IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Ahad, 22 Disember 2013

Elin A'a Jannah Huda Najeh Wahidaaa

Bismillahirrahmanirrahim.

Tinggal 6 orang ni je. Takpe. Kita kan suka English. Suka sangat. Lagipun, sem ni English lagi best, kan? ada Madam Saras yang suka buat lawak. ada Bro Haddi yang errr.. ayat dia power sangat sampai tak tercapai dek akal. ada 3 Amalina. ada lots of Muhammads. that Muhammad, this Muhammad, those Muhammad, all Muhammads. ada Pah Jamalul Kiram yang ketawa  bunyi menyengat. ada air cond hewhew^^

tinggal 6 orang ni je. takpe next sem kita zombie sama sama. zombie for those yang amek subjek design ah. Huda non design,kan? nak jadi quantity surveyer, after jauh dari accountancy capaian hajatnya. takpe kita buat model sama sama. kita duduk studio sama sama sampai esok subuh sambil buat model sambil kongsi cerita hantu hewhew ^^ takpe kita akan sentiasa satu kelas lepas tu. takpe kita buktikan 7 subjek boleh dapat pointer atas 3.3 punyaaa. Syukur point untuk amek pure architechture cuma 3.3 je. kalau dia letak 3.97? Haha sila meratap diatas iron board. sila bersedia untuk menopouse awal haha kiddin -_-''

tinggal 6 orang ni je. takpe mari kita kekalkan budaya makan tengahari kat Za'ba. mari kita tengok Najeh makan lauk pedas dan panas sampai pening pening. mai kita suruh Wahida baca doa setiap kali makan. mari kita ushar pakcik Za'ba amek gambar customer beliau. mari kita pergi gym setiap petang dan malam*untuk sem ni je la pffft. sem 3 nanti tak boleh jamin. zombie mana kuat nak gymming. so, mari kita berenam struggle pecahkan lemak dibadan kat gym. takpe, wahidah ngan najeh sentiasa ada untuk jaga gym kan? kan? 

tinggal 6 orang ni aje. takpe kita start exam awal, kita habis exam hari tu jugak yayyy :D takpe pastu hari kita exam pun kita dah boleh balikkk yayyyy! takpe kita boleh pergi Bukit broga time kawan kawan kita yang lain gugur bulu kepala bulu ketiak bulu dada jawab exam haha*keji. eh, Broga cancel, kan? takpe kita dah boleh pergi berenang bersuka ria kat swimming pool kat Taman Melawati tu. takpe marrey kita pura pura lemas, A'a kan ada. dia kan champion berenang. aku pun last week pura pura nak lemas, tapi tak berjaya sebab rupany aku pandai berenang yang hakikatnya tak pandai pun -_-'' 


yayy haritu kitorang da pi swimminggg. tapi tak berenang pun. jangan jeles. jeles kat a'a je sorang. sebab dia je reti berenang ahaha ^^









tinggal 6 orang ni aje. eh hari ni partyyy!! yayyy!! lepastu, lepastu cuti sem double yayyy!! good luck yang 6 orang ni. semoga berjaya, Insya Allah. 












wow. cool gila. lubang hidung -_- pfftt hahah












































Najeh. Waheeeda. errr Nasrun -_- Elin. Jannah. A'a. Huda.








Sunday
10.45 pm
22.12.2012
Pop Danthology 2013 - Daniel Kim

Sabtu, 14 Disember 2013

Aneh Bosan Sabtu Ahad

Bismillahirrahmanirrahim.

                Sabtu Ahad adalah hari yang paling aku tunggu tunggu dan hari yang paaaaaaling bosan bosan bosan bosannnn. -_-
                Layan The Master’s Sun sehari suntuk dah berjaya tamat *applause. Memang ah, skip episode 6 ngan 7, and episode last last tu aku banyak forward, sebab dah naik menyampah tengok heroin dia. Tidur pukul 3.53 pagi *applause. Tu yang aku tak suka kalau layan drama drama Korea. Apatah lagi Indon. Eh, memang aku tak layan langsunglah Sinetron. Buang masa, membenakkan fikiran aku je.
                Satu yang aku tak suka layan drama bersiri sebab, panjang sangat, heroin dia makin last episode makin lemah, makin cepat mengalah, makin tak tau malu, Korea laa ahahaha sebab tu aku malas nak menjebakkan diri aku dalam drama Korea KECUALI bila aku dah bosan tahap nak berus lubang jamban guna cangkul. Lagi satu, aku paling tak tahan bila babak or scene drama Korea ni ‘sudden kiss’ or ‘sudden hug’ pastu heroin buat muka terkejut mata membulat. Tetiba aku rasa pipi aku naik panas, badan aku meremang, dan “Ewwwwww!” Pastu forward cepat cepat. Cliché sangat. Tapi tak dapat dinafikan, hero The Master’s Sun hensem uwaaaa T_T dan aku dah tak ingat nama dia. Malas nak ingat sebenarnya.
                Selasa depan ada speaking test.
                “Hi, my name is Amalina-lah.” Boleh? Ahahahaha

                Makan banyak, perut kembung, merungut, pergi gym, push up, senak, layan lagu, tengok cermin, layan lagu, menari Alone- Sistar, balik. Hari hari. Setiap malam. Sepatutnya aku penuhkan masa aku sekarang dengan praktis menari Alone or Give It To Me Sistar LOL membajet je padaha bila tengok aksi sendiri depan cermin dah macam gaya ayam tonggek je aku menari. Bak kata Ziyad the most bajet brother -‘retak cermin tu.’ Terima kasih. Memang betul tu -_-‘’

                







4.47 pm.
Saturday.
14.12.3013
Tiffany Alvord - Boyfriend.

Rabu, 11 Disember 2013

Nama Dia Ziyad dan Aku Suka Membahan Dia dengan Resepi Rahsia Aku

Bismillahirrahmanirrahm.


Lama tak jumpa kau gila. Aku tak dapat nak balik, kau pun tanak ikut umi ayah datang jenguk aku. Pastu kutuk aku kata 'kau ni cucu derhaka ah'. Weyyy --''

Ziyadine Zidane la. Ziyad Rocketeer la. Puh-liss lahh!
Nama kau Ziyad An Nursi. Unik punya nama tanak letak pulak kat FB. Tengok macam nama aku ni. Simple gila antara kau, Apis and Chopee.

Ziyad maknanya tambahan. Amacam Matematik tambahan kau? Ahahahaha sadis kan? Sadis kan? LOL sama laa kitaa.

Ziyad An Nursi maknanya tambahan cahaya.
Bercahaya ke muka kau? Rasa macam nak rendam muka kau kat dalam sebesen stokin busuk bacin berpeluh kau pastu perasakan dengan clorox, tiap kali lepas jadi imam bajet pumping guna ibu jari je depan kitorang. Memang perasaan aku nak tonyoh muka kau guna berus jamban tu meluap luap ahahaha.

Kejap lagi kau nak terbang pigi Indonesia. *lambai
Baca doa naik kenderaan, baca Asmaul Husna, baca doa pagi petang, bla bla bla and,
jangan lupa sampai Indonesia sana JANGAN nak miang ngan cewek Indon. Tembak lubang bonot kau lelaju tau ah.

Oh yeah. Caring pulak aku tetiba taip entry pasaii kau. Kau sapa doe? Aku tak kenal kau.
Aku kenal ayah kau je. Sulaiman Bin Zakaria, kan?
Ahaaa, beliau tu pun ayah aku gak. So, kau ni sapa? Ahahaha, sadis sadis. Sorry sorry
Saja je nak kasi kau berbulu lubang bontot baca ni bhahahaha

Alamak, dah pukul 1.30 pagi doe. Aku tak tido lagi. Esok ada kelas. Kbye.

Adios amigos.





Nah, chat hari tu. Mengganggu ketenteraman malam aku je 'Ziyadine Zidane Rocketeer' ni hahaha
*LOL phone aku xboleh nak screen shot so aku camera shot je hahahaha

























1.44 am.
Thursday.
12.12.2023.
Teen Top - Rocking
*omg CAP!!!! T_T

Selasa, 12 November 2013

Dear My Future Husband

Dear my future husband,
                Tonight I’m  so lonely. I cant online because I cant charge my laptop because I left the charger at home. Well now you know one thing, I ni memang careless. Benda penting pun boleh terlupa sampai tertinggal kat rumah. I cant even playing a music with my phone because I don’t have handphone! Well I used to but it was broken. I cant call my family this whole two weeks because I didn’t buy any phone yet wuwuwuwuwu so sad. Nak beli boleh, tapi I kena fikir jugak duit elaun I dari sem 1 nak guna sampai sem 2. I dah janji dengan diri I sendiri tak akan minta duit dengan parents I sebab I dah ada duit elaun. I dah janji dengan diri sendiri akan berjimat cermat and bertanggungjawab dengan duit elaun I. Taaaapi banyak yang I kena beli. Phone.  Ingat phone murah ke? Tau tak dulu phone I tu bekas phone adik I yang dah banyak kali rosak? Well bersyukur jugaklah sebab at least ada phone even keypad kecik kecik nak taip pun sampai tertekan 3 keypads no wonderlah adik lelaki I kasi I phone dia tu stress nak taip mesej dahlah jari dia besar gedabak -_- I taulah you kaya, beli phone no hal, tapi pernah you fikir, ‘Eh bakal isteri aku ni hidup zaman Mesolitik ke zaman Renaissance?” Ha, ingat lawak sangatlah tu. Tak lawak okey? Macam mana I nak divide duit elaun I yang tinggal kurang RM300 dari RM1000 tu? Nak beli phone lah, duit makan, duit minum, duit buku, semua tu untuk 2 bulan. Gila? Sebulan ada 4 minggu. Seminggu 7 hari. Dahlah tender cafe baru kat mahallah I tu mahal gilaaaa wuwuwuwuwu nak menangisssss I rasa I akan minta jugak akhirnya duit bantuan dari parents I akhir bulan nanti.

Dear my future husband,
                I ni teruk,kan? I sepatutnya menghadap Allah, berdoa, mengadu tentang kesusahan I, about how tough my life right now, but instead of doing that I keep imagining you, plus writing nonsense  on this graph paper. GRAPH PAPER?! LOL so sad. I tak beli lagi any test pads or foolscap paper. I lupa nak beli masa nak daftar masuk untuk sem 2 ni biasalahh lagi dua bulan umur I 19. Ehem, agaknya umur you sekarang ni berapa, ya? I ni pelupa dan selalu lupa. Teruk, kan? So sad. Takde foolscap paper, luahkan perasaan atas graph paper. Patutnya luahkan perasaan kat Dia, Dia Maha Mendengar, lagipun hati jadi lagi tenang. Haihhh. Macam mana lah I nak jadi wife yang sempurna untuk you kalau diri I sendiri pun tak selalu ingat Dia. Lagha, ketawa, hati jadi gelap, hati mati, tapi selalu minta minta kat Dia. Kadang I malu. I takut. I benci dengan diri I sendiri.

Dear my future husband,
                I always wondering, who are you actually? Where are you now? What are you doing in this moment? Are you still studying, a student like me? Or now you are an architect? Are you reciting Al Quran right now? Tasmi’ the surahs? Or right now you are helping your mother, or teaching your brothers and sisters? Are you bewaring with our adab of socialising between men and women?
OR
Are you still chatting or skyping or poking or retweeting or calling or kissing with your girlfriend?
Ouch. That’s hurt. Deadly make me sad.

Dear future husband,
                How I always hoping that your heart still clean and pure, from any love of any girls. Well I have to think logically, right? Boys or men nowadays, its kinda impossible if they still single, well at least they have one ex girlfriend. Dear, do you know? I never have any lover. I never couple. Why? Because i’m too hot so my taste of courselah boys yang hot hot jewrr khonn? LOL tak sihat rupanya bakal isteri you ni. Sebab, entahlah. They are, imperfect.  Bukan nak kata I ni perfect sangat bukan. Well ada yang hensem tapi minda slow. Ada yang taf tapi gengster dan kerinting lak tu. Ada yang caring dan hensem tapi smoking, merayauing blablabla. Ada yang hensem caring tall perfect tapi dia bukan jenis yang memahami dan ego. I ni berlagak, kan? Berlagak gila pandang diorang sebelah mata tapi sebab berlagaklah I maintain single awww geli, kan? Sorry you, you nak stop dulu nak pergi muntah pun silakan. Takpe youkan future husband I. Bukan I berlagak, entah I Cuma tak yakin dengan bercinta zaman remaja ni. Rasa macam, helo~ monyet sangatlah cinta tu. I taknak bazirkan masa I, bazir kredit I calling calling or mesejmesej dengan orang yang belum halal. I tak suka cemarkan hati I dengan orang yang tak layak, dengan orang yang tak halal lagi untuk I. I Cuma nak buat diri I nampak mahal, salah ke? You jugak yang untung nanti helehhh buat buat muka menyampah pulakk.

                Tapi tipulah kalau I cakap I tak jeles tengok kengkwan yang lain semua dah ada BF. I je sorang sorang  yang ternganga macam orang syndrome down. Diorang sibuk tenet tenet dengan kekasih hati memasing, I nak tenet tenet dengan sapa? Handphone pun I takde. You, janji dengan I, nanti kita kahwin you mesti main main mesej ngan I tau? Hahaha sorry I memang kurang waras sikit malam ni. Pening tengok grid kecik kecik kat kertas graf ni. But then, I realised something.Ii tak patut cemburu, I patut bangga. I berjaya pelihara hati I sampai ke saat ni, harap harap saat saat lepas ni hati I kekal suci dari mana mana cinta lelaki yang belum halal. I want to give you- a special gift from me, my heart J

                Sometimes, bila I fikir fikir balik, kalaulah sekarang ni, time kita belum jumpa lagi, belum berlakunya lagi first weird ‘dupp’ dalam jantung kita, tapi sekarang kau tengah ada GF, hari hari kau penuh dengan mengingati tentang dia, hati kau macam dah penuh dengan nama dia je, tapi hakikatnya jodoh yang yang tertulis kat Luh Mahfuz itu sebenarnya adalah antara kau dengan aku, mesti aku akan rasa kecewa sangat. Yelah, cuba kau fikir. Nanti, bila kita dah kahwin, untunglah kau dapat hati aku, dapat jadi lelaki first and last dalam hati aku, tapi aku pulak? Aku Cuma boleh dapat hati kau untuk yang kali ke berapa ntah. Manalah tau, sebab kau banyak gf,kan? Tak aci laaa.

Dear my future husband,
                I’m so sorry I’ve become so sad and sadist tonight. Writing nonsense stuffs about future husband la, marah marah atas graph paper lah, belum kenal you pun dah menceceh cecehlah, kesian betul. Belum jadi isteri you, dah tak betul. Apa nak buat, malam ni I terover feeling pulak. Dahlah time tulis ni banyak nyamuk! Grrrrrr!!!

Dear my future husband,
                My name is Elin Suza. My real name, tunggu nanti malam pertama I will reveal everything about myself. Hahaha gatal,kan? Gatal,kan? Gatal lah sebab nyamuk banyak asyik kena gigit dengan nyamuk aje. I am 18 years old in 2013, born in January AND, I hope you’re older than me please please please...~  Tua aroung 5-10 tahun pun kinda sweet, kan? Hehe. I’m currently taking Foundation in Architecture and Environmental Design in CFS IIUM, Petaling jaya. I’m about 165++cm height, and around 55-60kg weight. Berat,kan? Taklah, ringan je. Kalau nak dapat accurate weight, you kena dukung I atas bahu you dulu macam Kwang Soo angkat Jihyo. Jangan muka you macam Kwangsoo sudah. Muka I macam Jihyo takpe, sebab Jihyo cantik. Errr I lagi cantik dari jihyo. Well, sekali lagi, kurang sihat. Malam ni je. You Cuma boleh dukung I bila kita dah halal je. Gatal,kan? Gatal lah, nyamuk gigit -_- Hidung I mancung, nanti kita main lawan lawan hidung,nak? Macam sweet je, macam sweet je, macam gila je, of course! -_- I dah khatam Quran 2 kali. Sikit,kan? Taulah you dah khatam Quran sampai 66kali. You siapa, I siapa. I ni Cuma budak nyanyuk yang lagi 2bulan dah nak masuk 19 tahun malam malam tulis atas graph paper. Kesian.

                I kuat makan, I tak suka susu, I memang tak boleh masuk dengan any kind that related to milk. Too bad. I akan muntah muntah if I makan or minum something that related to milk. Yogurt, dadih, air bandung, CHEESE, omnomnonm tak boleh tak bolehh I memang tak boleh so sad. I’ll vomit it back. Habislah you, nanti bila I pregnant, macam mana I nak minum susu untuk baby kita? Entahlah. Malas nak fikir. Youlah fikir. Youkan IQ 190++ Insya Allah. I suka cakap sorang sorang depan cermin. Habit. Depan iron pun boleh jadi jugak. I sangat suka tengok cerita seram tapi I akan menyesal setiap kali tengok tapi lepas tu I tetap nak tengok lagi cerita seram. Yes, gedik. So sad. I lagi suka pakai flat shoes instead of wedges or heels tapi kalau you nak belikan I semua tu I ok je. Suami belikan, mestilah I suka J J

                I tak suka city life. Sesak, pollution, jammed, riuh, bising, pack, crowded, banyak Indons Banglas Nepals perverts, memang bukan jiwa I. I lagi prefer duduk dekat kampung. Tenang, segar. Bangun tidur dengar bunyi ayam berkokok, udara pagi yang sentiasa fresh tanpa sebarang anansir anansir asap durjana, sentiasa bergotong royong time kenduri, hubungan rapat dan mesra sesama jiran, buah buahan tempatan dari dusun, sayur sayuran fresh dari kebun, masakan kampung, I suka semua tu. Tapi, bila dah kahwin nanti I wajib ikut you, kan? I wajib taat pada you as my husband, even if rumah you dalam kapal pun I wajib taat. Ok ok sukahatilah. Tapi, I really hope, you belilah rumah kat countryside, or atas bukit, yang tenang and jauh dari kegilaan kota. Alahhh, you kan kaya.

                You, mulai sekarang, banyakkanlah bersedekah. Beramal jariah di jalan Dia tapi INGAT, jangan menunjuk nunjuk. Buat sesuatu biar ikhlas, bukan untuk show off, itu riak. Lagi banyak you bersedekah, lagi murah rezeki you. I pun tengah dalam usaha mendidik diri I supaya banyak bersedekah start dari umur muda. Nak bergantung harap pada ibadah fardu, I tak rasa cukup. Nak mengamalkan ibadah nawafil, keeping the istiqamah, I tak rasa yakin dengan diri I. Kita boleh cuba beramal dengan cara lain,kan? Sedekah, menyampaikan ilmu. You, hidup jangan kedekut, jangan bakhil. Rezeki tu milik Allah. Dia boleh tarik bila bila masa je.

                I suka lelaki seksi. So you, pergilah belajar silat. Bagi I, silat tu seksi. Belajar silat, grad silat, tapi niat untuk mempertahankan diri, bukan untuk menunjuk nunjuk. Ingat tu. Oh, and belajar silat, biar stay sexy in my eyes. Silat, tough, sexy, grrr! Plus you pandai baca Al Quran, betul makhrajnya, sedap alunannya, omo omo omo plus plus seksi you! Oh lupa, you kan dah khatam Quran 66kali. Lupa pulak tetiba. I pun ada belajar silat dulu, tapi sebab I dapat one year programme untuk course AED, so kinda terkejar keja rjugaklah. So I stop.

Dear future husband,
                Tangan I dah penat. CRAMP dah wuwuwuwuwuwuw tapi banyak lagi yang I nak tulis.

Dear future husband,
                Apa yang I nak sebenar benarnya ialah, you datang melamar I dengan penuh kelelakian menghadap ayah I. Jangan risau, ayah I tu kuat loyar buruk, suka melawak tak kira tempat tak kira masa. Dengan anak anak beliau, garang gila. Ada lah jugak buat lawak tapi lawak beliau tu I kadang penat nak layan. Loyar buruk sangat. Suka kenakan I. Hobi beliau kot. Don’t worry, ayah I akan buat you sentiasa rasa selesa all the way. Beliau garang dengan anak sendiri je, dengan orang lain baik gila. Beliau tu sibuk uruskan jodoh anak orang lain sana sini dengan umi I, jodoh anak sendiri beliau tak tau macam mana nak handle. Bila umi I tanya beliau, beliau akan diam, or buat lawak yang tak masuk akal. Kesian betul. So you dear future husband, just come straight to my parents, lamar I sebagai permaisuri hati you, bakal ratu bidadari syurga you. I really mean it. I tak suka  kalau you ajak couple or bercinta dulu. I takkan teragak agak untuk berlagak LOL. I ignore you je nanti. Bagi I, lelaki yang betul betul ikhlas dan yakin dengan cintanya, dia akan terus jumpa parents I, lamar I. Bukan buang masa tambah dosa maksiat zina hati. I tak suka.

Dear future husband,
                I prefer love after nikah. I prefer untuk berkenalan dengan you, belajar mengenali you, belajar bercinta dengan you, semuanya selepas kita halal. Apa maksud I ‘halal’? Ada cop tanda HALAL? LOL tak lawak okay you kan IQ 190+ wahahaha sukati je en en en? Halal, selepas lafaz akad. I want to keep my heart clean and pure, before I give it you. Thats why, I tak pernah bercinta. Kalau you ajak bercinta sekalipun, I akan buat dunno je. LOL macam bajet howtt je I malam ni kan? I tunggu lelaki lain. I tunggu my another Mr Perfect 10 datang minang I.

Dear future husband,
                I tau I merapu malam ni. I tau I kurang waras waktu I tulis semua benda alah ni atas graph paper. I tau I tak sihat. I tau I gedik. I tau I over. I tau I bajet howtt. Tapi jangan risau. Semua kejelikan tu untuk malam ni je. Malam yang lain lainnya, malas dah I nak menggedik gedik atas graph paper lagi. Hello~ Next time kalau I nak merapu pun I akan guna foolscap paper lah. I janji I akan beli foolscap paper esok. Malam ni je syndrome down menyerang I. Until then, I promise I will stay sihat. Insya Allah.


Assalamualaikum.







Tuesday.
10.56 pm.
12.11.2013.

Hyper Act- Hanya Aku.

Sabtu, 26 Oktober 2013

The Story After



“Stop damaging my brain!” Tutur Nuri, penuh geram.

Figura remaja lelaki dihadapannya, meletup dengan tawanya. “Or, stop being gentle and perfect in your eyes?”

“Pun boleh jugak.” Gumamnya. Tangannya pantas mengemas buku buku rujukan yang berselerak di atas meja. Geram betullah! Elok elok aku boleh spend time sampai pukul 6 kat sini, sekarang kena blah dari sini. Si Amoeba ni gila betullah!

                “Eh, nak kemana?” Tanya Daniel penuh gelabah apabila melihat Nuri kesayangannya berura ura hendak pergi dari situ.

                “Balik. Mandi. Basuh baju. Tidur. Hoping bila aku buka mata balik, aku tak pernah rapat dengan kau.”

                “Tapi aku ibarat jiwa kau.” Luah Daniel, yakin.

                “Taik kucing.” Nuri membalas.

                “Dah dua tahun kita kenal. Mustahil kau dapat lupakan aku sesenang itu. Bak kata aku,  aku ibarat jiwa kau.” Tegas Daniel bersuara, menatap dalam anak mata Nuri.

Sedikit terkaku, Nuri berdehem mengusir rasa aneh yang tiba tiba menyelinap dalam hatinya. Tiba tiba dalam dua tahun ini, baru kali pertama dia merasakan mata Daniel amat menawan. Biru laut. Kening lebat. Bulu mata penuh. Lirikan tajam.

                “It’s hard, right?” Suara Daniel mengejutkan Nuri dari dunianya.

                “Hah?”

                “To keep your eyes away from my sexy eyes??”

                “Yuck. Yuck.” Rasa berasap kepala Nuri, kerana kantoi secara tak sengara TERtenung mata Daniel khusyuk, ditambah dengan rasa bengangnya tehadap Daniel yang tak habis habis mengusiknya.

Baru sahaja kakinya hendak melangkah dari situ, lengannya tiba tiba ditarik kuat oleh Daniel menyebabkan buku buku dalam pelukannya terjatuh dan berterabur diatas lantai.

                “Daniel!!!” Spontan, Nuri menjerit. Spontan, kepala kepala pelajar yang kebanyaknnya di tingkatan 5 yang sedari tadi tunduk khusyuk menelaah pelajaran, tegak tertoleh toleh, melihat apa yang sedang terjadi.

                Merah muka Nuri apabila semua mata di dalam perpustakaan itu tajam memandangnya, yang terang terang menunjukkan dirinya sedang dipegang oleh seorang lelaki bukan mahram. Panas rasa hatinya apabila melihat muka Daniel yang selamba tidak berperasaan.

                “Lepas!” Dia cuba menarik tangannya, alih alih badan dia sendiri yang terdorong ke hadapan hampir memeluk tubuh Daniel. Daniel menggeleng, tersengih membalas panahan mata mata yang sedari tadi memandang mereka berdua.

                “DANIELL!!!” Nyaring suara Puan Masyitah, menghantar amaran agar mengentikan tindakannya. Kaca matanya ditarik ke hidung, memandang tajam kearah Daniel. Kepalanya digelengkan beberapa kali, penat dengan tingkah si nakal Daniel. Bukannya si Daniel ni terencat, tapi sengaja pura pura tidak faham.

               
“Takpe, prep malam nanti jumpa lagi.” Sekali lagi, tanpa rasa bersalah.




***



                “Haish! Batal air wudhu’ aku!” Nuri ketap giginya kuat kuat, menahan sabar dengan perangai tak faham bahasa Daniel.

                “Takpe, biar aku ambilkan untuk kau.” Usik Daniel lagi, sambil tersengih nakal. Nuri menjeling tajam. Daniel pura pura terkejut, sambil tiba tiba mencengkam dadanya kuat. Wajahnya dikerutkan, sambil mengaduh.

                “Aduh, jelingan matanya, sungguh berbisa!”

Nuri jelingkan matanya ke atas.

                “Then, tell me. Apa rukun wudhu’?”

                “Berkumur, basuh muka, basuh tangan kiri tangan, alahh easy talk, basuh part anggota wudhu’ je la.”

Nuri tergamam. “Including stomach?”

                “Eh, tapi tak pernah Nampak pun diorang basahkan perut.” Daniel kerut dahi. Tersungging senyum sinis dihujung bibir Nuri.

                “You should learn it sincerely, Daniel.”

                “What?”

                “Our religion.”

                “Come on lah. Takpayah nak konservatif sangatlah zaman sekarang ni. We still can get married even aku still Kristian pun.” Bantah Daniel, tidak setuju dengan pandangan dan minda orang Muslim. Cinta itu buta, cinta tidak membezakan agama, tidak membezakan umur. Apa yang penting ialah hati.

Nuri ketap gigi kuat, menahan sabar. Hilang fokusnya menyiapkan homework Add Maths, dahlah bab Logarithm, bab paling susah tahap maut petala kelapan seekor gajah bagi Nuri.

                “Married?” Luah Nuri, dengan suara tertahan.

                “I have a dream, to make you my wife.”

                “With different religion?”

                “Hey, it doesn’t matter okay? Even jiran I kat Prague dulu pun husband dia Muslim, dia sendiri Buddhist. Nuri, please open your eyes. Kau tak Nampak ke selama ni aku-“

                “Syukur aku tak Nampak. Kenapalah aku tak buta je?”

                “Nuri, what-“

                “Kalau aku Nampak, mungkin aku sekarang dah murtad agaknya.”

                “What? You don’t have to change-“

                “Shut up, Daniel Luke Lim. Dalam Islam, tiada apa yang digelar konservatif. Biarlah dunia makin moden pun, biarlah cara hidup lebih maju ke, asalkan hidup berpegang pada satu satunya agama yang benar-“

                “So what? Nuri, aku rimas tengok kau pakai tudung, besar gedabak, tak cantik, tak seksi. Aku nak kau bukak tudung kau, tunjuk rambut kau, pakai baju yang aku belikan, sebab tu aku nak kahwin dengan kau. Aku suka kau, Nuri. Aku kesian sebenarnya tengok kau tiap kali kena sembahyang, sembah benda yang kau tak Nampak. Kau tak penat ke, sembahyang sampai 5 kali sehari? I tried to be a caring guy, Nuri. That’s why I really want to marry you someday so kau akan bebas dari semua ni. Kau bebas dari peraturan mengarut pakai tudunglah, baju besarlah, tak boleh sentuh lelaki lah, terikat dengan sembahyanglah-“

                “Daniel,” Serasanya darah dalam badannya semakin menggeegak mendengar pernyataan Daniel.

                “But bila aku tengok kau patuh sangat dengan agama kau, okay for me it doesn’t matter. We still can get married, kau dengan agama kau, and aku still dengan agama aku. Kalau kau tak suka sangat agama Kristian sekalipun, fine, I can be an atheis. Easy.” Daniel berhujah panjang, memberi jalan paling mudah agar Nuri dapat memahami niatnya yang ikhlas. Dia tidak memaksa Nuri menukar agamanya, malah tidak pernah menarik Nuri agar memahami agamanya. Dia Cuma mahu Nuri memahami perasaannya, menerimanya, membuka hatinya. Sungguh dia telah jatuh cinta dengan Nuri sejak pertama kali dia melihat Nuri.

                Nuri beistighfar berulangkali. Dia duduk. Mengambil nafas dalam dalam. Kalau marah, duduk. Kalau masih marah lagi, baring. Tak logik nak baring depan si taik kucing ni. Then, ambil wudhu’. Nuri menggeleng. Takpelah, Insya Allah aku masih boleh kawal marah aku. Lagi berapa minit je lagi sebelum prep malam habis.

                “What the hell are you talking about, Daniel? You pig, tau tak Islam tu agama yang suci?!” Tengking Mimi, rakan sebelah meja Nuri yang sedari tadi mendengar perbalahan mereka berdua. Merah muka Mimi, merah lagi muka Nuri.

                “Mimi, no. Itu bukan caranya nak buat dia faham. Sabar.” Nuri genggang tangan Mimi, kuat. Memohon agar amarahnya dapat dihilangkan sedikit.

                “What?! Nuri, aku dah lama sabar-“

                “Nuri, aku Cuma nak buat kau sedar je. Sedarlah, yang selama ni aku suka kau. Sedarlah, yang apa aku cakap tadi tu untuk kebahagiaan kau bila kita kahwin nanti.”

PUUK!!

Buku rujukan Biologi setebal 700 halaman milik Mimi itu tepat mengenai wajah Daniel. Buku itu tepat tepat mengenai dahi Daniel, menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Satu kelas kini memandang drama yang sedang terjadi.

                “I’m sorry, I cant control my temper anymore.” Masih dengan suara tertahan Nuri mengucapkan. Matanya berair. Ditahan tahan agar tidak mengalir. Hatinya rasa puas melihat dahi Daniel yang merah melecet. Tiada langsung rasa bersalah.

Mimi terlopong melihat tindakan luar alam Nuri.

                “You dreamed of- we are getting married. Great, IN YOUR DREAM!”

Pantas tangannya mengemas mejanya, memasukkan bukunya kedalam begnya. Sebenarnya, lebih kepada menghumban bukunya dan kotak pensel yang tidak dizip kedalam begnya. Dia sudah tidak peduli. Hatinya panas. Serentak dia menggalas begnya, loceng tanda prep malam sudah tamat nyaring berbunyi. Pantas, kakinya melangkah keluar dari kelas.

                “Eh, beg aku la yang kau sambar tu, Nuri!” Jerit Mimi.

Nuri berpaling, mukanya merah menahan marah dan malu dalam satu masa.

                “Then, bawak je la beg aku balik.”


***

                “Kau kena faham, sah sah dia takde background Islam, memanglah dia cakap macam tu.” Nasihat Ekin, dormmatenya perlahan.

                “Tapi, takkanlah dia buta sangat semua perkara pasal Islam. Batch kita kan mostly agama Islam, even dormmate dia pun semua Islam. Mustahillah dia langsung tak tau langsung pasal Islam ni.”

                “Dia datang dari background yang jauh berbeza dari kita, Nuri.” Maryam pula bersuara. Sebagai ketua dorm, dia merasakan itu adalah tangungjawabnya meredakan perasaan marah Nuri, membuatnya kembali bertenang.

Nuri terdiam. Ya, dia tahu itu. Daniel selalu bercerita padanya mengenai latar belakang keluarganya. Daniel menetap di Prague sejak umurnya 2 tahun sehingga 12 tahun. Ibu bapanya keturunan Cina, telah bercerai. Bapanya sendiri atheis. Datuknya, orang Scotland.

                “Well, aku bukan nak kata apa. Tapi, takkan kau tak perasan yang si Daniel tu dari dulu suka kau?” Elin*ehemehem hehehe pula bersuara.

                Nuri terdiam. Perasan. Perasan sangat. Tapi dia sengaja buat buat tak Nampak. Sebab dia sendiri suka orang lain. Daniel pada matanya hanya kawan sahaja. Sementelah, Daniel bukan jenis lelaki idamannya. Dia tidak suka lelaki muka bercampur baur. Memanglah Daniel kacak, tetapi seleranya lebih kepada lelaki berwajah Melayu sejati. Macam abang sepupunya yang kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di Ireland.

                “Perasan. Tapi dah aku tak suka dia, nak buat macam mana? Aku anggap dia kawan je. Lagi lagi dengan perangai annoying dia tu, suka suki je pegang pegang tangan aku. Penat tau aku marah dia banyak kali, tak faham faham jugak.”

                “Hmmm. Kau sedar tak, yang sebenarnya kau dah sia siakan satu peluang yang saaaangat besar? Yang bukan senang semua orang boleh dapat?” Maryam bersuara, menyoal Nuri dengan maksud yang mendalam.

                “Peluang apa? Terima confession dia? Tau tak, aku bersyukur sangat sebab aku tak pernah cuba nak faham dia lepas apa yang dah terjadi ni.”

                “That’s it. Kau tak pernah cuba nak faham dia, dan dia pun tak akan pernah nak memahami kau.” Maryam tersenyum. Nuri kerut dahi, tak faham.

                “Kau marah dia bila dia senang senang pegang tangan kau, tapi kau tak jelaskan kat dia kenapa. Sebab, dalam Islam, diharamkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram saling bersentuhan. Kau Cuma marah dia, then kau blah. Next time dia pegang kau lagi, kau marah lagi, and kau blah. Daniel tak akan pernah faham kenapa. Apa salahnya kau jelaskan pada dia, adab of socialising between  men and women in Islam. Apa salahnya, kalau kau bawa dia perlahan lahan memahami Islam?” Panjang Maryam berhujah. Nuri terkebil kebil.

                “Tapi, takkanlah dia tak tau sikitpun pasal hal remeh ni? Takkan dormmate dia tak pernah bagitau dia? Takkan dia tak pernah tanya roommate dia?” Nuri masih tidak mahu mengalah. Marahnya pada Daniel membutakan mata hatinya kala ini.

                “Come to think of it. SPM is just around the corner. Semua orang mesti struggle, fight untuk SPM. Kalau kau sendiri, contohlah subjek account takde dalam senarai yang kau ambil, kau rasa kau nak buang masa tak tanya aku benda yang kau tak akan ambil time exam nanti? Same as Daniel, and his dormmate also. Memasing sibuk study, even kalau study group pun, memang takkan ada masa nak discuss benda remeh, contohnya macam – ‘You guys, I think Lee Joon MBLAQ is so sexy. Is he gay?’ Got it?” Elin pula bersuara. Ekin menganggukkan kepala. Angguk sebab dia pun rasa Lee Joon tu seksi, bukan angguk sebab dia faham.

                “Tolonglah, stop kau punya Kpop tu. My ears are burning.” Ameerah buat muka perit.

                “Kau tau, sebenarnya kau sangat bertuah. Kau, satu satunya perempuan yang rapat dengan Daniel. Dalam masa dua tahun ni kan, sebenarnya secara perlahan lahan kau boleh tarik dia memahami Islam, kenapa kita pakai tudung labuh tutup dada, kenapa kita tak boleh bersentuhan dengan lelaki tanpa mahram, kenapa kita tak boleh kahwin dengan lelaki yang tak seagama dengan kita. Dalam masa dua tahun ni, mungkin perlahan lahan dia akan faham, and benda macam ni pun mungkin tak akan terjadi.” Applause to Maryam. Salute to my Ketua Dorm 42+9 ^^

                “Tapi benda dah jadi.” Gumam Nuri perlahan.

                “Ogoshhh guys! When I looked down, I see my feet! Is that normal?” Tiba tiba Amy menjerit. Dia memandang kakinya penuh risau. Dua saat kemudian, bantal Spongebob miliknya dibaling oleh Ameerah tepat kewajahnya.

                “Stop damaging my brain, Amy! Tolonglah weyh, kau prank diorang je, not me. Dahlah Chemistry aku lemah tahap insomnia, lagi berapa minggu je lagi nak SPM.”Terus disumbat earphonenya ketelinga, melayan koleksi lagu Nicki Minaj obsesinya. Amy gelak berguling guling diatas katil, puas mengenakan Ameerah.

                “LIGHTS OFF!!!!!!”

                “Weyh Masya Allah weh. Tutup tutup lampu cepat!” Gelabah anjing si Maryam mengarahkan Afiqah yang baru sahaja menapak masuk kedalam dorm agar menutup lampu.

                “Apasal? Siren rosak ke beb?”

                “Bukan siren rosak. Auntie Guard Kerinting sakit.” Toya si Syazana menjawab.

Maryam sakit kepala melihat baju tshirt yang dipakai Syazana basah menjejeh dengan air. “Baju kau ni, siap datang sekali dengan laundry service ke? Asyik basah je. Gosok gigi je pun.”

                “Alaaa bukanlah. Tadi Fiqa simbah aku dengan air, sebab tu basah. Tsk tsk.” Syazana mula tersesak.

                “Ah sudah.” Elin bersuara. Afiqah Cuma ketawa kuat. Maryam pegang dahi. Melihat Amy yang terjinjit menuju ke suis dan berura ura hendak membuka suis lampu, Maryam lantang menjerit.

                “Amyy!! Kalau kita kena roll call memalam buta ni dengan Masya Allah, aku tendang kau dulu!” Maryam pegang kepala lagi.

                “Arghh!!! aku tak boleh focus lah gilaa!” Ameerah menjerit. Kekecohan berlaku dalam sekelip mata dalam dorm Nuri.

                Maryam kembali menatap Nuri, dalam. Memegang tangannya erat, cuba untuk meyedarkan Nuri.

                “Aku takde masa panjang nak cakap dengan kau, tengok je lah dormmate kita. Asal malam je, gila. Asal malam je, gila. Asal gila je, malam. Aku rasa aku nak resign jadi ketua dorm ah.”

                “Then I’ll be the next!” Elin menjerit, teruja.

                “Diamlah nenek. Dah, pergi jual Bika kau tu.” Maryam jeling tajam. Terus terdiam si Elin.

                “Meh lah aku beli Bika kau.” Ekin akhirnya besuara.

                “Aku rasa, kalau dari awal hubungan persahabatan kau dengan Daniel, kau penuhkan dengan pemahaman Islam, mungkin Daniel tak akan cakap benda yang bagi kau sangat kurang ajar. Biarlah kalau dia kata dia nak kahwin dengan kau sekalipun, kalau takde jodoh takkan kahwin punya. Kan lagi cantik kalau sekarang ni hati dia betul betul tertarik dengan Islam, then dia masuk Islam. Even kalau kau memang dah tak suka dia sangat pun, fikirlah pasal Meera. Dia tu dari dulu crush si Daniel, tau?” Usik Maryam. Meletus tawa Nuri.

                “Hoii! Agak agak ah nak pecahkan rahsia pun. Haa kan sekarang aku dah lupa the whole periodic table ni.” Meera bersuara bengang, menutup malu.

                “Doakan je dia terbuka hati masuk Islam.” Senang Ekin bersuara.

                “Then kahwin dengan aku.” Sambungnya lagi.

                “Hoi!!! Ehem, ehehemmmm!” Meera berdehem.


***


                “Nuri, Daniel nak jumpa kau.” Beritahu Emir, rakan sekelasnya sewaktu dia sedang berpeluh mengusung begnya yang penuh berisi fail.

                “Hah? Alamak, cakap kat dia, aku tak sempatlah weh. Parents aku dah tunggu tu.” Jawab Nur, beralasan. Satu, sebab sisa marahnya masih ada pada Daniel. Dua, sebab dia rasa malu dengan Daniel, malu dengan dirinya sendiri kerana tidak Berjaya menjadi Muslim yang baik, yang sabar. Tiga, sebab dia sendiri sudah penat menusung segala harta bendanya kedalam kereta umi dan papanya. Empat, umi dan papanya sudah lama menunggu. Lima, hello~ Aku nak baliklah. SPM dah habis, okey?

                “Tapi, dia kata ini urgent.” Balas Emir, rasa bersalah pula tiba tiba.

                “Macam ni lah. Cakap je kat dia, aku dah maafkan dia, seurgent mana pun, urgent lagi aku nak balik. Rindu rumah woii.”

                “Err, eh Nuri-“

                “Chiao! Cakap kat dia, I wish him Good Luck!” jerit Nuri, sambil melambai. Dalam hati, rasa sedih jugak sebenarnya. Berpisah dengan satu satunya sahabat lelaki yang paling rapat dengan cara yang tidak mesra langsung. Langsung tidak bertemu muka ke muka. Nak buat macam mana. Aku takut, aku marah, aku sedih, aku berdebar. Betul betul dah macam belacan perasaan aku ni sekarang.

“Nuri! Nurul Imani!”  Tajam telinganya menangkap suara yang sangat dikenalinya melaung namanya kuat di hadapan dewan.

Pantas kakinya melangkah, membuka langkah seribu menuju kea rah kereta papanya.

Daniel pantas mengejar Nuri dari kejauhan. Dilanggar sahaja badan badan sahabatnya yang bertentangan dengan arah lariannya. Dia perlu berjumpa dengan Nuri, mahu memberitahu sesuatu. Tidak kisahlah sedalam manapun rasa benci Nuri terhadapnya, dia tetap tidak suka dengan cara perpisahan mereka. Sekurang kurangnya, hargailah persahabatan mereka.

Terlambat. Kereta papa Nuri sudahpun menyusur keluar dari perkarangan hadapan dewan. Daniel mengeluh kuat. Tangannya meramas rambutnya kuat, geram dengan situasi itu. Dia tidak pernah Berjaya mendapatkan nombor telefon Nuri, apatah lagi akaun Facebooknya.

Saat Daniel hendak melangkah dari situ, kakinya terpijak sesuatu. Sekeping kertas yang berlipat lipat. Jika diikut rasa geram, mahu saja disepak kertas itu. Namun siviknya menghalang. Diambilnya kertas itu dan tiba tiba dia tergerak hendak membuka lipatan kertas itu. Tulisan tangan Nuri. Dibacanya ayat diatas kertas itu laju.

                Sekali lagi, dia meramas rambutnya kuat usai membaca kertas itu.

‘Kenapa degil sangat, Nuri?’ Desisnya.


“Amagaddd!! Daniel, even dengan rambut kusut dia pun, still Nampak seksi!” Bisik Ameerah kepada Amy, sambil memegang dadanya. Amy julingkan matanya keatas.



***

8 tahun kemudian.



                “Apa? Abang Haidir dah nak kahwin? No, no! Umi, batalkan, batalkan please?!!” Terjerit jerit si Nuri di hujung talian. Tidak rela abang sepupunya yang diminati dari jauh akan mendirikan rumah tangga.

                “Astaghfirullahalazim. Nuri, nak melalut pun tolong jangan libatkan jodoh orang boleh?” umi di hujung talian bersuara.

                “Alaa umi, tapi Nuri dah lama minat diaaa.” Merengek manja si Nuri. Lari fokusnya hendak menyiapkan modelnya.

                “Minat je pun, bukan cinta.” Nuri mencebik.

                “Then Nuri tak nak balik!”

                “Then umi suruh papa potong duit belanja Nuri. RM 500!”

                “Aaaaa!” Banyak tuuu! Terguling guling protes Nuri diatas katil. Tu jelah modal umi, ugut potong duit belanja. Terselak selak tshirt labuhnya, menampakkan seluruh kakinya yang tidak dilindungi seluar.

                “Yelah, Nuri balik. Dengan syarat, abang Haidir yang kena datang jemput-“
Tutttt.

                “Umiiii!! Ish umi ni, saje je tau!” Rengek Nuri tidak puas hati.

                “Ish Nuri ni, saje je tau! Taulah kita ni sesama perempuan, at least pakailah seluar even tshirt gedabak pun!” Tegur Shiqa geram. Penat dengan perangai Nuri yang suka pakai seksi seksi didepannya. Taulah sesama perempuan, tapi kan ada batas jugak. Hari hari mata aku terhidang tengok peha dia tu.

                “Aku stresslah. Model aku buruk gila, macam taik mata!” Bebel Nuri geram, sambil mencapai shorts lantas memakainya dihadapan Shiqa tanpa rasa bersalah.

                “Kenapa? Kenapa mesti pakai depan mata aku? Distracted tau tak?!!”

                “Lahh apa masalahnya. Aku kan pakai panties, bukannya tak pakai apa apa pun. Dah pakai shorts pun, masih kena marah. Tsk tsk.” Nuri mula berlakon menangis.

                “Malas nak layan.” Shiqa mengalah akhirnya.

                “Weekend ni aku takde tau. Balik. Crush aku dah nak kahwin. Wargh! Kenapalah dunia ni tak adil?”

                “Crush je pun. Bukannya suami nak kahwin dua. Suami pun kau takde lagi.” Toya Shiqa menjawab.

                “Hmmm betul tu. Agak agaknya siapalah suami aku kan? Untungnya dia kalau dapat aku. Dah lah cantik, tinggi, slim, putih...”Nuri terus terusan membangga banggakan dirinya.

                Shiqa yang mendengar terus julingkan mata ke atas.  Menyampah dengan perangai suka bangga diri si Nuri, yang sebenarnya lebih suka menyakatnya daripada fokus menyiapkan modelnya.

                “Nuri... Kau ambil kan subjek Basic Themes of Al Quran?”

                “Hmm hmm. Peha yang panjang, putih, gebu...” Nuri mencium pehanya.

                “Belajar kan bab vices- Arrogant?”

                “Ohh, kesiannya kau badan. Hari ni tuan kau tak pakaikan losyen pun lagi,kan?” Segera Nuri mencapai losyen badan, dan melumurkannya di tengkuk.

                “Arrogant is divided into two, secret and open.” Shiqa masih berceramah.

                “Secret arrogant is known as ‘ujub.” Sabar jelah dia membebel sambil melihat Nuri yang tak habis habis menyakatnya dengan gaya seksinya. Saja Nuri buat buat tak faham apabila mata Shiqa mencerlung tajam kearahnya. Makin galak Nuri menyelak tshirt labuhnya keatas peha sambil menyapu losyen penuh sensual.

                “Okey, okey! Kau menang! Tak sanggup aku nak tengok aksi kau tu. Geli! Pergi kahwin lah weh!” Shiqa mengalah akhirnya, sambil menutup kedua matanya.

                “Arghhh!!! My eyes are bleeding!” Terletus tawa Nuri mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Shiqa. Suka benar dia melihat rumetnya sengsara. Makin rumetnya tegah, makin galak Nuri menyakatnya dengan gaya seksinya.

                “Serious, kau better kahwin awal. Aman hidup aku.”

                “Tak nak! Wekkk! Aku nak dapat title Ar dulu.”

                “Kau dah nisab, kau tau?”


***



                Nuri duduk melepaskah lelah diatas kerusi tetamu. Penat gila tahap tak ingat bila tiba tiba Mak Longnya meminta dia menghias kamar pengantin Abang Haidir semalam. Satu, dia ambil Architecture bukannya Interior Design,  namun kata Mak Longnya ‘Alang alang orang seni bina, semua kreatif’. K fine. Dua, pergh ingat tak patah hati ke siapkan bilik pengantin kepada lelaki yang dia crush sejak dari form 2? Tiga, dah tu, dia sorang je pulak tu yang decorate bilik Abang Haidir. Yang lain semua lari, katanya pasti Nuri boleh handle benda simple ini. Nasib baik Kak Ayu isteri Abang Haidir tolong sikit sikit. Sumpah, lepas ni Nuri janji tak nak datang majlis kahwin sehari or dua hari lebih awal. Datang je waktu hari perkahwinan, datang, makan, ambil gambar, balik. Easy. Tapi, nak buat macam mana, inikan majlis darah daging dia juga.

                “Eh, Nuri. Kau buat apa kat sini?” Tegur satu suara, menyentakkan Nuri dari lamunannya.

                “Eh, Emir! Aku sepupu pengantin lelaki lah, sebab tu aku kat sini.”

                “Aku tanya kau buat apa, bukannya apa relation kau dengan tuan rumah majlis ni.”

                “Ha, loyar buruk. Menyampah ah kau ni Emir.”

                “Choi, touching. Kau apa khabar? Sihat?” Nuri angguk.

                “Kau still study lagi ke?”

                “Ha’ah.”

                “Asal tak kahwin lagi?”

                “Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku ke?”

                “Aku dah kahwin lah minah. Tu ha, si Daniel dari dulu nak sangat kahwin dengan kau, apa cer?” Tebak Emir, menyebabkan Nuri terdiam. Setelah sekian lama, nama itu kembali disebutkan. 8 tahun, dia berusaha melupakan Daniel, dengan mengingat perangai menyakitkan hati si Daniel, tapi dia tetap tak mampu. Malah, sehingga termimpi mimpi. Nuri sendiri tidak tahu kenapa.

                “Apa cerita dia sekarang?” Tanya Nuri, perlahan. Tak dapat menahan diri dari bertanya mengenai Daniel.

                “Sihat. Makin handsome. Makin tough. Dah jadi engineer dah pun.”

Itu bukan suara Emir. Pantas kepalanya berpaling ke arah suara yang sangat dikenalinya. Matanya terpaku melihat sesusuk tubuh yang segak memakai baju Melayu siap bersamping dihadapannya. Daniel.

                “Assalamualaikum.” Tenang Daniel mengucapkan salam.


***

                “Assalamualaikum.”

                “Waalaikumsalam.” Nuri membalas sambil mengangkat kepala. Sebaik melihat Daniel dihadapannya, Nuri kerutkan dahi.

                “Kau?” Daniel angguk.

                “Kau ke yang bagi salam tadi?” Nuri curiga. Daniel angguk lagi.

                “Kenapa? Fluent jugak kan?” Jawab Daniel selamba.

Nuri diam tidak terkata. Kepalanya bercelaru dengan pelbagai persoalan. Boleh ke orang bukan Islam mengucapkan salam? Dan apa hukumnya bila aku menjawab salam dari orang buka Islam? Macam mana Daniel boleh tahu ucap salam? Daniel ni tak rasa bersalah ke? Ah, ilmunya sangat cetek tika itu.

                “Kau... Kau tak rasa apa apa ke bila kau kasi salam tadi?”

                “Emmm.. Rasa happy?”

                “Happy?”

                “Yup. Sebab kau angkat kepala tengok aku. Selalunya, tiap kali aku panggil kau, kau tak pernah pandang aku.”

Cheitt!! Ke situ pulak. Pantas Nuri membaling pemadam kearah Daniel. Daniel menangkapnya cekap, sambil ketawa suka. Digenggam pemadam itu, tangannya diangkat keatas sambil matanya tepat memandang Nuri.

                “Ku petik bintang..” Daniel memetik jarinya.

                “Untuk kau simpan..” Dibawa tangannya yang mengenggam pemadam kehadapan Nuri. Perlahan, dia membuka genggaman tangannya sambil senyum penuh menggoda.

                ‘Tolonglah cair.. Tolonglah cair..’ Hatinya berharap.

Lain pula jadinya. Nuri memukul tangan Daniel menggunakan kotak pensilnya. “Itu pemadam, Daniel. Bukan bintang.” Ujarnya sambil memalingkan wajah. Tiba tiba mukanya merah, menahan malu.

                Daniel meraup wajahnya, geram. Ditatap wajah Nuri dalam dalam, cuba untuk mengetahi isi hati Nuri. Kemudian dia tersenyum nakal.

                “Nuri, you’re blushing.”

                “Mengarut. Aku panaslah.”

                “Kau lagi mengarut. Kita ni kat dalam library, aircond serata alam. Takde istilah panas, okay?” Hujah Daniel. Nuri terdiam, terperangkap.

                “Nuri, kau comellah bila kantoi.”


***       



                “Daniel.” Hampir tidak terkeluar suara Nuri.

                “Assalamualaikum.” Tenang Daniel mengucapkan untuk kesekian kali. Nuri kerut dahi. Daniel ni, masih nak main main lagi ke?

                “Saudara baru kita, Daniel Luqman Abdullah.” Emir bersuara apabila dilihatnya situasi antara Nuri dan Daniel yang agak canggung. Nuri tergamam. Subhanallah.

                “Err, aku blah dulu lah.” Emir mencelah lagi. Melihatkan tiada reaksi dari kedua sahabatnya, Emir segera berlalu.

                “Itu terkejut jumpa kawan lama ke kekasih lama?” Emir membebel.

Daniel hanya menghantar pemergian Emir menggunakan anak matanya sahaja. Kemudia dia kembali menatap Nuri dihadapannya. Seperti biasa, Nuri tidak akan pernah lama membalas pandangannya. Kalau dulu sewaktu dia masih jahil, dia anggap Nuri malu dan ego. Tapi sekarang, dia faham. Daniel tersenyum. Bukankah dalam Surah An Nur, lelaki wajib menundukkan pandangannya? Wanita wajib melabuhkan tudungnya sehingga menutupi dada. Nuri sudah melaksanakan kewajipannya sebagai Muslim, tapi dia? Masih terus menerus menatap Nuri.

                “Well, taklah baru sangat. Dah lima tahun sebenarnya.”

                “Hah?” Nuri blur.

                “Takde apa apalah.”

                “Kau.. kenapa pakai baju Melayu ni?”

                “Pengantin perempuan tu sebenarnya kakak kawan aku masa study dulu.”

                “So?”

                “Kawan aku tu, dialah yang bawa aku masuk Islam. And aku hari ni datang konon macam flower boy pihak perempuan lah.” Daniel senyum lebar sewaktu dia menuturkan perkataan ‘flower boy’.

                “Yuck. Yuck.” Nuri buat muka menyampah.

Daniel senyum lagi melihat gelagat Nuri. “Nuri, kau ni comel sangatlah bila buat gaya tu.”

                “Oh, mana parents kau?Aku nak jumpa.” Tanya Daniel, tiba tiba.

                “Ada, kat dalam. Kenapa?”

                “Nak masuk minang kau lah.” Selamba Daniel menjawab, namun dalam maksudnya. Nuri pula alihkan mukanya,  menutup rasa malu yang tiba tiba menjelma.


***


                “Nuri, saya nak Horlicks.” Pinta Daniel dengan suara perlahan, sambil tangan kanannya yang menampung kepala Nuri dialihkan sedikit. Jarinya menyelitkan anak rambut Nuri yang terjuntai ke telinga.

                Nuri beralih sedikit, menyandarkan wajahnya kedada suaminya. “Awak saja, kan? Tak kasi saya tidur lena?” Nuri merengek, manja.

                Daniel hanya senyum lebar. Serasa tak sempurna aktivitinya menonton perlawanan bola jika isterinya tidur. Dia tahu Nuri tidak suka apa apa yang berkaitan dengan bole sepak, tapi dia sengaja meminta Nuri menemaninya tiap kali dia ingin menonton perlawanan pasukan kesayangnya, Chelsea. Sengaja yang dalam diam, mendidik Nuri supaya taat dan ikhlas.

                Dengan longlai Nuri bangun dan menapak kearah dapur. Daniel hanya memandang isterinya yang hanya memakai tshirt labuh paras peha dengan short pants. Selesa, katanya. Dan comel jugak, kata Daniel. Sebenarnya, more to sexy, bisik hati nakalnya.

                Dia suka dengan versi sebenar isterinya, sisi lain yang dia tak pernah tahu. Nuri suka pakai seksi seksi dalam rumah, Nuri manja, Nuri ganas bila dia bengang, Nuri suka buat sentuhan kulit setiap kali hendak meminta sesuatu, Nuri menurut kata, Nuri itu, Nuri ini. Jauh berbeza dengan Nuri yang dia kenal lapan tahun yang lalu.

                Daniel teringat perbualan dimalam pernikahannya. Betapa, walau sudah sah bergelar suami isteri, mereka masih lagi bergaduh mulut. Gaduh manja, tak berani nak gaduh betul betul sebab dalam hati masing masing dah sayang.

                “Aku ingat rambut kau curly.” Tuturnya sewaktu kali pertama dia melihat rambut isterinya. Nuri menjelingnya, tajam.
               
                “Oh, so selama ni kau imagine rambut aku lah?!”

             “Bukan setakat rambut. Hehehehe.” Daniel ketawa nakal. Pantas Nuri membaling songkok ke wajahnya. Bengang campur malu.

                “Aduh! Apa ni Nuri, dah kahwin pun ganas lagi ke? Aku ni dah sah jadi suami kau la, kau kena ingat.”

                “Isn’t this weird?” Nuri menyoal, sambil bercekak pinggang.

                “Apanya?”

                “Cara panggilan kita?”

                “Eleh, cakap je la kau nak panggil aku ‘abang’. Malu malu pulak.” Usik Daniel sambil menghampiri isterinya.

                “Tolonglah. Kita bukannya lovey dovey couple yang guna baby, sayang, darling bagai.” Nuri mula menjauh apabila dilihatnya Daniel semakin galak mendekat.

                “Apa salahnya. Nak tarik hati kau bukan main susah. Mana tau, guna abang sayang, lama lama lembut sikit hati kau nak berlebut dengan aku.” Cadang Daniel, sambil tangannya pantas menyambar tangan Nuri.

                “Abang sayang tak boleh. Err, maksud aku, this is too sudden. Aku geli. How about, Nuri-Daniel?” Nuri telan liur apabila Daniel memeluk erat pinggangnya.

                “Hmmm. Call me Luqman. Luqman- Nuri. Nuri, Luqman haus. Nuri, Luqman dah balik. Nuri, temankan Luqman tengok bola. Okey?” Daniel lemparkan senyuman paling menggoda. Matanya tajam memandang kedalam anak mata isterinya. Nuri terpaku melihat renungan mata suaminya. Dia suka mata Daniel. Seksi, menggoda. Betul kata Daniel dulu, ‘It’s hard to keep my eyes away from his sexy eyes.’

                “Luqman? Taknak. Taknak Luqman. Luqman tu nama studiomates aku yang paling annoying.”

                “Then, still nak guna Daniel jugak ke? Bukan ke Daniel selalu usik Nuri, selalu kacau Nuri, lepastu buat Nuri marah?”

                “Tak apa. Guna Daniel je pun sebenarnya dah pernah buat Nuri berdebar, malu, tak keruan..” Nuri terdiam apabila Daniel mengucup dahinya.

                “Abang-sayang please?” Nuri geleng. Buat muka geli.

                “Honey-baby?” Nuri geleng laju laju, buat muka tak sanggup.

                “I- You?” Nuri diam memikir.

                “Saya –awak?” Akhirnya Nuri bersuara. Daniel mengeluh.

                “Okey.” Balasnya.

                “Awak kena belajar untuk taat pada saya, Nuri. Saya suami awak. Awak kena belajar cara untuk bercinta dengan saya. Hubungan kita bukan lagi sebagai kawan yang tidak melibatkan apa apa perasaan, hubungan kita suami isteri sekarang ni, cinta saya saja tak cukup, cinta awak juga perlu.” Sambung Daniel lagi, sambil mengucup kiri dahi Nuri, tegas.

                Nuri terdiam, telan liur. Perlahan, dia lingkarkan tangannya kepinggang suaminya, membalas pelukan Daniel.

                “Saya rasa saya memang dah suka awak.”

                “Bukan suka, cinta. Perasaan kat Abang Haidir tu cuma sementara je. Setakat crush, tak bawa apa apa makna pun sebab awak cuma tertarik pada Abang Haidir sebab mukanya je.” Jawab Daniel, sambil tersenyum lebar. Nuri angkat kepala, memandang Daniel penuh tanda tanya.
 
                “Last day sekolah, saya kejar awak tapi awak lari. Awak kasi alasan yang.. err kinda logic, langsung tak nak jumpa saya. Tapi kan, awak tak sedar ada satu kertas tercicir, mungkin dari fail awak.”

                “Kertas?” Daniel angguk.

                “Kertas apa?” Tanya Nuri lagi.

                “Kertas luahan hati awak.”

                “Hah?” Ada ke? Nuri betul betul tidak ingat.

                “I think I’ve fallen for him.” Perlahan suara Daniel, cukup untuk menggetarkan hati Nuri. Seketika, wajah Nuri mulai merah.

                “Aaahhh! Yang itu.. Alamak, malunya!” Spontan, Nuri menutup wajahnya ke dada Daniel. Daniel senyum suka. Suka melihat Nuri blush, comel sangat.

                Daniel teringat lagi kertas yang dibacanya.

I think I’ve fallen for him.
D.L.L., kan best kalau dia sendiri
tertarik dengan Islam?
Mungkin nama dia akan tukar jadi
Daniel Luqman Abdullah?

Dear belly, sorry for the butterflies.
Dear brain, sorry for overloading you with the thoughts of him.
Dear pillow, sorry for all the tears.
Dear heart, sorry for all the damage.


                “Sebenarnya, awak dah lama suka saya. Tapi, awak ego, awak malu, awak takut. Ego sebab muka saya yang bercampur baur, bukan taste awak. Awak kan suka muka lelaki Melayu sejati? Takut, sebab kita berlainan agama waktu tu.” Penjelasan dari mulut Daniel betul betul mengejutkan Nuri. Mulutnya terlopong sambil memandang Daniel. Mana suaminya tahu semua ni?

                “Mimi.” Ringkas Daniel menjawab, seolah dapat membaca hati isterinya. Dipimpin Nuri duduk dikatil.

                “Awak tahu tak, sebenarnya orang yang bawa saya dekat pada Islam ialah Emir? Dan Mimi jugak, selepas malam kita gaduh tu. Awak tak tau ke, Emir dah kahwin dengan Mimi lah.”

                “Lahh, tak tau pun. Kitorang lost contact sebab phone saya hilang sebulan lepas masuk U. Plus, Mimi takde FB pun.” Nuri rasa nak menangis, sebab tertinggal berita mengenai sahabat sebelah mejanya.

                “Awak menangis ke?” Tanya Daniel prihatin, bila dilihatnya ada air mata bergenang ditubir mata isterinya.

                “Eh, takde lah.” Nuri menafikan. Daniel Cuma senyum, menarik belakang badan Nuri agar rapat ke tubuhnya.

                “Nangis jelah. Kita kan dah kahwin, suka sedih semua kita kongsi sama sama. Lagipun, buat rugi je saya pergi gym kalau dada saya takde function untuk isteri saya yang cantik ni.” Melambak tawa Nuri mendengar ayat suaminya. Dengan manja, dia merebahkan kepalanya kedada suaminya. Whoaaa best! Tough gilaaa.

                “Awak yang sekarang ni lain sangat dengan awak yang dulu. Dulu annoying, tak dengar cakap, mengada ngada, suka mengusik, kuat flirt orang.”

                “Eleh, flirt kat awak je pun. Jangan risau, saya tak akan boleh berhenti dari usik isteri saya yang comel ni.” Usik Daniel. Hidungnya didekatkan kehidung Nuri, Eskimo kiss.

                “Sebab dulu saya masih Daniel Luke Lim. Sekarang saya Daniel Luqman Abdullah.” Sambung Daniel lagi.

                “Mana Limnya?”

                “Tak payah taulah.” Terjerit kecil Nuri tatkala suaminya menarik hidungnya. Daniel hanya  tersenyum. Comel betullah.

                “Horlicks with love.” Suara manja Nuri mengejutkan Daniel dari lamunannya. Daniel menyambut huluran mug dari Nuri lantas menarik isterinya duduk diatas ribanya.

                “Call me abang, please?” Pinta Daniel, penuh mengharap. Tengok, muka isterinya mula merah.

                “Sayang, it has been three weeks. Takkan geli lagi kot?”

                “Bukanlah, malu.” Daniel meletus dengan tawanya. Dia meletakkan mug diatas meja, lantas tangnnya memeluk erat tubuh isterinya rapat ke tubuhnya.

                “Chelsea kalahlah sayang.” Kecewa suara Daniel.

                “Alolo... Kesiannya suami saya yang handsome ni.” Pujuk Nuri, sambil mengusutkan rambut suaminya.

                “Ha, sekarang baru rasa abang ni handsome?” Teruja si Daniel, sambil tangannya memegang muka Nuri.

                “Just the way you are.” Balas Nuri, perlahan. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Bibirnya didekatkan ketelinga Daniel, membisikkan sesuatu.

                “I love you too.” Ucap Nuri, jawapan yang amat didambakan dari bibir Nuri sejak lapan tahun lalu. Daniel tersenyum lebar, selebar lebarnya. Bahagia yang tidak terucap oleh kata kata. Bahagia yang sekelip mata memadam kekecewaannya terhadap kekalahan Chelsea. Bahagia yang lebih dari itu.





Sunday
2.17 am.
27.10.2013.
Afghan – PadaMu Ku Bersujud.