IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Isnin, 26 Disember 2011

Its Complicated to Single



Asal  dah lame dia tak online ?
Takkan just gara2 status kitorang yang 'Its Complicated' dia terus menyepi , tak pernah online , dan mungkin dia malu ?

Hey hey come on lahh boyy ..
Kau tu hensem*jyeahh I know that* tapi dewasa lahhsikit . Sikit je  . Aq tak mintak banyak ponn .
Yup , memang kau sebaya ngan adek aku , kau baru 15 tahun , and,, aku anggap kau adik lhaa ..


Aku cuma tertarik kat kau sebab keperibadian kau ., Kau ramah , SWEET , wait .
perlu ke aku puji kau macam2 ?


Hailohh hailohh ..
Macam ni lahh ,, aku senang dengan kau , aku suka kau ,
as my friend . Kau kan kawan aku yang duduk jauh kat Batam Indonesia sane , and kita dah berkenalan sejak dari tahun lepas lagi .

Dan kau sorang yang paling rajin tegur-sapa-hai hai bye bye aku kat FB dan aku sangat appreciate it !
Aq boleh nampak keikhlasan kau dalam menjalinkan persahabatan ngan aku, kau selalu marah @ risau setiap kali aku lambat reply mesej kau., cuma kau yang masih tak faham2 sistem persekolahan kat Malaysia aku macam mana .


Kau nak tahu , sebenarnya dari tahun lepas aku tertarik dengan sikap kau , muka kau yang sweet bonus je la anyway syukur kat Allah sebab kau dicipta sempurna sebagai seorang lelaki .

Kau pandai asad , yup means macam silatt lahh tu .
Kau pergi pertandingan Persinas Asad ngan adik aku yang baru setahun jagung belajar asad kat Indonesia ,
dan kau menang .
Whoaa !! Aku paling suka dengan lelaki yang ada kelebihan asad ataupun silat .
Sangat memikat. Well ,, asadnya lahh yang memikat .
Kau ? Sikit laa .. hihi


Paling aku kagum pasal kau , masa tahun lepas waktu anak2 Malaysia sudah hendak pulang ,
dan aku tergesa2 nak naik kereta sambail lambai2 korang semua , kau sempat minta FB aku .


Aku pulak , waktu tu sangat gelabah , takde kertas , yang ada hanyalahh pen yang kau hulur kan aku .
Then, kau hulurkan lengan kau suruh aku tulis FB aku . Pak Guru , anak2 pondok ngan anak2 lain semua tengok gelagat kita ,.
Dan , bila aku nak pegang tangan kau untuk tulis FB aku , kau tarik tangan kau.
Kau kata "Nggak mbak . Bukan mahram."


Yup . Malu gila aku .
Tak sangka kau yang waktu tu baru berumur 14 tahun dah faham pasal bab sentuh menyentuh ni .
Well, sebenarnya aku tak tahu pun kau dah baligh . haha. Sebab muka kau sweet sangat.


Bila aku tulis atas tangan kau , muka kau berkerut sikit . Tahan sakit kena mata pen , ya ?
Wow kau gagah .

Dan , hari seterusnya kau rajin kirmkan salam dari anak2 pondok kepada aku , sambil kau ikut mention
"Aku rindu lho sama mbak" :)

Dan tahun ni , bila aku pergi Batam lagi , aku nampak kau ..hmm
dah semakin dewasa .
Badan kau semakin gagah , dan taf .*wow mata aq miang ekeke
Pertama kali kita terserempak , kau tengan main di padang bola , nampak aku ,
dan kau terus angkat tangan sambil senyum ,,tegur aku .
Wow kau semakin sweet .


Tapi di lain pertemuan , kau macam malu untuk menyapa aku . Kau cuma senyum je .
Aku hairan .
"Kenapa dengan Fahmi ni ? Selalunya kat FB bukan main ramah tamah overdose lagi ."

BUt , bila aq dah balik Malaysia ,kau baru explain ..
"Emang gakk enakk mbakk .."  :)
Ouh kau malu dengan aku .
Chill lahh Fahmi . Anggap je aku kakak kau .

Bila aku update status FB :
"Haha akhirnya selamat sampai kat Malaysia jugakk nasib baik tak jadi nikah kat Batam .Wakaka miang lahh kau Elin ."*aku pun tak faham kenapaa aq hapdet status cenggitu

Then malam tu , terus kau chat aku :
"Emang mbak mau nikah sama siapa ?"
Haha .. gelak sakan aku ,.


Fahmi, please.. Jangan lahh menyorok lagi okayy ??
Kau malu ke dengan relationship kita tu ? Okayykalau kau malu nanti aq tukar jadi 'Single' .



Aku rindu nak chat dengan kau . Sebab kau kuat malu sedangkan aku undercontrol punye perempuan .
Semua main lepas je .



Fahmi , please anggap aku sebagai sorang 'mbak' yang sangat comel*whoa perasann*
haha takk lahh ..
Anggap je aku kawan kau yang setahun lebih tua dri kau , dan sentiasa sayang kau sebagai seorang sahabat yang jauh di Batam, Indonesia sana tu .




So , sila lahh aktif2 kan diri kau untuk selalu online dann ..
Tegur2 aku kat Fb .



I Miss You Damn Much , Fahmi.



And, Insya Allah aku akan ke Batam 2 tahun lagi mungkin ?
Hanya Qadar Allah yang menentukan . (:

Kalau rindu aku , mesej je ke FB aku .
Tapi lambat la aq nak balas kot . Aku sekolah SBP , Fahmi .
Jarang balik apatah lagi jarang online .






Selasa, 20 Disember 2011

Jaga Kemurnian Hati Kau, Elin



Assalamualaikum .




Elin , kau dah berdoa , jadi
pegang doa ini selamaya.



Antaranya ,
kau minta supaya Allah memelihara kau , menjaga kau ,
daripada menghampiri maksiat ,
daripada mendekati pelanggaran ,,
Amin ..


Kau minta supaya diri kau terpelihara menjadi seorang gadis yang suci ,
tidak dimiliki sesiapa yang berhak ,
Kecuali Allah dan orang tuamu ,
dan bakal suamimu
Aminn ..


Kau minta supaya kau mampu menjadi hamba
yang taat Allah , Rasul dan orang tuamu sampai mati ,
Aminn ..



Kau minta supaya nyawa terakhirmu diambil dalam keadaan beribadah kepada Allah ,
Kau minta supaya kau meninggal dalam keadaan khusnul khotimah ,
Kau minta supaya tidak takut dengan kematian ,
Kau minta supaya sentiasa bersedia dengan kematian yang bakal menjemputmu dan orang di sekeliling mu ,
Aminn ..



Kau minta supaya tidak pernah pacaran ,
Kau minta supaya hati dan cinta kau hanya untuk bakal suamimu sahaja ,
Kau minta supaya Allah sentiasa meredakan luka dihatimu ,
pabila setiap kali hati mu pedih ,,
Aminn ..










Kau minta smoga Allah menjauhkan kau daripada Syirik dan kekafiran ,


Amin ..




Pegang segala doa ini, Elin ..




Selagi hati kau , nyawakau , hidup kau dalam keadaan menetapi QHJ ,
kau adalah orang iman
yang banyakpantang larangnya dalam menepis godaan era kini .





Perjuangan memerlukan pengorbanan .




Setiap doa kau didengar Allah ,
maka menangis lah kau dalam keadaan bersendirian kerana
takut akan dosa2mu ,
takut akan azab Nerakanya Allah ,
Takut kerana gagal menjadi hamba Allah yang zuhud , yang taat ,
Maka  menangis lah ,,
hanya Allah yang tahu . Biar.







Pegang doa kau selamanya , Elin .








Semoga kau berjaya menjadi seorang Mubalighot International yang FAHAM ,
berkualiti , SABAR dan tabah .










Allah sentiasa di sisi kau selagi kau
mengingati dan mencintai Allah daripada segala galanya dimuka bumi Ini.




Insya Allah .


Pegang . Doa . Ini . Selamanya .

About M.A. (:

Dear M.A.  <3

   Kesempurnaannya , mungkin aku baru lihat pada fizikalnya ,,
     Tinggi lampai tubuhnya pertama kali mengikat pandangan aku padanya ,,
        Tegap badannya bidang bahunya
           menyempurnakan perkasa dirinya
                                                yang gagah

      Aku kaku saat dia tersenyum
Aku terpaku tika dia mengatur langkah
      membuka kekuda
          memulai persinas asad .

Dia adalah lelaki yang tercipta sempurna
    disayangi Allah ,,,
Dirinya faham , dirinya seorang
   mubaligh yang amar makruf nahi mungkar ...



Mungkin aku cuma bermimpi di saat
     alam masih cerah
mengejar malam itu bererti mengejar dia ,,
           ada kemustahilannya ..







Well ,, ini A.M. = Ashraff Muslim .
But . M.A. bukan Muslim Ashraff ye ??
haha dari dulu keobsesan aku kat A.M. tak habis2 . Naseb baek lha kau dah kahwin ..

Ahad, 6 November 2011

Assalamualaikum .



haha . aku ada banyak peristiwa + kisah + pengalaman + cerita boleh membuatkan aku tersenyum sensorang bila aku fikir2 balek . Well , senyum sensorang sebab flashback eh , bukan sebab aku nyanyuk apatah lagi gila .

Memang life kat asrama ni banyak sangat pantang larangnya , peraturan tu lah , peraturan ni lah , menyampahh bebb ..
Nak turun makan pun kena ada bunyi siren yang mampi melemaskan taik hidung aku lantas mampu memberi effectyang sangat dasyat terhadap bulu ketiak Wak Keling kuil sebelah aspuri tu .
Ni semua sebab Masya Allah punya hal lah . Gila kuasa .

Oooppss !




Tapi kan, tapi kan , mende mende alah tu semualah yang akan aku bawak untuk dijadikan bedtime story untuk anak2 aku nanti .*cehh cehhh,, elin . Belum2 da fikir anak nampakk ? Finee ... abaikan*


Dapat surat saman ,
tertangkap sebab lambat pergi prep ,
 ponteng riadah satu dorm nyorok kat bilik bagasi sambil tahan kencing,
 terkantoi bawak henfon ,
 spotcheck mengejut ,
tadah telinga dengar ceramah memanjang padahal tak faham satu benda punn ,
seluar koyak 3 helai sekaligus ,
demam tak kebah2 sampai kena kuarantin tak boleh balek bermalam ,
peristiwa Tak Terduga ....
lagi apa ?



Hmmm ,,, memang 'kenangan manis' sangatt lahh kann ?




Lagi lagi , kenangan Cresendo's High Table tuuu !!!
Emmm ,, memang best lahh kann ??? *sukesukesuke ...



Kesah Setokin First Class Aku






Hmm .. agak agak sapeelahh yang jeles ngan aku  ni kan sampai setokin aku pun dikebasnya  ???
Dah la setokin aku kena curik kat surau . SURAU , wehh ..
Agak2 arr derr ... Tak kan kat surau pun kau dah gersang sangat sampai setokin aku pun kau nak sapu ? Haila hailaa ...
Aku tau la setokin aku tu baru, mahal , wangi bau Softlan kaler pink lagi , baaaru minngu tu bukak dari plastiknyaa ..*cehh ,, sempat jugak aku ni menTAKBURkan diri yaa ..
Tapi , yang lagi tableyh blahnye , setokin aku kena curik time petang nak amek exam Physics kertas 3 !!
Uwaaa !! Sadis sungguh sape yang melakukan perbuatan terkutuk itu ..
Dah tu , aku nak pergi masuk Dewan Besar Sesta amek exam Physics nak pakai ape ?
Pakai guni jadi ganti setokin ?
Malu , weyhh ,,, jalan tanpa berstokin , namapak macam aku ni pelajar yang suke suki tanak pakai setokin , nampak macam aku ni baru balek dari kebun ! Duhh ..
memang time aku aku jawab exam tu aku kaver2 la kain aku . Dah lah duduk kat bahagian paling belakang dewan , ramai cikgu lalu lalang pulak tuu ..
Kepada mereka yang dengan baik hatinya telah mencuri setokin wangi aku tu , pulangkan lahh ye ..
Aku tak merayu , tapi kesian la kat aku beb ,, setokin yang aku pakai sekarang pun berlubang kat ibu jari kaki tau tak ?
Tragik gila kisah 'Aku Sepasang Setokin' aku ni ...





O Emm Jayyy (OMG) !!! ~ Tak Terduga !!






Okeyy ,, perhatian , perhatian !
Sila jangan terpedaya dengan gambar diatas .
Gambar di atas terlalu hensem untuk manusia yang bernama Tak Terduga SESTA .
Bagi penduduk dorm 42 , aku konfem diorang mesti kenal punyalah dengan mamat Tak Terduga tu . Ouh . Korang jangan nak menafikan pulak . Karang aku lempang korang sampai keluar tanduk taulah .

Fine . Berbalik pada manusia yang bernama Tak Terduga tu .
Beliau adalah seorang pelajar SESTA *ouh , tolong aku , Ameerah Abu Bakar , aku dah mula sakit jantung ni tulis riwayat busuk dia ni*
dan seorang jantan *aku tak rela tulis lelaki sebab ... sebab suka hati aku lah
dan beliau berumur ... 16 tahun *arghh !!! kenapa dia sebaya ni ???!! Hmmppgghhhh!!!!
dan ,, dan ... beliau ...... buncit .
Argh ! Stop talking about him !!

Okeyy ,, okeyy .
Senang cerita , aku ssangattt MENYAMPAH kat dia  . Termasuk lah budak dorm 42 . Tapi , tak tau lah kalau Ameerah Abu Bakar menaruh hati dan perasaan kat dia , kann ???
wakaka .


Okey . Pendekkan cerita .
Tak de sape yang hingin kena ngorat ngan dia . Termasuk lah aku . Ohmaigodd kalau dia ngorat aku , aku sumpat akan kerat2 bulu ketiak Abang Kantin Blur tu kasi sumbat kat mulut dia .
Tetiba satu malam tu time balik prep , dia gedik2 ngan aku . Fine , sebagai pelajar yang cemerlang lagi bijaksana lagi mengamalkan 5 Prinsip Rukun Negara iaitu :
1. Kepercayaan kepada diri sendiri agar mengabaikan sebarang anansir2 Tak Terduga
2. Kesetiaan kepada Ikrar Anti Tak Terduga
3. Keluhuran hati menampar gigi Tak Terduga menggunakan mop
4. Kedaulatan Dorm 42 Permanent Residents : Anti Tak Terduga
5. Kesopanan dan Kekurang-ajaran sekaligus ,

maka aku pun buat derk je la dengan dia tu .

Sekali dia kata aku ni sombongla , ada telinga buat2 tak dengar*memang pun , * tak sudi nak pandang dia *hello kalau sudi pun , aku akan berusaha untuk pitam dulu taww* dan sebagainyalah .. Pergh ! dah berbulu telinga aku dengat suara tercekik dia tu .
Dan , bila dah belok nak menghala ke aspuri ,
"bye bye , Elin!!" dengan suara ala-ala manja penuh kasih sayang beliau *padahal suara ekzos tersumbat*

Huaarrrgggghhh !!! Umii !! Akak tak relaaa !!
Aku terus lari , mampos kau la sane , aku terus tinggalkan Amy ngan Ameerah yang jalan berdedai dedai tu .
Sampai je depan aspuri , muka aku memang dah muka scary tahap dewa dahh .. Sekali aku pandang belakang , namapak si Ameerah ngan Amy tengah tahan gelak sambil tersembur sembur .
Pppffhhh!! Pffhhh hahaha ha haha !!!
Hmm .. aku ikhlaskan diri jugak dengar gelak bahagia diorang tuu .. Sekali , geng yang kat belakang , Maryam , Syazana ngan Afiqah pun ikut gelakkan aku .
Memang Orang Bawahh sangatt laHH kann ?

Memang tak terduga lahh kan , aku yang paling anti si Tak Terduga tu , sekali aku yang kena padahnya .
Haihhh ... Malam tu , kat dorm , diorang sume tak abes2 gelakkan aku , bukak citer pasal tu pastu citer pulak kat Qistina ,Farah ngan Alya .
Baik sungguh hati ahli2 dorm aku ni .
Yang baik 'baik hati' dan 'sucinya' hati diorang ni , diorang siap cakap aku ada jodoh dengan si Tak Terduga tu lagi .
O Emm Jayyy ! No wayy !! Kalau macam tu , aku lebih rela telan keju yang aku anti  adripada ada 'jodoh' dengan mamat suara tercekik tu .
Dah la rambut macam sarang burung !!




Argh ! Sudah lah !
Buat entri pasal Tak Terduga ni buat aku berpeluh je la . Si beliau tu memang banyak menyumbang dosa kat aku . Stakat buat entri pasal dia , dah berwap badan aku .


















Eh , jap .
Ooohhh ... Patut lahh ...
Aku lupa pasang kipas rupanya .
Akucuma switch on charger laptop je tadi .
Mintak maaf ,, mintak maaf ,,








Ouh . dah lah . Sampai sini jaa ..












NotaPenyepak : Selamat Hari Raya Aidil Adha semuaa ..
Hari ni femily aku korbankan sekor lembu. Kalau nak tengok cemana lembu tu kena sembelih , mintak mahaplah .
Anda sudah terlepas 60saat sebab lembu tu dah lama tamat riwayat .
Babai !!




with my bestie forever , Diyanaaa !!! *she's also my Darlinggg !!





Jumaat, 16 September 2011

Tragedi LucutJawatan . cehh tajuk macam gempak tapi entri hampass .. kott ? haha

Assalamualaikum .



Hari Isnin , petang : prep petang .
Sekolah Menengah Sains Tapah .



Dari tangga lagi aku tekup telinga aku . tak mahu dengar apa apa pun . Aku mahu lihat sendiri bukti . Tidak perlu orang lain yang tolong beritahu . Biar mata aku yang membuktikannya .


Sampai saja di board itu ,
'whoa ! banyak nya orang berasak asak ! tak geli ke dengan bau peluh masam mereka ?'
Aku diam seketika di situ . memerhati gelagat pelajar2 SESTA .

'Sape je yang kena lucut ?'
'arghh !!'
'hmm .. aku dah agak dahh'
'*no comment*'


patah patah perkataan yang dikeluarkan mereka , aku abaikan  . entah lah , nak kata tidak sedap hati , aku rileks rileks je.

'eh . elin , kau kena lucut . kau , maryam ngan mida .' beritahu dia .
Argh ! siall kau biawak betina ! diam lah ! yang kau bajet2 nak beritahu aku ni apahal ? Sialll tahap bebe *babi .


aku menjeling tajam ke arah si biawak betina itu . gigi aku serasanya hampir retak menahan geram dan sakit hati yang membuak buak .

menyampah aku melihat wajah 'konon-kesian-kat-aku-sebab-kena-lucut' .
Blah lah kauu !! bukan aku tak tahu perangai dan hati busuk lagi jijik kau tu wahai biawak betinaa !!!
Tak perlu nak tunjuk muka kesian, padahal dalam hati kau meriah mengejek aku ! 'padan muka kau elinn !!' ingat kau boleh psiko aku dengan muka kembung bintik2 kau tu ?


bila aku dapat ruang , aku segera mencelah . melihat senarai.

senarai nama pengawas yang dilicutkan jawatan dan tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti kokurikulum selama 6 bulan bermula 9.9.2011 .











4 Helianthus .
1. .................
2. ...................
3. ...................
4. .....................
5. ................
6. Nur Amalina Binti Sulaiman .
7. ..................




*okayy sebenarnya aku pun dah tak ingat berapa orang budak kelas aku yangkena lucut. bantaii lahh.




nafas aku kasar bila nampak nama kau . aku kena lucutsebab masalah disiplin .
masalah disiplin , kau kata ?
kau bawa apa , Elin ? handphone ? ipad ? bazuka ?patung obama ? selipar jepun ? guni ?
aku bawa pisau je .
Pisau ? then , kau kena pecat ?




Innalillahi wainnailaihi roojiunn . Allahumma jurni fii musibati waahlifli hoiro minhaa .


Aku beristirjak . 





Ingat lagi kata umi , kalau kita kena musibah , cepat2 lah beristirjak . Semoga Allah memberi yang lebih baik daripada ini . Amiinnn ..


Well . Aku patah hati laa . sebab , aku kena lucut jawatan pengawas sekolah ni .
Entah lah , mungkin sebab aku dah hidup dalam dunia pengawas sejak darjah 4 lagi kot . 
Sebab tu aku hat-broken gila .




tapi , yang sebenarnya , aku laagi kesian kan umi aku . mesti umi aku sedih sebab anak daranya yang jauh dari mata nikena lucut . 
Maafkan akak , umi .








aku lari pergi ke ameera ,rakan dorm aku yang turut kena lucut sebab bawa mp4 . dia yang sedang borak2 aku cengkam lengannya . 
Air mata aku dah nak keluar , aku tahan . buat malu je kalau aku nangis depan semua budak SESTA ni karang . berlagak kuat . berlagak tabah .


padahal aku ego . 
dalam hati, aku dah menangis . Hanya Allah yang tahu . haha *gelak pahit .




Dah sampai depan kelas, aku diam jee . senyum , macam tak de apa2 yang berlaku . gelak2 jugak . 
geng2 biawak gedik pandang akusemacam . mungkin pelik sebab aku tak sedih .


aku sedih lah , bodoh !
kau tak payah lahh berlakon depan aku !




aku duduk diam di tempat aku . ramas kertas sekuat mungkin .
Ya Allahhh ...




Aku nampak Ameera dan Maryam kat luar kelas . Budak dorm aku yang turut kena lucut jawatan sama2 .
Aku lari . Aku tarik tangan maryam , aku kata 
'Yam , aku kena lucut '


Masa aku cakap , muka aku heartless . muka kosong . muka nak kena penampar .
'aku kena lucut jugak' 
Maryam pelik . 'eh ? kauu ..'




Aku terus peluk Maryam . aku nangis . sunguh aku tak kuat sekarang ni . 
hati aku patah gila . pecah berjuta . retak berbillion. 
'aku kena lucut, yam . kenapa ? aku  sedih, yam .. '
muka aku di bahu maryam . 
aku tahu maryam kaget .
ameera juga .
mereka sudah tahuawal2 yang mereka pasti akan kena lucut juga . aku ?
aku terkejut .




'elin? tapi kenapa kau kena lucutjugak ?' tanya maryam
aku angkat kepala . gelak . mata aku merah .


gelak lagi . gelak sumbang . senyum plastik .
'sebab bawak pisau laa . chill'




Hmm .. fake nya kau , elin .










Time tu , aku cuma fikir nak call umi je .
Umi ..











Jumaat, 24 Jun 2011

You Complete Me

Assalamualaikum .





Yeah .

You Complete Me , lemak2 gedik .
Dan , sekarang aku dah gemook .






























Eh jap . Jap .
Asal setiap kali aq update blog je mesti ayat2 aku mengutuk sumpah seranah lemak2 ni ?
Pastu mengumpat diri sendiri gemook pulakk tuu .
Isk !





Fine !!!
Nanti laen2 kali , aq hapdet pasal kesah laen pulakk !!













NotaPenyepak : aku tak janjii

Ahad, 5 Jun 2011

Lemak Lemak Gedik

Assalamualaikum .



Oh . Apakah ini ?
Umi aku dah tegur , nenek aku pun dah cakap , apatah lagi kawan kawan aku dah komenn ..

Urgh !
Aku makin berkrim ! Berlemak !

Okayy senang cakap berat badan aku naek . Okayy lagi senang , aku dah gemook !


Gemook ?!!


Homaiigoddhh ..   Alolo ~ cemane nih ?
Umi cakap , sejak menjak aku balik dari SESTA cuti 2 minngu ni (merdeka kotttt haha!!! evill) badab aku dah nampak makin gemook . Grr ..

Peh-liss lah .
Aku sedang mencari punca kenapa aku boleh gemook ? eh . jap .
Ayat 'gemook' tu bombastik sangat lahh .. Okayy aku tukar jadi 'berkrim' pulakk .. Terasa lerr jugakk sedikit kecomelannye . Sikit je . Tak banyak ponn ..


*garu2 mata
Oh ya . Aku dah dapat jawapan kenapa aku semakin berkrim !! kehkehkeh
Yelahh . Mane taknye , kat SESTA sehari sampai 7 kali makan :

> sarapan pagi


> makan waktu rehat kat kantin


> makan tengahari opkosss ni laa time aq melantak berguni gunii !!! <---- melampau sangat lahh tuu


> minum petang - sape kata minum petang ni tak menyumbangkan lemak gedik ? Ya !! Aku kata !!


> makan malam ouh yang ni aku melantak bertong-tong lerr jawabnyaa !!


> minum malam - yes ini jugak turut mendermakan lemak lemak gedik untuk bertapa kat badan aku


> minum tengah malam sambil bergosip depan pintu dorm . haaa .. waktu ni lahh yang paling kritikal semua makanan ada - kerepek , biskut , kuaci , air milo , air nescafe , mihun tomyan PAMA , maggi tomyam .. argghh !!! dahh habis mengandungkan lemak2 ni semua ngan geng2 satu dorm yang laen , teros je panjat katil , zzzzzzz !!! 



See ? Macam manalahh sang lemak-lemak gedik ni tak datang bersemayam kat setiap penjuru badan aku ni kan ???


Balik rumahh pulakk , hmm .. tak payah cakap lahh .. Bukan selalu dapat rasa masakan umi kan ? so , demi membalas dendam , aq telaaan je semua yang umi masakk !!

Huuu .. Seedapp sangat ...
Sedapp jugak lemak2 degil ni makin susag untuk dihanguskan ..



Tak pe takpe . Bukak sekolahh nanti aku tau lahh nak buat ape .
kehkehkeh ...
lari2 tangkap bola softboll , lompat2 tangkap bola netball , maen kejar2 kat koridorr ngan si Melorr dorm 41 dan .. ape lagi yek ?


Argh ! Nanti lahh aku fikir !




Err .. sebenarnya ada lagi satu faktor yang menyebabkan aku semakin berkrim sekarang ni .
Period .


Yup . Asal aku kena tembak ngan tentera jepun je , nafsu makan aku semakin membuak buak . Tak tahu kenapa . Entahh laa ..
Pembawaan budak berkrim kot ? hehe



Oh ya . Lagi satu .
Ade sape sape nak boikot lemak lemak gedik yang dah bersemayam kat dalam badan aku ni ?




see ? macam mana aku tak semakin berkrim sedangkan aku makan kek pun krim sampai meliar kat muka aku ?!














NotaPenyepak : hoi lemak gedik ! mentang mentang aku biarkan aje kau bertapa kat dalam badan aku  , kau pun makin naik kepala ya ? grrr !!! memang cari maut laa kau ni lemak gedik ! siap kau nanti !! hiyarghhh !!! *dengan aksi melempang2 perut sendiri .

Khamis, 2 Jun 2011

Secret

Assalamualaikum .




Hari Rabu hari tu , aku lepak lepak ngan kengkawan dari sekolah lama kat rumah Alima . Rindu gilerh woo sama dyorang semuaa .. Yelarh , dah lama tak jumpa , dah lama tak gossip , dah lama tak gelak sama , dah lama tak tambah dosaa so hari tu memang syokk laa ..

Dyorang cakap , badan aku dah makin besar . Maksud yang tersirat disitu adalah - aku da gemook chubby . Wakaka . Aku gelak jee . Tak terasa langsung . Yelahh . Sehari makan 5 kali . 5 kali !




Sekali makan, memang banyak .Tu bukan makan , tu melantak namanya .. huhu .



Okayy lahh sebenarnya bukan tu yang akunak ceritakan .

Aku nampak , dyorang macam hepi gila berborak bergosippasal dyorang punyee pakwe . Boypren dalam bahse omputehh laa .. Yah ,nampak macam gembira dan .. bahgiee .. Tangan taklepas pegang phone tenet tenet pakwe leww kann .. Pastu sengih sorang sorang ... hehe adat leww tuu...


Pastu aku diam . Merenung gelagat diorang ..Tak tau lahh. Tapi opkos lahhaku ada rasa sikit cemburu .. Yelah, ada diantara diorang yang da beberapa kali couple. Ada yang sedang couple baru . Ada yang dup dap dup dap nak jumpa pakwee .. Aku cuma mampu tersenyum jee tengok reaksi diorang ..


Yeah . Aku remaja perempuan , so aku tak terlepas lah dari ada rasa nak mempunyai couple sendiri , kan ?















Tapi .. Aku kena pegang pada azam dan janji pada diri aku sendiri .
Jyeah . Aku nak single sampai aku kawen .

Yes . Mean , aku tanak couple samapi laa aku kawen .Wakaka .
Macam konservatif gilaa otak aku ni kan ? Hmm ..(sambil picit jerawat kat dagu)


Tapi , biarlahh . Masing masing ada pendirian sendiri kan ?
So ,setakat ni aku dah berjaya menghalang nafsu aku daripada bercouple .
Biarlah ada berapa hati yang sakit sebab aku tolak permintaan jadi couple .


Aku punya hati , aku punya sukalah .




Eh kejap . Apsal entri aku kali ni macam ada unsur2 membangga diri je ?
Atau unsur2 kemiangan melampau ? kehkehkeh ...




Aku punya blog , aku punya sukalahh ..






Kepada geng geng aku , aku tengok korang gembira , bahagia , aku pun ikut bahagia jugakk ..
Sebab korang geng aku yang selama ni berada di sisi aku sebelom aku tercampak kat SM Sains Tapah tu , aku doakan korang bergembira lahh menikmati hidup remaja kayy !!



I LOVE YOU GENGS !!!






eh kejap . ni bukan geng aku ni ..



























lepak kat tepi pantai . seperti biasa , lepak time petang jumaat laa ..haha.
dari kiri ; ringing , brinok , ehem2 haishoo dan tatty ..!!*saje letak name hodoh2



cuba cari sape yang single kat situ ? hehe tak tau ! tak tau ! lalala ~




















Wish u'll all the best , geng !





NotaPenyepak : Tak sabar nak dating ngan korangg hari Selasa nii !!!





wassalam ..

Isnin, 30 Mei 2011

Datang dan Pergi .

Assalamualaikum ..



haha . Mula mula ketawa pahit mengenangkan kebodohan diri . Tapi itulah yang dinamakan pengajaran .
Tapi lepas dah lama lama , terasa menyesal pun ada .


Tapi , nak buat macam mana . Kalau dah tertutup , nak buka kembali memang payah . Itu aku .


Aku teringat Kepala Kuda aku . Makin lama , ya , dia makin menarik . Dan smart . Dan jugak hensem . Dan jugak gentle . Fine .

Apa yang dah berlalu tu biarlah .

Sabtu, 28 Mei 2011

Result Exam

Assalamualaikum .


Macam mana ye keputusan exam mid year aku?
Satu je aku nak cakap .




























































































































Aku tak tau nak cakap ape .


ya . tu lah dia ayat aku






































Wassalam .

Rabu, 27 April 2011

Agus ! Tahniahh ...

Assalamualaikum .


Hari tu , sebelum aq balik rumah sini , aku call umi . Biase laa anak umi yang manja lagi kurengg berdikari sangat dan bolehh lahh gedik garang , mestilahh sentiasa sentiasa nak call umi kesayangan kann ? hehe .

Okayy aku call umi just nak tanya pasal Hari Kecemerlangan je - maksud aku , aku sebenarnya lebih terujawww nak balekk awall kehkehkeh ..

Time aku tengah curhat ngan umi , tetiba umi cakap si Ziyad Gedik Boy tu nak cakap dengan aku pulakk . Hokayy sajee je memang gedik betullah Ziyad tuu aku call umi sebab nak curhat ngan umi , bukan nak borak2 ngan Si Gedik Ziyad tu - buat habis duit syilingg je almaklum lahh phone baru kena rampas spotcheck hari tu so terpaksa lahh aku kembali ke kaedah klasik - iaitu menggunakan public phone . Macam sadiss je ..


"Ha , apehal ?" Aku cuba untuk mesra dengan suara sopan aku padahal aku menyedari walau aku semesra macam mana pun , Si Gedik Ziyad tetap akan panggil kakaknya GEDIK jugak ! Hampehh .

"Weii , Hari Kecemerlangan kau hari Khamis ni ." Suara macam nak carik gaduhh je si Ziyad ni . Tak mesra langsung! Macam ni ke adab bercakap dengan kakak yang comel lote pake tomey tomey tatta Cresendo ha ?

"Aku tauuuu ... Umi dahh cakap tadi . Apehal ?"

"Hmm .. kau tak payah balik lahh .."

Hamboii .. Berangin berasap segala lubang telinga , lubang hidung ngan lubang bontot aku bila dengar adik lelaki yang takde sifat mesra cakap macam tu kat kakaknyaa!
Sesedap rasa dia jekk tak kasi aku balekk . Dahh lahh 7 minggu aku tak balekk tak kira aku nak balik nak balik jugak !

"Wekk !! Aku mesti balekk punya !! Kau ni apehal ha nak cakap ngan aku semata mata tak kasi aku balik ?"

"Tak de lahh .. Weyh Lin , kau ingat lagi tak ngan Agus kawan kau yang kat sekolah Banting tu ?"

"Ha ! Agus ! Agus yang aku selalu ejek dia Wak Indon tu ke ?"

"Entahh lahh .. Mana mana je lahh .. Ye lahh tu kot .."

"Apehal ngan Agus Wak Indon aku tu ? Dia kirim salam kat aku ke ?"

"Hii .. Kau ni , semua laki kau ingat kirim salam je , kan ? Perasan ." Okayy tersentap .

"Eii .. Sukati aku lahh . "

"Ha , Si Agus tu dia masuk pertandingan catur peringkat negeri ."

"Hahh ??? Huiyyoooo !! Bapakk terrer Wak Indon tu . Eh , mana kau tahu ni ?"

"Aku pun ikut pertandingan catur jugaklahh .. "

"Oh ye ke ?"*suara macam tak yakin .

"Eh , tapi betul ke Agus tu wakil catur sampai peringkat negeri ?"

"Entahhlahh .. Lebih kurangg macam tu lahh . Aku pun tak ingat sangat ."


"Ouhh ... "Speechless .*tiba tiba teringat kat Agus Wak Indon aku tu . Hmmm ... Terrer jugak mamat tu . hehe

"Eh , dahlah ! Kasi phone tu kat umi ! Aku nak cakap ngan umi , bukannya dengan kau , GEDIK !"

"Eleh , macam lah kau tu tak gedik .." Walaupun suara Ziyad bernada toya , namun ianya cukup
MENYENTAPkan perasaan aku sebagai seorang kakak yang selalu bergaduh dengan dia .

Okayy ..
Sebenarnya , ... Wahhh ... Agus tuuu !!
Eh , aku tak konfirm la pulakk pasal ni , nanti aku nak tanya Myra Nizam geng gila aku kat SMK Banting tu .
But , apa apa pun , tahniah Agusss !!!




Aku yakin Agus sekarang ini sudah semakin kacak .
*sila jangan ketawa !






Jyeah ! Akhirnya berjaya jugak aku mengABADIkan pic Agus Indon kesayangnan aku ni setelah berusaha menggodek godek tergolek golek tertonggeng tonggeng mencari gambarnya . Sila tatap wajah pemain catur yang hebt ini sepuas - puasnya , ya ! haha

Pekasam+pah !

Assalamualaikum .



kalau ada orang tanya : Macam mana hidup kat asrama (SESTA) ?
Aku jawab je : Pergghh ! bestt gillakk ! Best sebab asyik langgar peraturan - sampai tertangkap ngan Cikgu Saliza kat dorm Spirito - tertangkap dalam keadaan aku ponteng riadah dan dalam keadaan bertuala sahaja !
Best sebab hari2 kita dimerit ! Free ! wakaka .
best sebab phone kena rampas time spotcheck mengejut hari tu dan sampai sekarang , phone aq tu agaknya dah jadi pekasam kat pejabat Pengetua agakknya ? --> Okayy mengaku je lahh Elin hakikatnya kau tengah blurr + gundah gulana + pressure bila semua benda2 'best' tu tertimpa kat atas kau .


Yes !
Ouh ! Phone aq .. ~
Nak nangis ! Eh kejap ! Whooaa hahaha padann muka kau Elinn tu lahh sah2 peraturan asrama da cakap TELEFON BIMBIT adalah sama sekali dilarang ! Tapi yang aq ni pergi berfikiran terbuka , " Lekk luuu ... " then bila dah tertangkap ?
Uwaaa !!! tak aci ! Budak lelaki ada je yang bawak phone tapi diorang ade je yang selamat ??
Huu .. ~

Ouh okayy aku pasrah lagi redha dengan ketentuan yang berlaku ke atas aku - adakah ini petanda walaupun phone aq kena rampas dan ianya akan diganti dengan lebih baik ? Contohnya ' aq akan dapat laptop Apple Dell Lenovo iPOD ouh whatsoever ?!!






Hakikat yang pasti sekarang ---> aku hanya mampu tersengih kosong .





'blurr'  -____-''



sepatutnya : 7 langkah menjamin keselamatan menyembunyikan telefon bimbit di asrama .

Jumaat, 18 Mac 2011

Tak Nak Balik SESTA !!

Assalamualaikum .



Aku tak nak balik SESTA . Aku nak duduk dengan umi aje . Dengan parents selama lamanya . Kecuali kalau dah tiba masa untuk aku terpaksa kahwin . Cheaaa nak kahwin pun kena paksa paksa ke ?
Argh ! Abaikan .



Tak nak balik SESTA . Nanti aku nangis nangis aje lagi . Kan susah asyik asyik tiap masa nak lap air mata aje . Mata pun dah naik merah . Dah pedih . Dah sakit . Dah bengkak .Dah perit asyik kena tonyoh dengan sapu tangan aje . Nanti mata jadi macam mata panda . Tak suka . Aku nak mata harimau. Lawa . kehkeh ..






Aku kat rumah pun asyik bersedih aje . Tengah packing baju , air mata pun mengalir . Payah lahh . Asyik2 lepas solat maghrib , nangis . Peluk umi sebagai signal tak bersemangat balik SESTA .





Kejapp . Umi kata , tunggulahh sampai hujung tahun ni . Kalau tak tahan jugak , baru boleh balik . Arkk !
Lamanyaa .. Susah jugakk kan jadi budak manja ni ? Padahal anak sulung . Sakit jugak kan bila homesick segala ni . Kerja asyik nangis aje . Kalau tak nangis , bersedih .




Aku ingat lagi , hari tu Dewan Makan masak lauk tom yam udang . Tom Yam tu dahlahfeveret fud aku . Tapi , disebabkan aku masih dalam proses ke-homesick-an gila , makan tiga suap , pastu dah tak boleh nak telan . Tangan kiri sibuk kesat air mata . Buah tembikai pun aku tak sentuh langsung . Makanan aku terbiar macam tu aje . Membazir gila .  Kawan aku sampai kata " Lauk sedap sedap pun kau tak pandang sebab sibuk dengan air mata kau tu ."
Suka hati aku lahh . Dia pun homesick jugakk .



Lagi lagi bila time DM masak sup lembu . Lagi lah mencurah curah airmata aku time nak makan tu . Sebab aku teringat kat umi aku yang masak sup lembu yang saaaa             ngat sedap sebelum aku pergi SESTA . Last last , tak termakan lauk tuh . Ada lauk sotong pun aku kadang tak sentuh langsung .




Geram giller . Teruk punya homesick . Selalunya aku jenis yang susah nagis kalau duduk jauh jauh dari umi . Tapi , masuk SESTA je terus kena badi homesick .




Ahad , tolonglahhh .. Aku merayu memohon semoga kau lambat datang . Aku tak puas lagi nak duduk ngan parents aku . Tolonglahh kau lambat lambatkan kedatangan kau . Aku berharap sangatt .
Ahad , apabila tiba masanya kau datang , ceriakan lah hati aku . Hilangkan lah gundah gulana aku .






Cuti seminggu rasa macam sekejap sangat . Tak nak balik SESTA.
Maksud aku , aku tak sedia lagi nak balik SESTA .

























 with Mr Irfan Khairi . sama je saiz ayah ngan beliau ni . wakaka



 ouh . cool gillakk . -->raya haji


 ziyad yang kadang2 rasa macam nak tikam tikam dia jee .


 apakahh motiff ?



 yeah . kat indonesia aku naik 5 kilo dalam satu bulan . sadis 




 ayah spoil je .


 with Dr Azizan Osman . waa 







Wassalam .

Khamis, 24 Februari 2011

Agus Yang Cool

Assalamualaikum .




Kat kelas aq - 4 Alfa , aq kenal ngan sorang budak lelaki ni . Namanya Agos .



























Okey . Actually , cara sebutnya - Agus . Not Agos , okayy .
Kejam sangat tuu . Hanya aq sorang je yang bole panggil dia dengan nama tu . Lalala ..

Fine . First time aq dengar nama dia , aq jaadi pelik . Gila . Pelik gila . Gila pon tak pelik macam tu . Haha Agus ? Agus ? Agus ?
Lepas 2-3 hari , baru aq nampak muka dia . penasaran aq sebelum ni dibuatnye .. Chiee .. Takdelah .
First time aq nampak muka dia , aq curi2 intai sikit la. hehe . bukan stalker , okeyy ?


Aq raserr nak je tanya soalan yang dah lama berlegar dalam kepala otak aq ni . nak tanya, dia nampak macam sibuk sangat . Sibuk berborak je laa . Maleh aq nak melayan boy yang sibok bergurau senda bersuka ria dengan kawan2 boy dia yang laen . Sangat mengganggu . Aku tau tuu .


Punya la lama aq tunggu . Last2 aq pon da naek bosan , aq pon pergi la kat kawan fresh aq tu - Izzah , Ain nAmeera . Tengah melawak ngan diorang , tetiba Agos*sebutnya Agus tauu, panggil aq.


"Weh , Amalina .. Amalina !" Dia panggil aq , dan geng2 dia ikot pandang aq .
haha*takde motif

"Emm? Ade pe?"
"Ko dari sekolah Batu Laut , kan ? Berapa orang budak sana yang dapat 8A?"
Pergghh .. aq yang nak tanya dia soalan , dia pulakyang terlebih dulu tanya aq .
"Emm ... 2 orangg .. Kenapa?"

"2 orang? Sape je ?" Fine . mula2 aq takdengar sangat apa yang dia tanya sebaba aq tengah borak2 ngan Ain . Tetiba Agus jerit .


" Amalinaa !! Woi ! Aq tengah tanya kau ni . Kau pulak berborak ngan orang lain" Dan kawan2 dia ketawakan aq . Chettt..!


"Oh . Oh ,sorry . Haa .. yang dapat lapan A?"
"Yelah . Sape ?"
Apeke bengong si Agus ni .. Takkan tak dapat teka kot ? Kalau aq dah masuk kelas 4 Alfa , sah sah lah aq ni dapat 8A! Grr ..

"Err.. AQ .Ngann .. Ameera Najwaa. ... " Suara aq makin perlahan .
"haa?"
"Alah ! Ko tak kenal budak tu apesal nak tanya ? Tak payah taulahh !!" Begang gilokk doe aq time tuu ..

"Ohh .. Okey2 .. Pandai jugak ko ni ekk?" Puji Agus sambil tersenyum .
"Welll . Tengoklahh sapee.." Aq pon senyum gak, senyum gedik bercampur bangga . hehe




Lepas tu aq rasa itulah saat yang sesuai untuk aq tanya soalan ni kat Agus .

"Agus ! KO NI ORANG INDON YE ?!"

































Senyap jap.






















Bhahaha hahahahahaha!
Wargh kah kah kah kah !
Hahahah hahadoiii !



Kawan dia ada yang jatuh sebab ketawanya over sangat .
Muka Agus dah bengang semacam tapi maintain senyumm jee ... Cool . Haha.
Satu kelas ketawakan soalan aq tadi .


Lepas tu  Agus bangun , tumbuk dinding sambil ketawa . "Ko jangan maen2 ngan aq ko .. Aq ni gengster besar kat sini .."

Okey . Aq tergelak sakan .
"KO orang Indon , Agus? Hahahaha!" Tak habis2 kawan2 dia ketawakan dia . Tapi Agus cool je .



"Sorry lah , sebab Agus ni selalu nama kat orang indon aje . So.."

"Takpe2 . Aq faham ."

Hehe .



Then , sejak dari hari tu , asal aq jumpa dia je, aq akan panggil dia Wak Indon . memang muka bengang la dia . But , he is sweet . Not too hensem laa . Cool and gentle laa . Best berkawan ngan dia . Sporting je .



Tapi lama2 dia pulak yang penggil aq Indon .




"Weyh Indon , ko nak pergi mana ?" Grr ..
"Weyh , ko la yang Wak Indon ! Aq pulakk .."











Alamak!aq tade pic dia laa. yela , cemane aq nak ade pic dia kan ? dia pon tade fb*kot ?

















Wajahmu mengingatkan ku
Dengan masa laluku ...






Wassalam .

Selasa, 22 Februari 2011