IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Selasa, 7 Mei 2013

Mr Asam Pedas : Najah Najwa


 ‘’Kau, kalau nak cari suami, kau nak yang ada keistimewaan yang macam mana?” Elin, kawan yang kepoh bertanya kepada Najwa sewaktu sama sama melangkah kaki untuk ke prep petang.

                Najwa nampak excited semacam. “Aku nak cari lelaki yang pandai masak asam pedas!”

Elin buat muka pelik jeling kat Najwa. ‘Apa kes lelaki masak asam pedas?’

                “Asal? Kau tak pandai masak asam pedas ke?”

                “Taklah.. Pandai je. Tapi aku suka makam asam pedas. So nanti suami aku bolehlah masakkan untuk aku anytime.” Kan betul. Najwa semakin excited.

                “Takde contoh lain ke? Macam, pandai main piano ke? Ni, asam pedas?” Wujud lagi ke?

                “Tu common. Alaaa, kau dah tanya aku, aku jawablah.” Najwa sengih sengih sampai masuk kelas. Hanya ASAM PEDAS. Tak pandai masak air, takpe. Tak pandai goreng telur, takpe. Asalkan pandai masak asam pedas.

                Syifa, si gadis yang mempunyai mata tajam dalam merenung menembusi dompet lelaki, Berjaya mencari satu calon. Namun, Najwa sungguhlah tak rela. Yang lainnya, lebih suka membahan Najwa.

                “Siapa?” Oh, excited! Excited! Syifa dah jumpa calon suami!!

                “Budak surau.” Syifa sengih semacam.

                “Oh, ini sudah bagus! Haaa, siapa? Najeb? Anuar? Azizi? Ah, SamyValue yang masuk Islam tu ke?” Oh, siapakah?

                “Nope. Solahuddin.” Syifa ketawa nakal. Yang lain ikut ketawa membahan.

Najwa rasa nak gugur semua bulu ketiaknya. Tak mungkin.

                “Abang musollah. LOL!!” Elin tak berperasaan dalam mengejek.

                “Mas mushollah lah!” Mas turut menyumbang idea kejam.

                “AMAGADDD NEVAAA!!!” Najwa sakit otak.

Malam itu, Najwa tak siap homework waktu prep. Otaknya sakit asyik dengar nama ‘Mas Mushollah’.




                                                                                ***



PTUIIHH!!

Najdi terbatuk batuk keperitan. Mukanya merah. Tangan kanannya cengkam dada kuat.

                “Air.. Air!!”

                “Ceh! Macam tengah sakaratul maut je kau ni.” Dalam mengutuk, Harman sempat lagi menghulurkan sebotol air mineral Cactus.

                “Bismillah.” Terus air itu diteguk rakus sehingga ada yang tumpah mengalir ke baju kemeja Najdi.

Harman cuma angkat kening, dan sambung menyuap sushi yang disediakan isterinya.

                “Ada pembunuh upahan ke dalam office ni?”

                “Hoh?”

                “Kau rasa tu, makanan tu buat aku rasa macam usus aku kena bom. Macam nak racun aku je.” Najdi buat muka stress.

                “Apanya?”

                “Ntah. Nak kata asam pedas, macam bukan asam pedas. Dahlah pedas melampau tahap nazak, ntah apa apalah rasa tu!” Najdi bengang.

Harman menyuap sesudu lauk ‘asam pedas’ ke mulutnya. Lama, kemudian mukanya merah.

                “Aku faham. Kita kena cari siapa pembunuh upahan ni.”


                         
                                                                     ***



                “Siapa yang masak asam pedas maut ni?” Najdi menyoal tanpa memberi salam. Baju kemejanya habis lencun gara gara terlalu gelojoh minum air. Tali lehernya pula sudah longgar. Serabut.

                Semua pekerja yang berada dalam pejabat aras 16 terdiam. Pelik tengok penampilan Najdi yang macam kena rogol dengan pondan Afrika.






“Aaa… Aku. Kenapa ya?” Najwa yang lurus dan sentiasa menyenangkan hati orang lain kini mengaku. Dia menampilkan diri kehadapan. Oh, malangnya kali ini dia tak menyenangkan orang. Dia hampir membunuh orang.

                “Kau!” Mat Najdi mencerlung kearah Najwa. Najwa masih dengan muka selamba rock dia.

                “Kau ni nak bunuh aku ke?”

                “Apahal pulak?”

                “Kau tau tak asam pedas kau tu rasa macam… macamm..” Dahi Najdi berkerut kerut mencari perkataan paling teruk untuk mengekspresikan rasa asam pedas Najwa.

