IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Rabu, 8 Januari 2014

Selamat Hari Lahir yang ke 91, Elin^^

Bismillahirahmanirrahim.

                Alhamdulillah hari ni umur aku dah naik 10 tahun. Skip satu dekad hewhew^^

                Tahun 2013 umur aku 18. Tahun 2014, umur aku dah sweet 91 J Awhh so shweeyytt. Alhamdulillah, hari ni Allah masih mengurniakan aku nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Supaya jadi lebih baik. Lebih sempurna. Lebih kuat hatinya, keimanannya. Insya Allah J

                Aku tak percaya umur aku dah naik 10 tahun. Aku still nak jadi budak budak yang sweet glucose lactose sucrose diabetis di umur 18.

                How time flies. 18, aku dapat result SPM, aku dapat tawaran matriks and CFS, aku regret bila dapat offer Architecture, aku masuk CFS, aku enjoy dengan course aku, cuti sem, masuk sem 2, aku mula perlahan lahan ubah cara berpakaian aku. Aku perlahan lahan ubah cara percakapan aku. Aku perlahan lahan ubah gaya aku.

                Ya. dulu aku menyakitkan hati. Bukan seorang, bukan dua, tapi semua. Semua di sekeliling aku. Aku angkuh, aku sombong, aku berlagak, aku gedik, aku cikaro, aku pakai ketat ketat sendat padat melekat, aku pakai tudung tapi jarang nampak tengkuk and leher, aku pakai baju kurung tapi still terselak selak Nampaktangan, aku kuat buruk sangka, mulut aku jahat, aku tak ikhlas, aku menunjuk nunjuk, aku ujub. Masya Allah. Semualah.

                Aku tak marah kalau masih ada orang yang tak puas hati dengan aku. Aku sedar perangai aku dulu. Dengan mulut aku, dengan perbuatan aku. Aku menyakitkan hati. Mungkin juga sekarang aku masih lagi menyakitkan hati. Mungkin juga. Cuma aku yang tidak sedar. Masih buta. Belum dicelikkan. Masih pekak. Belum disedarkan.

                Aku cuma sedih, malu dengan diri aku dulu. Betapa aku dulu sungguh jahiliyah. Betapa dulu aku terlalu riak. Ujub. Menongkat langit, hakikatnya kaki aku berpijak di bumi yang nyata. Nyata. Betapa dulu sungguh buruk akhlak aku. Betapa busuk hati aku. Betapa.

                Masa berlalu, mematangkan aku secara perlahan lahan. Ya, perlahan lahan. Aku bukannya suci dari sebarang dosa untuk aku matang secara drastic. Semuanya memerlukan masa, dan sudah tentu, ILMU.

                Satu hari, aku mengadu pada umi.

“Umi, kakak tak suka diri kakak. Dulu, kakak selalu doa, sampai nangis nangis. Setiap kali lepas Maghrib, boleh habiskan satu surah dlam dua tiga hari. Tapi sekarang, lepas solat je, doa macam tu macam tu je, baca Al Quran pun Cuma satu muka surat sehari, macam terkejar kejar. Apa yang kakak kejar pun kakak tak tau. Macam tak betah.”

Umi jawab,

“Kita ni manusia biasa, kak. Iman manusia ni boleh bertambah dan berkurang. Kita bukannya macam malaikat yang keimanannya sentiasa penuh dan tinggi.”

Lepas tu umi ceritakan mengenai seorang sahabat Rasulullah. Aku terdiam. Ya, aku terlalu memaksa diri untuk menjadi sempurna, sehingga kadang kala niat aku salah. Astahfirullahal azim.

                Apa yang membuat aku berubah? Hey, come on lah. Destinasi akhir kita adalah akhirat. Akhirat, beb. Selamanya. Abadan. Kenapa kita tak nak berubah jadi yang lebih baik. Yang lebih menyenangkan, di mata dan dihati semua orang, apatah lagi di mata Allah? Allah kasi kita nyawa, semalam, hari ini, selama kita hidup, kenapa kita tak gunakan untuk menjadi hamba yang disayangi? Memanglah kita tak dapat nak expect apa akan terjadi dalam hidup kita saat selepas ini, atau sejam selepas ini, atau esok, atau tahun depan. Jadi, penuhi masa dengan amal ibadah.

