Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak akhir akhir ni, aku selalu
rasa yang keputusan aku masuk UIA tu salah. Lagi rasa bersalah dan betapa bahlolnya
geniusnya aku bila tadi kakak sedara aku kata “Apasal laa aku tak mintak
UiTM? Senang. Kau ni, membunuh diri je pi masuk UIA.”
Wuwuwuwu..
T.T
Apa aku nak buat ni? Lagi lagi
aku dapat Asasi Seni Bina. Dahlah Seni Bina tu last choice aku masa mohon UPU.
Wuwuwuwu.. kenapa Elin? Kenapa?
Astaghfirullah.
Kadang mempersoalkan, mempertikaikan. Kemudian istighfar, sedar aku seperti tak
redha takdir Allah. Elin sayang, Allah always knew what the BEST for you. Ingat
kata Hajar,
“Allah is the GREAT planner.”
Ever.
Lagi lagi, bila aku selalu
dengar yang bidang architechture ni ramai menganggur. Patah sudah satu hati ini.
Course ni banyak guna duit duit duit. Wuwuwuw patah lagi salah satu bronchus
aku. Mana nak cari duit? Manaaa??
Tapi tapi, aku selalu sedapkan
hati, “takpe, kat UIA ada kawan sekampung yang amik sama course gak.” Pheww.
Then aku korek korek arkib Mbah
Google pasal UIA, Alhamdulillah semua blog blog yang aku baca pasal UIA ni
semua kata “Bersyukurlah. Kita dah ada tempat siap siap untuk degree kat UIA.
Takyah susah susah mohon UPU lagi.” Okay Alhamdulillah itu dah cukup melegakan
aku.
Aku nak tukar course. Boleh ke?
Taknak dah seni bina. Minat? Memang aku minat. Asas? Zero. Kewangan? Ya. Ini
punca masalah. Peluang pekerjaan? Ini pun sama. Aku risau nanti aku takde
peluang kerja pun bila dah amik architechture ni.
Ah hell
kenapa tetiba muzik Kitaro – Oasis pulak ni? Bikin sayu je.
Ah. Sekarang ni aku Cuma
berharap aku belajar seni bina ni kacang macam aku belajar Pendidikan Agama
Islam je. Dulu aku belajar PI tidur je. Alhamdulillah cemerlang. Belajar BM memang senang. Tapi, payah betul
nak dapat A+. Grrr. Belajar Sejarah pun senang. Jarang jarang dapat A+. Grr.
Belajar BI asyik susah je nak score. Grr. So, aku harap Seni Bina = Pendidikan
Islam.
Haaah. Takde motivasi betullah
kau Elin.
AKU TAK BOLEH KATA TIDAK SELAGI AKU
BELUM CUBA.
Insya Allah. Aku ada Allah. Kalau susah, bukak
Al Quran, sujud pada Allah. Sejak dah habis sekolah kat SESTA ni, disiplin aku
betul betul lari. Dah tak kerap baca Al Quran, jarang solat sunat, solat Dhuha.
Eh pembetulan. Bukan jarang tapi dah TAK PERNAH. Tak istiqamah langsung
(-___-‘)
Aku tau kenapa. Sebab aku buat
kerana takut menghadapi SPM. Tak murni kerana Allah walaupun niat memang kerana
Allah. Keputusannya, result SPM tak begitu menyelerakan.
Wuwuwuwu.. aku dah taknak
menyesal lagi. Aku dah taknak mempersoalkan lagi. Aku taknak jadi hamba yang
tak redha. Astaghfirullah. Tapi, selalu je dalam waktu waktu yang mana banyak
syaitonirrajim buat aku goyah. Mula mempersoalkan kembali. Mula menyesal. Mula
menyalahkan.
Jangan takut Elin. Rezeki itu
Allah yang punya. Rezeki Allah ada kat mana mana. Allah Maha Pemurah. Maha
Penyayang lagi tu J Kuatkan iman. Dekatkan diri pada Allah dengan
mula meninggalkan perkara perkara lahan. Argh, ini susah. Aku banyak lahan. Apa
tu lahan? Ntah. Lagha kot?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan