Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum J
Aku tau takde sesape baca
blog aku so hoyeahhh aku boleh tulis benda tah pape (-__-‘)
Hari ni aku pergi medical check up kat Hospital
Rahsia. Aku dapat tawaran masuk Universiti Cambridge Oxford versi Islam kay
fine merepek dalam Asasi yang mana tawaran asasi yang aku dapat tu adalah last
choice aku T_T. tulah Elin sapa suruh jemari kau yang indah ni gatal miang
buluh sangat pergi ketik Asasi Tuttt tu? Kan dah dapat. Takpe takpe J
Pasti ada hikmahnya. Allah is the Great Planner J usaha usaha doa tawakal jangan lupa
J
Hari ni aku pergi buat medical check up (berapa kali
nak ulang minahh??). Dari rumah dah pakai baju menutup aurat sesempurna mungkin
(eh riak minah ni, riakk riakkk). Tak pakai tudung bawal sebab jarang, leceh
lah nak kena pakai inner inside. Pakai shawl je, tak jarang, labuh pulak tu.
Saya suka saya sukaa (kecoh minah ni kecohh). Pakai skirt labuh je, sebab bila
tengok seluar jean warna putih aku dah tak macam sopan je. Yaa memanglah tak
fit macam leggings atau skinny jean tapiii menunjukkan bentuk kaki aku. Lelaki
nampak dan tengok, fuhh dah tercatat dosa aku, dosa lelaki yang tengok. Tu baru
satu lelaki. Kalau ramai lelaki, yang India, Cina, Serani, ah cer kira. Berapa
dosa dikutip setiap hari semata nak kelihatan cantik? Dahlah amalan aku baru
sekangkang kera sekangkang Amoeba sp pun mungkin jugak. Persoalannya, Amoeba sp
ada kaki ke?
Ok fine memang takde orang
baca blog aku tapi ini reminder untuk diri sendiri jugak (pssttt minah ni kuat
ngoceh)
Yang tak bestnyaa doktor doktor yang menjalankan
pemeriksaan kesihatan ke atas aku hari ni semuanya mereka yang mempunyai sperma
dalam sperm duct mereka. Ah Elin, kau ni rumit betullah. Doktor lelaki, senang
cerita. Toksah nak guna istilah sperm tu boleh tak? Nampak sangat kau ni ada
cita cita nak jadi DOKTOR PAKAR SAKIT TUAN. Heh. Okay auta je tu.
Doktor yang jaga medical check up hari ni lelaki.
Selalunya perempuan tapi doktor perempuan tu holiday. Mengapa??? Doktor gigi,
doktor X ray, (eh doktor ke?) semuaa semuaaa lelaki!!
Bukanlah aku ni trauma lelaki. Takk. Tapi, aku tak
selesa. Ya, mereka tak bersalah. Sisi su’uzhon aku je yang berlebihan. Aku rasa
awkward bila berdepan dengan lelaki. Dulu aku tak macam ni. Dulu aku otai. Dulu
aku putus urat malu dalam diri. Dulu aku macam dah takde maruah je bila bergaul
dengan lelaki. Tapi sekarang, entah macam mana urat malu aku dah bercantum balik.
Kuat. Permanent(hoii hiperbola hoiii). Natijahnya, aku selalu su’uzhon dengan
setiap lelaki. Kecuali femili aku lahh. (-__-‘)
Teruk terukk. Jumpa bekas ustaz aku dulu, aku macam
kena heart attack. Perlahan lahan, aku bukak langkah kecik kecik blah dari
sebelah dia. Ustaz aku pulak bila Nampak aku kelihatannya beliau seperti
excited. Well lama tak jumpa bila dah jumpa tak sangka anak muridnya ni dah
jadi anak dara yang sangat cantik (pffttt masuk washing machine tekan button
spin sendiri). Dia nak tegur aku dengan senyum, or tunjukkan yang dia wujud,
tapi aku pura pura buta. Heh. Sadis kau Elin. Masalahnya, ustaz aku tu tua 3
tahun je dari aku. Sapa suruh muda sangattt?? LOL umur dipersalahkan apekes
doe??
Ada sorang doctor ni suruh isi sendiri maklumat kita.
Ada la beberapa bahagian lain yang doctor lelaki tu isii. Bila aku selak selak
dan baca sambil tunggu nama dipanggil, aku ternampak :
Mengandung :
Ya
.....
|
Tidak
Doktor tu tick ‘’Tidak.'’. And
I was like “Whoaahhh terrer doee doktor ni tau aku tak pregnant pun. Psikik
gilaaa.”
Yes.
Minah ni memang masalah. Lost her mind for a while. Ntah kenapa ntah. Mungkin lupa nak sidau baju sebelum buat medical check up ni. Dan aku tanya umi aku, “Umi, macam mana doktor ni boleh tau akak tak
mengandung? Hahaha.”
Umi aku terkejut. Then tampar pipi aku. Tampar manja je. Then gelak
sama sama. Nervous punya pasal. Huh. Nanti cemana lah kalau aku dah kahwin
nanti.
“Macam mana abang tau saya perempuan ori??Macam mana abang tau saya takpernah kawen 4??”
Mungkin aku akan dihumban
kedalam wasing machine dan di-spin 30minit tanpa henti oleh suami aku.
LOL. Okey fine Elin kau
dah tersasar jauh. Angan angan jebon namanya.
Check gigi, dapat dentist lelaki. Uwaaa.. Ni lagi
satu aku tak suka. Kena baring atas kerusi alah tu depan dentist. Macam datang
menyerah diri untuk diri ini diterkam begitu saja. Macam, macam yang dentist
lelaki tu akan tarik kemeja dia then butang butang bertaburan diatas lantai
maka terserlah bulu dada(wekk aku benci bulu dadaaa!!) dan akan menghempap aku.
Watdehel kan? Imaginasi teruk betul. Padahal benda tu takkan terjadi punya,
sebab ramai nurse perempuan dan ada umi aku. Elin, kau ni dah kenapa???
Doktor gigi hensem macam ni aku tak kisah :D hehe. Instead, he's my future husband LOL sila daftar diri anda ke Hospital Bahagia sekarang. Eh since when dentist duna stetoskop untuk check gigi? Kau salah gambar Elin ==''
Kan aku dah cakap, sisi su’uzhon aku selalu
sangat berlebihan bila berdepan dengan lelaki. Tapi, tolonglah faham. Aku tak
sukaa aku tak sukaa walaupun perkara tu dah terjadi. Wuwuwuwu T_T
Paling
terrible, bila time nak Xray tu. Dapat lagi juru Xray lelaki dari kaunter
sampailah ke dalam bilik. Dahlah umi tunggu luar je, tak temankan aku. Oleh
sebab aku dah pernah buat Xray sebelum ni sebab nak masuk SESTA, aku dah tau
syarat2nya. Kena tanggal segala benda kat badan. Tak boleh ada unsur besi. Dah
tu tak logik laa tak tanggal bra kan? Semua bra ada besi, kat kancingnyaa.
Wuwuwu..
Bila
Xray man tu bagitau aku :
“Nanti awak masuk dalam bilik ni, tukar baju
hijau tau.”
Angguk.
“Bukak semua baju, baju
dalam sekali.”
Ah! Part ni, aku dah tak
pandang muka Xray man tu dah. Aku pandang pintu. Cuba buat muka selamba rock
selamba badak se-pro mungkin. Aduhai warna kulit, dah panas! Aku ada lah jeling
Xray man tu, dia pun macam telan liur and stop bercakap je bila aku jelling
dia.
Dia angguk, then blah. Aku
tunduk je. Kenapalah mesti lelaki yang buat Xray ni?
Masa tukar baju hijau tu,
aku rasa,
WARGHHH ini sangat
memalukan!! Aku takpakai bra dan.. ehem, you know, bila takpakai bra maka
clearlah our tits. Wadefakkk wadefakk aku menyumpah seranah masa dalam bilik
persalinan tu. Terlalu malu dan marah sampai lupa nak Istighfar.
Astaghfirullah..
This is serious shit. Bisik aku. Pergh, baju hijau ni
tak boleh tebal lagi ke? Takpe takpe. Penyelesain : Aku lilit shawl and labuhkan kat bahagian
dada. Ni je la cara terakhir aku dalam usaha cover malu dan maruah aku.
Bila keluar bilik, si Xray man tu pulak pi kata “Err
shawl tu ikat atas. Ke atas.” And dia buat tutorial guna gaya tangan, tapi aku
Nampak macam kena ikat gaya kain kapan je (-___-‘) Eh Xray man ni macam sengaja
je nak tengok free show dari aku. Boleh. Nikah dulu ngan aku. Rumah besar, gaji
besar, kereta besar, hati besar, cinta besar, semua kena ada. Baru aku terima.
Tapi awal awal aku dah reject Xray man sebab perut dia besar. Perut besar tak
termasuk dalam list suami idaman ya hahaha :D
Aku pun terkial kial lah. Semua salah. Rupa rupanya
takboleh ada kain lain yang tutup bahagian dada selain baju hijau je. Wuwuwuwu.
Malu malu! Then aku kata “Jap eh, nak betulakan dalam bilik.” Xray man angguk.
Fuhh, kali ni aku pasrah je. Aku lilit shawl aku
semua keatas kepala. Takde yang terjuntai kebelakang, apatah lagi kedada untuk
kaver. Memang macam lilit kain kapan atas kepala. T.T
Aku keluar, tarik bahagian baju ke depan biar tak
obvious sangat dada aku. Ahh, sekali lagi sisi su’uzhon aku terhadap lelaki
datang lagi. Cepat cepat aku bergerak kearah mesin xray tu.
Tau apa aku fikir? Aku fikir dada aku kena letak atas
mesin tu, macam mammogram. Masalahnya ni bukan nak test breast cancer, ni nak
Xray lah Elin!! Nasib baik tak buat lagi perangai memalukan.
Letak dagu kat tempatnya, then dia pegang tangan aku
letak kat sisi mesin tu. Time tu aku pejam mata je, nasib baik dia pegang
bahagian yang beralas baju hijau, dahlah baju hijau tu lengan pendek. Tsk. Tsk.
Terdedah lagi satu aurat.
Then dia tekan belakang bahu aku biar rapat dengan
mesin guna hujung jari dia. Time tu aku think positive je. “Okay Elin. Doktor ni
dah biasa dah dengan perempuan. Dia dah kahwin pun dah okay? Dia dah biasa
dengan breast isteri dia, dia dah biasa dengan semua ni. Jangan malu. Jangan
malu. Ni semua atas dasar kerja je.”
Ok fine dalam think positive tu boleh pulak terselit
unsur unsur dalam kelambu pulak ye? Haihhh.. dah nisab dah aku nihh. ==’’
Dah siap semua, aku rasa macam masih tak hilang lagi
ketebalan kulit muka aku. Malu. Tak hilang hilang lagi.
Kenapa? Kenapa? Dulu waktu aku buat medical check up
before pergi SESTA time aku 16 tahun time tak matang lagi time kitaran haid tak
menentu time mengalami zaman cikaro tanpa sedar dan tanpa sengaja, time tu lah
semua doktornya adalah yang bergenitalia perempuan. So aku tak rasa malu. Aku
rasa otai je.
Sekarang, bila aku dah 18 tahun, bila aku dah dapat
beza antara halal haram maruah malu dengan lebih jelas, kenapa laa pulak aku
dapat doktor semua lelaki?? Wuwuwuwuwu T_T
Aku harap, nanti
doktor yang deliver baby aku adalah
doktor perempuan. Taknak dah doktor
lelaki. (minah ni fikir jauh dahh.. dah nampak masa depan katanya LOL)
Tolonglah, kepada sesiapa yang genius diluar sana terutama yang perempuan,
jadilah doktor yang sambut baby. Lagi lagi baby aku hahaha LOL.
hahahaha lawak2.. elin actually ko suke ustaz yeh.. hahaha btw ini sngt trauma pity my frend..
BalasPadamLOL suka? Puh-lease!
BalasPadamHaha
akak pernah buat mammogram dengan doktor lelaki, dan check breast jugak dengan doktor lelaki...di klinik LPPKN...
BalasPadamPermanent Doctor Diperlukan (Urgent!)
BalasPadamGreetings !
Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut :
Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month
Requirement
- preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak
- doctor with valid APC
- flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik)
- high tolerance level
- High discipline level
Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com
Terima kasih.