IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Selasa, 12 Januari 2016

Never Ask Allah's Plan for Us. He Knows Best

24 Mac 2014
#majorthrowbackentry


Bismillahirrahmanirrahim.


So, baru siapkan drawing tadi yang key plan and location plan for Sungai Congkak. bajet power sangat ah kan padahal trace je kahkahkah kbye -_-

again, talk about my current course. Foundation in Architecture and Environmental Design(AED) at Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia(IIUM) or Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya. sekarang ni, bebudak asasi UIA kat Petaling Jaya and sikit sikit je yang kat UIA baru kat Gambang. tu pun baru budak medic je.

CFS ni dulu, sebenarnya adalah Matrikulasi UIA. so, jangan emosi kalau sesapa tanya:
"Study katne?"
"Kat Pusat Asasi UIA :)"
"Ooohh, yang matriks tu ke?"
Okay stop, jangan bunuh si tukang soal tu. Dia tak bersalah. dia cuma kannibal je*tetiba -_-

eh, kan nak cerita pasal course aku tadi?

okay, sinopsisnya, aku memang TIADA NIAT, KEINGINAN, HASRAT or whatever kat course ni masa aku mohon UPU dulu. UIA memang aku aim awal awal, tak tau kenapa nak UIA sangat, maybe nak kawen awal macam Dena Bahrin kot*melampau ah kan? Lari dah niat nak menuntut ilmu. well, whatever.

so, aku dah pilih course yang aku nak aaand, tangan aku GATAL GEDIK CIKARO NEGRO klik kat course AED ni. FOR FUN.

JUST for fun. and, actually course ni last choice aku. LAST CHOCE. just nak penuhkan tempat je.

klik, send, senyum :)

dapat offer, SPEECHLESS. Rasa macam nak menangis. hantuk kepala. bakar laptop tapi fikir 55 kali. eh tak boleh bakar laptop tu open burning nanti jerebu*mengarut kbye -_-

last choce tu lah yang aku dapat. sumpah, rasa bersalah sangat sangat kat umi. SANGAT.

tipulah kalau kata umi tak sedih. umi nak sangat tengok aku ni dalam bidang kesihatan even anak daranya ni takdelah sihat sangat -_- minum aissss je even nenek membebel;

"Anak dara tak elok minum ais nanti badan kembang tak langsing takde sape nak kawennn!!!"*dalam bahasa Jawa.

well, whatever. hahaha

Architecture? The hell. What is that? Laaah, course yang aku tekan memain tu- yang last choice tu- yang Seni Bina dan Reka Bentuk Alam sekitar tu- dalam bahasa Inggerisnya- ARCHITECTURE and ENVIRONMENTAL DESIGN ke?

kah. kah. kah.
sapu span basuh pinggan kat muka sebab bengong sangat.

aku tak pernah dengar pasal course ni. walaweyy kau ni generasi R ke? sumpah, aku tak tipu tsk tsk yang aku tau, ada orang kerja arkitek je. aku tak tau pun course ni wujud. masa aku tekan course aku memang tak tau apa apa. aku memang menyedihkan.

dahlah last choice. aku taknak. aku memang taknak. aku taktau apa apa. aku lost. tak boleh jadi ni. so aku start jalan jalan dalam Google.

then baru aku tau.

ada satu benda yang buat aku lega. kat UIA, boleh mintak offer nak tukar course. takpelah. seklarang ni, istirjak banyak banyak.

ISTIRJAK. Redha. Ikhlas. Pasrah.

mengadu kat Hajar, class assistant 5 Helianthus masa kat SESTA dulu. and her words, woke me up.

"ALLAH IS THE BEST PLANNER EVER."

Masya Allah. Subhanallah. Astaghfirullah.

betapa aku selama ni aku tak bersyukur. cousin aku, mintak UIA, mintak course ni, tapi dia tak dapat. aku dapat. tapi? marah marah. kutuk kutuk diri sendiri.

Forgive me, ya Allah T.T

further entri, Hi AED and Keraguan. malas ah nak taip ngan ulang benda yang sama. dah la pukul 4.37 pagi sekarang ni, kau nak expect aku rajin menaip? takpelah. terima kasih jelah ye :)

apa yang meyeteresskan adalah- when someone older then me asked ;

"Dapat U mana?"
"UIA :)" bahagiaa tau dapat U ni. Universiti impian :)
"Ohh, nanti jadi ustazah lah ye?"
*senyum perit.

pleasee lah, please lahh, jangan konservatif sangat boleh tak? Universiti Islam Antarabangsa doesnt mean semua graduated student akan jadi ustazah atau ustaz. just because of its name- ISLAM.

Masya Allah. Sabar je lah. mereka dilahirkan dari U ni dengan ilmu penuh di dada*ecewahhh klise gilos ayat. okay tukar tukar

Mereka yang keluar dari U ni Insya Allah, Insya Allah cukup bekalan ilmu duniawi dan akhirat. Insya Allah :) bergantung kepada kerajinan kita join usrah or talk, and keimanan kita jugak :) Insya Allah.

and, asal UIA je, tudung labuh, bosan. UIA je, tudung labuh, bosan. Bosan je, tudung labuh, UIA. *pegang dahi gaya Miranda Kerr kejap.

aigoo ahjumma ahjussi ahjukku! Pakai tudung labuh tu amma appa babuji, sebenarnya tata tertib cara kita berpakaian menutup aurat.

Lelaki- menjaga pandangan.
Perempuan- labukan tudung sehingga menutupi bawah dada.

Surah An Nur.

Haaa nampak tak aku tak complete bagi penjelasan? Sebab aku dungu. Ayat berapa, aku dah lupa. Sungguh, aku mengafaz ayat cuma untuk markah aku. Aku benci diri aku. Mana keikhlasan?

Also, another one thing, okay, this is kinda sad.

I bumped with my teacher when I was still at SMK Batu Laut. A an ex student, I respect her, salam and kiss, and smile :)

Then she asked me;
"Awak kat mana sekarang ni?"
"UIA cikgu :)"
dah nampak pandangannya pada aku mulai menurun. bagaikan UIA tiada taraf.
"Ohh. Course?"
"Architecture :)" and I love architecture :)
"Ohhh." Hilang pandangan kagumnya.

I know, beliau fikir aku akan ambil something that related to medic or something health science. I knew it. But, my SPM result was kinda pathetic and tak menyelerakan and rasa macam nak liquid je semua gred tu.
My family member oso think about the same thing.

but then, after dah 3 sem kat course ni, dengan sem ni sem last, I realised.

Subhanallah Masyaa Allah. Ada hikmah kenapa Allah tak takdirkan aku terpilih masuk kos health science ni.
I can collapse kalau nampak darah. Bau je pun dah mabuk hilang balance nak berdiri.

eh, apahal guna kata ganti diri 'I' pulak ni? gedik ea kau? gedik gedikk dah dah syuhh.

one night, me and Anati, the girl with Australian mix yang always ada intention nak bunuh aku guna cutter, stay up for our very first model. well, just mockup. but still, we tried to finish it that night jugak..

actually dah dengar banyak cerita pasal students AED ni kira dah biasalah kalau jari terhirislah, jari terpotonglah, jari terlukalah, jari hilanglah*haaa itu over, so as what umi said,
"Always start your works with Bismillahi tawakkaltu alallah."

Because its 'Tawakkaltu 'alallah.'
Bertawakal segalanya kepada Allah.
Apa apa terjadi, aku redha, ikhlas, pasrah.

bukan setakat doa naik kenderaan je.

then as usual, aku sumbat earphone. dengar lagu. lahan. umi ngan ayah marah gila bila nampak aku lahan.
aku pun sebenarnya takut nak siapkan model dalam keadaan lahan ni, syaitan banyak, takut macam macam boleh jadi. so, nak meredakan hati aku, aku pasanglah Surah Al Mulk, Mishary Rashid al Afasy.

Subhanallah. Sedap. tenang. Buat model sambil senyum.

then, terdengar Anati tiba tiba mendesis.
dia pegang jari dia. then she said;

"I just cut this board then I felt something itchy at my pinky and sweet fingers. I thought-"

darah banyak GILA keluar.

aku dah rasa pening. rasa nak muntah.

