IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Sabtu, 11 Februari 2012

Will Miss

Assalamualaikum .



Esok dah nak kena balik SESTA , Penjara Tapah kedua . Sila faham kerana aku adalah orang yang sangat menderita dan tak rela pulang ke 'rumah' di Tapah.


Sape yang rela , lagi2 kalau orang yang homesick tahap dewa menggedik macam aku . Blah .
Dah tu ,mulalah mengada ngada suruh umi masak tom yam untuk aku jugak .
Paksa umi masak jugak walaupun dah ada makanan lain .
Walaupun nenek aku dah masak kerang banyak2 10 kilo .
Tak kisah , yang penting aku nak makan tom yam umi aku jugak . Malam ni masak !




Sebenarnya itu bukan masalah aku pun .
Rasa teringin nak jadi Princess bila dah ada kat rumah . Nak macam macam .
Bukan sebenarnya .



Hakikatnya, sejak aku cuti seminggu sebab sekolah aku jadi Tuan Rumah untuk Pertandingan Kriket Peringkat SBP ni , umi aku selalu sibuk . Jarang ada kat rumah .
Jarang sangat . Hari cuti Maulidur Rasul umi aku kerja. Thaipusam pun kerja . Sabtu Ahad pun kerja .
Seriously , umi aku dah penat nak masak bila dah balik rumah .
dan , selama seminggu ni , aku tak sempat lagi makan makanan kegemaran aku yang dimasak oleh umi aku .


Tom Yam .
Tom Yam dulu feveret fud aku . Dulu .
Sebelum aku masuk SESTA . But , when aku masuk SESTA , makan tomyam dm yang dah tak serupa tomyam . sebab kuah terlalu cair , dah macam sup , kalau makan pun boleh nampak bayang bayang muka kat kuah tu.


Fine. Aku mungkin tak bersyukur.
Alhamdulillah , apa apa pun terima kasih kepada warga DM yang berhempas pulas masakkan untuk kami .



Dan, aku pun bukannya teringin sangat nak makan tom yam.
saje je aku dera umi aku suruh masak jugak , aku tak kira .
Dah tu , kalau tak bila lagi aku boleh makan masakan umi aku ?




Masakan Ibu Kita  Adalah Makanan Yang Terenak Pernah Kita Makan.




Air tangan umi aku ,takboleh sesekali melawan masakan abang kantin blur .<--- tetibe kaitkan pulak dengan wak kantin tu pulak . duhaaaiiii lahhh ...


Sorry umi , akak  cuma nak makan tom yam umi je . Kalau aku nak, aku boleh je beli tom yam kat restoran luar sana . Tapi , adalah restoran restoran diluar sana itu adalah umi aku ?
Opkos laa takk . hampeh


Esok , kembali semula ke SESTA , dan LIMA minggu lagi baru ada cuti seminggu . tu pun tak tau la dapat balik ke tak . Karang tak pepasal tetibe sekolah buat kelas tambahan SPM . Meraung laaa menonggeng nonggeng .




















Aku akan rindu semuanya.
Aku akan rindu kuih keria yang nenek aku selalu buat untuk aku hampir seipa hari , pagi mahupun petang .
gara gara aku mengadu kat nenek aku yang keria DM keras , gula dah cair dan blablabla .
Kerana rasa kasih sayang seorang nenek kepada cucunya yang kuat tidur dan kadang kadang malas nak masak tengahari , mulai hari aku balik sampailah semalam nenek aku asal sempat je buat keria .



Sampai aku dah tak larat nak habiskan . Kalau aku tak makan karang , nanti nenek aku sedih pulak . Dah penat penat nenek aku tidur lewat malam semata mata menunggu keledek siap diuli , semata mata sayang cucunya dapat merasa kerianya yang sedap .




Nenek aku the best .




Hari hari ade je buah yang nenek aku petik dari kebun belakang rumah .

"Nah , mbah petik betik ni , 2 bijik . Nak makan tak ? Mbah kupaskan ."
"Ni ade jambu ni , banyak . Kakak makan lah . mbah kupaskan ye ?''
''Mbah dapat nanas semalam kat kebun . Kaka nak makan ke nak buat air ? Kalau kakak nak air nanas , mbah boleh rebuskan buat air nanas''
"Ni , ciku banyak banyak satu tong besar tu . Mbah dah kupaskan . Kalau kakak nak ciku yang sejuk , ambik je dalam peti sejuk .''
''Ni mbah dapat betik lagi . Makan ye ?" time tu aku rasa macam dah nak pitam . Baru je aku makan keria nenek aku , dan baru je semalam aku makan betik satu besen .
'' Kakak nak pisang ye ? Mbah gorengkan . Kalau kakak nak makan pisang macam tu je , ambik dalam tong sane ''
"Ni mbah dapat pisang lagi . Alahh ,, makan je laa kak . Banyak lagi pisang yang belum mbah petik kat kebun belakang tu ''






Alhamdulillah jaza killahu hoiro, mbah . *sayu .
Terima kasih kerana sayang kakak, jaga kakak dari kakak baby , tak tidur malam sebab doakan kakak berjaya dalam periksa , masakkan setiap kuih kegemaran kakak ,simpankan buah buah kesukaan kakak , kakak syang mbah sangat sangat .




Semoga mbah dijaga dan dirahmati hidupnya oleh Allah ,semoga mbah panjang umur dapat tengok akak menikah dengan bakal suami pilihan mbah , semoga mbah sentiasa kuat dan sihat , semoga mbah sentiasa murah rezeki dan kaya. semoga mbah tetap dalam iman . Amin .







Umi, Alhamdulillah jaza killahu hoiro jugak .
Akak sayang umi sngat sangat . Semoga umi , sentiasa dalam iman , faham Quran Hadis jamaah , semoga umi panjang umur , kuat sihat murah rezeki kaya raya dan catik , semoga umi bahagia dan semoga semua anak anak umi jadi anak anak yang taat ,solih dan solihah dan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat .
Amin .







Okay now , akak nak tengok umi dah mula masak tomyam ke belum .