Assalamualaikum.
Ayah aku cakap beliau pernah bercadang nak namakan aku Siti Sajadah. (-___-')
Syukur
Umi aku membantah.
Syukur lagi bila Ayah aku cakap "Gurau
je." Pheww.
Setahun kemudian, bila adik lelaki aku lahir, beliau nak namakan Muhammad Songkok T.T
Syukur ada back up plan. Nama adik
aku Ziyad An Nursi. Lagi cantik dari nama aku. Meyh.
Dulu waktu aku masih sedap berhibernasi sebelum 8 Januari 1995 dalam rahim Umi aku, jiran aku namanya wak Sholeh selalu nak sangat baby dalam perut Umi aku dinamakan Elin. Tiap masa panggil aku Elin even Elin tak keluar lagi -__-
Dulu waktu aku masih sedap berhibernasi sebelum 8 Januari 1995 dalam rahim Umi aku, jiran aku namanya wak Sholeh selalu nak sangat baby dalam perut Umi aku dinamakan Elin. Tiap masa panggil aku Elin even Elin tak keluar lagi -__-
Elin. Siti Sajadah. Medina. Macam macam. Kenapalah aku tak tendang je perut Umi aku tiap kali mereka semua bincang pasal nama aku?
Bila aku keluar, nama aku bukan Elin. Oh syukur bukan Siti Sajadah.
Imagine this,
"Bentang sejadah cepat! Kita solat
berjemaah sama sama." Arah Umi aku.
Dibuatnya adik lelaki aku si Ziyad tu tumbangkan aku atas lantai then berdiri atas aku then iqamat tanpa menyedari kezalimannya, ingat aku ni takkan menopaus awal ke? Heh.
Dibuatnya adik lelaki aku si Ziyad tu tumbangkan aku atas lantai then berdiri atas aku then iqamat tanpa menyedari kezalimannya, ingat aku ni takkan menopaus awal ke? Heh.
But then, nama panggilan aku tetap Elin. Excited sungguh Wak Sholeh nak panggil aku Elin. Takpe :) Bunyi pun dekat dekat sama dengan nama sebenar aku. Sampai sekarang Elin.
Tapi, Atuk Lipan(nama sebenar beliau ialah Saripan) bapak Wak Sholeh pulak selalu panggil aku JOMALINA.
Aku tak suka tak suka. Aku selalu buat muka masam bila Atuk
Lipan panggil aku Jomalina. It was like.. 'Jongang' plus 'Amalina'.
What the lipas
kengkang? T.T
JOMALINA = Jongang + Amalina.
Bila aku besar sikit, aku ada ternampak perkataan JOMALINA kat lori. Time tu aku rasa 'Eh Atuk Lipan ni mengejek aku ke?'
Tu kes lalu. Aku abaikan je.
Pasal nama ni, sebenarnya satu permainan yang sangat menyeronokkan. Alah, main ejek ejek nama bapak kawan kita then gelak zalim macam takde bicuspid valve kat jantung dia. Okay apa kena mengena Elin? Tett.
Kawan aku, jyeah geng aku, Halimah namanya--> oh please
jangan bayangkan lagu Halimah Jongang dalam minda korang, dia ni hmmm. selalu
gak lah kena ejek time sekolah rendah.
Nama sebenar beliau Nor Halimah Binti Saimin. Part Halimah tu
aku dah biasa bila bebudak dorm aku gelak bila dengar nama kawan aku Halimah
tapi part nama bapak dia tu memang tak boleh blah.
Time darjah 5, ada sorang budak lelaki ni memang kaki ejek. Okay
sama perangai dengan aku. Ada satu hari ni time tengah belajar dalam kelas
tetiba dia dia bersuara,
"Weyy korang jangan pijak SIMEN. Nanti bapak Halimah datang
bawak parang."
Tipu ah time tu aku tak ketawa. Rasa macam nak meletup pancrease aku ketawa. Aku rasa aku kejam gak ah gelakkan kawan sendiri.
Tipu ah time tu aku tak ketawa. Rasa macam nak meletup pancrease aku ketawa. Aku rasa aku kejam gak ah gelakkan kawan sendiri.
SAIMIN = SIMEN.
Sampai sekarang ejekan sadis tu terpahat dalam memori. Haha
sorry Halimah.
Nasib baik dia
sempoi.
Oh ini fakta :
Halimah suka dengar lagu Halimah Jongang. Best, katanya.Moral Of The Story : Kalau jumpa bapak Halimah jangan sesekali sebut "SAIMEN." Aku putuskan urat kentut korang taulah.
bhahahahaha jonggang plus Amalina = JOMALINA
BalasPadamyg jomalina tue tepat sekali...hahaha
BalasPadamPermanent Doctor Diperlukan (Urgent!)
BalasPadamGreetings !
Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut :
Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month
Requirement
- preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak
- doctor with valid APC
- flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik)
- high tolerance level
- High discipline level
Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com
Terima kasih.