IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Isnin, 30 Mei 2016

Mabuk dan Muntah

Bismillahirrahmanirrahim.

                Aku tau mana aku mewarisi perangai cepat mabuk naik kenderaan then muntah muntah sampai berhingus hidung and berair mata. Ayah aku. Kahkah.

                Tapi bak kata umi and nenek aku, mabuk ni masa kecik kecik je. Bila dah besar, dah kurang mabuk tu. And orang kaki mabuk kenderaan tu dia jalan jauh, meneroka tempat orang. I guess so, sebab dulu ayah aku Chief Officer kapal kan, entah apa benda ntah kerja ayah aku dulu yang aku tau dia hantar minyak kat luar naik kapal. Aku pernah terjumpa kertas apa ntah masa kekecik dulu, kat situ tulis kerja ayah aku as Malin Laut. (?)

                Pebende ntah lagi la aku blur -_-

                Haa jalan jauh la tu kan. Kemain honeymoon ngan umi aku 3 tahun jalan jalan negara orang. Tak acinya aku belum lahir lagi time tu hahaha. Well, kalau dah dikata nanti berjalan jauh, Amin. Aku rasa cam okay je duduk Kanada kan kakakaka. Ha ayah dah besar dah tak mabuk la kan ye la dah tua kot kalau mabuk buat malu je hahahahaha

                Argh masalahnya yang menanggung aku. Dalam banyak banyak kenderaan, Cuma motor and basikal je yang aku tak mabuk bila naik. Kereta, (kecuali kereta sorong),bas, van, train, feri, bot, kapal terbang (tak pernah naik tapi Aa kata mabuk ottoke terus takpelah its okay thank God takpernah naik lagi harap2 masa aku kena naik flight nanti segala jenis mabuk aku dah hilang pleasee) semua, semua bila aku naik aku akan mabuk. *sigh

                Mabuk tu pening. Then mual. Then kau rasa macam nak muntah. Then kau muntah. And bila kau muntah, kau lagi mabuk. (Kau = Aku)

                Sebab bila aku muntah, aku akan menghadap bawah muntah dalam bekas plastik, and kepala aku akan rasa macam melayang layang, or berat, or rasa macam kena hentak (depends time tu kepala aku nak rasa apa), hilang sense, susah bernafas sebab hingus ikut keluar sekali nonstop (so aku kena bernafas guna mulut, which is mulut yang sama dimana muntah aku keluar*sigh), air mata menangis lagi sebab pedih tekak, sakit leher, senak perut, sakit tulang belakang, bau lagi (eh aku tak bau la kan dah hidung aku tersumbat) (sorryla parents aku yang kena hadap bau muntah anak dara cengeng diorang ni), and sebab mental breakdown. Penat wohh. So, dia akan jadi double mabuk kat situ.
                Effect dia, aku akan jadi mabuk kat makanan yang aku makan sebelum aku muntah macam apentah. Contoh, Sushi King. Pergh, itu memang mabuk gila ah dari CFS kot (sebab aku dinner dulu ngan umi ayah kat Jaya One) sampai la masuk degree kat UIA Gombak kan baru la boleh telan balik sushi. Tu pun aku hati hati tak boleh makan banyak sangat sushi kang mabuk lagi. Bayangkan, gerak dari CFS, tak sampai setengah jam dalam perjalanan, aku dah mabuk todi wakaka. Sepanjang jalan, sampai rumah aku, aku dok muntah muntah je dalam kereta. Habis keluar sushi semua and bento yang aku makan. Bila terbau muntah aku sikit sikit, or terbau sushi, aku muntah lagi. Dan lagi. Menangis kot. Sakit leher sebab tegang sangat nak keluarkan muntah. Dah sampai rumah pun, sambung muntah untuk terakhir kali kat sinki. Tu macam nak clearkan sisa sisa muntah. Pergh sepanjang malam tu aku Cuma tunduk muntah je and sepanjang malam dalam perjalanan balik tu jugak la umi ayah aku terpaksa bukak tingkap nak kasi bau muntah keluar hahahaha sadis doe kau Elin wakakaka.

