Bismillahirrahmanirrahim.
Ada
satu malam ni, aku terjumpa seorang lelaki. Time tu aku tengah membizikan diri
main game Word Search*childish gila -_-* sambil mengabaikan sekeliling aku yang
bising hingar bingar makcik makcik dan nenek nenek saling bertanya khabar dan
baby sapa sapa ntah berlari lari kegirangan sampai terlanggar langgar aku urgh
geram rasa nak cubit je pipi diorang, and bila dah penat menunduk menghadap
game, aku angkat kepala.
Subhanallah.
Perfect.
Aku
ternampak seorang lelaki yang baru masuk, melangkah dengan santai sambil senyum
dan bertegur sapa dengan pakcik pakcik lain. Aku anggarkan umur dia samada
dalam lewat 20an atau awal 30an.
Tinggi,
dan itu perkara petama yang menarik hati aku lantas mengikat mata aku. Tubuhnya
sedang sedang, sesuai dengan ketinggiannya.
Putih,
dan.. aku rasa dia kacak.
Tiga
perkara yang buat aku tak henti merenungnya sepanjang dia berucap dihadapan,
sehingga aku rasa mata aku terasa sangat kotor, merenungnya tunak, takde
langsung kaver kaver -_-
Dia
tinggi, tough, dan putih. Maka kukira dia kacak.
Tapi,
dalam hati aku kuat mengatakan yang dia sudahpun berkahwin. Entahlah, bagi aku, sekali pandang saja,
macam boleh tau yang dia dah kahwin.
Dan
anggapan itu yang membantu aku agar mengawal hati dan menjaga mata, sekurang
kurangnya taklah obvious sangat ushar dia.
Macam
dah boleh tau, sekali tengok je dah tau dia dah kahwin. Bukannya dia buncit
pun.
Kejam.
Aku
tunduk, dan hela nafas, cuba untuk kawal hati. Geli, kan?
Blerghhhh!!!
Then
aku focus pada benda lain. Aku cuba untuk dengarkan isi ucapannya. And, sampai
pada satu ucapannya, dia baca sepotong ayat Al Quran. Masya Allah, indah.
Rasa
macam jatuh cinta kali kedua.
Rasa
macam dah jumpa ciri ciri suami idaman aku semua ada kat dia. Yang paling buat
aku rasa ‘Aku dah umpa calon suami idaman!’ adalah suara dia baca Al Quran.
Merdu. Indah.
Tapi
cepat cepat aku kutip hati aku balik, yang tadinya dah terjatuh. Nasib baik
jatuh sekejap je. Nasib baik masih belum jauh terjatuh dari tempat terjatuhnya.
Nasib baik sempat kutip lagi hati aku. Pergh. Geli gila bhai ayat.
Semata
sebab hati aku kuat mengatakan yang dia dah kahwin.
Tapi
yang lagi sebahagiannya berharap yang dia belum kahwin. Benci ah bila tetiba
hati dah rasa lain macam ni kan?
Next
week, aku datang lagi, well bukan semata nak ushar dia, well, salah satunyalah,
ahahaha, but actually aku datang sana pun sebab aku ikut orang je kan ahahaha.
And dia
tak datang.
Sebelah
hati rasa geram. Sebelah hati lagi rasa lega.
Gilalah
aku ni. Niat tak ikhlas kerana Allah langsung! Astaghfirullah.
And hidup aku berjalan macam biasa. Blablablabla sometimes
teringat kat suara dia mengalunkan sepotong ayat Al Quran, blablablabla
sometimes teringat kat gaya jalan dia yang mengikat mata aku lebih kuat dari
Superglue 10 seconds, blablababla sampailah parents aku datang singgah kejap
kat tempat krja aku.
Blablabla
lagi, borak borak dengan umu, and entah kenapa mulut aku ringan sangat tanya
pasal dia.
Aku
gelarkan dia ‘Shah’. Bukan nama sebenar for sure. Jangan risau, nama sebenar
dia takdepun huruf H dengan A kikikiki >.<
And umi
kenal dia.
Eksaited
tau tak? Eksaited.
“Shah
yang tinggi tu ke? Yang putih tu?” Aku angguk macam takde tulang leher.
Punyalah beria ia.
“Tau
tak adik beradik dia tu semua baca Quran sedap sedap, azan pun merdu. Dia tu
anak bongsu.”
Pergh.
Jatuh cinta, tau tak? Jatuh cinta. Baca Quran suara sedap? Menangis dalam hati.
Sungguhlah dia memang menepati cirri cirri suami idaman aku.
“Dia tu
dah kahwin lah kak!”
PRAAANGGGG!!!!
Terlopong.
Ternganga.
Pastu
mencebik. Hmmph! Dah agak dah. Tak salah rupanya firasat aku masa first time
Nampak dia. Cuma hati ni je yang gedik!
“Umi
kenal mak bapak dia. Parents dia pernah cakap, ‘Alahh Cik Filzah, saya ni kalau
boleh teringin sangat nak berbesan dengan Cik Filzah dengan Cik Sulaiman, tapi
anak saya dah selamat dah semua. Yang Shah tu, dia anak bongsu. Dia baru je
kahwin.”
Terjerit
jerit aku kat situ. Nak berbesan! Tapi anak dia semua dah kahwin! Shah dah kahwin!
“Alahhh,
isteri dia jauh lagi cantik, lagi comel dari kakak!” Pergh! Pergh! Umi sendiri
puji isteri kepada lelai yang kita
crush!
Best umi
in the world! Bagus dalam memadamkan
rasa crush dalam hati aku dengan sekelip mata! Walau dengan cara kejam
sekalipun. Kakak sayang umi J
Tapi memang
isteri dia comel pun. Masa first aku Nampak isteri dia, aku ingat tu adik dia,
sebab mak dia, dia, dengan isteri dia agak sepet.
Sumpah comel
gila isteri dia. Gila comel. Manis je. Lembut je. Hmmm, sesuailah dengan dia. Nak
banding dengan aku, beza macam antara stiletto Jimmy Choo dengan belacan. Aku si
belacan.
“Kakak
tau tak dia naik kereta apa?”
“Hmmmm.
Kereta apa?” Dah patah hati, dah hilang minat nak amik tau pasal dia lagi.
“Mini
cooper.”
Terlopong.
Puas terlopong, terjerit jerit depan umi. Kenapa? Kenapa dia dah kahwin?!
Ambil nafas,
hembus. Lega. Sekurang kurangnya.
EWWWW!!!!
Suami orang
kot. SUAMI ORANG, Elinn!! Geli doh. Seriously, geli.
On the
spot, hilang dah rasa crush tu. Ewww!! Ewww!! Apa ni, minat suami orang? Dah,
dah. Syaitonirrajim betul perasaan ni.
Pastu mengadu kat Kak Ira.
“Kak Iraaa~
Kita kan, selama ni, kan~ Crush kat... Suami orang T_T”
“Hahhh?
Elinnn! Elinnn! Macam ana boleh macam tu?”
“Dia
kan, tinggi..”
“Waahhh~”
“Tough..”
“Hmm..”
“Pandai,
sedap baca Quran...” T_T
“Awwhhh...”
Sambil Kak Ira pegang tangan aku, try nak pujuk aku mungkin.
“And,
dia ada Mini Cooper.”
“WAAAHHHHHHH~!!”
Kak Ira pun ikut eksaited.
“Elin,
Elin! Sabar, Lin.”
“Kita
seriously rasa geli, rasa jijik dengan diri kita tauuu...” T_T
“Rasa
macam hina sangat perasaan ni. Suami orang! EWWW!!!”
“Alahhh,,
Elin pun baru tau, kan? Takde papelah.”
“Tak
bolehlah Kak Ira. Kita rasa geli, jijik, rasa kotor gila dengan diri kita ni.
Rasa macam, hinanya kita ni...~” T_T
“Mana
ada jijik. Mana ada hina. Elin ni, tu perasaan Elin je lah. Elin tak salah apa
apa.”
“Nasib
baik crush seminggu je, Kak Ira.”
“Hmmm...
nasib baik. Kalau crush lama lama, mesti lagi merana.”
“Alaaaa.
Kak Ira tak tau. Kak Ira tak pernah rasa crush kat suami orang. Ewww! Yuck!”
“Eh,
tolong sikit! Pernah ye!”
Terlopong.
“Seriously?”
Seiously Kak Ira?
And Kak Ira lari.
Rasa macam
sumpahan Forshort kat aku yang mengatakan aku ngan studiomates ni sebagai ‘Hanez
Suraya’ tu menghantui hidup aku. Cis!
Cuba kau
kat tempat aku, Forshort. Tetiba kau terjatuh cinta kat bini orang, apa
rasanya? Anggap je macam Hanez Suraya versi jantan.
But then,
aku fikir fikir balik. Hmmm.. sesuailah dia dengan isteri dia. Sorang hensem,
sorang lagi comel.
Syukurlah
umi sedarkan aku awal awal.
Mungkin
sebab dia bukan arkitek, tak pandai silat cekak, even dia pandai baca Quran
sekalipun.
Mungkin
juga jodoh aku nanti tu arkitek, pandai silat, and pandai baca Quran. Misterinya.
Eh geli doh entri aku. Pffftttttttt -_-
Dear Future Husband,
Have we
met each other yet?
Pergh. Pergh.
Dah dah la tu Lin. Geli bebenor ayat kau haaaaa.
Tuesday.
2.36 am.
27.5.2014
Seungri – What Can I Do.