Najwa memeluk tubuh, dan mengangkat kening. “Rasa apa? Aku tunggu.”

                “Rasa cam hampeh! Bughok! Kau ni memang ada potensi jadi pembunuh upahan lah!”

                “Eh, aku rasa asam pedas aku sedap je.”

                “Ceh! Haram jadah punya jawapan. Nah, rasa ni!” Najdi menghempas bekal Najwa ketas meja. Najwa hanya terkebil kebil melihat bekalnya. Mukanya tidak beriak.

                “Hah! Gotcha! Rupanya selama ni pencuri bekal makanan kitorang kat pantry ni kau ya!”

Serentak, suasana pejabat jadi hingar binger. Kecoh. Yang perempuan tetap dengan mulut tempayan, mengumpat si jejaka paling kacak dalam pejabat tapi pelahap haram. Yang kaum lelaki mengucapkan tahniah kepada Najdi akibat kekantoiannya.

                “Kau!” najdi tak tau nak kata apa. Kantoi. Habis tercalar imej lelaki terkacak-gelaran yang dicipta untuk diri sendiri.



                                                                                ***


                “Kot ye pun, tak payahlah sampai letak julap sampai 3 kilo. Dahlah rasanya teruk, lepas tu buat aku menderita pulak berak berak.”

                “Hiperbola sangatlah letak julap sampai 3 kilo tu. Aku letak berapa titis je. Padan muka. KARMA.”

                “Kau asyik fikir karma kau je. Bukan aku lah yang curi makanan korang semua.”

                “Eh, amboii.. Dah sah sah kau yang pegang bekal aku tu.”

                “Bukan aku, lah Najwa. Harman. Harman punya kerja. Kau tengoklah perut siapa yang lagi berlemak berkrim. Perut dia, kan?”

                “Aku tak percaya.” Najwa buat muka sombong.

                “Aku tak breakfast pagi tadi. Bila Harman kasi aku lauk asam pedas tu, aku makan je la walaupun aku tau tu hasil curian dia.. Hehe.”

                “Dasar pelahap haram.”

                “Kau lagilah. Pembunuh upahan.”

                “Tak sia sia aku rosakkan rasa asam pedas tu. Akhirnya ada jugak orang terjerat.”

                “Masalahnya, bukan aku yang curi!”

                “Tapi kau dah tau tu makanan curi, kau makan jugak!” Najwa ikut meninggikan suara. Dia dan Najdi lawan menjeling. Sekejap je, sebab Najwa rasa mata dia dah mula juling.

                “Okey. Aku minta maaf.” Najdi angkat tangan, memohon maaf.

Najwa diam. Dia menghela nafas. Kesian pula dia tengok Najdi berkerut kerut sewaktu di klinik tadi. Aku pun berdosa jugak, fikirnya. Najwa menadah tangan kearah Najdi. Najdi angkat kening tak faham.

                “Kunci kereta.” Selamba Najwa meminta.

                “Hah?”

                “Biar aku hantar kau balik. Kesian pulak tengok kau menderita ni.”

Najdi mencebik. Dah buat aniaya, tau pulak nak menolong. Ada hati perut jugak minah ni rupanya. Tangan kananya diseluk ke poket lalu kunci Nissan Skyline R35 diserahkan kepada Najwa.

Najwa mengeluh. ‘Aku benci Skyline.’

                “Kau reti ke drive Skyline ni?”

                “Tak.”


                                                                                ***


                Najwa bukanlah sejahat mana. Najdi akui, Najwa memang ada hati yang sangat baik. Ehem! Terpuji pulak.

Sejak insiden hari itu, mereka sudah saling memaafkan dan Najwa sudah memasakkan asam pedas yang lebih sedap, untuk mengelakkan presepsi buruk Najdi.

                “Okey fine. Kau memang terrer masak asam pedas.” Najdi terpaksa akui setelah menyuap asam pedas Najwa. Najwa mula kembang lubang hidung, termasuk lubang bontot.

Najwa senang hati tengok Najdi menyuap sesudu demi sesudu lauk asam pedas.

                “Najdi, kau pandai masak asam pedas?”

                “HA-HA-HA. Buat lawak ke? Sedangkan goreng telur pun fail. Aku memang loser dalam bab masak ni. Masak megi cup tu, aku expert.”

Najwa patah hati. Alaaa.. Ni dah kali ke berapa jawapan yang sangat mengecewakan hati Najwa. Umur dah masuk 24. Tak kahwin kahwin. Nak cari lelaki pandai masak asam pedas, macam cari sehelai bulu hidung dalam tibunan bulu ketiak. Ada beza ke? Apakah?

                “Kau… Ada kenal tak siapa siapa, yang pandai masak asam pedas? I mean, lelaki la. Kawan kau ke? Abang kau ke? Pasangan gay kau ke?”

                “Choii~ Gay gay tu, kau jangan main. Aku straight okey. Tak percaya, aku kahwin dengan kau sekarang.”

                “Ah, terima kasih je lah ye.” Najwa sengih tawar.

                “Kenal tak? Sesiapa pun? Pleaseee??” Najwa soal lagi.

                “Tak. Sorry dinda, kanda tak kenal. Dinda pergilah restoran asam pedas yang ada, dinda usha sendiri okey? Kenapa tanya?”

Najwa geleng kepala. “Takde apa.”

Najdi kerut dahi, kemudian angkat bahu sebelah.

                “Najdi, nanti boleh tak aku minta kau temankan aku pergi MPH?”

                “Naik kereta aku?”

                “Taklah. Naik kereta sorong.” Sarkastik di situ. Sudah gaharu, cendana pula. Heh.

                “Ye la.. Ada apa nak pergi sana? Kawan kau si Aisyazwani tu tak ambil kau ke hari ni?”

                “Isyazwani lah! Berapa kali aku nak betulkan sebutan kau tu. Dia balik kampung. Kakak dia kahwin.”

                “Ohhh.. Ok. Aku lagi suka dapat keluar dating dengan kau.” Senyum nakal.

                “Blah lah kau.” Dalam diam, di sudut hati Najwa terasa getar. Aneh. Najwa cepat cepat beredar dari pantri.



                                                                                ***



                “Kau cari apa kat sini?” soal Najdi sambil tangannya menyelak helaian buku Sebelum Aku Bernikah : Berusaha Mencapai Mampu karya Hilal Asyraf.

                “Cari bakal suami.” Selamba Najwa menjawab.

Pantas Najdi menoleh kearah Najwa. “Serius?” Dalam hati, Najdi mula cuak sedikit.

                “Kenapa pulak tak serius?” Najwa senyum nakal.

                “Mana?”

                “Ni.” Najwa mengangkat novel Asam Pedas Untuk Dia lalu menunjukkannya kepada Najdi. Najwa ketawa suka.








Phew! Najdi tak tahu nak ekspresikan masa mana perasaan leganya itu.

Setelah puas menghabiskan masa yang sangat berkualiti didalam MPH, Najwa mulai penat. Ini bukannya perpustakaan. Kalau nak baca buku buku ni, kena beli.

                “Jomlah balik.”

                “Eh, tak beli novel tadi?”

Najwa senyum tawar. Kemudian menggeleng.

                “Kenapa?”

                “Entah. Sebab itu cuma novel. Aku nak bakal suami yang real. Yang pandai masak asam pedas…” Perlahan ayat terakhirnya diucapkan namun sempat ditangkap oleh telinga Najdi.

Mereka berdua terus diam sehinggalah Najdi menghantar Najwa betul betul dihadapan rumahnya.

                “Take care. Dahlah sorang sorang kat rumah. Aku risaulah.” Najdi menzahirkan kerisauannya tanpa sedar.

                “Rilekslah. Aku kan pembunuh upahan.” Najwa ketawa kecil. Najdi cuma senyum tawar.

                “Bila Aisyazwani balik dari kampungnya?”

Najwa julingkan mata ke atas. “Ya Allah, berapa kali aku nak ulang? Isyazwani, lah!”

Najdi ketawa besar sambul kedua belah telapak tangannya dirapatkan, tanda memohon maaf.

                “Balik dulu. Assalamualaikum.” Najwa mengangguk dan melihat Skyline R35 Najdi berlalu pergi.



                                                                                ***

                “Shit!” Najdi mencampak senduk kedalam sinki. Berdenting bunyinya. Berkali kali dia membaca resepi yang tertera di skrin laptopnya.

                “Apa yang tak jadinya ni? Kenapa lain macam sangat? Apasal susah sangat nak masak asam pedas ni?” Rambutnya mula kusut. Tali apron ditanggalkan dan dicampak ke atas lantai.

                Telefon pintarnya dicapai lantas Najdi mendail nombor sahabat baiknya.

                “Hello, Assalamualaikum.”

                “Waalaikumsalam. Apahal? Suara macam kusut je?”

                “Badawi,aku nak kahwin. Tapi aku tak reti masak asam pedas.”

Krikk, krikk.

                “Hello? Badawi? Badawi?”

                “Apa kena mengena kahwin dengan asam pedas, bro?”

                “Kalau aku tak pandai masak asam pedas, aku tak boleh kahwin.”

                “Siapa kata kau tak boleh kahwin?”

                “Dia.”

                “Ye la.. Dia tu siapa?”

Najdi terdiam. “OK lah. Bye.”

Bibir Najdi tersungging satu senyuman kecil. Terbit satu ilham. Ah, jejaka terkacak dalam office kini dapat idea! Wahahaha!



                                                                                ***


                “Assalamualaikum.”

                “Waalaikumsalam.” Najwa menjawab salam, perlahan. Aneh. Tak pernah Najdi call aku.

                “Dah buka ke hadiah tu?”

                “Oh, Najdi ke yang kasi hadiah ni?” Najwa tersenyum. Najdi rupanya.

                “Bukalah sekarang.”

Pantas Najwa mengoyak kertas balutan hadiah daripada Najdi. Dengan muka pelik, Najwa angkat perlahan lahan hadiah itu rapat ke wajahnya.

                “Dah?”

                “Dah.” Perlahan suara Najwa menjawab.

                “Bacakan, please? Bacakan tajuknya.”

                “Asam Pedas Untuk Dia.” Najwa telan liur.

                “Najwa, itu asam pedas istimewa Najdi untuk Najwa.” Najwa gigit hujung bibir. Sejak bila Najdi tukar cara panggilan ni? Sejak bila aku rasa something dengar suara Najdi ni?

                “Maaf, ciri ciri bakal suami yang Najwa nak tu Najdi tak mampu. Najdi memang loser bab masak ni. Kasi novel aje boleh?”

Muka Najwa mula merah. Bibirnya mula meleret dengan senyuman lebar.

                “So? Terima kasih. Jimat duit Najwa nak payah keluar duit pun nak beli novel ni.”

                “Najwa ni, kura kura dalam perahu, pura pura tak tahu ke?”

                “Apanya?” Cakapalah, cakaplah cepat.

                “Ya Allah, Najdi tengah lamar Najwa ni.” Ohh, rasa nak pitam lapan belas saat sebab terlampau gembira.

                “Maknanya?” Najwa masih menggiat Najdi dengan usikannya.

                “Maknaanya.. emm, Najwa ni bakal isteri Najdi lah.”

Pantas Najwa mematikan telefon pintarnya. Darahnya rasa kering. Badannya macam terkena Parkinson. Hilang kata kata.




                                                                                ***


                “Lepas tu, koyakkan daun kesum guna jari then masukkan je dalam kuali tu.” Najwa bersuara sambil tersenyum memandang Najdi.

                “Guna jari je? Kenapa tak gunakan pisau?”

                “Haipp! Cuba ikut je kata kata professional? Kan senang?”

                “Ya, baiklah sayanggg..” Najdi mengalah sambil melakukan apa yang disuruh.

Najwa tersenyum lagi sambil merenung najdi tanpa bosan. ‘What a beautiful view. My husband is cooking asam pedas exclusive only for me..’ Jari Najwa menyeka peluh didahi Najdi.

                “Dah boleh hidang?” Tanya Najdi selepas mengucup pipi Najwa.

Najwa mencicip sedikit, kemudian mengangguk. Dia tersenyum gembira. “Tahniah, abang.” Pipi Najdi menjadi sasaran.

Najdi senyum bangga. “Mula mula tackle guna novel Asam Pedas Untuk Dia dulu, sekarang baru tackle dengan asam pedas yang real.”

                “Hmmm.. Lepas ni Najwa nak berhenti masak asam pedas. So, anytime Najwa nak makan asam pedas, abang kena masak.”

                “My pleasure,” jawab Najdi dengan senang hati.

                “Ah, baru abang teringat. Isteri abang ni, dulu bergigi besi ya?”

                “Taklah. Gigi palsu.”

                “Gigi besi, pembunuh upahan.” Najdi galak menyakat.

                “Pelahap haram.” Najwa membalas selamba.

                “Okey, berhenti mengungkit. Tadah tangan. Bismillahirrahmanirrahim..” Najdi membaca doa makan dan diaminkan Najwa.

                Najah Najwa, finally suami kau pandai juga masak asam pedas.

                Muhammad Najdi, apa kelas bro, lamar anak dara orang guna novel je?

Tapi, dah jodoh kan? J





P/S : Assalamualaikum, Najah. Cerpen ni special untuk kau. Sebab kau selalu ingat aku and siap kasi aku hadiah lagi waktu hari last kita sekolah. Aku tak tau nak kasi apa, ni je aku mampu buat. Keep searching your Mr. Asam pedas, okey?

Jangan risau. Pasti ada! Yang pasti bukan Mas Mushollah. 

1 ulasan: