IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Rabu, 18 September 2013

Jembalang pengotor dan Kesan Merah dalam Sehari dalam Satu Toilet

Kaki melangkah masuk kedalam bilik air dengan niat cuma untuk basuh tangan tanpa sebab padahal tangan dah wangi. Nama pun tandas, banyak syaitan bertenggek, tempat tu lah paling JARANG aku masuk kalau tak bersebab. Aku masuk bilik air sehari sekali je, waktu pagi, untuk mandi sebelum pergi kelas. The whole day, sampai malam, aku takyah mandi lagi. Sebab badan aku maintain wangi so diri ini tak perlu risau samapaikan aku terasa sangat malas untuk mandi next morning whahahaha Nampak dahhh Nampak dahh sisi takbur riak ujubnya disituuuu kbye -_-‘’

                Salah satu sebab jugak, nak check kat raga toiletries aku ada lagi ke tak malaun jembalang mana tah main parking je panties dia kat toiletries aku! Pagi tadi aku tengok ntah panties lusuh sapa ntah enak sekali parking atas toiletries aku. Wargh!!

                Geli gilaaaaa!!!! Pengotor, arggghhh kau fikir toiletries aku ni Nampak macam drying yard ke hah, malaun+ jembalang?!! Astaghfirullahh tak baik tak baik..

                Then aku angkat guna hujung kuku aku then main campak ke mana ntah aku pun tak perasan dan tak ingat. Mimpi ngeri, buat apa nak dikenang,kan? Ntah ntah terparking atas toiletries sapa sapa ke, tak pepasal aku pun kena sumpah seranah dengan nama malaun and jembalang gak ahahahaha^^

                So petang tadi aku buat inspection, wahhhh lega sungguh hati ini tengok toiletries aku terlentak cantik dan indah sekali diatas sinki. Sambil senyum penuh kemenangan, aku basuh tangan*tanpa sebab* sambil tengok refleksi muka di cermin.

                Something happened kat leher aku. Aku tajamkan mata, tengok betul betul apa sebenarnya kat leher aku ni? Jari yang basah aku sapu kat bahagian leher aku. Leher aku ada kesan merah.

                Mak aihhh macam mana boleh merah ni? Aku taktau taktau taktauuu T.T

                Then cepat cepat aku capai hujung tuala yang aku lilit kat badan cuba padamkan kesan merah ni sebelum sesapa nampak and buruk sangka. Baru je nak lap, tetiba si Anom(bukan nama sebenar) lalu sebelah aku, nak masuk bathroom.

                “Aiii Lin, kena kiss ke?” Sarkastik.

                Gelabah, seriously.

                “Hah?”

                “Sapa kiss?” Senyum sinis.

                “Eh, takde kena kiss pun. Kena gigit je.”

                “GIGIT?!!”

                “Eh, I mean, kena gigit nyamuk! Yes, nyamuk..” Betullah tu nyamuk . kot. Teka je. Asal selamat.

                “Ooohhh.” Seems puas hati, dia tutup pintu then terus mandi.

Pheww!
                Gila. Nak putus nafas aku. Pegang lagi leher.  Nyamuk ni, nyamuk. Yakinkan diri. Well, aku kan manis. No wonder lah banyak nyamuk attracted kat aku. Sounds forever alone je, Elin? -_-‘’

                Cepat cepat blah dari situ sebelum yang lain Nampak. Sebelum buruk sangka lagi. Sebelum salah faham.

                Masuk bilik, mengadu kat rumet. BumBum punya reaction paling nak kena lempang berdas das then tanam hidup hidup dalam lubang jamban.

                “Astaghfirullahal azim.. Are you pregnant?” Warghh! Melampauu!!

                “Oh my god! What have you done, Elin? Hahahaha.” Komen si Anati.

Cis. Ni konfem kerja nyamuk miang lagi gatall! Habis jatuh reputasi aku depan Anom sebagai student paling comel dan inesen. Dahlah rumet dia takut ngan aku, katanya muka aku garang.

                Lawak ke apa? Aku punyalah jenis orang suka gelak and sengih tanpa sebab, boleh pulak dia kata muka aku muka garang? T.T

                Betullah nyamuk. Haihh -_-‘’


                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan