Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah
hari ni umur aku dah naik 10 tahun. Skip satu dekad hewhew^^
Tahun
2013 umur aku 18. Tahun 2014, umur aku dah sweet 91 J Awhh so shweeyytt.
Alhamdulillah, hari ni Allah masih mengurniakan aku nyawa untuk terus bernafas
di atas muka bumi ini. Supaya jadi lebih baik. Lebih sempurna. Lebih kuat
hatinya, keimanannya. Insya Allah J
Aku tak
percaya umur aku dah naik 10 tahun. Aku still nak jadi budak budak yang sweet
glucose lactose sucrose diabetis di umur 18.
How time
flies. 18, aku dapat result SPM, aku dapat tawaran matriks and CFS, aku regret
bila dapat offer Architecture, aku masuk CFS, aku enjoy dengan course aku, cuti
sem, masuk sem 2, aku mula perlahan lahan ubah cara berpakaian aku. Aku
perlahan lahan ubah cara percakapan aku. Aku perlahan lahan ubah gaya aku.
Ya.
dulu aku menyakitkan hati. Bukan seorang, bukan dua, tapi semua. Semua di
sekeliling aku. Aku angkuh, aku sombong, aku berlagak, aku gedik, aku cikaro,
aku pakai ketat ketat sendat padat melekat, aku pakai tudung tapi jarang nampak
tengkuk and leher, aku pakai baju kurung tapi still terselak selak
Nampaktangan, aku kuat buruk sangka, mulut aku jahat, aku tak ikhlas, aku
menunjuk nunjuk, aku ujub. Masya Allah. Semualah.
Aku tak
marah kalau masih ada orang yang tak puas hati dengan aku. Aku sedar perangai
aku dulu. Dengan mulut aku, dengan perbuatan aku. Aku menyakitkan hati. Mungkin
juga sekarang aku masih lagi menyakitkan hati. Mungkin juga. Cuma aku yang
tidak sedar. Masih buta. Belum dicelikkan. Masih pekak. Belum disedarkan.
Aku cuma
sedih, malu dengan diri aku dulu. Betapa aku dulu sungguh jahiliyah. Betapa
dulu aku terlalu riak. Ujub. Menongkat langit, hakikatnya kaki aku berpijak di
bumi yang nyata. Nyata. Betapa dulu sungguh buruk akhlak aku. Betapa busuk hati
aku. Betapa.
Masa
berlalu, mematangkan aku secara perlahan lahan. Ya, perlahan lahan. Aku
bukannya suci dari sebarang dosa untuk aku matang secara drastic. Semuanya
memerlukan masa, dan sudah tentu, ILMU.
Satu
hari, aku mengadu pada umi.
“Umi, kakak tak suka diri kakak. Dulu, kakak selalu doa,
sampai nangis nangis. Setiap kali lepas Maghrib, boleh habiskan satu surah dlam
dua tiga hari. Tapi sekarang, lepas solat je, doa macam tu macam tu je, baca Al
Quran pun Cuma satu muka surat sehari, macam terkejar kejar. Apa yang kakak
kejar pun kakak tak tau. Macam tak betah.”
Umi jawab,
“Kita ni manusia biasa, kak. Iman manusia ni boleh bertambah
dan berkurang. Kita bukannya macam malaikat yang keimanannya sentiasa penuh dan
tinggi.”
Lepas tu umi ceritakan mengenai seorang sahabat Rasulullah.
Aku terdiam. Ya, aku terlalu memaksa diri untuk menjadi sempurna, sehingga
kadang kala niat aku salah. Astahfirullahal azim.
Apa
yang membuat aku berubah? Hey, come on lah. Destinasi akhir kita adalah akhirat.
Akhirat, beb. Selamanya. Abadan. Kenapa kita tak nak berubah jadi yang lebih
baik. Yang lebih menyenangkan, di mata dan dihati semua orang, apatah lagi di
mata Allah? Allah kasi kita nyawa, semalam, hari ini, selama kita hidup, kenapa
kita tak gunakan untuk menjadi hamba yang disayangi? Memanglah kita tak dapat
nak expect apa akan terjadi dalam hidup kita saat selepas ini, atau sejam
selepas ini, atau esok, atau tahun depan. Jadi, penuhi masa dengan amal ibadah.
Taat
pada perintahNya, tinggalkan segala laranganNya.
Aku pun
mengaku lah yang aku ni pun banyak laghanya. Dengar lagu, Running Man, You
Tube, blogging, alahaiii segalanya. Tapi, kita back to basic. Agama kita.
Konsep
kita berpakaian. Menutup aurat. Sebab kita Muslim. Alhamdulillah. Tapi, sempurnakah?
Menutup aurat bermakna sempurna. Bukan hanya tutup rambut, okay tutup semua
tapi ketat sendat padat melekat -_- serupa saja seperti bertelanjang. Bukan nak
kata aku ni sempurna sangat. Aku pun masih tak istiqamah dalam bab pakai
stoking kaki kalau nak keluar rumah. Pemalas sebenarnya aku ni -_-
Kita
boleh cuba dengan niat, dan ikhlas. Mulakan dengan cara kita bertudung.
Labuhkan sampai menutup bawah dada, dan bahu, takpe sikit sikit dulu. Heyy
pakai tudung menutup dada, I mean sampai bawah dada, melepasi bahu, kita rasa
secure apa. Serius. Rasa sejuk. Orang tengok pun akan rasa sejuk. Pastu
tersenyum.
Lepastu,
start pakai handsock. Aku tak rasa handsock ni jaminan dia 100% dalam menutup
aurat, sebab handock ni kan kir ketat menunjukkan bentuk lengn. Well at least
bila kita pakai, IF baju kita terselak takdelah free free nampak kulit lengan
kita. Protection, prepare for the worst.
Aku cuma
mengajak, tapi nak ubah orang disekeliling aku, aku tak yakin. Aku sendiri tak
sempurna. Aku sendiri masih sering tergelincir. Hanyut. Lagha. Aku masih
belajar, masih takut untuk mengajar.
Yo
Elin! Tetiba je kau ni. Kau kenapa doe? Ooohhhh ni mesti kau masuk UIA sebab tu
kau nak start BAJET muslimah ah?
Aku
bukan nak bajet. Salah satu sebab aku berubah, ya aku tak nafikan sebab aku
masuk UIA. Takde siapa paksa. Aku pun akui aku ni jenis yang pemalas tahap
peria petola puru nak hadir majlis or usrah or nasihat or tazkirah. Pemalas
tahap hantu guling, kerja berguling je, tanak berjalan langsung.
Tapi,
honestlylah aku cakap, bila aku Nampak student perempuan kat CFS dengan tudung
labuh, baju longgar, sempurna menutup aurat, aku tersenyum unconsciously. Aku
suka tengok diorang. Rasa sejuk. Rasa malu pun ada. Pastu tengok diri sendiri.
Masih lagi memakai bawal 45’’. Tutup dada setakat setakat itu sahaja. Tidak
terlalu labuh. Lepastu, bila tengok diorang, aku rasa repect. Aku teringin nak
jadi macam tu.
Aku
berubah sebab sekeliling aku, dan ini membuatkan aku terfikir. Tak nak ke kita
buat orang lain rasa sejuk bila tengok kita? Tersenyum dalam hati bila nampak
kita? Perlahan lahan, tarik mereka kearah yang lebih baik?
Ciss,
nyata lagi sahih si Elin ni memang bajet. Haritu post kat Febuk azam tahun 2014
tanak dah pakai jeans putih tu. Dahtu, semalam dia pakai gak? Oh ya, ya. Aku
langgar azam aku sendiri. Aku mungkir janji aku sendiri. Dan aku cubit peha
sendiri bila tengok reflection aku pakai jeans putih depan cermin. Hoi ni apa
ni? Aku manusia. Yang tidak sempurna. Yang masih lemah imannya. Yang mudah
goyah, senang tergoda. Ada sebab. Aku nak naik motor merempit ngan
bestfriend aku takkan ah nak pakai skirt? Takkan ah nak pakai kain batik? Kang
lagi terselak nampak betis, emmm nyum nyumm aurattt kau nyahhh -_-
Lama
dah aku tak pakai jeans putih tu. And bila aku pakai, since aku takde lesen nak
bawok kereta, and bestie aku pun tade lesen gak, so motor ah jawabnya kalau nak
merempit, jeans tu bukannya ketat. Still, ia tetap seluar yang menampakkan
bentuk kaki. Still, tak ketat. Jeans aku dulu time fom 3 lagi ah ketat sendat
padat melekat -_- ketat kat peha, kat
punggung, plus pakai baju ngam ngan paras peha -_- Astaghfirullah. Still, aku
usaha untuk pakai baju labuh and longgar bila padankan dengan jeans putih tu.
And
bila Jyatt, adik lelaki aku Nampak aku pakai balik jeans putih aku tu, dia
tendang kaki aku. Naseb baik tendang main main je. Kalau dia tendang serius
sebijik macam jurus silat dia kat kaki aku, mau tak menopaus awal aku ni? Hehh
sadis -_-
“Kau kata kau dah tanak pakai ni!” *tendang manja
“Kau logic ah. Aku nak naik motor doe. Pakai skirt kang
terselak selak terbang terbang seksi pulak kangg.”
“Naik ah kereta.”
“Lesen?”
Diam.
And
most likely, dia kuat kritik cara berpakaian aku. Ketat ah. Singkat ah. Gemuk
ah. Takyah pakai jeans ah. Tudung kau jarang ah. Baju tu jijik ah. Okay fine
dahtu GF dia cekci cekci ketat ketat boleyy pulak? -_-
Night after ayam penyet and pecel lele time :)
baju tu labuh kat belakang je -_-''
Apa
sebab aku dah berazam sangat nak lupakan jeans putih aku ni? Sebab bagi aku
bila kita pakai skirt instead of jeans, kita nampak lebih sopan J dan sejuk J dan manis J
Dulu
aku ntah pape. How I socialised with my friends, either with girls or boys. How
cheap L
meningkat remaja, hormone membuak buak. Masa darjah 6, masih lagi pengotor.
Masih lagi main kejar kejar kat rumah Halimah. Masih lagi main masak masak
bakar kentang kat rumah Halimah. Kawan sekelas yang lain macam dah develop
pemikiran diorang.
Masuk
sekolah menengah, how I changed a lot. Gedik, cikaro, syok sendiri, hahahaha
suka mengejek pulak tu. Aku, Dyana, Eka ngan Alyma memang geng kalau bab
mengejek. Power sangat ah. Pastu dulu – tau kan perasaannya bila kita
bersentuhan dengan another gender, kita rasa best? Rasa nak buat lagi? Rasa nak
ulang lagi? Hilang rasa malu. Hilang maruah. Astaghfirullah. Hilang macam tu je
ilmu tentang halal haram tentang persentuhan antara lelaki perempuan. Memanglah
ianya tak melibatkan perasaan, but still dulu aku rasa okay je. Eleh, kawan je
lah beb.
Kejap
insaf, kejap buat lagi, pastu malu, pastu ulang lagi. Astaghfirullah. Thats why
as a Muslim, we have our own adab in socialising between women and men. Islam
itu indah. Islam bukannya mengongkong, Islam itu menjaga.
Masya
Allah, betapa dulu aku jahil. Betapa dulu aku terlalu hina. Betapa masa
mematangkan aku. Dan ya, sudah tentu, ILMU.
Tolonglah
gadis, pelihara maruah. Mahalkan diri. Mungkin aku tak layak bercakap sebab
dulu aku hina, aku kotor, aku cikaro negro -_- Tapi, sekurang kurangnya kita
ada kesedaran untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik, pastinya J
Dulu
pergaulan aku dengan another gender agak tak menyelerakan, I mean takdelah
sampi berpeluk or berpegang tangan. Paling hina pun mungkin bergesel bahu?
Mungkin ada yang lebih teruk, cuma aku saja yang tak ingat. Mungkin. And since
that, after those nightmares sepanjang dua tahun, aku belajar untuk jaga jarak
aku.
Jaga
mata aku, since aku ni suka intai abe abe hensem hewhew^^, jaga cara jalan aku,
agar tak terlalu berlenggok, since dulu darjah 4 pernah bajet praktis catwalk dalam
bilik nenek ahahaha, jaga nada aku juga, agar tak terlalu manja mengada ngada.
Aku belajar, perlahan lahan.
Aku tak
save any nombor kawan lelaki or classmates or studiomates or whatever. Kalau
ada hal yang memerlukan untuk aku saling contact dengan dia, aku save
sementara. After habis urusan, aku delete. Kalau tak, sepanjang malam aku akan
fikir , “OMG aku ada nombor dia. Eh nak mesej tak? Eh dia ni tanak contact aku
ke?”
Haaaa
perit perit. Even tak melibatkan sebarang perasaan pun. Still, aku tak akan
senang duduk. Habis keperluan, aku delete. And Alhamdulillah aku ni jenis yang
lemah dengan nombor. Susah nak ingat. Dah delete, ok bye. Finished.
Tadi tengah
chat merapu dengan A’a kat Fesbuk, tetiba umi keluar dari bilik bawak kek. And bla
bla bla pastu umi cakap,
“Ayah cakap ni hadiah hari jadi kakak. Hahahaha :D”
Tau apa?
Limau bali -_-
Limau bali yang selalu ayah aku bawakkan untuk aku kat CFS
tu. Limau bali yang selalu aku kupas and share dengan Jannah, Ema, Najat, A’a,
Teh, semuaaaa -_-
Limau bali hadiah birthday aku rupanya -_-
Hahaha but then, ayah keluarkan hadiah sebenar. Ni rasa nak
mengamuk ni, tadi petang marah marah aku tsk tsk T.T heeee^^
And
again, thanks kepada sayang sayang aku. Banyakk. Bestie, Dyana J makwe sebelah katil,
yang siap buat entri untuk aku kat blog dia, A’a, baby aku, Najat, Tok Kadi
bilik 131, Nuna, Srikandians, Eka and Halimah^^ Esok birthday Halimah wehhh J
Yang
geng CFS tu sume wish sweet 91 :D ahahaha aku belum pun publish entri ni dah nampak
diorang post ‘Sweet 91 Elinn.’
Wow
style. Macam tau tau je hewhew^^
Alhamdulillah,
terima kasih semua J
Jazakillahu
hoiro Dyana.
Amin,
Allahuma amin atas semua doa korangg. Mostly;
-
Semoga murah rezeki. Amin J
-
Semoga jadi anak solehah. Amin
J
-
Semoga dapat suami soleh. Amin
J
-
Semoga kahwin awal. Double Amin
J J hewhew^^
Nakal ea korangg.
Apa yang
aku harap dalam usia 91 tahun aku ni? Aku rasa berat nak tinggalkan 18. Weyy,
bayangkan ah, 2013 aku 18 tahun, masuk 2014 pulak aku dah 91. Mana tak rasa
sayang weyy :D
91
tahun, cuma pertambahan usia. Semoga semakin matang, kekal comel, awet muda,
makin power dalam silat, even belajar silat pun tak habis pffttt -_-
Kak Elin
tetap nak jadi anak yang solehah untuk umi ayah, yang selalu buat umi ayah
senyum bahagia, yang dapat hadiahkan umi ayah dengan mahkota yang sinarnya
lebih terang daripada matahari diakhirat nanti. Insya Allah. Jazakumullahu hoiro
atas nama Nur Amalina ni J
Cahaya Harapan
Umi Ayah J
Insya Allah, cahaya untuk selamanya.
Tapi,
Kak Elin nak guna Elin Suza jugak boleh? Sebab ada nama kita
semua.
Elin Suza =
Amalina Sulaiman Filzah. Kak Elin ayah umi J
Aku mimpi, tahun lepas, kat Batam, aku diperkenalkan kat
suami aku. Suami, weyy. Bukan bakal suami. Wow, majuu -_- Dia hensem, tough,and
gatal jugak hahaha. Memasing malu malu. Memasing baru nak kenal. Bangun dari
tidur je, pipi aku rasa panas. Blushhh.
Bila nak mimpi dia lagi? Hahahaha dah dah syuhh syuhh
kbye -_-
Adios amigos J
3.42
pm.
8
jan 2014.
Wednesday.
2NE1
– Falling In Love.