May the blessings of
the Almighty continue shower upon you,
Like rain,
May it rain and
May it never stop,
May you drown in His
blessings,
And let me drown with
you too.
‘Aku selalu punyai sifat mencintai hal hal yang jauh dari jangkauan aku.
Angkasa,
bintang,
bulan,
kamu.’
Kamu yang selalu kupandang dari kejauhan, namun
mengertilah. Doaku, selalu meminta supaya kamu dan aku sentiasa didekatkan.
Galau rasanya hatiku bilamana figura kamu tidak terbias dihadapan mata aku.
Dimanakah kamu? Selamatkah? Atau sedang bersedih?
Gila memikirkan kamu itu tidak segila terus melupakan kamu.
Gila merindukanmu juga tidak segila mengalah tanpa berjuang mendapatkanmu.
-Saif
‘Tahun berlalu, namun waktu membeku
Jarak memisah, tapi hati tidak berubah
Kita mencoba lupa, dan mengubur cerita
Percuma saja, rasa ini tidak mengenal ajal.’
-Habib Amin
Aku tahu kau pernah terluka. Bertahun tahun, dan kau putuskan untuk lari
ketanah ini. Bagiku itu adalah takdir terindah.
“Lupakan dendammu, Khadija. Aku ada disini.” Habib
bersuara lembut, namun meyakinkan.
“Lupakan masa lalumu yang menyakitkan. Hal hal seperti
itu kamu harus tinggalkan menjadi sejarahmu yang tidak ingin kau selak lagi
halamannya, tinggalkan ia menjadi debu, atau apa saja, yang boleh aku usir dari
kenangan ingatanmu.”
Khadija tersenyum hambar. Yakin sekali Habib.
“Tell me how, Habib? 7 freaking years, how do you expect
I can forget him just like that? Kau fikir perasaan ni tiada kesan? Ada. Parut,
Habib. Parut hodoh yang tertinggal kat hati aku.”
“Itu masa lalumu, Khadija. Kamu tidak lagi tinggal
disitu. Kamu adalah sekarang, pada waktu ini, yang menuju masa hadapan kamu
sendiri. Jika aku sendiri tidak menghakimi masa lalumu, mengapa kamu masih
terus terusan mahu meratapi dan meyalahkan apa yang telah terjadi?”
Khadija terngadah disitu. Sungguh dia kagum dengan tiap
tiap bait kata kata yang keluar dari bibir Habib Amin. Lembut, namun
menyedarkan.
“Apa kamu masih lagi tidak bisa melihatnya, gadisku?”
“Hah?” Khadija kerut dahi disitu. Matanya terus membalas
pandangan Habis yang sedari tadi menikam matanya lama.
Aduh, sejak bila pulak mata Habib ni nampak cantik? Baru
kalini ini dia memuji sepasang mata coklat cair lelaki itu yang disempurnakan
dengan bulu mata hitam lebat..
Ah sudah. Jantung Khadija berdetak lain macam.
“Lihat apa, Habib Amin?” Soal Khadija kembali, namun
matanya kali ini dilarikan kearah lain.
Tak
boleh tak boleh, aku baru lepas patah hati ni, WAJIB ambil masa 7 tahun jugak
untuk move on. Don’t fall for Habib, Khadija. You’re not falling for him. He’s
just being a friend, to help you get over with your heartbreak phase.
“Lihat aku sebagai masa
depanmu.” Dan Habib senyum. Mahu meyakinkan Khadija, gadisnya. Cukuplah 4 tahun
dia menemani gadis itu walau terpisah tanah besar, kali ini Khadija sudah
dihadapannya.
“Mahukan
kamu percaya bila aku katakan aku juga mahukan kamu sebagai masa depanku,
Khadija?”
Sungguh,
Khadija hilang pada kata kata.
“Mahukah
kamu, Khadijahku, untuk memulakan segalanya bersamaku, disini, di Indonesia?”
“And in that moment,
I realized he came one step closer to
me.”
‘Oh my
God.’ Ini lamaran ke? Atau confession? Daripada Habib Amin, seriuslaaaaa. Habib
Amin Anuar ni crush aku kot dulu. Crush setiap kali aku fed up dengan Saif. Wow
wow.
“Aaaa…
Well.. I think you’re being comfortable with me all this time. I didn’t
expect.. emm. Did you just confessed?”
“Khadija,
lupakan pada 7 tahun kisah lalumu, lihatlah pada 4 tahun ceritaku menunggumu.”
4 tahun?
Khadija sungguhlah blur sekarang ini. Oh, 4 tahun lalu Habib datang ke Malaysia
dan mereka mula menjadi teman rapat. Setahun kemudian Habib pulang ke Indonesia
kembali bersama keluarganya. 4 years of waiting for me? He had a crush on me?
Too?? Wow wow wow. Ni sekarang I nak excited ke nak sambung blur sekejap?
“Ini
bukan sekedar rasa meminati, Khadija. Ini adalah pertama kaliku jatuh cinta,
dan gadis itu adalah kamu. Tapi apa yang bisa aku lakukan, Khadija? Kau terlalu
lemas dengan perasaanmu terhadap Saif. Aku cuma bisa menjadi penemanmu ketika
itu. Saat itu, biar saja aku menjadi seseorang yang sentiasa didekatmu, agar kamu
percaya bahwa akulah kekuatan yang kamu perlukan disetiap kamu bersedih.”
“Ternyata,
sampai saat ini, kau masih lagi tidak bisa meihatnya.” Habib tersenyum lirih.
“Sehinggalah
aku sendiri yang menyadarkanmu, iya bukan?”
May we be united,
If not in this world then the next,
For in both you’ll be my final
prayer.
Khadija
menelan liur. Berdehem sedikit, cuba menstabilkan kejutan yang baru
diterimanya.
“Jadi,
Habib-“
“Iya,”
Dan Habib senyum, dengan senyuman paling manis pernah Khadija lihat, dengan
senyuman penuh lebar dan bahagia yang buat Khadija pertama kalinya merasa
nyaman dan yakin.
“Nak
terus serius tak?” direct terus Khadija kali ini. Walaupu masih ragu ragu
dengan perasaannya sendiri terhadap Habib, tapi kalau ada bahagia yang sudah
muncul didepan mata, buat apa dia mahu menepis huluran rasa itu.
“Aku
sudah lama mahu serius dengan kamu, Khadija ku.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan