IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Khamis, 19 September 2013

'Ujub Bukan Pilihan, kerana Allah Maha Kuasa :)

Bismillahirrahmanirrahim.


    Pagi tadi aku bangun dengan memuji sepasang kaki aku. Cantik, aku bangga. Pagi tadi aku bangun bukan dimulai dengan doa bangun tidur seperti kebiasaannya, atau bangun dengan terus mengingatkan diri ini supaya segera tunaikan solat Subuh. Bukan. Bukan dengan niat seperti pagi pagi sebelumnya










                Tapi, kali ni aku bangun dengan melihat kaki aku, memuji, bangga, UJUB. Aku memuji, dan terlupa untuk bersyukur padaAllah.

                Allah Maha Kuasa. Dalam sekelip mata, Allah tarik balik nikmat yang aku puja itu. Yang aku lupa untuk mensyukurinya. Sedang aku iron selendang diatas katil, tanpa sengaja, entah bagaimana, iron yang aku tegakkan atas katil yang lembut dan takde tapak yang keras, jatuh terbaring, dan tepat menghempap atas lutut aku yang terdedah.

                Sakit. Pedih. Perit. Terkejut. Kecewa. Sedih.


                Tapi, bukanlah terkena satu base iron yang sebesar alam tu. Terkena hujung iron je, and meninggalkan kesan segaris seperti kesan melecet atas peha aku. Terkejut, cepat cepat aku alihkan iron tu. Membelek kaki.

                Ya Allah, kaki yang aku banggakan! Such a regret! KECEWA. Aku penat penat*errr takdelah penat mana* jaga kaki aku untuk suami aku, tapi hari ni, terlakar satu kesan iron panas.

                Innalillahiwainna ilaihi rajiun.. Allahumma jurni fi musibati.....*sampai habis* Terus aku istirjak. Ini kan musibah. Semoga Allah mengganti yang lebih baik . semoga ada hikmah disebalik musibah ini. Amin.










                Sambil aku tepek tisu basah atas kesan iron panas tu, aku terus menerus berfikir, bermuhasabah barangkali. Apa agaknya hikmah disebalik ni? Tak jumpa.

                Pedih sangat. Terus aku alirkan dengan air, agar tak terlalu melarat. Tips seperti yang pernah dikatakan oleh Tok Guruku di Batam J

                Paginya, aku pergi kelas dengan terpaksa memegang jubah aku dibahagian atas lutut atas tak tergesel dengan fabrik jubah. Pedih. Perit. Berkerut muka aku, sedikit terincut bila berjalan. Lagi lagi bila naik tanga. Mak aihhhh seksa gilaaaaaa T.T

                Duduk tak seperti kebiasaan dah. Dah tak boleh nak silang kaki lagi bila duduk atas kerusi. Takkan nak hempap kesan iron tu? Membunuh namanya -_-‘’

                Dalam hati, yakinkan diri, Insya Allah, pasti akan sembuh. Belajar sungguh sunguh, score pointer 4.5 flat hahahaha, dapatkan kerja power power, haaaa boleh beli Bio Oil 78 lori or buat laser je. Dalam hati, tenangkan diri. Takpe, pasti akan tahu kenapa Allah timpakan musibah ini.

                Kelas Basic Theme of Al Quran, belajar bab arrogant. Mula mula belajar, rasa biasa. But then, lama lama, terfikir. Tersedar.

                Masya Allah. Subhanallah.

                Baru aku dapat relate. Baru aku sedar. Pagi tadi, aku bangun dengan perasaan UJUB. Lupa untuk bersyukur atas nikmat masih dikurniakan nyawa, lup untuk bersyukur pada nikmat masih sihat, masih waras, punya anggota tubuh lengkap dan sempurna. Lupa untuk mengingatkan diri agar terus menunaikan solat Subuh sejurus celikkan mata. Hanya, UJUB mengagumi apa yang ada, padahal lupa semua itu anugerah milik Allah, nikmat Allah yang BILA BILA MASA Allah boleh tarik balik.


               

                Bab Arrogance (Al Kibr), menyatakan dalam buku teks Basic Thmes of Al Quran ; (Aku taip balik sebijik sebijak dalam buku teks. Malas nak translate)

                The diseases of ‘ujub and takabbur are among the most difficult diseases to cure.

Arrogance ada dua : ‘Ujub dan Takabbur.

Jadi, apa itu ‘ujub?

                ‘’Ujub refers to self-pride or when we look at ourselves with pride.’’

Tu diaaaaaa! Terkena tepat tepat dibatang hidung gua yang mancung niii! Haaaa ujub lagi, ujub lagi? Hahahaha. This morning I was woke up with looking at my legs with pride. ‘UJUB.

                Someone with takabbur does not accept advice and criticism from others easily.


There are two kinds of arrogance : OPEN and SECRET.

1.       Secret arrogance refers to the feeling of superiority in one’s mind (‘ujub).
2.       When this secret feeling of arrogance is expressed in actions, it is called al Kibr or al Takabbur.

Forms of Arrogance :

1.       Arrogance towards God – the worst of arrogance.  Ex : Namrud and Fir’awn.
2.        Arrogance towards the messengers – it means to consider oneself equal or better than the Prophets.
3.       Arrogance towars human beings –consider oneself greater or superior than other fellow human being.


Masya Allah. Pagitadi aku bangun dengan sifat ‘ujub. Takut. Teruskan membaca. Syukur ada jalan penyelesainnya. Tak rugi belajar Basic Themes of Al Quran J Membentuk peribadi mulia sebagai seorang muslim. Nak masuk Syurga, kan?



‘’Arrogance is harmful. Every man has got some pride and it is compulsory for the Muslims to remove it.’’



Methods to prevent Arrogance.

1.       Know yourself and your Lord. When he knows his Lord, he can appreciate that nobody is fit for pride except the Lord.

2.       Remember man’s origin. God created man with the most disgusting thing. Allah created man first from the earth, from the clay. We are HELPLESS and HOPELESS. How can we take pride?


3.       Those who feel arrogance were ordered to have faith and to pray, as prayer is the pillar of religion. In the prayer, there is a secret talk with Allah with humility and modesty.

4.       To those who are proud of beauty, the best medicine is to remember of our internal impurity.




Conclusion

                The only cure to arrogance or takabbur is to see others as being better in the eyes of Allah.



                Sepanjang kelas, aku terfikir, then baru aku sedar.





         Betapa aku ‘ujub dan obsess terhadap diri sendiri sehingga KADANGKALA aku terlupa untuk bersyukur. Dia tarik nikmat yang aku puja, agar aku sembuh dan hilangkan sifat ‘ujub yang paling dibenci, agar aku menjadi hambaNya yang sentiasa tunjuk, yang sangat LEMAH, yang sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan.

               Amalan? Setiap kali orang dating kutip derma untuk anak yatim, setiap kali tu lah aku takde duit, or takde duit pecah.

                Ibadah? Ibadah nawafil contohnya? I used to perform shalat ad dhuha at my early semester in CFS, but then getting lazier and dah tak istiqamah. Kecundang, aku dah tak amalkan solt dhuhaaa. Bangun solat sunat tahajud atau solat sunat di sepertiga malam apatah lagi. Ya aku stay up siapkan GC, tapi langsung tak luangkan masa untuk tunduk menyembah Allah diwaktu paling afdhal itu. Umi, atuk, nenek semua nasihat supaya amalkan ibadah nawafil, aku angguk, namun aku tak amalkan.

                Jadi apa yang aku nak banggakan? Muka? Dah tua, muka berkedut. Kepandaian? Ramai lagi yang lebih genius. Nikmat hidayah Islam? Ramai lagi yang lebih alim, lebih banyak ibadahnya, lebih taqwa dan tawadhu’ daripada aku.

                Astaghfirullahal azim.

 Jangan pernah sesali kejadian pagi tadi, jangan pernah sesali parut yang ditinggalkn oleh iron panas, kerana semua itu ada hikmahnya. Setiap kali kau tengok pada kesan iron itu, ingatlah, ini balasn untuk kau kerana ‘ujub. Takabbur. Lupa untuk bersyukur. Mengingatkan diri ini supaya lebih khusyuk dan istiqamah ibadah fardhu dan nawafilnya. Supaya kau memperbanyakkn zikir.

                Subhanallah.

                




Tiada ulasan:

Catat Ulasan