IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Selasa, 28 Mei 2013

Sepetang Buat Medical Check Up Yang Buat Minda Aku Merapu ==''

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum J

Aku tau takde sesape baca blog aku so hoyeahhh aku boleh tulis benda tah pape (-__-‘)

                Hari ni aku pergi medical check up kat Hospital Rahsia. Aku dapat tawaran masuk Universiti Cambridge Oxford versi Islam kay fine merepek dalam Asasi yang mana tawaran asasi yang aku dapat tu adalah last choice aku T_T. tulah Elin sapa suruh jemari kau yang indah ni gatal miang buluh sangat pergi ketik Asasi Tuttt tu? Kan dah dapat. Takpe takpe J

                Pasti ada hikmahnya. Allah is the Great Planner J usaha usaha doa tawakal jangan lupa J

                Hari ni aku pergi buat medical check up (berapa kali nak ulang minahh??). Dari rumah dah pakai baju menutup aurat sesempurna mungkin (eh riak minah ni, riakk riakkk). Tak pakai tudung bawal sebab jarang, leceh lah nak kena pakai inner inside. Pakai shawl je, tak jarang, labuh pulak tu. Saya suka saya sukaa (kecoh minah ni kecohh). Pakai skirt labuh je, sebab bila tengok seluar jean warna putih aku dah tak macam sopan je. Yaa memanglah tak fit macam leggings atau skinny jean tapiii menunjukkan bentuk kaki aku. Lelaki nampak dan tengok, fuhh dah tercatat dosa aku, dosa lelaki yang tengok. Tu baru satu lelaki. Kalau ramai lelaki, yang India, Cina, Serani, ah cer kira. Berapa dosa dikutip setiap hari semata nak kelihatan cantik? Dahlah amalan aku baru sekangkang kera sekangkang Amoeba sp pun mungkin jugak. Persoalannya, Amoeba sp ada kaki ke?

Ok fine memang takde orang baca blog aku tapi ini reminder untuk diri sendiri jugak (pssttt minah ni kuat ngoceh)

                Yang tak bestnyaa doktor doktor yang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas aku hari ni semuanya mereka yang mempunyai sperma dalam sperm duct mereka. Ah Elin, kau ni rumit betullah. Doktor lelaki, senang cerita. Toksah nak guna istilah sperm tu boleh tak? Nampak sangat kau ni ada cita cita nak jadi DOKTOR PAKAR SAKIT TUAN. Heh. Okay auta je tu.

                Doktor yang jaga medical check up hari ni lelaki. Selalunya perempuan tapi doktor perempuan tu holiday. Mengapa??? Doktor gigi, doktor X ray, (eh doktor ke?) semuaa semuaaa lelaki!!

                Bukanlah aku ni trauma lelaki. Takk. Tapi, aku tak selesa. Ya, mereka tak bersalah. Sisi su’uzhon aku je yang berlebihan. Aku rasa awkward bila berdepan dengan lelaki. Dulu aku tak macam ni. Dulu aku otai. Dulu aku putus urat malu dalam diri. Dulu aku macam dah takde maruah je bila bergaul dengan lelaki. Tapi sekarang, entah macam mana urat malu aku dah bercantum balik. Kuat. Permanent(hoii hiperbola hoiii). Natijahnya, aku selalu su’uzhon dengan setiap lelaki. Kecuali femili aku lahh. (-__-‘)

                Teruk terukk. Jumpa bekas ustaz aku dulu, aku macam kena heart attack. Perlahan lahan, aku bukak langkah kecik kecik blah dari sebelah dia. Ustaz aku pulak bila Nampak aku kelihatannya beliau seperti excited. Well lama tak jumpa bila dah jumpa tak sangka anak muridnya ni dah jadi anak dara yang sangat cantik (pffttt masuk washing machine tekan button spin sendiri). Dia nak tegur aku dengan senyum, or tunjukkan yang dia wujud, tapi aku pura pura buta. Heh. Sadis kau Elin. Masalahnya, ustaz aku tu tua 3 tahun je dari aku. Sapa suruh muda sangattt?? LOL umur dipersalahkan apekes doe??

                Ada sorang doctor ni suruh isi sendiri maklumat kita. Ada la beberapa bahagian lain yang doctor lelaki tu isii. Bila aku selak selak dan baca sambil tunggu nama dipanggil, aku ternampak :




Mengandung :


Ya

.....
Tidak 




Doktor tu tick ‘’Tidak.'’. And I was like “Whoaahhh terrer doee doktor ni tau aku tak pregnant pun. Psikik gilaaa.”

Yes. Minah ni memang masalah. Lost her mind for a while. Ntah kenapa ntah. Mungkin lupa nak sidau baju sebelum buat medical check up ni. Dan aku tanya umi aku, “Umi, macam mana doktor ni boleh tau akak tak mengandung? Hahaha.”

                Umi aku terkejut. Then tampar pipi aku. Tampar manja je. Then gelak sama sama. Nervous punya pasal. Huh. Nanti cemana lah kalau aku dah kahwin nanti.

            “Macam mana abang tau saya perempuan ori??Macam mana abang tau saya takpernah kawen 4??
Mungkin aku akan dihumban kedalam wasing machine dan di-spin 30minit tanpa henti oleh suami aku.

LOL. Okey fine Elin kau dah tersasar jauh. Angan angan jebon namanya.

                Check gigi, dapat dentist lelaki. Uwaaa.. Ni lagi satu aku tak suka. Kena baring atas kerusi alah tu depan dentist. Macam datang menyerah diri untuk diri ini diterkam begitu saja. Macam, macam yang dentist lelaki tu akan tarik kemeja dia then butang butang bertaburan diatas lantai maka terserlah bulu dada(wekk aku benci bulu dadaaa!!) dan akan menghempap aku. Watdehel kan? Imaginasi teruk betul. Padahal benda tu takkan terjadi punya, sebab ramai nurse perempuan dan ada umi aku. Elin, kau ni dah kenapa???



Doktor gigi hensem macam ni aku tak kisah :D hehe. Instead, he's my future husband LOL sila daftar diri anda ke Hospital Bahagia sekarang. Eh since when dentist duna stetoskop untuk check gigi? Kau salah gambar Elin ==''








 Kan aku dah cakap, sisi su’uzhon aku selalu sangat berlebihan bila berdepan dengan lelaki. Tapi, tolonglah faham. Aku tak sukaa aku tak sukaa walaupun perkara tu dah terjadi. Wuwuwuwu T_T

Paling terrible, bila time nak Xray tu. Dapat lagi juru Xray lelaki dari kaunter sampailah ke dalam bilik. Dahlah umi tunggu luar je, tak temankan aku. Oleh sebab aku dah pernah buat Xray sebelum ni sebab nak masuk SESTA, aku dah tau syarat2nya. Kena tanggal segala benda kat badan. Tak boleh ada unsur besi. Dah tu tak logik laa tak tanggal bra kan? Semua bra ada besi, kat kancingnyaa. Wuwuwu..

Bila Xray man tu bagitau aku :
 “Nanti awak masuk dalam bilik ni, tukar baju hijau tau.”
Angguk.
“Bukak semua baju, baju dalam sekali.”
Ah! Part ni, aku dah tak pandang muka Xray man tu dah. Aku pandang pintu. Cuba buat muka selamba rock selamba badak se-pro mungkin. Aduhai warna kulit, dah panas! Aku ada lah jeling Xray man tu, dia pun macam telan liur and stop bercakap je bila aku jelling dia.

Dia angguk, then blah. Aku tunduk je. Kenapalah mesti lelaki yang buat Xray ni?

Masa tukar baju hijau tu, aku rasa,

WARGHHH ini sangat memalukan!! Aku takpakai bra dan.. ehem, you know, bila takpakai bra maka clearlah our tits. Wadefakkk wadefakk aku menyumpah seranah masa dalam bilik persalinan tu. Terlalu malu dan marah sampai lupa nak Istighfar. Astaghfirullah..

                This is serious shit. Bisik aku. Pergh, baju hijau ni tak boleh tebal lagi ke? Takpe takpe. Penyelesain : Aku lilit shawl and labuhkan kat bahagian dada. Ni je la cara terakhir aku dalam usaha cover malu dan maruah aku.

                Bila keluar bilik, si Xray man tu pulak pi kata “Err shawl tu ikat atas. Ke atas.” And dia buat tutorial guna gaya tangan, tapi aku Nampak macam kena ikat gaya kain kapan je (-___-‘) Eh Xray man ni macam sengaja je nak tengok free show dari aku. Boleh. Nikah dulu ngan aku. Rumah besar, gaji besar, kereta besar, hati besar, cinta besar, semua kena ada. Baru aku terima. Tapi awal awal aku dah reject Xray man sebab perut dia besar. Perut besar tak termasuk dalam list suami idaman ya hahaha :D


                Aku pun terkial kial lah. Semua salah. Rupa rupanya takboleh ada kain lain yang tutup bahagian dada selain baju hijau je. Wuwuwuwu. Malu malu! Then aku kata “Jap eh, nak betulakan dalam bilik.” Xray man angguk.

                Fuhh, kali ni aku pasrah je. Aku lilit shawl aku semua keatas kepala. Takde yang terjuntai kebelakang, apatah lagi kedada untuk kaver. Memang macam lilit kain kapan atas kepala. T.T

                Aku keluar, tarik bahagian baju ke depan biar tak obvious sangat dada aku. Ahh, sekali lagi sisi su’uzhon aku terhadap lelaki datang lagi. Cepat cepat aku bergerak kearah mesin xray tu.

                Tau apa aku fikir? Aku fikir dada aku kena letak atas mesin tu, macam mammogram. Masalahnya ni bukan nak test breast cancer, ni nak Xray lah Elin!! Nasib baik tak buat lagi perangai memalukan.

                Letak dagu kat tempatnya, then dia pegang tangan aku letak kat sisi mesin tu. Time tu aku pejam mata je, nasib baik dia pegang bahagian yang beralas baju hijau, dahlah baju hijau tu lengan pendek. Tsk. Tsk. Terdedah lagi satu aurat.

                Then dia tekan belakang bahu aku biar rapat dengan mesin guna hujung jari dia. Time tu aku think positive je. “Okay Elin. Doktor ni dah biasa dah dengan perempuan. Dia dah kahwin pun dah okay? Dia dah biasa dengan breast isteri dia, dia dah biasa dengan semua ni. Jangan malu. Jangan malu. Ni semua atas dasar kerja je.”








                Ok fine dalam think positive tu boleh pulak terselit unsur unsur dalam kelambu pulak ye? Haihhh.. dah nisab dah aku nihh. ==’’




                Dah siap semua, aku rasa macam masih tak hilang lagi ketebalan kulit muka aku. Malu. Tak hilang hilang lagi.

                Kenapa? Kenapa? Dulu waktu aku buat medical check up before pergi SESTA time aku 16 tahun time tak matang lagi time kitaran haid tak menentu time mengalami zaman cikaro tanpa sedar dan tanpa sengaja, time tu lah semua doktornya adalah yang bergenitalia perempuan. So aku tak rasa malu. Aku rasa otai je.

                Sekarang, bila aku dah 18 tahun, bila aku dah dapat beza antara halal haram maruah malu dengan lebih jelas, kenapa laa pulak aku dapat doktor semua lelaki?? Wuwuwuwuwu T_T


Aku harap, nanti doktor  yang deliver baby aku adalah doktor  perempuan. Taknak dah doktor lelaki. (minah ni fikir jauh dahh.. dah nampak masa depan katanya LOL) Tolonglah, kepada sesiapa yang genius diluar sana terutama yang perempuan, jadilah doktor yang sambut baby. Lagi lagi baby aku hahaha LOL.


Sabtu, 18 Mei 2013

Semalam Punya Semalam Punya Malam


Aku  mencampakkan sebiji bantal keatas lantai depan katil aku. Rambut aku lepas, digulung menjadi satu, dan menyepitnya tinggi diatas kepala. Atas kepala, okey? Macam orang pantang padahal baru 18 tahun ==’’

Aku baring atas lantai dan kedua kaki aku  dibengkokkan sikit.

“Orang kata kalau push up boleh kempiskan perut.”

Tiada sebarang tindak balas. Ziyad terangguk angguk layan The Cataracs guna earphone adik dia(adik aku jugak). Chopee khusyuk dengan headphone dia. Aku sambung cakap sorang2.

Kedua tangan aku  letakkan belakang kepala dan,

“Ssssatu, duaaaa, eeeyah. Tigaaaa.”

Mata ziyad yang dari tadi pandang laptop macam tengok porn mula berkalih tengok kakaknya push up pukul 11.30 malam ni. Dia geleng kepala dengan muka emotionless.

                “Kau tengok kakak kau ni chopee. Terdesak nak kurus.” TERDESAK NAK KURUS. Terdesak. Terdesak. Terdesak.

Aku tergelak spontan.

“Adehh dehh.. cramp perut.”

Well actually tak gemuk okay. Slim je aku tengok haha. But mentality sendiri, aku suka anggap diri sendiri gemuk then adik beradik jadi tensyen soo diorang pun panggillah aku gemuk.


Repeatation, aku slim dan aku yakin LOL.


“Empat ploh semilan, limeplohhh!! Hahhh!!” Hoyeahhh.. termengah mengah. Rambut dah kusut balik macam baru kena rogol dengan lelaki hensem aka suami aku LOL lagi sekali. ==’’

Aku cepat cepat cium bau badan aku. Aku tarik leher baju kelas 4 Helianthus aku, then hirup bau badan aku lepas push up.

“Ah! Ahahaha! Aku wangi! Aku still wangi walaupun berpeluh sikit. Aku still wangi walaupun dah 50kali push up!” Bangga.

Ziyad pandang aku lagi. Geleng kepala. Maklum dengan perangai budak budak kakaknya yang seorang ni.

Chopee jelling. “Alah, buat malam malam boleh lah cakap. Cuba buat time tengahari.”

                “Kau buatlahh. Kakak tanak. Buat penat je. Heh. Baik buat lepas bangun tidur and sebelum tidur.”

                “Alahh, kakak bangun tidur pun pukul 12!”

“Heyheyheyyy!!”  Terjegil biji mata. Tapi memang betul.==’’
Ahh heavennyaa duduk kat rumah lepas SPM tidur lambat bangun lambat. Yeayyy!!




Faktor faktor tiba tiba nak push up tebiat doe kau Elinnnn :

1.       Wak aku baru balik dari majlis bawak dua bungkus nasi ayam. Nasi ayam. Nasi ayam. Nasi ayam. Amagad. Amagad. Amagaddd! Perut memang sedang kenyang, tekak yang gedik. Sila memahami.


“Ziyad, kau nak makan tak?” Ziyad angguk dengan muka bersinar sinar. Muka aku lagi bersinar2 sebab dah yakin muktamad sebab ada tukang habiskan- si Ziyad Perut Jamban.

Cepat cepat aku tarik plastik nasi ayam dari tangan wak aku, turun dari katil, duduk bersila, bukak plastik.

“Waaa nasi ayammm!!” rasa nak menitis air mata tanpa sebab. Parah kau ni elin. ‘’3 kali Jumaat kau ni Lin.” Bak kata Ziyad. Ya, beliau memang adik yang sadis==’’

“Bismillah..” Dah siap tuang kuah, tuang sos, apa lagi, masuk mulut, biar perut hadam J

Tiga, empat kali suap. Mula hilang selera. Perut masih kenyang.

                “Ziyadddd… Kak Elin tak habiss..” merengek.

Ziyad masih setia dengan earphone adik dia yang dibuat macam harta dia sendiri.

                “Ziyyaaaaddd…” Dah tak mampu nak kunyah ni. Nak telan pun dah tak mampu. Kenyang sangat. Kan dah kata, nafsu semata. Gedik tekak hanya.

                “Kau nak makan tak ni???”

                “Yee.. Ye.. Aku makan. Japlah. Novel  best nih.” Dia teruja dengan cerpen baru kat Penulisan2u. Kaki kanan diangkat letak atas kerusi. Hamboii kau ingat bilik aku ni kedai kopi?

                “Ziyadd.. Kak Elin tak habislah.”

                “Hishhh!! Yelahh, yelahh. Letak sini. Kacau betul!”

Sekali lagi mata dan gigi aku bersinar sinar secara luar biasanya. “Yeaaaa.. Haaa. Nah, makan. Makan. Habiskan. Jangan membazir, tau?”

Ziyad geleng kepala. Dia tak apa. makan banyak mana pun, body maintain. Dah makan nasi dia yang tinggi macam gunung Fujiyama, masih boleh habiskan nasi aku ==’’

Dia takpe. Tiap petang turun padang. Lepastu riak dengan aku.

                “Tengok ni. Tengok ni. Kau ade?” Betul. Beliau takbur sikit. Sikit je. Beliau tunjuk lengan dia yang.. err malas nak puji. Pahe pahe sendiri lerr.

                “Elehh. Tengok ni. Haaa. Sape putih lagi? Haaa.. aku kan? Aku kan?” sambil show off lengan aku ==’’ Apekes doe kau Elinn

                Ziyad turunkan lengan. Geleng kepala. “Haishh.. orang tunjuk lain, dia bangga lain.”

Selasa, 7 Mei 2013

Mr Asam Pedas : Najah Najwa


 ‘’Kau, kalau nak cari suami, kau nak yang ada keistimewaan yang macam mana?” Elin, kawan yang kepoh bertanya kepada Najwa sewaktu sama sama melangkah kaki untuk ke prep petang.

                Najwa nampak excited semacam. “Aku nak cari lelaki yang pandai masak asam pedas!”

Elin buat muka pelik jeling kat Najwa. ‘Apa kes lelaki masak asam pedas?’

                “Asal? Kau tak pandai masak asam pedas ke?”

                “Taklah.. Pandai je. Tapi aku suka makam asam pedas. So nanti suami aku bolehlah masakkan untuk aku anytime.” Kan betul. Najwa semakin excited.

                “Takde contoh lain ke? Macam, pandai main piano ke? Ni, asam pedas?” Wujud lagi ke?

                “Tu common. Alaaa, kau dah tanya aku, aku jawablah.” Najwa sengih sengih sampai masuk kelas. Hanya ASAM PEDAS. Tak pandai masak air, takpe. Tak pandai goreng telur, takpe. Asalkan pandai masak asam pedas.

                Syifa, si gadis yang mempunyai mata tajam dalam merenung menembusi dompet lelaki, Berjaya mencari satu calon. Namun, Najwa sungguhlah tak rela. Yang lainnya, lebih suka membahan Najwa.

                “Siapa?” Oh, excited! Excited! Syifa dah jumpa calon suami!!

                “Budak surau.” Syifa sengih semacam.

                “Oh, ini sudah bagus! Haaa, siapa? Najeb? Anuar? Azizi? Ah, SamyValue yang masuk Islam tu ke?” Oh, siapakah?

                “Nope. Solahuddin.” Syifa ketawa nakal. Yang lain ikut ketawa membahan.

Najwa rasa nak gugur semua bulu ketiaknya. Tak mungkin.

                “Abang musollah. LOL!!” Elin tak berperasaan dalam mengejek.

                “Mas mushollah lah!” Mas turut menyumbang idea kejam.

                “AMAGADDD NEVAAA!!!” Najwa sakit otak.

Malam itu, Najwa tak siap homework waktu prep. Otaknya sakit asyik dengar nama ‘Mas Mushollah’.




                                                                                ***



PTUIIHH!!

Najdi terbatuk batuk keperitan. Mukanya merah. Tangan kanannya cengkam dada kuat.

                “Air.. Air!!”

                “Ceh! Macam tengah sakaratul maut je kau ni.” Dalam mengutuk, Harman sempat lagi menghulurkan sebotol air mineral Cactus.

                “Bismillah.” Terus air itu diteguk rakus sehingga ada yang tumpah mengalir ke baju kemeja Najdi.

Harman cuma angkat kening, dan sambung menyuap sushi yang disediakan isterinya.

                “Ada pembunuh upahan ke dalam office ni?”

                “Hoh?”

                “Kau rasa tu, makanan tu buat aku rasa macam usus aku kena bom. Macam nak racun aku je.” Najdi buat muka stress.

                “Apanya?”

                “Ntah. Nak kata asam pedas, macam bukan asam pedas. Dahlah pedas melampau tahap nazak, ntah apa apalah rasa tu!” Najdi bengang.

Harman menyuap sesudu lauk ‘asam pedas’ ke mulutnya. Lama, kemudian mukanya merah.

                “Aku faham. Kita kena cari siapa pembunuh upahan ni.”


                         
                                                                     ***



                “Siapa yang masak asam pedas maut ni?” Najdi menyoal tanpa memberi salam. Baju kemejanya habis lencun gara gara terlalu gelojoh minum air. Tali lehernya pula sudah longgar. Serabut.

                Semua pekerja yang berada dalam pejabat aras 16 terdiam. Pelik tengok penampilan Najdi yang macam kena rogol dengan pondan Afrika.






“Aaa… Aku. Kenapa ya?” Najwa yang lurus dan sentiasa menyenangkan hati orang lain kini mengaku. Dia menampilkan diri kehadapan. Oh, malangnya kali ini dia tak menyenangkan orang. Dia hampir membunuh orang.

                “Kau!” Mat Najdi mencerlung kearah Najwa. Najwa masih dengan muka selamba rock dia.

                “Kau ni nak bunuh aku ke?”

                “Apahal pulak?”

                “Kau tau tak asam pedas kau tu rasa macam… macamm..” Dahi Najdi berkerut kerut mencari perkataan paling teruk untuk mengekspresikan rasa asam pedas Najwa.

Najwa memeluk tubuh, dan mengangkat kening. “Rasa apa? Aku tunggu.”

                “Rasa cam hampeh! Bughok! Kau ni memang ada potensi jadi pembunuh upahan lah!”

                “Eh, aku rasa asam pedas aku sedap je.”

                “Ceh! Haram jadah punya jawapan. Nah, rasa ni!” Najdi menghempas bekal Najwa ketas meja. Najwa hanya terkebil kebil melihat bekalnya. Mukanya tidak beriak.

                “Hah! Gotcha! Rupanya selama ni pencuri bekal makanan kitorang kat pantry ni kau ya!”

Serentak, suasana pejabat jadi hingar binger. Kecoh. Yang perempuan tetap dengan mulut tempayan, mengumpat si jejaka paling kacak dalam pejabat tapi pelahap haram. Yang kaum lelaki mengucapkan tahniah kepada Najdi akibat kekantoiannya.

                “Kau!” najdi tak tau nak kata apa. Kantoi. Habis tercalar imej lelaki terkacak-gelaran yang dicipta untuk diri sendiri.



                                                                                ***


                “Kot ye pun, tak payahlah sampai letak julap sampai 3 kilo. Dahlah rasanya teruk, lepas tu buat aku menderita pulak berak berak.”

                “Hiperbola sangatlah letak julap sampai 3 kilo tu. Aku letak berapa titis je. Padan muka. KARMA.”

                “Kau asyik fikir karma kau je. Bukan aku lah yang curi makanan korang semua.”

                “Eh, amboii.. Dah sah sah kau yang pegang bekal aku tu.”

                “Bukan aku, lah Najwa. Harman. Harman punya kerja. Kau tengoklah perut siapa yang lagi berlemak berkrim. Perut dia, kan?”

                “Aku tak percaya.” Najwa buat muka sombong.

                “Aku tak breakfast pagi tadi. Bila Harman kasi aku lauk asam pedas tu, aku makan je la walaupun aku tau tu hasil curian dia.. Hehe.”

                “Dasar pelahap haram.”

                “Kau lagilah. Pembunuh upahan.”

                “Tak sia sia aku rosakkan rasa asam pedas tu. Akhirnya ada jugak orang terjerat.”

                “Masalahnya, bukan aku yang curi!”

                “Tapi kau dah tau tu makanan curi, kau makan jugak!” Najwa ikut meninggikan suara. Dia dan Najdi lawan menjeling. Sekejap je, sebab Najwa rasa mata dia dah mula juling.

                “Okey. Aku minta maaf.” Najdi angkat tangan, memohon maaf.

Najwa diam. Dia menghela nafas. Kesian pula dia tengok Najdi berkerut kerut sewaktu di klinik tadi. Aku pun berdosa jugak, fikirnya. Najwa menadah tangan kearah Najdi. Najdi angkat kening tak faham.

                “Kunci kereta.” Selamba Najwa meminta.

                “Hah?”

                “Biar aku hantar kau balik. Kesian pulak tengok kau menderita ni.”

Najdi mencebik. Dah buat aniaya, tau pulak nak menolong. Ada hati perut jugak minah ni rupanya. Tangan kananya diseluk ke poket lalu kunci Nissan Skyline R35 diserahkan kepada Najwa.

Najwa mengeluh. ‘Aku benci Skyline.’

                “Kau reti ke drive Skyline ni?”

                “Tak.”


                                                                                ***


                Najwa bukanlah sejahat mana. Najdi akui, Najwa memang ada hati yang sangat baik. Ehem! Terpuji pulak.

Sejak insiden hari itu, mereka sudah saling memaafkan dan Najwa sudah memasakkan asam pedas yang lebih sedap, untuk mengelakkan presepsi buruk Najdi.

                “Okey fine. Kau memang terrer masak asam pedas.” Najdi terpaksa akui setelah menyuap asam pedas Najwa. Najwa mula kembang lubang hidung, termasuk lubang bontot.

Najwa senang hati tengok Najdi menyuap sesudu demi sesudu lauk asam pedas.

                “Najdi, kau pandai masak asam pedas?”

                “HA-HA-HA. Buat lawak ke? Sedangkan goreng telur pun fail. Aku memang loser dalam bab masak ni. Masak megi cup tu, aku expert.”

Najwa patah hati. Alaaa.. Ni dah kali ke berapa jawapan yang sangat mengecewakan hati Najwa. Umur dah masuk 24. Tak kahwin kahwin. Nak cari lelaki pandai masak asam pedas, macam cari sehelai bulu hidung dalam tibunan bulu ketiak. Ada beza ke? Apakah?

                “Kau… Ada kenal tak siapa siapa, yang pandai masak asam pedas? I mean, lelaki la. Kawan kau ke? Abang kau ke? Pasangan gay kau ke?”

                “Choii~ Gay gay tu, kau jangan main. Aku straight okey. Tak percaya, aku kahwin dengan kau sekarang.”

                “Ah, terima kasih je lah ye.” Najwa sengih tawar.

                “Kenal tak? Sesiapa pun? Pleaseee??” Najwa soal lagi.

                “Tak. Sorry dinda, kanda tak kenal. Dinda pergilah restoran asam pedas yang ada, dinda usha sendiri okey? Kenapa tanya?”

Najwa geleng kepala. “Takde apa.”

Najdi kerut dahi, kemudian angkat bahu sebelah.

                “Najdi, nanti boleh tak aku minta kau temankan aku pergi MPH?”

                “Naik kereta aku?”

                “Taklah. Naik kereta sorong.” Sarkastik di situ. Sudah gaharu, cendana pula. Heh.

                “Ye la.. Ada apa nak pergi sana? Kawan kau si Aisyazwani tu tak ambil kau ke hari ni?”

                “Isyazwani lah! Berapa kali aku nak betulkan sebutan kau tu. Dia balik kampung. Kakak dia kahwin.”

                “Ohhh.. Ok. Aku lagi suka dapat keluar dating dengan kau.” Senyum nakal.

                “Blah lah kau.” Dalam diam, di sudut hati Najwa terasa getar. Aneh. Najwa cepat cepat beredar dari pantri.



                                                                                ***



                “Kau cari apa kat sini?” soal Najdi sambil tangannya menyelak helaian buku Sebelum Aku Bernikah : Berusaha Mencapai Mampu karya Hilal Asyraf.

                “Cari bakal suami.” Selamba Najwa menjawab.

Pantas Najdi menoleh kearah Najwa. “Serius?” Dalam hati, Najdi mula cuak sedikit.

                “Kenapa pulak tak serius?” Najwa senyum nakal.

                “Mana?”

                “Ni.” Najwa mengangkat novel Asam Pedas Untuk Dia lalu menunjukkannya kepada Najdi. Najwa ketawa suka.








Phew! Najdi tak tahu nak ekspresikan masa mana perasaan leganya itu.

Setelah puas menghabiskan masa yang sangat berkualiti didalam MPH, Najwa mulai penat. Ini bukannya perpustakaan. Kalau nak baca buku buku ni, kena beli.

                “Jomlah balik.”

                “Eh, tak beli novel tadi?”

Najwa senyum tawar. Kemudian menggeleng.

                “Kenapa?”

                “Entah. Sebab itu cuma novel. Aku nak bakal suami yang real. Yang pandai masak asam pedas…” Perlahan ayat terakhirnya diucapkan namun sempat ditangkap oleh telinga Najdi.

Mereka berdua terus diam sehinggalah Najdi menghantar Najwa betul betul dihadapan rumahnya.

                “Take care. Dahlah sorang sorang kat rumah. Aku risaulah.” Najdi menzahirkan kerisauannya tanpa sedar.

                “Rilekslah. Aku kan pembunuh upahan.” Najwa ketawa kecil. Najdi cuma senyum tawar.

                “Bila Aisyazwani balik dari kampungnya?”

Najwa julingkan mata ke atas. “Ya Allah, berapa kali aku nak ulang? Isyazwani, lah!”

Najdi ketawa besar sambul kedua belah telapak tangannya dirapatkan, tanda memohon maaf.

                “Balik dulu. Assalamualaikum.” Najwa mengangguk dan melihat Skyline R35 Najdi berlalu pergi.



                                                                                ***

                “Shit!” Najdi mencampak senduk kedalam sinki. Berdenting bunyinya. Berkali kali dia membaca resepi yang tertera di skrin laptopnya.

                “Apa yang tak jadinya ni? Kenapa lain macam sangat? Apasal susah sangat nak masak asam pedas ni?” Rambutnya mula kusut. Tali apron ditanggalkan dan dicampak ke atas lantai.

                Telefon pintarnya dicapai lantas Najdi mendail nombor sahabat baiknya.

                “Hello, Assalamualaikum.”

                “Waalaikumsalam. Apahal? Suara macam kusut je?”

                “Badawi,aku nak kahwin. Tapi aku tak reti masak asam pedas.”

Krikk, krikk.

                “Hello? Badawi? Badawi?”

                “Apa kena mengena kahwin dengan asam pedas, bro?”

                “Kalau aku tak pandai masak asam pedas, aku tak boleh kahwin.”

                “Siapa kata kau tak boleh kahwin?”

                “Dia.”

                “Ye la.. Dia tu siapa?”

Najdi terdiam. “OK lah. Bye.”

Bibir Najdi tersungging satu senyuman kecil. Terbit satu ilham. Ah, jejaka terkacak dalam office kini dapat idea! Wahahaha!



                                                                                ***


                “Assalamualaikum.”

                “Waalaikumsalam.” Najwa menjawab salam, perlahan. Aneh. Tak pernah Najdi call aku.

                “Dah buka ke hadiah tu?”

                “Oh, Najdi ke yang kasi hadiah ni?” Najwa tersenyum. Najdi rupanya.

                “Bukalah sekarang.”

Pantas Najwa mengoyak kertas balutan hadiah daripada Najdi. Dengan muka pelik, Najwa angkat perlahan lahan hadiah itu rapat ke wajahnya.

                “Dah?”

                “Dah.” Perlahan suara Najwa menjawab.

                “Bacakan, please? Bacakan tajuknya.”

                “Asam Pedas Untuk Dia.” Najwa telan liur.

                “Najwa, itu asam pedas istimewa Najdi untuk Najwa.” Najwa gigit hujung bibir. Sejak bila Najdi tukar cara panggilan ni? Sejak bila aku rasa something dengar suara Najdi ni?

                “Maaf, ciri ciri bakal suami yang Najwa nak tu Najdi tak mampu. Najdi memang loser bab masak ni. Kasi novel aje boleh?”

Muka Najwa mula merah. Bibirnya mula meleret dengan senyuman lebar.

                “So? Terima kasih. Jimat duit Najwa nak payah keluar duit pun nak beli novel ni.”

                “Najwa ni, kura kura dalam perahu, pura pura tak tahu ke?”

                “Apanya?” Cakapalah, cakaplah cepat.

                “Ya Allah, Najdi tengah lamar Najwa ni.” Ohh, rasa nak pitam lapan belas saat sebab terlampau gembira.

                “Maknanya?” Najwa masih menggiat Najdi dengan usikannya.

                “Maknaanya.. emm, Najwa ni bakal isteri Najdi lah.”

Pantas Najwa mematikan telefon pintarnya. Darahnya rasa kering. Badannya macam terkena Parkinson. Hilang kata kata.




                                                                                ***


                “Lepas tu, koyakkan daun kesum guna jari then masukkan je dalam kuali tu.” Najwa bersuara sambil tersenyum memandang Najdi.

                “Guna jari je? Kenapa tak gunakan pisau?”

                “Haipp! Cuba ikut je kata kata professional? Kan senang?”

                “Ya, baiklah sayanggg..” Najdi mengalah sambil melakukan apa yang disuruh.

Najwa tersenyum lagi sambil merenung najdi tanpa bosan. ‘What a beautiful view. My husband is cooking asam pedas exclusive only for me..’ Jari Najwa menyeka peluh didahi Najdi.

                “Dah boleh hidang?” Tanya Najdi selepas mengucup pipi Najwa.

Najwa mencicip sedikit, kemudian mengangguk. Dia tersenyum gembira. “Tahniah, abang.” Pipi Najdi menjadi sasaran.

Najdi senyum bangga. “Mula mula tackle guna novel Asam Pedas Untuk Dia dulu, sekarang baru tackle dengan asam pedas yang real.”

                “Hmmm.. Lepas ni Najwa nak berhenti masak asam pedas. So, anytime Najwa nak makan asam pedas, abang kena masak.”

                “My pleasure,” jawab Najdi dengan senang hati.

                “Ah, baru abang teringat. Isteri abang ni, dulu bergigi besi ya?”

                “Taklah. Gigi palsu.”

                “Gigi besi, pembunuh upahan.” Najdi galak menyakat.

                “Pelahap haram.” Najwa membalas selamba.

                “Okey, berhenti mengungkit. Tadah tangan. Bismillahirrahmanirrahim..” Najdi membaca doa makan dan diaminkan Najwa.

                Najah Najwa, finally suami kau pandai juga masak asam pedas.

                Muhammad Najdi, apa kelas bro, lamar anak dara orang guna novel je?

Tapi, dah jodoh kan? J





P/S : Assalamualaikum, Najah. Cerpen ni special untuk kau. Sebab kau selalu ingat aku and siap kasi aku hadiah lagi waktu hari last kita sekolah. Aku tak tau nak kasi apa, ni je aku mampu buat. Keep searching your Mr. Asam pedas, okey?

Jangan risau. Pasti ada! Yang pasti bukan Mas Mushollah.