retak menahan geram dan sakit hati yang membuak buak .

menyampah aku melihat wajah 'konon-kesian-kat-aku-sebab-kena-lucut' .
Blah lah kauu !! bukan aku tak tahu perangai dan hati busuk lagi jijik kau tu wahai biawak betinaa !!!
Tak perlu nak tunjuk muka kesian, padahal dalam hati kau meriah mengejek aku ! 'padan muka kau elinn !!' ingat kau boleh psiko aku dengan muka kembung bintik2 kau tu ?


bila aku dapat ruang , aku segera mencelah . melihat senarai.

senarai nama pengawas yang dilicutkan jawatan dan tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti kokurikulum selama 6 bulan bermula 9.9.2011 .











4 Helianthus .
1. .................
2. ...................
3. ...................
4. .....................
5. ................
6. Nur Amalina Binti Sulaiman .
7. ..................




*okayy sebenarnya aku pun dah tak ingat berapa orang budak kelas aku yangkena lucut. bantaii lahh.




nafas aku kasar bila nampak nama kau . aku kena lucutsebab masalah disiplin .
masalah disiplin , kau kata ?
kau bawa apa , Elin ? handphone ? ipad ? bazuka ?patung obama ? selipar jepun ? guni ?
aku bawa pisau je .
Pisau ? then , kau kena pecat ?




Innalillahi wainnailaihi roojiunn . Allahumma jurni fii musibati waahlifli hoiro minhaa .


Aku beristirjak . 





Ingat lagi kata umi , kalau kita kena musibah , cepat2 lah beristirjak . Semoga Allah memberi yang lebih baik daripada ini . Amiinnn ..


Well . Aku patah hati laa . sebab , aku kena lucut jawatan pengawas sekolah ni .
Entah lah , mungkin sebab aku dah hidup dalam dunia pengawas sejak darjah 4 lagi kot . 
Sebab tu aku hat-broken gila .




tapi , yang sebenarnya , aku laagi kesian kan umi aku . mesti umi aku sedih sebab anak daranya yang jauh dari mata nikena lucut . 
Maafkan akak , umi .








aku lari pergi ke ameera ,rakan dorm aku yang turut kena lucut sebab bawa mp4 . dia yang sedang borak2 aku cengkam lengannya . 
Air mata aku dah nak keluar , aku tahan . buat malu je kalau aku nangis depan semua budak SESTA ni karang . berlagak kuat . berlagak tabah .


padahal aku ego . 
dalam hati, aku dah menangis . Hanya Allah yang tahu . haha *gelak pahit .




Dah sampai depan kelas, aku diam jee . senyum , macam tak de apa2 yang berlaku . gelak2 jugak . 
geng2 biawak gedik pandang akusemacam . mungkin pelik sebab aku tak sedih .


aku sedih lah , bodoh !
kau tak payah lahh berlakon depan aku !




aku duduk diam di tempat aku . ramas kertas sekuat mungkin .
Ya Allahhh ...




Aku nampak Ameera dan Maryam kat luar kelas . Budak dorm aku yang turut kena lucut jawatan sama2 .
Aku lari . Aku tarik tangan maryam , aku kata 
'Yam , aku kena lucut '


Masa aku cakap , muka aku heartless . muka kosong . muka nak kena penampar .
'aku kena lucut jugak' 
Maryam pelik . 'eh ? kauu ..'




Aku terus peluk Maryam . aku nangis . sunguh aku tak kuat sekarang ni . 
hati aku patah gila . pecah berjuta . retak berbillion. 
'aku kena lucut, yam . kenapa ? aku  sedih, yam .. '
muka aku di bahu maryam . 
aku tahu maryam kaget .
ameera juga .
mereka sudah tahuawal2 yang mereka pasti akan kena lucut juga . aku ?
aku terkejut .




'elin? tapi kenapa kau kena lucutjugak ?' tanya maryam
aku angkat kepala . gelak . mata aku merah .


gelak lagi . gelak sumbang . senyum plastik .
'sebab bawak pisau laa . chill'




Hmm .. fake nya kau , elin .










Time tu , aku cuma fikir nak call umi je .
Umi ..