IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Selasa, 30 Julai 2013

Hi AED :)

Bismillahirrahmanirrahim.

            Lately, taklah ‘lately’ sangat, actually dah lama-  almost every night aku tak tidur. Or tidur jugk, tapi just two hours. Between after solat isyak sampai pukul 10 malam, aku tidur jap then bangun then stay up memalam siapkan kerja GC. Padahal baru sem 1. Tak dapat bayangkan nanti kalau dah sem 3 kalau aku memang betul betul nak amek pure architecture siapkan segala bagai projek tu agaknya memang takde istilah tidur malam kot. Kot lah. Aku teka je. Mungkin aku akan jadi panda yang comel dan bertudung dan manis dan tiap malam main roket kertas serang rumet aku yang tak bersalah. Mungkin.

            Ada satu minggu tu, first night gila lah aku tak tidur, sambung terus kelas pagi tu, and sambung kelas petang lagi the whole day memang tak tidur, sampai malam siapkan pulak untuk presentation and report IBE dengan kawan, memang rasa nak meraung tapi sempat layan 2 muvi semata nak hilangkan ngantuk wahaha. Malam tu aku tidur around 2am until 4am JE. 2 JAM je. Bangun pukul 4pagi, teus siapkan IBE punya power point and report dia sampai pagi then pergi kelas, terus present depan studiomates. Syukur bukan aku sorang yang merana. Kawan aku pun tidur 2 jam gak. Habis kelas IBE terus pergi kelas Arab. Ahah, kat kelas ni baru aku rasa betapa seksanya tak tidur sepanjang 2 hari.

            Rasa macam kepala ni kena pukul dengan sesuatu yang keras kuat kuat. Macam kepala ni kena pukul guna kayu besbol sofbol whateverbol sambil rasa nak jatuh dari kerusi. Berpinar. And for the first time, saya minta maaf Ustaz Ghazali, saya tidur sepanjang 2 jam kelas Arab ustaz. Saya memang dah tak tahan GILA. Mata memang rasa macam berjuta badak sumbu bertenggek kat kelopak mata. Kepala dah rasa macam nak meletup. Tapi, at the end of the class, aku gagahkan diri bukak mata, nak hormat kat ustaz sikit hehe. Tapi serious, jadah haram aku tak faham apa yang ustaz ajar hari tu. Sebab aku sibuk amek gambar diri sendiri hehe.







moisturiser. selain daripada membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah kfine takpayah promo sangatt(--'') and oso bila bendealah ni sejuk kena aircond and sapu kat muka ekceli ianya membantu aku untuk terkejut dari tidur. ibarat kena kejutan elektrik.






            Kekadang kalau dah tak sempat sangat tu, aku pakai sarung je tudung yang hari hari lepas. Malas nak iron tudung ikut kaler baju. Kalau ada masa takpe gak. Ekceli, malas dari diri sendiri gak. Tu yang kekadang macam tah pape je  aku pakai tudung kuning baju purple. Colour blocking, yakinkan diri. Hakikatnya, sangatlah aneh.

            Satu satunya kelas yang membuatkan aku, kitorang menggigil sampai jari jari sejuk gila beku adalah kelas Arab. Kelas kat Annex, air cond dia memang mantap gila direct kena kat kita. Then, sambil sambil layan Arab, aku pi buat facial treatment*lahh sangattt*. Bukak beg, keluarkan moisturiser, sapu sapu kat muka. Tapi cepat je kering  balik. Air cond dia kuat gila. Muka memang dah mengelupas and kering. Then sapu lagi moisturiser kejadah tu. Kering lagi. Sapu lagi. Kering. Sapu. Kering. Sapu. Sampai lama lama aku sendiri pening ngan bau moisturiser tu. Okay stop. Keluarkan pulak losyen. Sapu sapu losyen kat tangan. Kering. Sapu lagi. Kering lagi. Sapu lagi. Then baru aku sedar, aku dalam kelas Arab. Kata nak exempted. Tapi effort? Hmmphh. Then focus balik. Then hilang focus jap. Amek gambar dulu, posing sana posing sini guna phone A’a. Sukasukasuka^^ then ustaz Tanya, jawab. Alhamdulillah, betul J dapat “Mumtaz! Sahih! Jiddan jiddan jiddan ^^” aww! Tapi ustaz asyik salah panggil nama aku je.

            “Ya Liyana!”
            “Amalina.” --‘’



Ahad, 21 Julai 2013

Nasihat Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum.






Kerana
  Ada hati yang perlu dijaga
  Hati aku, dia, kalian sekelilingku


Kerana 
   Disetiap keperitan, kesusahan, dugaan
   Ujian yang mendatang
   Semakin mendekatkan aku padaNya
   Semakin menambah kefahaman aku
   Apa sebenarnya istilah Qada' dan Qadar






   Umi selalu ajar aku erti REDHA. 
Laptop hilang, istirjak, Insya Allah diganti yang lebih baik.
Kena pecat dari jawatan pengawas, tahun lepas, nak call umi pun tak sanggup, dengan result exam yang teruk gila terbenam ke kerak bumi, maka aku flashback balik segala bekal bekal nasihat umi.


Redha, kak.
Insya Allah, akan diganti yang lebih baik. Mungkin bukan yang sama jenis, kerana kita tak nampak.


Sentiasa SYUKUR.
Antara 4 Tali Keimanan.



Kalau kakak sentiasa bersyukur, Allah tambah lagi rezeki akak.
Jangan berat nak sedekah, jangan kedekut nak membantu.
Sebab rezeki tu semua dari Allah. Allah yang bagi kita rezeki, eh kita pulak yang kedekut, berkira sangat nak membela dan sedeqah di jalan Allah.
Nanti, Allah berkira balik ngan kita. 



Acik Uda ajar Doa Berlindung Dari Perbuatan Syirik, Alhamdulillah, senang nak hafal.
Dulu pun dah hafal, tapi tak amalkan, so tak mendarah daging. Sebab, kadangkala kita tak tahu sesetengah benda tu sebenarnya perbuatan syirik. Apatah lagi orang yang bodoh dungu cetek ilmu agama macam aku. Amalan pun sekangkan beruk.


Pernah, dulu. Aku bajet laaa whooaa aku menjaga aurat doe. Takde sape pernah nampak aurat aku.
Fine fine. Sekali, satu hari kat surau sekolah, *jap aku recall balik struktur surau. Okay takdapat.* Okay tanak cerita. Keaiban aku tuhh.



Jumaat, 12 Julai 2013

New Life : Hi AED #2


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, aku dah sebulan belajar kat CFS IIUM ni J pfft sebulan je pun. Sambut first Ramadhan kat sini dengan yang lain. Okay aku tak puasa pun. First day je dah kena serang. Kfine balik kelas lapar pergi kiosk beli Maggi Tom Yam ngan Teh. Haha naseb baik yang jaga kiosk tu acik perempuan kalau suaminya mau pecah tembelang LOL.

Ouh ya aku teringat time aku fom 5 dulu aku ngan Le’a cheating time bulan puasa. Memandangkan Le’a jaga koop, memandangkan dah takde student petang tu, memandangkan aku sangat terliur dengan pelbagai pilihan aiskrim Nestle, memandangkan Le’a pun banjir darah macam aku, maka aku beli aiskrim potong perisa kacang merah satu. Gua haus, gua terliur, memang gelojoh gila gua koyak plastic aiskrim tu muehehehe then gua jilat, ahhh heaven. Heaven sekejap je. Lepastu tetiba Cikgu Rahimi masuk menyergah koop tu maunya tak kantoi. Terkejut tapir gua dibuatnya. Untuk kaver yang gua ni senanya pose, aku *pahal ni kejap gua, kejap aku?*  cepat cepat sorok aiskrim aku. Tau kat mana aku sorok?

Pandai. Kat dalam poket baju kurung pengawas aku --‘’ Bayangkan. Le’a pun cepat je kaver. Masuk dalam plastic. Then buat macam tadapapa padahal muka pucat tapi bibir basah merah merah sebab baru jilat aiskrim yang sejuk beku lagi heaven. Muka tahan ketawa pun ada gak. Tapi dalam hati;

‘Tolonglahh aiskrim jangan cairrr. Tolonglah cikgu cepat keluarr... Tolonglah lawak kott buahahaha. Tolonglahh insaf Elin --‘’ Haih.’

Ahaha sampai sini ulang balik perangai. Bezanya tak kantoi la ngan mana mana makhluk yang berjantina lelaki. Makan megi sambil tengok tv. Korea--‘’ tolonglahh. Nasib baik aku fikir rasional sikit*sikit je* disaat saat aku kehausan nak je aku tadah air water cooler tu guna telapak tangan then hirup airnya yang sejuk pergghhh. Tapi, takkanlah nak buat macam tu obvious sangatlahh enn dahlah kawasan water cooler tu manyak student lalu lalang. Bak kata aku tadi, aku fikir rasional SIKIT je. Time isi air panas dalam cup megi tak pulak piker rasional dengan terserempaknya dengan bebudak lain yang puasa aku masih lagi mempertahankan muka kering then gelak sensorang. Sakit jiwa kejap. KEJAP je.

Elin, astaghfirullahalazim.. BEHAVE.

Oh, emmm.. ok aku blank tatau nak taip pebende.

My classes, as usual. Takde anjak sana sini. Kelas Arab, oh aku suka gila bila ustaz kata ;
“Mumtaz! Sahih, ya Amalina.” :)
Weee suka suka tapi nak mahir Arab dan kalau nak exempted Arab memerlukan keistiqamahan yang tinggi dalam memahami dan mempraktikkannya. Insya Allah. Tapi kekadang tu kalau dah bengong Arab tu toksah cakaplah. Buat malu gua je. Dahla cakap penuh keyakinan dengan suara lantang. Hambek kau. Tapi nasib baik gua pandai kaver. Buat lawak la beb. LOL

Same la dengan kelas English aku. Kalau tak ngantuk, khayal. Kalau tak khayal, ngantuk. Kalau tak khayal ngan ngantuk, jeling jeling sikit crush aku LOL.

Elin, astagfirullahalazim. Ingat, zina hati. Wuwuwuwu lemah iman betul aku ni.

Dan lagi satu, lagi sekali keyakinan aku dengan suara yang lantang seringkali membuatkan classmates aku melontarkan ketawa suara jantan bagi yang perempuan dan suara zombie bagi yang lelaki. Miste Rizal Tanya pasal satu peribahasa ni;

            “Sekam dalam bara ke apa benda tu?”
            “API DALAM BARA.” Loud. Confident. Innocent lagi tu.

Bahu aku kena tumbuk. Semua gelakkan aku. Tapi aku masih dengan muka innocent plus confidentnya. Paling tak boleh blah, Mister Rizal percaya cakap aku.

            “MISTER, IT’S API DALAM SEKAMlah.” Kawan aku betulkan. Then pandang aku then gelak macam nak pecah duodenum. Kfine.

Oh and my GC class, sometime I do really enjoyed those projects, sometimes another project make me felt want to kill somebody but I can’t cause I’m a girl and of course I’m a MUSLIM. I hate following those menyusahkan instructions. Smooth, crispy, thickness, gab, blablabla, wavy lines ah yang buat aku betul betul rasa macam nak koyakkan langsir bilik aku then gigit then muntahkan balik sebab banyak habuk then lompat atas badan rumet aku sampai besi katil dia tercabut then tidur than bangun then tidur lagi then bangun lagi then baru aku sedar wavy lines aku taksiap siap. Meyampah tau takkk?

Oh yeah, and our new task for GC wazzz lukis poster Eid Mubarak. Bila aku dapat task tu, aku rasa nak menangis sebab senang sangat sebab tak perlu dah nak follow those kelingkaram instructions sebab boleh guna idea kita sendiri, sebab boleh guna pencil color. Faham tak, aku rasa release sangat and happy sangat sampai nak menitis air mata dalam studio tu. Hanya semata mata kerana itu.

FAKTA : WAVY LINES aku yang APPENDIX 2Aii tu TAK SIAP lagi sebab ada kecacatan!! 
Dahlah guna pen wuwuwuwu mengapakah begini sekali hidupku? Nak redo? Ibarat menyerah untuk menjadi zombie sakit mental. Gua tanak. Gua stop situ dulu Sabtu Ahad ni Insya Allah gua try untuk habiskan dan jadikan ia Nampak perfect. Insya Allah.

Oh, lagi satu. Sehari sebelum kita semua sambut Ramadhan, aku dan beberapa kawan aku dari subjek IBE yang terpilih untuk pergi trip sebelum puasa pergi Wetland Putrajaya :) Bila sampai sana, hujan renyai renyai yeah so wet. I love it. Turun dari bas je hirup udara segar bau hujan dengan sejuk sejuk dia tu. Rasa macam nak menitis air mata je dah lama kot tak rasa badan ni ditimpa hujan renyai, hujan RENYAI k, bukan hujan LEBAT, rasa bestJ

            Rasa “Subhanallah, so blessed J” tak kaver pun muka and kepala time jalan tu, sebab rasa
“Ya Allah, seronoknya suasana hujan renyai renyai ni.” Bila titisan hujan tu timpa atas kulit muka aku, rasa nak mengalir mata lagi. Then senyum sensorang miahahaha.

And, opkos kitorang amik gambar bebanyak. Mostly guna smartphone kawan aku nama dia Biru and smartphone Irfan classmates aku yang semua orang puji dia comel. Irfan Syahmi memang comel dan sangat comel dn kitorang sangat jeles dengan kualiti kamera dia. Rasa macam nak hempas je smartphone dia sebab cool gila kot gambar pulak cantik gilaaa kot kamera power gila ah. Aku pun puji over sangat ah kbye.

Aku ngan Teh, paling banyak buat muka huduh. Muka zombie. Muka tahpape. But we just love to do it. Guna smartphone Irfan. Selalu ah dia jadi mangsa kitorang muahahaha. Cool gila kot buat muka takyah bajet cun, tapi muka hodoh LOL ngan Teh. Oh Teh kau memang sehati dan sejiwa dengan aku ^^



 Teh tudung pink. Cool gila dia.




--''



--'' Nuna amek gambar ni rupanya. aku fikir dia saja acah guna phone Irfan



with half of my classmates. yg baju putih belang belang tu laa Irfan. comel gila rasa mcm nak tempah roti boom kafe UKC bebanyak sebab sedap sedap sangat k mengarut 
aku- gaya patah pinggang semata tanak halang muka Biru--''
*Biru tu yg tudung hijau wahahaha




Teh, Biru n Me. Hai gila 


Biru dah tak tahan. aku pun --'' Teh champion. EPIC!


  Comel gila Irfan. Lawan je duorang pesakit yang takdikenalpasti ni wahahaha

                      Huda*Kawan Najahhhh!!, Teh, ehem ehem sape yg bajet sopan sangat tu ntahntahntah, Nuna n Biru

 Teh ajak Bro Sam buat muka wenggg--''  Sporting! :)



Irfan Syahmi yang comel!! :) Senyum je dia ni. suruh buat apa dia buat je sambil senyum. comel GILA


oh, our lecturer for IBE yg pakai topi. Bro Sam :)





Paling takboleh blah, jalan dalam wetland tu yang well, wetland, kitorang bertiga pakai jubah hitam --‘’ dahlah waktu keluar jalan kat sekitar ‘hutan’*kot* tu tengahari buta. Memang membahang je laaa kan badan. Student lain semua pakai baju kasual. Blouse and pants and snikers. Cool gila weyh. Kitorang bertiga ni – aku, Teh and Biru ni macam kumpulan dakwah or tarbiyah yang merayau rayau dalam hutan pakai jubah hitam. Oh, ada lagi sorang. Nuna, dia lagi la. Dia sorang je pakai baju kurung and stoking bola sepak warna biru kepunyaan Anati yang panjang gila sampai ke lutut LOL. Memang ada gerakan dakwah disitu.

Banyak aku nak taip pasal life aku kat sini, supaya bla bila masa, atau akan datang nanti, bila aku baca balik entri ni, aku akan teringat kembali perkara perkara yang aku dah buat samada perkara best atau perkara bengong. Mostly benda bengong je la. Elin ni kan keje asyik buat mende tahpape je --‘’

Pasal Wataniah, pasal classmates aku, pasal course aku AED= Architecture Extremely Depressed haha takdelah it’s actually Architechture and Environmental Design, pasal silat*ehem, silat ^^, pasal rumet aku dengan Yusuf Ismailnya lah, pasal BunBunlah, pasal shortname classmates aku yang @%^&*(#(*&^%$# LOL jadi ikutan lak tu pffttt tak boleh blah, pasal Mak Cik Stress, pasal buka puasa setiap hari expenses hanya around RM1.60-RM1.80 tapi dapat makan lauk ayam, kuah banjir, air Milo air sarsi, pasal tertidur dalam library selama 2 jam tanpa ada sapa kejutkan aku, pasal rasa nak putus nafas bawak buku Architechture segala benda yang art tu yang berat gila punya GILA turun tingkat bawah tapi last last tak pinjam pun aku pinjam buku Ilmu hitam ngan pasal susuk --‘’, pasal berlakon jadi hantu payung hitam kat SMAWP 3, pasal blablablabla penat nak taip banyak sangat aku pun dah tak ingat. Nyampah.

Until then, bye J

Assalamualaikum.