                Lagi satu, roti canai sardine. Tu pun zaman CFS gak. Pergh mabuk dia, sampai aku dah tanak hadap mana mana jenis roti canai lagi dah. Amek masa yang lama gak ah baru aku boleh telan balik. Dia macam mimpi ngeri tau. Sama gak ah ngan cendawan.  Tak boleh makan banyak banyak. Any types of mushrooms. Mabuk, tapi tak boleh muntah. Kepala rasa melayang. So, kena jolok tekak nak kasi lega kepala otak. (kenapa aku rasa macam bulimia je -_-)

                Tapi tu dulu zaman masih belasan tahun. Mabuk sikit, tak boleh nak tahan, terus berburai. Sikit2 muntah. Sikit sikit muntah. Penat ah tau tak. Kadang even pergi Banting or balik dari Banting yang dekat nak mampos ngan rumah pun boleh muntah2 lagi. Tak paham aku ngan diri aku sendiri nih -_-

                Dah masuk umur 20an ni aku kuat sikit ah. Kuat mindset je. Yelah, sebab most of the time aku naik kereta or bas ngan kawan2 aku kan takkan nak muntah gak kot. Kena ah tahan. Mindset kena bebetul taf. Kalau ngan umi ayah aku, aku main muntah je wahahaha.

                Tapi aku rasa salah satu sebabnya, sebab aku dah makin membesar kot. Dah makin bertambah umur, bak kata umi aku makin lama makin kurang lah mabuk tu. Yup.

                Mabuk still ada, Cuma dah tak senang senang muntah. Ah pernah gak muntah kat longkang belakang blok E Ameenah. Tapi, still boleh control la.

                Sebab paling utama aku mabuk or muntah, adalah, (umm aku rasa semua sebab adalah sebab utama.) (hmmm), basically sebab bau kereta, cara driver tu bawak kereta, oh ni sumpah ah aku listkan nama nama manusia yang kalau bawak kereta je konfem aku mabuk tanpa consideration;
1
   - Ayah aku. (haihh ni paling mabuk kalau ayah aku drive)   
    -  Dyana. (Bawak macam gangster. Even aku duduk depan pun boleh mabuk terencat kau bayangkan. Ishh)
3-    Tu je kot. Ada la Abang A’a, kadang Ziyad, kadang A’a, tapi jarang ah aku mabuk ngan diorang ni. Ada tu adala tapi tak seganas macam ayah aku and Dyana.
Pergh diorang bawak macam apentah.

                Oh, haa lagi sebab kereta tu rendah, tempat duduk kebelakang sangat, tak makan or perut kosong before naik kenderaan, and obviously tak boleh baca dalam kereta. Jangan harap aku nak spend time duduk dalam any kind of transport buat nilai murni contohnya seperti membaca ah bela. Lagi aku baca lagi aku mabuk. Even whatsapp, tak bleh lama lama tenung phone. Hahaha even tengok movie dalam bas or train pun mabuk kau nak kata apa?

                Takde consideration langsung mabuk aku ni.*sigh

                Haritu balik UIA after site visit kat Kelantan pun aku mabuk. Mabuk raja aku panggil. Kakaka suka hati ah nak kasi nama apa. Tapi kan sejak aku dah besar ni muntah tu dah kurang, tapi malangnya kena muntah gak untuk hilangkan mabuk. Ye la dah aku dok tahan tahan dok mindset diri sendiri “Elin, jangan muntah. Tahan.”

                So nak taknak aku kena jolok tekak nak kasi lega kepala and satu bdan. Kena paksa gak muntahhh kalau tak nanti lagi mabuk lagi la dasyat muntah T_T Muntah kali kedua bila dah sampai mahallah. Paksa muntah lagi, biar balance balik kepala aku. (kan aku dah kata kenapa aku rasa macam bulimia je) and, aku tengah mabuk Hot&Roll punya crispy peanut chocolate. Aku muntah keluar benda tu ah masa berhenti beli  kat RnR Gua Musang wuwuwuwu

                So since aku dah makin susah nak muntah tapi still kuat mabuk, aku kena pandai pandai cari alternative nak legakan balik diri aku. Selalunya bila aku dah berjaya than muntah dalam mana mana jenis kenderaan, sampai rumah je or sampai mahallah je, first thing first;

-     -     Paksa muntah. Jolok anak tekak tu dalam dalam selagi boleh. Hmm memang berair la air mata jawab dia. And sakit leher yes sebab leher ikut tegang.
-        - Cari benda masam dulu. A must. Makan, or minum air masam.
-        -  Baru minum air mineral banyak banyak. Banyak banyak banyak banyak.
-       -   Pastu baru boleh baring ngan lega and tidur dengan lena yayyy

Dugaan betul yang satu ni. Hmm

Ha’a Dyana memang bawak macam gangster hahaha berapa banyak jalan sehala ntah yang dia main langgar masuk sampai Pakgad ushar ngan muka kerek dia LOL then kasi signal tanpa dia sendiri tau kenapa apa sebabnya pfftt











Monday
11.50pm
30 Mei 2016
(I Dont Know This Song Title - I Dont Know Who Sing This)








Sabtu, 28 Mei 2016

Fit For Ego, Not For Emotion


        Since aku dah seminggu start cuti sem before masuk short sem nanti(sigh), basically I'm just living my own life. And, yeap aku dapat balik diri aku. Aku dapat berfikir dengan waras (kot.) Mungkin dengan tenang walaupun sebenarnya aku sangat malas fikir pasal benda ni semua.

       Dan ofkos I have more time knowing more about what my heart wants kan. kahkah. Selama ni aku tak taupun apa yang aku nak, apa yang aku desire, and I guess aku takdapat buat tindakan dengan betul sebab busy. aku harap aku produktif. Amin. urgh, architecture really made my life upside down.

     
      Okay so bab architecture aku tolak tepi. aku tengah holidaylahh sangat. Bye. hoho

      well people and all human beings you know what, aku baru tau. sigh. aku mengaku aku ni memang lembap. umm lembap tu yang macam lambat sedar k, bukan buffering or loading. grr. aku sangat lembap dengan diri sendiri uhuk uhuk. macam yang aku cakap, aku baru kenal and tau apa yang aku nak. yang hati aku perlu. contohnya, tidur yang banyak even waktu kena submit or esoknya crit during final project. kakaka. keperluan bhai.

     Contoh paling jelas, yang betul betul make my mind wake up is when I hang out with my besfriends. of did I say I have THREE bestfriends? yeahh we are FOUR Besties, Elin, Dyana, Eka and Alima.

      What do they said? 'Sometimes bestfriend comes in three?'

     Naahh. we come in FOURRRR. Since sekolah rendah lagi bebehh since darjah tiga kot (I think darjah 3 la kot sebab darjah1 and 2 aku tak ingat sangat macam mana boleh terjadinya our bonding hmm.)
     
     Ohh yeahh love it! they're soo nice and sengal but I ammm so glad being terencat and bongok and sengal altogether with them! It really realease everything yang selama ni dok jadi Sleeping Beauty yang terkurung dalam jiwa raga aku.

      oh okay okay back to topic. ha'a bila aku lepak ngan diorang kat kedai Wak Kurik, eh ke Wak Turik ha? (Ha'a tempat lepak budak kampung macam kitorang kalau tak kat kedai bakso 50sen (sometimes Hiq and Esah also join and makan bakso sampai hingus keluar) (Eh padahal Hiq tauke Bakso hahaha), mesti kat kedai Kurik or Turik, or library tapi aku tau diorang takminat library sebab diorang tak minat membaca tapi aku paksa gak sebab aku yang cadangkan haha atau rumah Alima atau rumah Dyana (contoh macam harini makan sambil intai skirt Dyana LOL) atau rumah Eka main mekap2 atau kebun Wak Saimin atau paling up pergi AEON Bukit Tinggi hahaha. eh haaa back to topik ish aku ni kan suka la melencong jauh ngatttt T_T

     haaa so when I with them, borak semua benda, actually more to gelak berdekah kat semua benda, diorang ni dalam sengal sengal and bongoknya and cacatnya pun still mampu buat otak aku berfikir and berkerja. and aku tau laa all this time I made my goals or point in my life wrong. hahaha. itu dari segi hati atau bahasa gelinya cinta.

      Eewww. Ewww. Eeewww. Ew. EW!

   pfftt. overlah elin suza ni hahahaih. *sigh.

   


     well basically they all know about this someone. haha. and basically one of them just dont like him, or just hate. one more just dont care, banyak gelak je and of them pulak ship me with this one. but this last one of my bestfriend really sedarkan aku yang, well he's just not worth to wait.still thank God i've moved on long ago just still clingy and cringy. hmph

     tak taulah macam mana, but tetiba je at that moment, that second, aku tetiba tersedar. aaaa camane ea nak cakap hmm.. ummm... macam kena baling ngan kayu besbol kat kepala ni, or macam terjentik sesuatu kat hati aku. haipp sesuatu tu bukan apa ea, sesuatu tu means, kesedaran (?). eh aku tak tau lah nak letak perkataan apa ergh.

    know what, he's just fit for my ego.
    Not for my emotion.

yup, basically he's just someone that I used to know.

and for my life, I realized that I do really need someone that fit enough for my emotions, to fulfill all of me. to understand me inside out, and paling penting to keep on sabar with me because I have 4 different characters. When I'm in public, when I'm with my family, when I'm with my friends, and when I'm alone. Aku rasa karakter aku bila aku bersendirian tu aku harap spouse aku boleh tahanlah. Sebab aku jenis suka cakap sorang sorang suara kuat, gelak, nangis tetiba keluar air mata even time tu tengah tukar cadar tilam, and boleh cakap depan cermin berjam lamanya with me being another character talking to me.

    But dont worry, there's no jinn with me, or inside me. and I'm healthy Alhamdulillah. It's just, based on psychology, they said my kind of characters yang suka cakap sorang sorang ni jenis yang kreatif. Amin. ahaks.

  oh no wonder tercampak dalam architecture. eh k fine takde kena mengena.


  so yeah thats right Elin, choosing someone just because hes good enough for your egos or perfect with my requirements doesnt mean he'll also perfect for your soul. nope. Ego tak bawak kemana. and know what, penat ah hadap ego ni. bosan tau tak.

     Bak kata tunang A'a dulu (Sekarang dah jadi husband A'a dah ehemm) masa keluar sama sama aku jadi thirdwheel  diorang kat Kuala Terengganu. sape suruh menyibuk kan, Shah siap tunjuk demo;
"Bayangkan ini ego," sambil ambil satu batu kat pasir Pantai Batu Burok,
"Dan campakkan ego ni jauh jauh." and dia baling sekuat kuatnya batu tu kat tengah laut.

and Elin, macam biasalah, blur kan. aku cuma pandang je batu tu melayang jauh, jatuh tenggelam kedasar laut. sambil berfikir. apa maksud Shah ea? Bukan semua orang kena ada ego ke?

and knowing myself, ego aku sangat tinggi. melangit. even my bestfriends alo said so.

then I said,
"Tapi semua orang at least kena lah ada ego untuk diri masing masing."

"Betul, tapi kalau untuk kebaikan kita sendiri jugak, apa salahnya kita buang ego kita." Jawab Shah.

 sambil aku blur sambil paksa otak aku berfikir analogi Shah, sambil tu Shah sempat sambung dating balik and selfie and bervideo ngan tunang dia (now S'a dah jadi wife dia lah. Barakallah awek!) kakaka

   so, tu lah. emosi tu yang kau akan bawak and hidup dalam kau sampai hujung nyawa kau. nak jaga emosi sendiri bukan senang, lagi lagi emosi sendiri lompong sana sini kan. need someone to fulfill and penuhkan ia. buat hati kita hangat. eww

ego? tak kemana. pentingkan ego, bahagia kau terbenam dalam longkang.

Bye.














6.19pm
Saturday
28 May 2016
Breathing - Jason Derulo.





Ahad, 22 Mei 2016

Sejak Saat Itu

              

                Setiap harinya, aku memangkas rindu yang tumbuh kering seperti lalang,semakin kutebas, semakin mereka meranggas. Hingga akhirnya rasa lelah menasihatiku untuk berhenti dan membiarkan setiap malam dadaku meledak dengan batuk yang sesak, sebab apalagi yang bisa kuperbuat ketika kau lenyap selain menghibur kedua mataku yang bengkak?

                Kau dan aku takkan pernah tahu bila takdir menghancurleburkan definisi kita, ia bukanlah penyabar, melainkan penghitung dan penagih tanpa belas kasih.


                Apabila esok bukan lagi aku yang kau khuatirkan, kau boleh mengetahui yang aku terlalu sering mengemis kepada jarum jam agar waktu berjalan cepat hingga kau dan aku berhadapan saling tatap.