“Kau nanti dah kahwin nak kerja jugak ke?”
Tanya Arash sambil menyumbat bantal gemuk ke dalam pillow case bau penguk.
“Ha’ah. Still nak kerja jugak.
Kenapa?” sambil pandang kearah Arash yang masih dalam misi menyumbat bantal
gemuk. Fresh disembur lagi keatas kabinet rotan gaya China, lalu aku lap
menggunakan bath mat.
Arash hanya menggeleng sambil
tersenyum. Tak puas hati. Aku pandang dia. “Kau tak kasi isteri kau kerja ke
nanti?”
Dia angguk lagi. Masih dalam
misi bantal gemuk dia. “Kenapa?” soalan lagi. Dia hanya tersenyum. Lagi. Aku
paling suka tengok senyumannya. Manis, dan ceria.
“Oooh, sebab kau dah pernah
kerja housekeeping, so kau nak isteri kau jadi housewife je laa nanti?” Usik
aku lagi. Entah kenapa, muka aku yang merah.
Dia Cuma tergelak. Kemudian
tergeleng geleng. Misi bantal gemuk akhirnya Berjaya.
“Taklah.
Aku Cuma lagi suka kalau isteri aku jadi suri rumah je. Isteri kenalah taat
suami,kan?” sambil senyum pandang aku.
Time tu, aku rasa macam aku ni
syok sendiri. Aku rasa macam, aku ngan dia ni tengah bincang pasal masa depan
kitorang nanti, bila dah kahwin and hidup bersama. Sebab, dari tadi asyik bersoal
jawab ngan aku bab kahwin je!
Aku senyum, geleng. Then, blah
keluar. Parah dah aku ni. Perasan tahap maut!
***
Bak kata
Arash :
- ‘Kahwin tak perlukan wang
ringgit. Yang penting, cinta, kasih sayang, setia, semua dah cukup untuk
menjamin kebahagiaan.’ Well, aku ngan Kak Zana tak berapa setuju sangat. Hidup
selepas berkahwin ni kena ada wang ringgit jugak. Kalau tak macam mana nak
makan, nak jalan jalan, nak beli baju, nak itu nak ini, kan?
Arash geleng. Korang ni
materialistiklah, dia kata. Bukan kitorang materialistik, tapi sebab fikir
hidup kat dunia zaman sekarang. Segala galanya perlukan duit. Bukan ada yang
percuma pun. Dia still tak puas hati. Arash kata, kalau kita bersederhana,
sentiasa rasa cukup, penuh dengan kasih sayang, perkahwinan akan berjalan lancar.
Sempurna, ringkasnya. Aku, dan Kak Zana still tak setuju.
Diam diam, aku fikir, kalau
ditakdirkan aku kahwin lelaki yabg berfikiran macam kau, aku nak makan apa? Kasih sayang,
cinta dan setia je tak cukup.
-Arash kata dia nak kahwin dua. Ohhhh, oh. Ini
betul betul menaikkan kemarahan aku. Satu, lelaki ni memang tak setia ke? Belum
kahwin lagi, dah fikir nak kahwin dua. Dua, oh, seriously aku memang
takboleh terima bila dia kata nak kahwin dua.
Merah
muka aku, panas je. Kenapa? Aku Tanya.
Kenapa taknak setia je? Tanya lagi. Dia
cuma senyum. Katanya, entahlah. Kalau dia tengok perangai isterinya macam tak
OK, kuat merajuk ke, tak taat ke, apa ke, nanti dia ugut nak kahwin dua. Alaaa,
ugut main main je.
Cheeeh!
Tak serius sungguh beliau ni.
-Dia Tanya aku
pasal sujek kegemaran aku.
“Amalina, apa subjek
kegemaran kau?”
Kimia. Biology. Nak je jawab tu. Tapi, result
setiap exam aku tak pernah mengizinkan. Lagipun, nanti nampak riak pulak. Then,
nanti mesti dia usik aku, “Yelaaa… budak pandai mesti suka subjek sains jee
kan?” Choii! Favourite subjek tapi hardcore hardware punya perjuangan nak score
dia tak rasa.
“Entahlah ye. Kau rasa?”
soal balik dia sambil tolak bantal masuk dalam cabinet atas. Dia berselisih
belakang aku. Aku pandang dia, senyum comel.
Dia balas balik dengan
senyuman separuh bajet comelnya tu. “Emmm, mesti kau suka subjek Pendidikan
Islam kan?” teka dia sambil bulatkan mata, senyum lebar nampak gigi. Ah, itukah
comel atau bajet comel?
“Wahh,, pandainya teka.
Macam mana boleh tau?” sambil jenguk dia kat luar, depan troli. Padahal wahai
Arash, subjek PI lah sbjek yang membawa aku kealam tidur didalam kelas penuh
kedamaian. Dengan ustaz Rusdi, tak perlu malu malu nak tidur. Dan,
Alhamdulillah, PI always score.
“Adelah. Kau suka bab
apa?”
Bab apa? Bab apa ya? Akhlak? Tak pernah dibaca. Itukan KBKK, bagi aku.
Sirah? Sungguhlah nama sebenar Iman Ghazali dan tempat lahirnya pun aku dah
lupa. Jangan Tanya aku pasal riwayat hidup ringkas Syeikh Tahir Jalaluddin.
Sila lupakan. Ibadah? Sampai sekarang susah nak ingat dan bezakan istilah
Qasar, Jamak, Qamak, ahh istilah tu aku cipta sendiri sebab tak ingat langsung
.
“Emmm? Kau rasa?” sambil
angkat kening kat Agus.
“Emmmm.., Aku rasa kau
mesti suka bab munakahat kan?” jawab dia yakin, berselisih lagi belakang aku.
“Ha? Apa tu? Munakahat?
Aku ni lemahlah bab istilah istilah ni,
Arash. Apa tu?”
Dia tak jawab. Cuma diam,
dan senyum macam biasa.
Balik rumah, Tanya umi,
apa tu munakahat. Ayah jawab : “Munakahat tu bab nikah kahwin la.”
-_-
He got me -_-''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan