IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Selasa, 25 Jun 2013

New Life? Hi AED :)



Bismillahirrahmanirrahim.


Dua minggu lebih aku kat CFS IIUM. Ehem, macam macam perkara dan benda aku belajar. Homesick? Meyhhh,, tetap datang mengunjung diri aku even dah dua tahun belajar kat Perak nun. Tapi, taklah seteruk kat SESTA tu. Masa kat SESTA, Nampak public phone, dah mengalir air mata menangis gila gila. Tu belum lagi baru DAIL nombor umi, tengah tunggu panggilan disambung, air mata ohhhmurahnyaa mengalir dipipi. Menangis menangis sampai takmampu nak bercakap dengan umi. Terus letak gagang telefon.

At least kat CFS ni better la. Takde public phone yang oleh menyebabkan air mata aku mengalir mendadak yang boleh memalukan aku sebagai remaja 81 tahun. K 81 TAHUN SANGATTT. Tapi, tiap kali dapat mesej dari umi, dah rasa pedih hidung nak nangis. Tu baru dapat meseg. Belum lagi bukak mesej dan baca mesej umi, wuwuwuw teus mengalir air mta bersama hingus cair tanpa dapat ditahan tahan. Paling tak boleh blah, second day ada EPT and APT test, tengah beratur tu sebelum masuk kelas, dapat mesej dari umi wish Good Luck. Oohh, mengalir air mata ibarat air terjun Niagara k merapu  k hiperbola kbye.


MAKAN
So apa lagi yang bezanya? Makan kena bayar. Guna duit sendiri. Kena pandai berjimat. Tapi aku selalu gagal. Selalu beli ais. Omnomnomnom diwaktu waktu yang panas lagi terik lagi gersang lagi berpenyakit disaat saat jerebu menggila ni AIS ohh aduhaii sangat menyegarkan dan menyamankan tekak.


ROOMMATE
Roommate? Haha awal awal asyik tersasul cakap ‘dormmate’ je. Rumet aku yang lain pulak asyik tersasul cakap’cube’ je. Well budak maktab ^^ hihi. Ohh rumet aku satu orang Perak, dialah budak maktab tu, MRSM Kubang Pasu. Nama dia Syafiqah nama panggilan Shiqa tapi aku panggil dia BumBum. Ohhh kan comel nama BumBum tu? Miawww*erk?

time ni teman BumBum betulkan tudung dalam lif sebab lif ada cermin. so kitorang naik ingkat 9 then turun Groundfloor then naik tingkt 9 lagi ulang ulang sampai aku pening kepala mabuk naik turun lif tapi masih gagah amek gambar. Hi BumBum :)


Satu lagi orang Perlis. Pekat baq hang slang diaaaaa. Nama dia Najiha so, Jiha for short. Comel. Wuwuw jeles tengok dia. Comel, dan dah ada buah hati di hatinya*erk #2. Ada satu hari tu kitorang terdengar dia cakap dengan BF dia “Gi laa mandi sanaaa” kfyne kantoi BF dia takmandi lagi. Hahahaha semua pakat ketawa.

Oh, rumet aku yang lagi satu tu budak Australiaaaa. Nama dia Anati Hidayah. Omaigoddd! Miahahaha mak dia Australia and ayah dia opkos Malay. Kerja asyik speaking speaking je ah dats y EPT dia exempted. Well no wonder lah. Oh oh usually aku speak English ngan dia, and dia cakap melayu ngan aku. Nak fasihkan penggunaan bahasa memasing. Tapi, bahasa melayu dia takboleh blah ah. Anyway, penguasaan dia dalam BM ditahap membanggakan J daripada kawan dia yang dari Kanada tu, yang bangsa Somalia tak reti cakap melayu and frust cakap melayu, they just add ‘’LAH” in the end of their sentence.

“My name is Hamdi LAH.”
Dats seriously killing me. Like, seriously muahahaha.

*Psstt abang Anati hensem gilaa and abang dia pandai SILATTTTT! Omaidaddd phewww



Anati the Australian mixed girl with Jihaa


COURSE?
                Aku amek course Architechture and Environmental Design (AED). Last choice bhaii ==’’ Aku klik corse AED tu semata mata nak banyakkan tempat yang aku aku nak - UIA.
Aku dah isi fom Change Offer, nak tukar ke Allied Science Health tapi takdapat. Takde rezeki J mungkin takdir aku memang dalam AED ni. Wallalahualam. Eh OK la stay kat AED. Dapat one year programme je. Kalau dapat Allied, kena two years programme lak. Tapi, AED banyak keluar duit. Only two weeks here, da kena keluar duit beli tools. Wuwuwuwu masa nak bayar tu rasa macam “Uuuu ciannya umi ayah kena kerja keras cari duit untuk aku belajar AED.” But, dats da catalyst. AKU MESTI JADI ARKITEK!

                Hahaha jauh gila kot dengan cita cita aku selama ni dari aku darjah 3 sampai form 5. Kerjaya arkitek memang takde langsung dalam kamus oxford hidup aku. Senang crita, aku BUTA tentang kerjaya arkitek selama 18 tahun aku hidup. Memang takde hati ah. Serius. Bila dapat offer UPU – Foundation in Architechture and Environmental Design, I was like à ‘’WHY I CLICKED AT DAT COURSE?!!!” padan muka. Paham tak?





NIAT(?)

                And sepanjang Taaruf Week kat sini, aku MEMANG TAKDE JIWA. Masuk UIA, oh heaven yess aku suka aku suka tapi.... AED? Krikk krikk. Aku memang nekad gila “Ok Elin, belajar je sungguh sungguh, skor gila gila dalam course ni, tapi takyah jadi arkitek. Jadi arkitek takde life takde masa takde rehat takde blablabla tapi gaji MASYUKK ahh peduli apa aku. Kau amik je pure architechture time sambung Degree kat main campus nanti then kau pandai pandailah belok mana, ASALKAN KAU JADI PENSYARAH. Pensyarah dalam bidang ke-arkitek-an. ASALKAN BUKAN ARKITEK.”
Itu azam aku. Ntah pape. But then after so much phases that I have gone thru with my family and my rumetßyg Australian tu, I slowly changed my mind.





Baiah Night :)




                Insya Allah, aku nak jadi ARKITEK. Tapi, ahh banyak sangat ahh tapinya. Nak Berjaya, memang banyak halangan. Blablablabla abaikan hasutan negative, bersandar dan berharap pada Allah yang ESA. Allah sentiasa ada untuk kita. Selagi kita ingat Allah. Selagi aku ingat ALLAH selamanya. Insya Allah.


AMALAN<--kurang istiqamah ini budak

                Oh, solat dhuha. First two weeks, Alhamdulillah lancar. Tapi, masuk hari Sabtu Ahad je, rasa berat. Masya Allah. Dugaan. Dah tak istiqamah aku ni. Tapi, solat Dhuha, Subhanallah. Nak kata takde masa nak tunaikan solat Dhuha? Ohohohoooo tak boleh kata macam tu. Tak boleh kata takde masa. Masa milik Allah. J



SCHEDULE 
                Jadual? Pack. Wuwuwuwu. Dahlah one year programme plus AED plus language classes lagiiiiiiii. Kalau English exempted time EPT takpe ah. Ah sudah. Merungut lagi. Mempersoalkan lagi. Nauzubillah. Astaghfirullah.

Tuu yang warna warni tu the jadual. kira pack ah daripada rumet lain FREE gilaa masa!




CLASS

tengah tunggu kelas LEM0620 kat SMAWP3. ok teacher xdatang ok jom bajet bajet depan kamera ok dah setengah jam ok jom balik. Yayy!




                Oh ya. Kelas AED1016 aku, aku dapat studio master yang awal awal lagi dah menimbulkan bad impression dalam diri aku. Wuwuwuwu first day kelas dengan dia dah kena sergah. Terkejut tau takkk? Sakit jantung ni. Terus aku tanggalkan cermin mata aku. Time tu aku rasa, ‘eh aku lagi rela rabunlah daripada pakai cermin mata nampak muka aku punya studio master tu clearly ohh puh-lease bikin hati ini panasss sajaa.’

                Studio master aku tu rupanya masih aktif dalam ASKAR WATANIAH!!
No wonderlah dia asyik terjerit jerit sergah sergah orang eh hello aku tak cukup kuat okey? Janganlah buat aku nanes dalam studiooo. Buat malu jee nanti. And bila beliau kata, “And I’m a LANDSCAPE ARCHITECT actually.” I was like kesah apa aku landskap arkitek ke apa ke sebab sergahan kau dah buat hati aku ni bengkak tau takkkk!!!

                But actually, he was really nice teacher, very awesome studio master. Elehh,, time first class je dia saja buat gempak, saja je timbulkan rasa nyampah dalam hati, saja je tambah dosa student sebab kutuk dia awal awalß aku lah tu hahaha.

                TAPI, sergah menyergah  dan bercakap dengan suara yang mak aihh KUAT baq hang tu mungkin hobi beliau. Atau mungkin beliau dah biasa macam tu time kat wataniah. Mungkin.
DAN, aku selalu jadi mangsa. Napa akuuuu wuwuwuw dua dua kelas pulak tuhh.

                Hari tu aku minum air kosong dalam kelas. Eh biasalah sebelum ni pun aku minum je time kelas beliau tapi tiba tiba je beliau jerit :

“NO DRINKING AND EATING IN MY CLASSS!”

Mak aihh suara macam halilintar. Terus senyap satu studio. Semua pandang aku. MALU. Beliau tenung aku macam nak lempang aku kuat kuat guna kuasa beliau. TAKUT.

sorry.”
Telan liur. Pahit. Cuak GILA. Rasa nak nanes. Serius.

“NO DRINKING DRINHO OR BEER IN MY CLASS!”
Dengan muka garang beliau.





“But PLAIN WATER, you can drink.”

“Kfine.” Dat was my reaction. Reflex. Cam  hampeh gila. Takut takutkan aku.

And he just giggled before go out from the studio.

Lega? Of course. Lega sebab aku tak bersalah.

Cuma bengkek. Dari rasa nak nangis, terus rasa macam nak campak botol air aku tu kat depan. Tak kisahlah kena kepala sapa sapa pun. Ada aku kesah?


Wuwuwuwu. Dahlah hari tu beliau marah sebab aku cakap yang “BioScience was my first choice.” Marah sebab bukan Architechture bukan plihan utama aku. Aku pun satu. Asal laa aku tak kelentong kelentong sikit? Tapi, ada je boys lain yang cakap diorang punya first choice tu dentistry la, engineer la, api asal aku yang kena attack?

Then beliau cakap kuat kuatß lagi sekali, suara halilintar beliau tu buka jantung aku rasa nak meletup,
“AMALINA, THERE IS NO BIOSCIENCE IN AED!!!” 
kfine rasa macam nak hantuk hantuk je kepala aku kat tayar lori. Betullah. Asal aku tak kelentong je?????


And now, Alhamdulillah J I love AED very much. Because of what? That WATANIAH? LOL. Sbahagiannya. Haha. Lagi lagi kelas dengan studio master aku tu si Wataniah tu kelas lukis lukis. Aww aku suka lukis ukis ni tapi kalau disuruh REDO bali, mungkin rasa anti terhadap Wataniah tu akan timbul balik. Mungkin. Hahaha. Heyheyy, positf, k?


                Trust me, I’m an ARCHITECT. In next 5 years(?) Insya Allah. Hahaha. Eh asal ketawa?





I made dat bebek mouth to lawan lawan ngan BumBun dalam lif. eh broken gila english








ENVIRONMENT



sekarang jerebu teruk gila kot. I sneezed nonstop. tekak pedih. hingus mengalir nonstop gak haha

2 ulasan:

  1. hahahaha.. no beer or drinho. ermm admire kat elin lah kot tu lecturer nya. hahaha

    BalasPadam