"Anati... da...rraahhh..." So much blood.

the Anati lari pergi kat laundry area, yg tempat student ambil wudu'. And I was like "Masya Allah! !@#$%^&*(*&^%$#" aku pun tak faham apa yang otak aku fikir masa tu.

pastu teringat umi ada bekalkan gauze banyak, so dengan earphone kat telinga, phone kat tangan, capai sebungkus gauze, lari pergi kat tempat air tu.

bau darah kuat gila. rasa nak muntah. sangat. banyak. Darah yang keluar dari jari Anati macam non stop. dia dah tepek gauze tu dalam 2 3 keping. penuh gauze tu dengan darah, aku kasi yang baru, penuh lagi, tukar lagi.

weyyy anati bila nak habiss?!!

aku dah macam terkinja kinja kat situ, berpeluh peluh lap dahi, dengan bau darah dia, dengan warna darahnya, dengan darah yang menitis nitis mengalir..

Ahhh. aku rasa macam aku nak biarkan dia je or nyorok kat somewhere else asalkan aku tak nampak darah like seriously I really cant stand with the blood, colour, and smell!!

masa berdiri sebelah Anati sambil tolong gantikan every pieces of gauze with heavy flooded of blood, berapa kali je aku tak nampak apa2. I mean, aku berdiri, tapi aku taknampak apa apa. semua gelap. sekeliling aku. and rasa macam aku dah terhuyung hayang.

but then i guess inner strength aku yg keep me conscious kot. tak habis2 mindset,
"Elin, kau kena kuat. Kau kena KUAT. Kau kena sedar. keep conscious. Kalau kau pitam kat tempat wuduk ni, sapa nak tolong Anati? Dia lagi teruk kot. Darah banyak gila non-stop. Kang tak pasal2 kau pitam, Anati takde sapa tolong, dia pun mati sebab darah habis."
Pheww.

Berapa kali je aku geleng kepala kasi liquid kat otak aku balance kan aku yg dah macam mabuk todi. berapa kali je anak mata hitam aku naik keatas tinggal mata putih je.


hahahaha ni kang kalau ada sister lain ada kat tempat kejadian mesti dia akan ingat ada exorcism kat situ. dengan aku badan goyang goyang kiri ke kanan, dengan mata hitam naik atas tinggal mata putih je, dengan darah merata rata penuh satu lantai, dengan bunyi Anati mendesis macam kena sembelih lol boleh jadi Legend Story of Mahallah Khadijah kot muahahaha

k back to reality.


Anati dah start hilang balance dia lepas 2 bungkus gauze habis dia buat tekap darah. dia dah nak jatuh nasib baik start sambut dia.

aku punya la cuak camne kalau dia mati on the spot kat situ weyyy I kenot aku dah la lemah bab2 kematian jenazah mayat nisan kain kapan kapur barus semua ni weyyy aku memang takleh nak bayang kalau betul ajal dia kena cabut bebetul depan mata aku canne aku nk siapkan model utk sebmission esok ni perghh.

darurat betul malam aku time tu.

aku panggil anati berapa kali pun dia takjwab dah.
sebelum ni masa aku tengah mabuk2 todi nak pitam nampak darah dia boleh lagi chillax.
"Elin, its okay hihi. :) Come, I need more gauze."
"It hurts so much. so itchy."
"why the blood never stop coming out? darn it!"

sementara tu aku kat sebelah dia dah bunyi;
"waawabbbahaaa luu waa hnghhh ahhnatii.. hngghh bloorrddd..."

tapi sekarang boleh pulak dia takde reaksi langsung! Matilanakk

Masa dia dah start jatuh kebelakang (ohh aku sempat sambut) (haa macam cerita romantik en) (sweet en) (tak sweet pun) (horror ada lah, gilo), dia cakap,
"Elin, I cant see anything."
"Eh why everything is so dark?"

ahh sudah.

Pastu Anati pulak yg start bunyi macam aku tadi bunyi mende tahh. Hish nak tanak aku kena usung dia pi bilik jugak.

Then I realised ohh maybe dia bayak keluar darah sampai collapse sebab dia berdiri, kedudukan jantung dia lagi rentah dari jari dia. gravity. no wonder too much blood. (k jangan kecam aku) (aku bukan budak medik pun) (aku budak archi cuma ikut logik je) then aku fikir kena cecepat baringkan dia kat katil ni.

Masalah datang bila Anati dah tak boleh jalan. kaki dia berat. takleh berdiri langsung. kaki dia dah jadi lembik. yelah dia pun dah unconscious kan. aku paut pinggang dia kuat kuat, biar dia tak jatuh basah kat lantai. nak jerit panggil rumet lain kang macam mengganggu pulak pukul 4.30 pagi tu. cisnan betul.

dengan aku yang taksadonya heretlah anati menapak pi bilik. masalahnya lagi dua bilik, badan anati dah lembik macam apetah meleret je sampai aku yg mula mula peluk dia paras perut tetiba dah jadi paras ketiak dia.

aku dah cuak gila babs kau jangancakap ah hahaha. dengan darah dia yang tercalit2 kat tangan aku, kat muka aku, dengan takde sapa boleh tolong, dengan aku peluk dia menghadap muka dia yang tinggal mata putih je, dengan bau darah lagi, dengan hallway level 4 sunyi sepi namati wuwuwuwu rasa nak nangis. tapi kang kalau aku bebetul nangis tetiba ada la yang ikut join aku nangis sama hoii haruu hahaha

sampai je depan water cooler, aku bukak air sejuk, aku sapu kat muka Anati. Memang tak dengan lemah lembutlah jawabnya sorila hahaha aku cuak gila kot dengan tahan nangis lagi. sebelah tangan peluk dia sebelah tangansapu air sejuk kat muka dia, kat leher dia, kat telinga dia (aku pun tak tau apa logiknya aku buat mende alah tu bhahahah) (teori aku mengatakan aku harap dia terkejut sikit kot kotla bila aku sapu air sejuk ke apa kan)(hampeh takdepe yang boleh tolong muahahaha) (teori tahpape)


sambil sapu, sambil tampar2 sikit pipi dia (sorri terjahat sikit time tu anati) (i still love you as always)
"Anati, wake up!"
"Anati! Anati! Talk to me!"
"Open your eyes Anati girl!"

k dia takde respon k

nasib baik masa aku drag dia sampai depan bilik kitorang, Bum ngan Shika automatically terbangun. nampak aku tengah heret anati yang memang lawak ah posisi anati time tu. aku peluk paras ketiak dia, while lutut dia almost cecah lantai lolll tulah apasal tinggi sangat; diorang terus sambut anati.

nasib baik lepas dia dah baring, after a few minutes (kitorang angkt tangan dia yang luka tu tinggi tinggi), Anati pun sedar. dah boleh celik dah. dah boleh bersuara dah tak keluar dah bunyi bunyi pelik dia.
 Siap boleh bantai gelak sebab pelik.
"Eh how come I can be on my bed? seriously guys?"
"Isnt just now we were at ablution area?"

"Ye Anati, ye. Takpelah. asalkan kau sedar tu dah cukup dah weyy."

and after that, Bum and Jiha yg take over jaga anati hahahaha aku dah separuh nyawa dah. nak sambung model pun dah takde nafsu. Lepak2 sambil tunggu Subuh masuk.


See?
Allah is the Best Planner after all.

Ada hikmahnya, aku tercampak masuk Archi ni. Mungkin aku tak nampak lagi. Masa depan adalah perkara ghaib.

All I need to do now is, keep on striving, tawakkal. usaha usaha usaha jangan sesekali putus asa. Sebab Allah benci hambaNya yang mudah berputus asa. Doa jangan lupa. Solat jangan tinggal. Jangan sesekali tinggal, sebab solat tu dah jatuh hukumnya wajib, arasso?


Sebab tu, everything, anything that Allah gives to us, we MUST, accept it :)
Say, "Alhamdulillah." :)

Husnuzhon.









5.40pm
24/3/2014
Raef - With You (Chris Brown Cover)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan