Bismillahirrahmanirrahim.
Adalah
satu keanehan dan keajaiban bila makwe sebelah katil aku si A’a decide tak nak
balik bermalan weekend lepas lepas lepas punya. Kau.. biar betul? Ayat pertama
terkeluar dari mulut. Tak percaya. Ye lah dia kan kalau weekend je mesti balik
rumah punya since sem 1 lagi. Untunglaaa~ rumah dekat. Tak payah tanya dah kat dia, “Weh, kau balik
ke weekend ni?” Tolong jangan pura pura tak tau. Conform dia balik.
Tapi,
weekend haritu, hari Jumaat, dia kata dia tak balik. And I was like-
Speechless. Hah??
First reaction of course
speechless. Pastu blank. Pastu terkebil kebil. Pastu happy. Pastu tak percaya.
Pastu happy balik. Yayy!! So taklah aku sensorang Sabtu Ahad ni dalam bilik. Si
Nuna balik, baby Najat pun bermusafir ke Johor hewhew. Baru je terbayang, okay
kalau aku sensorang weekend ni aku nak bukak MV Sistar banyak banyak pastu nak
conquer cermin sensorang pastu nak sapu lantai guna rambut pastu buat planking
antara katil aku ngan katil A’a pastu nak meratap kesedihan sensorang ditengah
malam yang hening kbye-_-
Tapi
bila A’a kata dia tak balik weekend ni, aku terbayang- cancel nak membajet
menari Sistar malumalu maluu lah aii hehe^^ pfft sejak bila kau malu depan
A’a?-_-
And,
baru dia tau betapa bosannya spent time the whole weekend kat bilik tanpa ada
aktiviti lain selain berRunning Man atau berKarot Komedia atau berFamily Outing
atau berSherlock Holmes. Bosan. Macam takde life sepanjang Sabtu Ahad yang
ditunggu tunggu seperti selalunya. Aku dah biasa. Sebab aku dah selalu kena
tinggal sensorang dalam bilik every weekends. Sebelum tu, punya ah plan nak
pergi Kampung Baru nak makan bebanyak nak makan seafood sambil seksi bibir
sampai merenyam badan ahaha tapi plan hanya tinggal plan. Pagi pagi Sabtu lagi dah layu diatas katil.
Malas yang terlampau malas nak bergerak. Malas nak mandi malas nak iron baju
malas nak gerak tunggu bas malas nak naik LRT malas segalanya malas. Hakikat
sebenarnya, duit dalam purse semakin menipis semakin membimbangkan. Rasa
bersalah nak minta duit lagi kat parents. Sudahnya, memasing senyap je
sepanjang Sabtu sambil tergelak gelak mentertawakan plan nak makan seafood yang
terbantut. Baru 18 tahun dah ada krisis kewangan.
Sabtu
malam, aku pandang muka A’a, A’a pandang
muka aku. Terkebil kebil. Hela nafas berat.
“Delivery
KFC jom?”
Rasanya tu jelah idea yang agak
membantu sel sel otak supaya berkembang. Bincang punya bincang, plan punya
plan, kejap jadi kejap tak jadi, cis nak delivery KFC je pun ah amek masa lama.
Habis
makan KFC, tetiba jadi sesi luahan perasaan. Berborak, bergelak, bercerita, nak
baring tak boleh. Baru lepas makan nanti perut buncit wuwuwuw bukan senang nak
pecahkan lemak walaupun hampir separuh nyawa push up kat gym. Keji betul kan?
Makan banyak, gymming sikit dah mengah mengah.
Then
tetiba terkeluar topic kahwin muda. A’a ceritalah kalau kahwin muda, dapat anak
dalam usia yang muda nanti anak tu cerdik. Macam Mia niece dia omnomnomnom
comel gilaaaa! Tsk tsk stress je takdapat nak peluk apatah lagi nak hug Mia sebab
Mia asyik menempel je dengan A’a. Serius comel. Putih, mata dia bulat, hitam,
gebu, suara dia comel, nyanyi Baa Baa Black
Sheep je, tak pun Johny Johny dengan A’a. Arghhh comel sangat tsk tsk
A’a
ceritalah pasal Mia yang cepat pick up. Dah pandai ABC even masih baby, tapi cuma
“A B C D E F E pastu F pastu E balik.”
hahaha^^ dah pandai “Jom. Jom.” bila dah sampai kat satu tempat. Ringkasnya,
Mia sangat cerdik. Sebab ayah Mia, abang A’a jugaklah, kahwin dalam usia muda.
And, A’a cakap abang dia pun genius Math sebab parents dia dapat abang dia time
usia muda. Dapat masa kat UK lagi tuu hewhew^^
And
cerita cerita A’a membuatkan aku berfikir, mesti anak Dena Bahrin tu bijak kan?
Saif, Fiska Medina baby Irine Nadia Marcello tu, Opie si comel Atita Haris tu,
hmm hmm. Pastu berfikir. Agaknya budak budak genius kat sekolah aku dulu sebab
diorang lahir waktu parents diorang masih muda kot? Hmmm hmmm. Tetiba benda itu
jadi permasalahan dalam otak aku hahaha syuhh syuhh.
Kahwin
usia muda? Kalau kat UIA ni macam dah biasa dengan kahwin muda. Bercakap pasal
usia nikah, kemana aku pergi, bila soalan “Kau nak kahwin target umur berapa?”
diutarakan, jawapan dan reaksinya berbeza beza.
Anati,
si rumet aku si budak half Australian jawab, “I target 22.” Pergh. Muda gila.
Then I asked her,
“How about your Ar title? You nak
kahwin sambil divide time antara study dengan hubby? You have to focus for your
study, your hubby, your baby, your bla bla.” Tapi baru sampi part ‘baby’ je dia
dah buat reaksi “YUCK.” Okay aku faham. Dia jawab, siapa kata amik pure
architecture takde life? Krikk krikk terdiam. Aku cuma terfikir, kalau nak
tunggu sampai dapat title Ar tu kahwin lambatlah jawabnya. ‘ Lambat’ kat sini
bermaksud around umur 25-29. Padahal dia nak kahwin umur 22. Serius muda gila.
Tapi kata Anati, kawan kawan dia
kat sekolah Adni tu ada yang target nak kahwin umur 30. Even target umur 33 pun
ada. Diorang still cakap 29 tu terlalu muda, umur 30 tu ideal. What? Ok ok aku
faham, dia kan dulu sekolah international. Mungkin kawan dia tu orang Kanada
ke, atau orang Sudan.
Dulu masa aku kat Indonesia, usia
usia around 16-19 tulah usia segar bugar nak kahwin, nak nikah. Aku-
speechless. Weyy mudaaa gilaaa ngeri pulak bila aku fikir. Bila Mbak Cieng dengan Mbak Tari tanya, “Elin
mau nikah usia berapa?”
Dengan rileks dan confidentnya
aku jawab, “25.”
“Makkk! Tua sekali! Usah lewat
lewat Lin, nanti udah nggak laku.” Aku geleng. Itulah umur ideal, kata aku.
Lagi 7 tahun baru Elin nikah. Hik hik gelak innesen depan diorang.
“Kok nggak mau nikah usia 20 atau
21 Lin? Itu pun udah lewat.” Mbak Tari suggestkan. Aku geleng.
“Tak naklah kahwin muda. Ngeri.”
Ngeri. Tak tau apa yang ngerinya. Tapi ngeri. Mbak Tari geleng kepala melihat
kekonfidenan aku. Seperti terlalu yakin yang aku akan nikah hanya pada usia 25.
“Allah itu Maha Membolak Balikkan
sesuatu hati, Lin. Bisa jadi saat ini kamu pengen sekali menikah usia 25, karna
ngeri mau nikah usia muda. Tapi kalau
Allah udah menetapkan jodoh kamu datangnya usia 18, saat ini, kamu nggak akan
bisa menolak takdir. Usah jadi hambaNya yang mungkar, Lin.” Geleng kepala lagi.
“Kalau macam tu, kita doa lah
banya banyak suruh Allah datangkan jodoh kita usia 25. Hehe.” sekali lagi
sengih innesen.
“Usah lupa, Lin. Allah itu Maha
Membolak Balikkan sesuatu hati. Kalau Allah bisa menghilangkan nikmat
hidayahNya dari hati kita, pasti Allah juga bisa membuatkan pendirian hati kita
ini bolak balik. Siapa tau, mungkin aja bila kamu udah tiba di Malaysia, kamu
jadi pengen mau nikah usia muda. Jongon sombong, Lin.” Terdiam. Astaghfirullah.
Berfikir. Apa apa pun, aku berserah segalanya pada takdir.
Lepastu Mbak Cieng si comel cakap
kuat kuat,
“Ayo kalian! Ramai ramai doain si
Elin biar nikah usia muda. Biar kapok hahaha. Biar dia ngerasa ngeri aja kalo
udah nikah sama suaminya hahaha!” Ciss belum sempat tutup mulut Mbak Cieng, dia
dah tadah tangan,
“Ya Allah, kau percepatkanlah
usia nikah Elin, ya Allah. Usah biar dia nikah lewat lewat sampei usia 25 ya
Allah. Moga moga dia mendapat suami yang faham, faqih, alim, ganteng..!”
Sampai part ‘ganteng’ tu aku cakap “Aminn!!” kuat
kuat haha tak nak kalah.
“Lagi, lagi, mau apa?” Tanya Mbak
Cieng sambil senyum senyum.
“Lagii pandai asad mbak!”
*asad=silat.
“Yang pandai asad..” Aku dengan
Mbak Tari cakap “Aminn!” kuat kuat sambil gelak gelak.
“Tinggi, tough, macam Mas Arief
hewhew^^”
“Ya Allah, pokoknya yang kayak
Mas Arief itu lho. Tinggi, ganteng, pinter asad, gagah. Ya Allah kok nggak
dijodohkan aja si Elin sama Mas Arief,ya?”
“Aaaa tak nak! Kita nak orang
Malaysia jugak!” jerit aku sambil hempap badan Mbak Cieng. Almaklumlah dia kan molek
aku kan gedabak hewhew.
“Aaminn!” Aku, Mbak Cieng, Mbak
Tari sama sama Aminkan. Hehe yang part nikah muda tu protes tapi part ganteng
tu bukan main eksaited -_-
Satu yang aku respek kat Mbak berdua
tu ialah, diorang selalu berdoa tak kisah kat mana je tak kisah apa je. Ye lah,
setiap apa yang kita kata tukan DOA. Kalau kita selalu cakap,
“Alamak, bodohnya aku.” Maka
bodohlah kita.
“Ya Allah, gemuknya aku!” Maka
gemuk gedabaklah kau.
“Ya Allah, jadikan muka aku
sering awet muda. Amin.” Maka muka kau maintain comel dan awet muda tanpa
sebarang bantuan botox, Vitamin C, collagen atau plestik serjeri.
Contohnya, Mbak Cieng. Umur dia
21 sebenarnya. Umur aku pulak time tu baru 17. Bila jalan jalan keluar, orang
selalu anggap umur aku 22, umur dia pulak 16. Jeles tauu tsk tsk. Salah satunya
sebab dia selalu doa minta supaya mukanya sentiasa awet muda. Sebab yang lain
pulak, sebab dia TAK PERNAH marah marah, penyabar, selalu senyum, selalu gelak,
selalu baca Al Quran, Subhanallah cemburunya hati ini tsk tsk.
Okay tutup part kat Indonesia.
Zaman sekarang ni, semakin ramai
anak anak muda yang kahwin awal. Err macam tak layak pulak aku nak mengarut
pasal kahwin muda ni en? Kbye.
Tapi apa yang sebenarnya aku nak
cakap ialah, kelebihan kahwin muda dari A’a- yang dapat baby pandai tu
sebenarnya banyak agak mempengaruhi aku sekarang pfftt -_- lagi lagi
bila teringat pesan Mbak Tari, “Allah itu Maha Membolak Balikkan sesuatu hati.”
Yang aku yakin sangat kahwin umur 25.
Tiba tiba aku rasa nak kahwin
awal. Sebab nak baby pandai cerdik. Sebab tak sabar nak dengar baby aku cakap,
“Alhamdulillah” sejurus lepas keluar dari perut aku ahahaha tu terlebih bijak
tuu. Sebab aku nak anak aku senang hafaz Al Quran walaupun pada hakikatnya
bakal uminya ni start belajar tajwid pun umur 7 tahun pfftt -_- Sebab teringin
nak dengar baby aku sebelum tidur baca Asmaul Husna sebelum umur dua tahun
haha. Sebab yang sebenarnya adalah nak suruh baby aku yang dodoikan aku tidur
tsk tsk keji betul bakal umi baby ni, kan?
Umi aku kecohlah suruh aku
‘cari-kawan-lelaki-pastu-bawaklah-jumpa-umi’*YUCK, aku malas nak layan. Hello,
umur aku baru 81 tahun, bulan Jan depan baru nak masuk 91 tahun,*pergh kauuu
beza 10 tahun baq haangg!* nak suruh aku cari soulmate? Rileks dulu. Bukan nak
riak macam yakin sangat umur aku ni panjang lagi nak cari ‘kawan-lelaki’ tapi,
memikirkan yang sem depan ni aku akan struggle gila babeng punya ah dengan 7
subjek, dengan GC2 diaa, dengan ED diaa, dengan ICT diaaa tuu diaa baq hang!
Ingat ada masa ke nak fikir pasal ‘kawan -lelaki’? Dengan fikir nak score
pointer dia lagi, dengan impian agar dapat amik pure Architecture untuk sambung
Degree lagi, memang takde harapan -_-
Lagi lagi bila umi aku jawab
setiap kali ada soalan,
“Wahh dah besar Elin ni, dah
boleh kahwin dah ni J”
Umi aku cecepat jawab, “Dia ni
harap badan je besar, akal macam budak budak lagi.” -_- Terus mati harapan tu
tsk tsk hahaha.
Sunday.
6.25
pm.
29.12.2013.
Mirrors(Justin
Timberlake) – Boyce Avenue ft Fifth Harmony cover
HAHAHA .tajuknye tuuhh ape kaitan dengan aku
BalasPadam