IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Rabu, 13 Januari 2016

Call Me Elin But I'm Amalina, Yes IcePrincessQueen Too

Bismillahirrahmanirrahim.


pfttt.. honestly, penat ah nak explain ngan orang baru (or even ngan kawan lama) about different names ni haha bukan salah akuuu T_T

Setiap kali dapat rumet baru, setiap kali jugak lah aku kena explain antara nama nama Amalina, Elin, Iceprinces Queen and even Suza. Souza jugak -_- things just happened ahaha I cannot rewind it lol
Jangan kata rumet baru, even dengan studiomates, ngan geng sendiri pun asyik kena bahan je ngan nama nama tu. sekali lagi, bukan salah akuuuu T_T



better aku buat satu entry pasal (eh gediknya pasal nama pun nak buat entry) (sukati ah) (kena faham sebab aku dah mereput gila babs duk kat rumah ni cuti sem en) (saje nak update blog. salah?) (aku patut stop buka kurungan tutup kurungan ni kan) haa pasal nama. ehem.

malu do. serius.

Elin

Most of my friends, family members, musuh, jejiran, ahh senang cerita hampir semua orang kenal aku dengan nama Elin kan. Korang panggil aku as Elin, kan? hmm.. bagus, bagus. teruskan. taksalah. geng2 aku dari kecik start kenal nama aku pun dengan nama Elin. even geng2 terencat bebudak KAED or UIA pun kenal aku ngan Elin kan. muahahahaha padan muka kena tipu tu bukan nama aku muahahahaha

Elin, dapat nama ni dari Atuk Lipan(Atuk Saripan), jiran atuk aku masa duduk rumah lama. Umi aku cerita, dulu, ,masa aku belum lahir lagi, masih dalam perut, Atuk Lipan  kata, or dah siap panggil aku as 'Elin.'
and dia siap cakap lagi kat umi aku, "Bagilah nama budak ni Elin."

eheh. umi aku dah awkward kat situ. lol. aishh, nama anak sendiri kot biarlah umi ayah aku decide kan? but then, umi aku layankan je.

bila aku lahir, parents aku kasi nama sebenar, (Alhamdulillah, yang baik) (Cahaya Harapan Ibu Bapa), but then, anak Atuk Lipan, Wak Soleh, dia terus suka kat aku bila nampak aku lahir tu. Eee aku kan comel dulu ahahah maluww itteww (k fine),and dia terus panggil aku Elin.

Since that moment, dari aku baby sebenarnya, manusia2 kat sekeliling aku dah start pangil aku as Elin. Aku tak tau apa maksud Elin, tapi hmm boleh laa aku terima laa sebab lebih kurang je kan ngan nama sebenar aku.


Amalina.


Nur Amalina tu nama sebenar. Cahaya Harapan Ibu Bapa. :)
Selalunya, yang pangil aku ngan nama Amalina tu cuma kegunaan formal je ecehh.
contoh, cikgu2 aku. lecturers ke. atau kawan aku yg memang cari nahas -_- tak cari nahas pun dia memang terencat -_- tapi tak marah la dia nak panggil aku as Amalina kan tapi dehek doe hahahaha rasa formal gila hahahaha awkward moment gitu

haa minah cacat tu nama dia Teh -_-
macam malas nak layan dia panggil aku Amalina, tapi tu nama sebenar aku, so..
(sebab aku tanak buat dia krik krik) so aku pun react laa kat dia lol sila faham k Teh.


Elin Suza.

salah keee T_T salah kee aku nak letak nama Elin Suza kat profile aku, akaun aku, buku aku, harta benda aku salah keee T_T
k dah habis drama.

(benda biasa) people will ask,
"Kenapa Elin Suza?"
"Nama glemer letteww.."
"Woahh uniknya nama Elin Suza. apa maksud nama tu? lol

taklahh. aku suka letak nama  Elin Suza sebab bagi aku dalam nama tu je ada nama aku, ayah aku and umi aku.

Elin = Amalina, aku
Su = Sulaiman, ayah
Za = Filzah, umi

actually nama Suza tu ayah aku dah lama guna since belum kahwin lagi ngan umi aku. dia guna Suza masa kerja kapal lagi. letak Suza kat harta benda dia as territory dia ah kira muahahaha

Suza = Sulaiman bin Zakaria

but then bila dah kahwin dengan umi aku, eh masuk pulak ngan nama Filzah.
Suza = Sulaiman + Filzah.
so, they stick with Suza. hadiah anniversary semua guna nama Suza je.

eii geli laa sweet sweet gabung nama ni ahahaha ai kenott lol
tak boleh nak brain hahahahahahahaha

and since from that, kitorang adik beradik letak nama Suza after nickname. cuma adik bongsu aku je gedik (Suza Sofea) eii tak aci umi aku guna nama dia untuk umi aku punya email eiii gerammm hahaha

gedit, Elin Suza?

k move on.

IcePrincess Queen


bhahahahahahahahahahahaha seriously aku sendiri pun takleh brain kenapa ada nama IcePrinces Queen dalam life aku ni. tapi nama IcePrincess ni seb baik guna kat FB je taaapiii T_T tskk..
semua orang ingat nama tuu.. semua orang ejekk... tsk tsk wuwuwuwuwuw
aku pun malu do seriously korang ingat aku tak segan ngan nama Ice Princess Queen tu? hahahaha malu do sumpah rasa nak hiris je kulit muka  ni eiii

tapi, cukuplah korang tau nama IcePrincess Queen tu nama aku buat masa zaman aku cikaro form 2 dulu hahaha. umur 14 weyy, ape je la otak aku fikir kan hahaha mana matang time tu. pfftt.
and, profile name aku tu dah tak boleh nak edit ke nak ubah ke dah tak boleh dah.

seriously.

jangan kata aku gebang. aku tak gebang ea korang ingat aku suka sangat ngan nama IcePrincess Queen tu? puihh
alahaii.. takpelah. ada la pengajaran dia kat situ.

aku punya profile name kat FB dah kena block ngan FB tu sendiri sebab TERLALU BANYAK KALI TUKAR PROFILE NAME masa aku form 2 sampai aku rasa Mark Zuckerberg pun dah tension ngan aku lol
srius ni serius. bila tiba masa kematangan aku datang, aku nak tukar nama, dah tak boleh dah. kat account setting tu siap keluar notification
'Kau dah tak boleh tukar profile name lagi dah. kau dah kena blok. BLOCK, faham tak? dah takyah nak gedik2 edit lagi dah. pi mampus. aku berambus dulu. bye adios amigos.'

k.
k.
k fine.

and since that aku memang insecure gila bila ada kenalan2 yang mintak akaun fb aku like lol notooo whatt its soo embarassing hahahahaha. just gimme your phone or laptop lemme add myself in your account you dont have to struggle typing my name and
obviously im not gonna let you laugh grrr

but the, hmm...
sampai sekarang ada je manusia yang memang gay menggedik panggil aku guna nama IcePrincess hahaha. aishh aku sabo je. senyum je do dah tu memang kesilapan aku lol :)
but seriously, dont call me as ICEPRINCESS QUEEN kat public doe seriously malu like seriously im gonna find you
and kill you
or just voodoo you.

contoh, macam perangai Iwang ngeng tu -_- takperlu kot dia nak panggil aku dia sebut kekuat segala nama aku
Amalina! Elin! Elin Suza! IcePrincess! Sini jap kauu! Sinii!!
-_- like wtheck doe eiii kuangasam eiii nasib baik dalam studio je grrr


and jangan cakap aku takde usaha nk tukar balik nama tu. dah, k. after 5 years, masa aku aku 20 tahun, aku nak edit balik nama aku as Elin Suza but still -_- kenot -_-
link dia je yg keluar nama as Elin Suza -_-

IcePrincess Queen nya maintain gak kat situ arghhh
apehal doe kena block arghhh

pheww
*inhale deep deep deep rolling in the deep breathe
*exhale




Elenne Souza


-_-
k.
k.
fine.

biarlah. salah ke aku nak eja Elin Suza ala ala France spelling? lol walaupun mana tah France dia tu muahahaha

oh Elenne Souza tu akaun IG aku. dah dah sampai disini
kisah kita jangan tangisi
keadaannya


ada gak Babah terencat pi eja nama aku kat whiteboard list nak consult ngan Madam Zaiton as,
ElinSouza -_-

hmm k fine k whatevs



daicelynsuaze

email.
thats my email.
k baiklah aku mengaku aku ada 2 nama email yang sangat2 tak matang muahahaha

iceprincessqueen21@gmail.com
and
daicelynsuaze@gmail.com


T_T

aku patut create another one yang lebih formal hmm

daicelynsuaze = the ice elin suza

haaa k gelak lah. muntah lah. menyampah lah.
aku sendiri dah penat nak hadap diri aku yg tahpape ni.

daicelynsuaze aku rekabentuk sendiri masa aku form 4. 16 tahun lagi time tu -_-


hmmm aku boleh nampak lahh, boleh relate,
yang sebenarnya rupa rupanya aku takpernah matang sampailah aku habis SPM.

well, sampai sekarang pun tak matang2 lagi muahahahahaha
biaq laaa


k dah bye
adios amigos








06.19 pm
13/1/2016
Wednesday
Stand By You - Rachel Platten



Tiada ulasan:

Catat Ulasan