                Taat pada perintahNya, tinggalkan segala laranganNya.

                Aku pun mengaku lah yang aku ni pun banyak laghanya. Dengar lagu, Running Man, You Tube, blogging, alahaiii segalanya. Tapi, kita back to basic. Agama kita.

                Konsep kita berpakaian. Menutup aurat. Sebab kita Muslim. Alhamdulillah. Tapi, sempurnakah? Menutup aurat bermakna sempurna. Bukan hanya tutup rambut, okay tutup semua tapi ketat sendat padat melekat -_- serupa saja seperti bertelanjang. Bukan nak kata aku ni sempurna sangat. Aku pun masih tak istiqamah dalam bab pakai stoking kaki kalau nak keluar rumah. Pemalas sebenarnya aku ni -_-

                Kita boleh cuba dengan niat, dan ikhlas. Mulakan dengan cara kita bertudung. Labuhkan sampai menutup bawah dada, dan bahu, takpe sikit sikit dulu. Heyy pakai tudung menutup dada, I mean sampai bawah dada, melepasi bahu, kita rasa secure apa. Serius. Rasa sejuk. Orang tengok pun akan rasa sejuk. Pastu tersenyum.

                Lepastu, start pakai handsock. Aku tak rasa handsock ni jaminan dia 100% dalam menutup aurat, sebab handock ni kan kir ketat menunjukkan bentuk lengn. Well at least bila kita pakai, IF baju kita terselak takdelah free free nampak kulit lengan kita. Protection, prepare for the worst.

                Aku cuma mengajak, tapi nak ubah orang disekeliling aku, aku tak yakin. Aku sendiri tak sempurna. Aku sendiri masih sering tergelincir. Hanyut. Lagha. Aku masih belajar, masih takut untuk mengajar.
                Yo Elin! Tetiba je kau ni. Kau kenapa doe? Ooohhhh ni mesti kau masuk UIA sebab tu kau nak start BAJET muslimah ah?

                Aku bukan nak bajet. Salah satu sebab aku berubah, ya aku tak nafikan sebab aku masuk UIA. Takde siapa paksa. Aku pun akui aku ni jenis yang pemalas tahap peria petola puru nak hadir majlis or usrah or nasihat or tazkirah. Pemalas tahap hantu guling, kerja berguling je, tanak berjalan langsung.

                Tapi, honestlylah aku cakap, bila aku Nampak student perempuan kat CFS dengan tudung labuh, baju longgar, sempurna menutup aurat, aku tersenyum unconsciously. Aku suka tengok diorang. Rasa sejuk. Rasa malu pun ada. Pastu tengok diri sendiri. Masih lagi memakai bawal 45’’. Tutup dada setakat setakat itu sahaja. Tidak terlalu labuh. Lepastu, bila tengok diorang, aku rasa repect. Aku teringin nak jadi macam tu.


                Aku berubah sebab sekeliling aku, dan ini membuatkan aku terfikir. Tak nak ke kita buat orang lain rasa sejuk bila tengok kita? Tersenyum dalam hati bila nampak kita? Perlahan lahan, tarik mereka kearah yang lebih baik?

                Ciss, nyata lagi sahih si Elin ni memang bajet. Haritu post kat Febuk azam tahun 2014 tanak dah pakai jeans putih tu. Dahtu, semalam dia pakai gak? Oh ya, ya. Aku langgar azam aku sendiri. Aku mungkir janji aku sendiri. Dan aku cubit peha sendiri bila tengok reflection aku pakai jeans putih depan cermin. Hoi ni apa ni? Aku manusia. Yang tidak sempurna. Yang masih lemah imannya. Yang mudah goyah, senang tergoda. Ada sebab. Aku nak naik motor merempit ngan bestfriend aku takkan ah nak pakai skirt? Takkan ah nak pakai kain batik? Kang lagi terselak nampak betis, emmm nyum nyumm aurattt kau nyahhh -_-

                Lama dah aku tak pakai jeans putih tu. And bila aku pakai, since aku takde lesen nak bawok kereta, and bestie aku pun tade lesen gak, so motor ah jawabnya kalau nak merempit, jeans tu bukannya ketat. Still, ia tetap seluar yang menampakkan bentuk kaki. Still, tak ketat. Jeans aku dulu time fom 3 lagi ah ketat sendat padat melekat -_-  ketat kat peha, kat punggung, plus pakai baju ngam ngan paras peha -_- Astaghfirullah. Still, aku usaha untuk pakai baju labuh and longgar bila padankan dengan jeans putih tu.

                And bila Jyatt, adik lelaki aku Nampak aku pakai balik jeans putih aku tu, dia tendang kaki aku. Naseb baik tendang main main je. Kalau dia tendang serius sebijik macam jurus silat dia kat kaki aku, mau tak menopaus awal aku ni? Hehh sadis -_-

“Kau kata kau dah tanak pakai ni!” *tendang manja

“Kau logic ah. Aku nak naik motor doe. Pakai skirt kang terselak selak terbang terbang seksi pulak kangg.”

“Naik ah kereta.”

“Lesen?”

Diam.

                And most likely, dia kuat kritik cara berpakaian aku. Ketat ah. Singkat ah. Gemuk ah. Takyah pakai jeans ah. Tudung kau jarang ah. Baju tu jijik ah. Okay fine dahtu GF dia cekci cekci ketat ketat boleyy pulak? -_-








Night after ayam penyet and pecel lele time :)
baju tu labuh kat belakang je -_-''





                Apa sebab aku dah berazam sangat nak lupakan jeans putih aku ni? Sebab bagi aku bila kita pakai skirt instead of jeans, kita nampak lebih sopan J dan sejuk J dan manis J

                Dulu aku ntah pape. How I socialised with my friends, either with girls or boys. How cheap L meningkat remaja, hormone membuak buak. Masa darjah 6, masih lagi pengotor. Masih lagi main kejar kejar kat rumah Halimah. Masih lagi main masak masak bakar kentang kat rumah Halimah. Kawan sekelas yang lain macam dah develop pemikiran diorang.

                Masuk sekolah menengah, how I changed a lot. Gedik, cikaro, syok sendiri, hahahaha suka mengejek pulak tu. Aku, Dyana, Eka ngan Alyma memang geng kalau bab mengejek. Power sangat ah. Pastu dulu – tau kan perasaannya bila kita bersentuhan dengan another gender, kita rasa best? Rasa nak buat lagi? Rasa nak ulang lagi? Hilang rasa malu. Hilang maruah. Astaghfirullah. Hilang macam tu je ilmu tentang halal haram tentang persentuhan antara lelaki perempuan. Memanglah ianya tak melibatkan perasaan, but still dulu aku rasa okay je. Eleh, kawan je lah beb.

                Kejap insaf, kejap buat lagi, pastu malu, pastu ulang lagi. Astaghfirullah. Thats why as a Muslim, we have our own adab in socialising between women and men. Islam itu indah. Islam bukannya mengongkong, Islam itu menjaga.

                Masya Allah, betapa dulu aku jahil. Betapa dulu aku terlalu hina. Betapa masa mematangkan aku. Dan ya, sudah tentu, ILMU.

                Tolonglah gadis, pelihara maruah. Mahalkan diri. Mungkin aku tak layak bercakap sebab dulu aku hina, aku kotor, aku cikaro negro -_- Tapi, sekurang kurangnya kita ada kesedaran untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik, pastinya J

Dulu pergaulan aku dengan another gender agak tak menyelerakan, I mean takdelah sampi berpeluk or berpegang tangan. Paling hina pun mungkin bergesel bahu? Mungkin ada yang lebih teruk, cuma aku saja yang tak ingat. Mungkin. And since that, after those nightmares sepanjang dua tahun, aku belajar untuk jaga jarak aku.

                Jaga mata aku, since aku ni suka intai abe abe hensem hewhew^^, jaga cara jalan aku, agar tak terlalu berlenggok, since dulu darjah 4 pernah bajet praktis catwalk dalam bilik nenek ahahaha, jaga nada aku juga, agar tak terlalu manja mengada ngada. Aku belajar, perlahan lahan.

                Aku tak save any nombor kawan lelaki or classmates or studiomates or whatever. Kalau ada hal yang memerlukan untuk aku saling contact dengan dia, aku save sementara. After habis urusan, aku delete. Kalau tak, sepanjang malam aku akan fikir , “OMG aku ada nombor dia. Eh nak mesej tak? Eh dia ni tanak contact aku ke?”

                Haaaa perit perit. Even tak melibatkan sebarang perasaan pun. Still, aku tak akan senang duduk. Habis keperluan, aku delete. And Alhamdulillah aku ni jenis yang lemah dengan nombor. Susah nak ingat. Dah delete, ok bye. Finished.

                Tadi tengah chat merapu dengan A’a kat Fesbuk, tetiba umi keluar dari bilik bawak kek. And bla bla bla pastu umi cakap,

“Ayah cakap ni hadiah hari jadi kakak. Hahahaha :D”

Tau apa?

Limau bali -_-

Limau bali yang selalu ayah aku bawakkan untuk aku kat CFS tu. Limau bali yang selalu aku kupas and share dengan Jannah, Ema, Najat, A’a, Teh, semuaaaa -_-

Limau bali hadiah birthday aku rupanya -_-

Hahaha but then, ayah keluarkan hadiah sebenar. Ni rasa nak mengamuk ni, tadi petang marah marah aku tsk tsk T.T heeee^^
               
                And again, thanks kepada sayang sayang aku. Banyakk. Bestie, Dyana J makwe sebelah katil, yang siap buat entri untuk aku kat blog dia, A’a, baby aku, Najat, Tok Kadi bilik 131, Nuna, Srikandians, Eka and Halimah^^ Esok birthday Halimah wehhh J

                Yang geng CFS tu sume wish sweet 91 :D ahahaha aku belum pun publish entri ni dah nampak diorang post ‘Sweet 91 Elinn.’

                Wow style. Macam tau tau je hewhew^^

                Alhamdulillah, terima kasih semua J

                Jazakillahu hoiro Dyana.

                Amin, Allahuma amin atas semua doa korangg. Mostly;

-          Semoga murah rezeki. Amin J

-          Semoga jadi anak solehah. Amin J

-          Semoga dapat suami soleh. Amin J

-          Semoga kahwin awal. Double Amin J J hewhew^^

Nakal ea korangg.

                Apa yang aku harap dalam usia 91 tahun aku ni? Aku rasa berat nak tinggalkan 18. Weyy, bayangkan ah, 2013 aku 18 tahun, masuk 2014 pulak aku dah 91. Mana tak rasa sayang weyy :D

                91 tahun, cuma pertambahan usia. Semoga semakin matang, kekal comel, awet muda, makin power dalam silat, even belajar silat pun tak habis pffttt -_-

                Kak Elin tetap nak jadi anak yang solehah untuk umi ayah, yang selalu buat umi ayah senyum bahagia, yang dapat hadiahkan umi ayah dengan mahkota yang sinarnya lebih terang daripada matahari diakhirat nanti. Insya Allah. Jazakumullahu hoiro atas nama Nur Amalina ni J

                Cahaya Harapan Umi Ayah J Insya Allah, cahaya untuk selamanya.

               Tapi, Kak Elin nak guna Elin Suza jugak boleh? Sebab ada nama kita semua.

Elin Suza = Amalina Sulaiman Filzah. Kak Elin ayah umi J






Aku mimpi, tahun lepas, kat Batam, aku diperkenalkan kat suami aku. Suami, weyy. Bukan bakal suami. Wow, majuu -_- Dia hensem, tough,and gatal jugak hahaha. Memasing malu malu. Memasing baru nak kenal. Bangun dari tidur je, pipi aku rasa panas. Blushhh.

Bila nak mimpi dia lagi? Hahahaha dah dah syuhh syuhh kbye -_-



Adios amigos J



















3.42 pm.
8 jan 2014.
Wednesday.

2NE1 – Falling In Love.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan