IcePrincess .

Blog aku adalah arkib hati aku yang sinis dan manis.
Mari bertemu sisi aku dari pelbagai perspektif dan dimensi.
Oh, dan Alhamdulillah :) *ahem!

Rabu, 13 Januari 2016

Call Me Elin But I'm Amalina, Yes IcePrincessQueen Too

Bismillahirrahmanirrahim.


pfttt.. honestly, penat ah nak explain ngan orang baru (or even ngan kawan lama) about different names ni haha bukan salah akuuu T_T

Setiap kali dapat rumet baru, setiap kali jugak lah aku kena explain antara nama nama Amalina, Elin, Iceprinces Queen and even Suza. Souza jugak -_- things just happened ahaha I cannot rewind it lol
Jangan kata rumet baru, even dengan studiomates, ngan geng sendiri pun asyik kena bahan je ngan nama nama tu. sekali lagi, bukan salah akuuuu T_T



better aku buat satu entry pasal (eh gediknya pasal nama pun nak buat entry) (sukati ah) (kena faham sebab aku dah mereput gila babs duk kat rumah ni cuti sem en) (saje nak update blog. salah?) (aku patut stop buka kurungan tutup kurungan ni kan) haa pasal nama. ehem.

malu do. serius.

Elin

Most of my friends, family members, musuh, jejiran, ahh senang cerita hampir semua orang kenal aku dengan nama Elin kan. Korang panggil aku as Elin, kan? hmm.. bagus, bagus. teruskan. taksalah. geng2 aku dari kecik start kenal nama aku pun dengan nama Elin. even geng2 terencat bebudak KAED or UIA pun kenal aku ngan Elin kan. muahahahaha padan muka kena tipu tu bukan nama aku muahahahaha

Elin, dapat nama ni dari Atuk Lipan(Atuk Saripan), jiran atuk aku masa duduk rumah lama. Umi aku cerita, dulu, ,masa aku belum lahir lagi, masih dalam perut, Atuk Lipan  kata, or dah siap panggil aku as 'Elin.'
and dia siap cakap lagi kat umi aku, "Bagilah nama budak ni Elin."

eheh. umi aku dah awkward kat situ. lol. aishh, nama anak sendiri kot biarlah umi ayah aku decide kan? but then, umi aku layankan je.

bila aku lahir, parents aku kasi nama sebenar, (Alhamdulillah, yang baik) (Cahaya Harapan Ibu Bapa), but then, anak Atuk Lipan, Wak Soleh, dia terus suka kat aku bila nampak aku lahir tu. Eee aku kan comel dulu ahahah maluww itteww (k fine),and dia terus panggil aku Elin.

Since that moment, dari aku baby sebenarnya, manusia2 kat sekeliling aku dah start pangil aku as Elin. Aku tak tau apa maksud Elin, tapi hmm boleh laa aku terima laa sebab lebih kurang je kan ngan nama sebenar aku.


Amalina.


Nur Amalina tu nama sebenar. Cahaya Harapan Ibu Bapa. :)
Selalunya, yang pangil aku ngan nama Amalina tu cuma kegunaan formal je ecehh.
contoh, cikgu2 aku. lecturers ke. atau kawan aku yg memang cari nahas -_- tak cari nahas pun dia memang terencat -_- tapi tak marah la dia nak panggil aku as Amalina kan tapi dehek doe hahahaha rasa formal gila hahahaha awkward moment gitu

haa minah cacat tu nama dia Teh -_-
macam malas nak layan dia panggil aku Amalina, tapi tu nama sebenar aku, so..
(sebab aku tanak buat dia krik krik) so aku pun react laa kat dia lol sila faham k Teh.


Elin Suza.

salah keee T_T salah kee aku nak letak nama Elin Suza kat profile aku, akaun aku, buku aku, harta benda aku salah keee T_T
k dah habis drama.

(benda biasa) people will ask,
"Kenapa Elin Suza?"
"Nama glemer letteww.."
"Woahh uniknya nama Elin Suza. apa maksud nama tu? lol

taklahh. aku suka letak nama  Elin Suza sebab bagi aku dalam nama tu je ada nama aku, ayah aku and umi aku.

Elin = Amalina, aku
Su = Sulaiman, ayah
Za = Filzah, umi

actually nama Suza tu ayah aku dah lama guna since belum kahwin lagi ngan umi aku. dia guna Suza masa kerja kapal lagi. letak Suza kat harta benda dia as territory dia ah kira muahahaha

Suza = Sulaiman bin Zakaria

but then bila dah kahwin dengan umi aku, eh masuk pulak ngan nama Filzah.
Suza = Sulaiman + Filzah.
so, they stick with Suza. hadiah anniversary semua guna nama Suza je.

eii geli laa sweet sweet gabung nama ni ahahaha ai kenott lol
tak boleh nak brain hahahahahahahaha

and since from that, kitorang adik beradik letak nama Suza after nickname. cuma adik bongsu aku je gedik (Suza Sofea) eii tak aci umi aku guna nama dia untuk umi aku punya email eiii gerammm hahaha

gedit, Elin Suza?

k move on.

IcePrincess Queen


bhahahahahahahahahahahaha seriously aku sendiri pun takleh brain kenapa ada nama IcePrinces Queen dalam life aku ni. tapi nama IcePrincess ni seb baik guna kat FB je taaapiii T_T tskk..
semua orang ingat nama tuu.. semua orang ejekk... tsk tsk wuwuwuwuwuw
aku pun malu do seriously korang ingat aku tak segan ngan nama Ice Princess Queen tu? hahahaha malu do sumpah rasa nak hiris je kulit muka  ni eiii

tapi, cukuplah korang tau nama IcePrincess Queen tu nama aku buat masa zaman aku cikaro form 2 dulu hahaha. umur 14 weyy, ape je la otak aku fikir kan hahaha mana matang time tu. pfftt.
and, profile name aku tu dah tak boleh nak edit ke nak ubah ke dah tak boleh dah.

seriously.

jangan kata aku gebang. aku tak gebang ea korang ingat aku suka sangat ngan nama IcePrincess Queen tu? puihh
alahaii.. takpelah. ada la pengajaran dia kat situ.

aku punya profile name kat FB dah kena block ngan FB tu sendiri sebab TERLALU BANYAK KALI TUKAR PROFILE NAME masa aku form 2 sampai aku rasa Mark Zuckerberg pun dah tension ngan aku lol
srius ni serius. bila tiba masa kematangan aku datang, aku nak tukar nama, dah tak boleh dah. kat account setting tu siap keluar notification
'Kau dah tak boleh tukar profile name lagi dah. kau dah kena blok. BLOCK, faham tak? dah takyah nak gedik2 edit lagi dah. pi mampus. aku berambus dulu. bye adios amigos.'

k.
k.
k fine.

and since that aku memang insecure gila bila ada kenalan2 yang mintak akaun fb aku like lol notooo whatt its soo embarassing hahahahaha. just gimme your phone or laptop lemme add myself in your account you dont have to struggle typing my name and
obviously im not gonna let you laugh grrr

but the, hmm...
sampai sekarang ada je manusia yang memang gay menggedik panggil aku guna nama IcePrincess hahaha. aishh aku sabo je. senyum je do dah tu memang kesilapan aku lol :)
but seriously, dont call me as ICEPRINCESS QUEEN kat public doe seriously malu like seriously im gonna find you
and kill you
or just voodoo you.

contoh, macam perangai Iwang ngeng tu -_- takperlu kot dia nak panggil aku dia sebut kekuat segala nama aku
Amalina! Elin! Elin Suza! IcePrincess! Sini jap kauu! Sinii!!
-_- like wtheck doe eiii kuangasam eiii nasib baik dalam studio je grrr


and jangan cakap aku takde usaha nk tukar balik nama tu. dah, k. after 5 years, masa aku aku 20 tahun, aku nak edit balik nama aku as Elin Suza but still -_- kenot -_-
link dia je yg keluar nama as Elin Suza -_-

IcePrincess Queen nya maintain gak kat situ arghhh
apehal doe kena block arghhh

pheww
*inhale deep deep deep rolling in the deep breathe
*exhale




Elenne Souza


-_-
k.
k.
fine.

biarlah. salah ke aku nak eja Elin Suza ala ala France spelling? lol walaupun mana tah France dia tu muahahaha

oh Elenne Souza tu akaun IG aku. dah dah sampai disini
kisah kita jangan tangisi
keadaannya


ada gak Babah terencat pi eja nama aku kat whiteboard list nak consult ngan Madam Zaiton as,
ElinSouza -_-

hmm k fine k whatevs



daicelynsuaze

email.
thats my email.
k baiklah aku mengaku aku ada 2 nama email yang sangat2 tak matang muahahaha

iceprincessqueen21@gmail.com
and
daicelynsuaze@gmail.com


T_T

aku patut create another one yang lebih formal hmm

daicelynsuaze = the ice elin suza

haaa k gelak lah. muntah lah. menyampah lah.
aku sendiri dah penat nak hadap diri aku yg tahpape ni.

daicelynsuaze aku rekabentuk sendiri masa aku form 4. 16 tahun lagi time tu -_-


hmmm aku boleh nampak lahh, boleh relate,
yang sebenarnya rupa rupanya aku takpernah matang sampailah aku habis SPM.

well, sampai sekarang pun tak matang2 lagi muahahahahaha
biaq laaa


k dah bye
adios amigos








06.19 pm
13/1/2016
Wednesday
Stand By You - Rachel Platten



Selasa, 12 Januari 2016

You Sat Down Next To Me And I Forgot How To Breathe


*inhale deep deep deep rolling in the deep breath
*exhale



Bismillahirrahirrahmanirrahim.

honestly, zaman aku putus nafas, zaman aku berdebar, berpeluh, pucat overdose, blushing tanpa sebab, menggeletar parkinson tu semua dah lama berlalu.

i feel nothing rn anyway.

cukuplah. zaman tu zaman aku nak membesar, baru nak develop semuanya. develop akal, hati, dan ketinggian miahaha. zaman tak mantap lagi kefahaman agama. zaman iman goyang goyang bak jelly jiggle jiggle jiggle mehehe

and now, today, I realised one thing.
well dah lama sedar sebenarnya, tapi saja nak tulis dalam entry ni manalah tahu aku akan lupa satu hari nanti. manalah tau kann ehehehemm since lately ni banyak sangat azam yang aku dan langgar. pfftt

yes I do have a heart.
and I'm just like other typical Malay Muslim normal girl.
I feel jealous, I feel annoyed as well.
and I'm crazy. like, so crazy sampai umi cakap
"plis behave nanti sapa nak pandang kakak as calon menantu? sape nak datang lamar kakak kalau ganas sangat perangai." T_T


I'm jealous and annoyed because
I have a heart.
and my heart
was falling
for someone.

haa sampai situ je stop stop cukuplah. kalau dulu, aku layan la gedik gedik jiwa ni.
but now, its way more important to keep my heart sincerely serves Him,
because my heart is Him's, my parents, and

before I am ever anyone else,
I am mine :)


and now,
pheww it's clean and clear alhamdulillah :)
walaupun jyeahh kfine ada lah tertinggal sikit sisa sisa tu but no I'm not gonna waste it anymore.


lain kali,
bila Allah takdirkan aku jatuh cinta lagi,
biarlah perasaan ni bawa sampai lafaz aqad. Insya Allah :)


cant wait till the moment when you sat down next to me
and I forgot how to breathe.
I think i'm dying when i have to touch your hand for the very first time.






Tuesday
11.22 pm
12/1/2016
Love Who You Are - Harris J




Never Ask Allah's Plan for Us. He Knows Best

24 Mac 2014
#majorthrowbackentry


Bismillahirrahmanirrahim.


So, baru siapkan drawing tadi yang key plan and location plan for Sungai Congkak. bajet power sangat ah kan padahal trace je kahkahkah kbye -_-

again, talk about my current course. Foundation in Architecture and Environmental Design(AED) at Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia(IIUM) or Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya. sekarang ni, bebudak asasi UIA kat Petaling Jaya and sikit sikit je yang kat UIA baru kat Gambang. tu pun baru budak medic je.

CFS ni dulu, sebenarnya adalah Matrikulasi UIA. so, jangan emosi kalau sesapa tanya:
"Study katne?"
"Kat Pusat Asasi UIA :)"
"Ooohh, yang matriks tu ke?"
Okay stop, jangan bunuh si tukang soal tu. Dia tak bersalah. dia cuma kannibal je*tetiba -_-

eh, kan nak cerita pasal course aku tadi?

okay, sinopsisnya, aku memang TIADA NIAT, KEINGINAN, HASRAT or whatever kat course ni masa aku mohon UPU dulu. UIA memang aku aim awal awal, tak tau kenapa nak UIA sangat, maybe nak kawen awal macam Dena Bahrin kot*melampau ah kan? Lari dah niat nak menuntut ilmu. well, whatever.

so, aku dah pilih course yang aku nak aaand, tangan aku GATAL GEDIK CIKARO NEGRO klik kat course AED ni. FOR FUN.

JUST for fun. and, actually course ni last choice aku. LAST CHOCE. just nak penuhkan tempat je.

klik, send, senyum :)

dapat offer, SPEECHLESS. Rasa macam nak menangis. hantuk kepala. bakar laptop tapi fikir 55 kali. eh tak boleh bakar laptop tu open burning nanti jerebu*mengarut kbye -_-

last choce tu lah yang aku dapat. sumpah, rasa bersalah sangat sangat kat umi. SANGAT.

tipulah kalau kata umi tak sedih. umi nak sangat tengok aku ni dalam bidang kesihatan even anak daranya ni takdelah sihat sangat -_- minum aissss je even nenek membebel;

"Anak dara tak elok minum ais nanti badan kembang tak langsing takde sape nak kawennn!!!"*dalam bahasa Jawa.

well, whatever. hahaha

Architecture? The hell. What is that? Laaah, course yang aku tekan memain tu- yang last choice tu- yang Seni Bina dan Reka Bentuk Alam sekitar tu- dalam bahasa Inggerisnya- ARCHITECTURE and ENVIRONMENTAL DESIGN ke?

kah. kah. kah.
sapu span basuh pinggan kat muka sebab bengong sangat.

aku tak pernah dengar pasal course ni. walaweyy kau ni generasi R ke? sumpah, aku tak tipu tsk tsk yang aku tau, ada orang kerja arkitek je. aku tak tau pun course ni wujud. masa aku tekan course aku memang tak tau apa apa. aku memang menyedihkan.

dahlah last choice. aku taknak. aku memang taknak. aku taktau apa apa. aku lost. tak boleh jadi ni. so aku start jalan jalan dalam Google.

then baru aku tau.

ada satu benda yang buat aku lega. kat UIA, boleh mintak offer nak tukar course. takpelah. seklarang ni, istirjak banyak banyak.

ISTIRJAK. Redha. Ikhlas. Pasrah.

mengadu kat Hajar, class assistant 5 Helianthus masa kat SESTA dulu. and her words, woke me up.

"ALLAH IS THE BEST PLANNER EVER."

Masya Allah. Subhanallah. Astaghfirullah.

betapa aku selama ni aku tak bersyukur. cousin aku, mintak UIA, mintak course ni, tapi dia tak dapat. aku dapat. tapi? marah marah. kutuk kutuk diri sendiri.

Forgive me, ya Allah T.T

further entri, Hi AED and Keraguan. malas ah nak taip ngan ulang benda yang sama. dah la pukul 4.37 pagi sekarang ni, kau nak expect aku rajin menaip? takpelah. terima kasih jelah ye :)

apa yang meyeteresskan adalah- when someone older then me asked ;

"Dapat U mana?"
"UIA :)" bahagiaa tau dapat U ni. Universiti impian :)
"Ohh, nanti jadi ustazah lah ye?"
*senyum perit.

pleasee lah, please lahh, jangan konservatif sangat boleh tak? Universiti Islam Antarabangsa doesnt mean semua graduated student akan jadi ustazah atau ustaz. just because of its name- ISLAM.

Masya Allah. Sabar je lah. mereka dilahirkan dari U ni dengan ilmu penuh di dada*ecewahhh klise gilos ayat. okay tukar tukar

Mereka yang keluar dari U ni Insya Allah, Insya Allah cukup bekalan ilmu duniawi dan akhirat. Insya Allah :) bergantung kepada kerajinan kita join usrah or talk, and keimanan kita jugak :) Insya Allah.

and, asal UIA je, tudung labuh, bosan. UIA je, tudung labuh, bosan. Bosan je, tudung labuh, UIA. *pegang dahi gaya Miranda Kerr kejap.

aigoo ahjumma ahjussi ahjukku! Pakai tudung labuh tu amma appa babuji, sebenarnya tata tertib cara kita berpakaian menutup aurat.

Lelaki- menjaga pandangan.
Perempuan- labukan tudung sehingga menutupi bawah dada.

Surah An Nur.

Haaa nampak tak aku tak complete bagi penjelasan? Sebab aku dungu. Ayat berapa, aku dah lupa. Sungguh, aku mengafaz ayat cuma untuk markah aku. Aku benci diri aku. Mana keikhlasan?

Also, another one thing, okay, this is kinda sad.

I bumped with my teacher when I was still at SMK Batu Laut. A an ex student, I respect her, salam and kiss, and smile :)

Then she asked me;
"Awak kat mana sekarang ni?"
"UIA cikgu :)"
dah nampak pandangannya pada aku mulai menurun. bagaikan UIA tiada taraf.
"Ohh. Course?"
"Architecture :)" and I love architecture :)
"Ohhh." Hilang pandangan kagumnya.

I know, beliau fikir aku akan ambil something that related to medic or something health science. I knew it. But, my SPM result was kinda pathetic and tak menyelerakan and rasa macam nak liquid je semua gred tu.
My family member oso think about the same thing.

but then, after dah 3 sem kat course ni, dengan sem ni sem last, I realised.

Subhanallah Masyaa Allah. Ada hikmah kenapa Allah tak takdirkan aku terpilih masuk kos health science ni.
I can collapse kalau nampak darah. Bau je pun dah mabuk hilang balance nak berdiri.

eh, apahal guna kata ganti diri 'I' pulak ni? gedik ea kau? gedik gedikk dah dah syuhh.

one night, me and Anati, the girl with Australian mix yang always ada intention nak bunuh aku guna cutter, stay up for our very first model. well, just mockup. but still, we tried to finish it that night jugak..

actually dah dengar banyak cerita pasal students AED ni kira dah biasalah kalau jari terhirislah, jari terpotonglah, jari terlukalah, jari hilanglah*haaa itu over, so as what umi said,
"Always start your works with Bismillahi tawakkaltu alallah."

Because its 'Tawakkaltu 'alallah.'
Bertawakal segalanya kepada Allah.
Apa apa terjadi, aku redha, ikhlas, pasrah.

bukan setakat doa naik kenderaan je.

then as usual, aku sumbat earphone. dengar lagu. lahan. umi ngan ayah marah gila bila nampak aku lahan.
aku pun sebenarnya takut nak siapkan model dalam keadaan lahan ni, syaitan banyak, takut macam macam boleh jadi. so, nak meredakan hati aku, aku pasanglah Surah Al Mulk, Mishary Rashid al Afasy.

Subhanallah. Sedap. tenang. Buat model sambil senyum.

then, terdengar Anati tiba tiba mendesis.
dia pegang jari dia. then she said;

"I just cut this board then I felt something itchy at my pinky and sweet fingers. I thought-"

darah banyak GILA keluar.

aku dah rasa pening. rasa nak muntah.

"Anati... da...rraahhh..." So much blood.

the Anati lari pergi kat laundry area, yg tempat student ambil wudu'. And I was like "Masya Allah! !@#$%^&*(*&^%$#" aku pun tak faham apa yang otak aku fikir masa tu.

pastu teringat umi ada bekalkan gauze banyak, so dengan earphone kat telinga, phone kat tangan, capai sebungkus gauze, lari pergi kat tempat air tu.

bau darah kuat gila. rasa nak muntah. sangat. banyak. Darah yang keluar dari jari Anati macam non stop. dia dah tepek gauze tu dalam 2 3 keping. penuh gauze tu dengan darah, aku kasi yang baru, penuh lagi, tukar lagi.

weyyy anati bila nak habiss?!!

aku dah macam terkinja kinja kat situ, berpeluh peluh lap dahi, dengan bau darah dia, dengan warna darahnya, dengan darah yang menitis nitis mengalir..

Ahhh. aku rasa macam aku nak biarkan dia je or nyorok kat somewhere else asalkan aku tak nampak darah like seriously I really cant stand with the blood, colour, and smell!!

masa berdiri sebelah Anati sambil tolong gantikan every pieces of gauze with heavy flooded of blood, berapa kali je aku tak nampak apa2. I mean, aku berdiri, tapi aku taknampak apa apa. semua gelap. sekeliling aku. and rasa macam aku dah terhuyung hayang.

but then i guess inner strength aku yg keep me conscious kot. tak habis2 mindset,
"Elin, kau kena kuat. Kau kena KUAT. Kau kena sedar. keep conscious. Kalau kau pitam kat tempat wuduk ni, sapa nak tolong Anati? Dia lagi teruk kot. Darah banyak gila non-stop. Kang tak pasal2 kau pitam, Anati takde sapa tolong, dia pun mati sebab darah habis."
Pheww.

Berapa kali je aku geleng kepala kasi liquid kat otak aku balance kan aku yg dah macam mabuk todi. berapa kali je anak mata hitam aku naik keatas tinggal mata putih je.


hahahaha ni kang kalau ada sister lain ada kat tempat kejadian mesti dia akan ingat ada exorcism kat situ. dengan aku badan goyang goyang kiri ke kanan, dengan mata hitam naik atas tinggal mata putih je, dengan darah merata rata penuh satu lantai, dengan bunyi Anati mendesis macam kena sembelih lol boleh jadi Legend Story of Mahallah Khadijah kot muahahaha

k back to reality.


Anati dah start hilang balance dia lepas 2 bungkus gauze habis dia buat tekap darah. dia dah nak jatuh nasib baik start sambut dia.

aku punya la cuak camne kalau dia mati on the spot kat situ weyyy I kenot aku dah la lemah bab2 kematian jenazah mayat nisan kain kapan kapur barus semua ni weyyy aku memang takleh nak bayang kalau betul ajal dia kena cabut bebetul depan mata aku canne aku nk siapkan model utk sebmission esok ni perghh.

darurat betul malam aku time tu.

aku panggil anati berapa kali pun dia takjwab dah.
sebelum ni masa aku tengah mabuk2 todi nak pitam nampak darah dia boleh lagi chillax.
"Elin, its okay hihi. :) Come, I need more gauze."
"It hurts so much. so itchy."
"why the blood never stop coming out? darn it!"

sementara tu aku kat sebelah dia dah bunyi;
"waawabbbahaaa luu waa hnghhh ahhnatii.. hngghh bloorrddd..."

tapi sekarang boleh pulak dia takde reaksi langsung! Matilanakk

Masa dia dah start jatuh kebelakang (ohh aku sempat sambut) (haa macam cerita romantik en) (sweet en) (tak sweet pun) (horror ada lah, gilo), dia cakap,
"Elin, I cant see anything."
"Eh why everything is so dark?"

ahh sudah.

Pastu Anati pulak yg start bunyi macam aku tadi bunyi mende tahh. Hish nak tanak aku kena usung dia pi bilik jugak.

Then I realised ohh maybe dia bayak keluar darah sampai collapse sebab dia berdiri, kedudukan jantung dia lagi rentah dari jari dia. gravity. no wonder too much blood. (k jangan kecam aku) (aku bukan budak medik pun) (aku budak archi cuma ikut logik je) then aku fikir kena cecepat baringkan dia kat katil ni.

Masalah datang bila Anati dah tak boleh jalan. kaki dia berat. takleh berdiri langsung. kaki dia dah jadi lembik. yelah dia pun dah unconscious kan. aku paut pinggang dia kuat kuat, biar dia tak jatuh basah kat lantai. nak jerit panggil rumet lain kang macam mengganggu pulak pukul 4.30 pagi tu. cisnan betul.

dengan aku yang taksadonya heretlah anati menapak pi bilik. masalahnya lagi dua bilik, badan anati dah lembik macam apetah meleret je sampai aku yg mula mula peluk dia paras perut tetiba dah jadi paras ketiak dia.

aku dah cuak gila babs kau jangancakap ah hahaha. dengan darah dia yang tercalit2 kat tangan aku, kat muka aku, dengan takde sapa boleh tolong, dengan aku peluk dia menghadap muka dia yang tinggal mata putih je, dengan bau darah lagi, dengan hallway level 4 sunyi sepi namati wuwuwuwu rasa nak nangis. tapi kang kalau aku bebetul nangis tetiba ada la yang ikut join aku nangis sama hoii haruu hahaha

sampai je depan water cooler, aku bukak air sejuk, aku sapu kat muka Anati. Memang tak dengan lemah lembutlah jawabnya sorila hahaha aku cuak gila kot dengan tahan nangis lagi. sebelah tangan peluk dia sebelah tangansapu air sejuk kat muka dia, kat leher dia, kat telinga dia (aku pun tak tau apa logiknya aku buat mende alah tu bhahahah) (teori aku mengatakan aku harap dia terkejut sikit kot kotla bila aku sapu air sejuk ke apa kan)(hampeh takdepe yang boleh tolong muahahaha) (teori tahpape)


sambil sapu, sambil tampar2 sikit pipi dia (sorri terjahat sikit time tu anati) (i still love you as always)
"Anati, wake up!"
"Anati! Anati! Talk to me!"
"Open your eyes Anati girl!"

k dia takde respon k

nasib baik masa aku drag dia sampai depan bilik kitorang, Bum ngan Shika automatically terbangun. nampak aku tengah heret anati yang memang lawak ah posisi anati time tu. aku peluk paras ketiak dia, while lutut dia almost cecah lantai lolll tulah apasal tinggi sangat; diorang terus sambut anati.

nasib baik lepas dia dah baring, after a few minutes (kitorang angkt tangan dia yang luka tu tinggi tinggi), Anati pun sedar. dah boleh celik dah. dah boleh bersuara dah tak keluar dah bunyi bunyi pelik dia.
 Siap boleh bantai gelak sebab pelik.
"Eh how come I can be on my bed? seriously guys?"
"Isnt just now we were at ablution area?"

"Ye Anati, ye. Takpelah. asalkan kau sedar tu dah cukup dah weyy."

and after that, Bum and Jiha yg take over jaga anati hahahaha aku dah separuh nyawa dah. nak sambung model pun dah takde nafsu. Lepak2 sambil tunggu Subuh masuk.


See?
Allah is the Best Planner after all.

Ada hikmahnya, aku tercampak masuk Archi ni. Mungkin aku tak nampak lagi. Masa depan adalah perkara ghaib.

All I need to do now is, keep on striving, tawakkal. usaha usaha usaha jangan sesekali putus asa. Sebab Allah benci hambaNya yang mudah berputus asa. Doa jangan lupa. Solat jangan tinggal. Jangan sesekali tinggal, sebab solat tu dah jatuh hukumnya wajib, arasso?


Sebab tu, everything, anything that Allah gives to us, we MUST, accept it :)
Say, "Alhamdulillah." :)

Husnuzhon.









5.40pm
24/3/2014
Raef - With You (Chris Brown Cover)

Tentang Bakal Pemilik Jiwa

31st December 2013.
 #majorthrowback

Bismillahirrahmanirahim.



Ayu Zamani said:

"minta kepada walinya untuk ta'aruf, bukan minta dengan dia untuk bercouple. Trust me, cair hati wanita yang dirisik pemuda melalui orang tengah & walinya.."

________________________________

Asma Suardi

said:

"Bila sudah berkenan. Terus jumpa walinya.
Dirinya akan terasa begitu 'mahal' & dihormati."

_________________________________

Insyirah Hafizah

said :

"Tak payah nak risau,kalau orang tu serius, insyaallah dia akan datang bertanya:-) "
_______________________________


myilham.com said :

"Tiada istilah 'cuba-cuba pikat' atau 'test saham' bagi seseorang yang benar-benar ikhlas mencari pasangan hidupnya kerana Allah."

________________________________

Nur Kakak said :

Jodoh tu Rahsia Allah. Tak perlu tergesa-gesa. Allah tahu kemampuan seseorg sama ada sudah bersedia atau blm utk berumahtangga. Bersangka baiklah dengan Allah.

"bila Allah kata belum, bukan bermaksud tidak akan. bila Allah kata ya, bukan bermaksud tanpa ujian. tapi, bila Allah kata "Berdoalah!!", nescaya Dia akan perkenankan :)"








dear future husband, im sorry for admiring someone else before I meet you.

dear future husband, I wanna make you the happiest man alive as long as youre willing to do the same!

 Love. Love is something that we cannnot hide nor stop. Sometimes you cant express how you feel. Then other times the only was you can is through love letters quotes and poems. Express your love to that special someone here.

Your future husband/wife has already been chosen for you, so it makes no sense that you're crying over someone who doesn't belong to you.




(Crush) Aku Ajak Aku Kahwin

18 Januari 2015 #sumpahmajorthrowbackentryni

Bismillahirrahmanirrahim.


Hmmm boleh tak kalau aku nak cakap*more to cipta angan angan sendiri* yang aku mimpi crush aku lamar aku sebab dia doa pasal aku sebaga jodoh dia waktu dia tunaikan Umrah di Mekah?

Bahaaaa. Whoa.
Dia. Lamar. Aku.
Dalam mimpi.

Heh.


Ahh. Tak kira tak kira.

Aku dapat satu bilik dengan senior aku yang mana- housemate aku sangatlah anti kat dia dan kalau boleh "Kau jangan mention nama dia depan aku. Aku tensyen hergh!" Gituww. Ntah kenapa aku dapat satu bilik dengan dia and as expected, dia memang sangat blur.

Kebluran dia tu lah yang buat kawan aku tak suka dia sebab menyusahka orang haaa.

Aku tengah kemas kemas bilik, buku buku yang bersepah dengan senior aku duduk bersama dengan blur dia hell yeah muka cun tapi blur maleh layan -_- then tetiba crush aku masuk.

"Err. Elin mana?"

"Aku. Kenapa?" Dia tanya Elin kat mana kan? Pahal kau jawab lain?

"Aku.. err..Aku nak ajak kau ni."

Tipu ah kalau aku tak rasa berdebar, tangan seram sejuk, muka panas bila dia berdiri depan aku. Even dalam mimpi pun.

Even I lost my words. Too fascinated after all. He's so adorable, handsome okay dah syuhhh syhh mimpi je.

"Okay."

"Aku nak ajak kau.. pergi dengan aku... esok. Emmm.. kita berdua je."

"Okay." Ntah kenapalah aku speechless sangat. Dalam hati dah meloncat loncat over excited whoaa dia ajak aku keluar. Berdua.

"Aku nak bawak kau jumpa.. err.. family aku.."

Ooookayy. Muka dia serius cuak and nervous. Cmon baby, chillax. I like you already wait what?! Kau nak bawak aku jumpa family kau?

"Kalau kau nak tau, ni.. hmm.. first time aku ajak perempuan keluar.. And.. Kau perempuan first aku bawak untuk jumpa family aku. I mean, ini first time bagi keluarga aku.. err.. belah ayah aku lah."

Aku tak faham apa maksud dia 'belah ayah aku' dia tu. Aku dah excited sangat bila dia kata aku perempuan first dia ajak keluar and perempua first dia bawa jumpa family dia. Rasa nak menjerit depan dia sebab excited saaangat tapi reaksi aku;

"Okay." Meh.

Aku pun suka kau juga, crush. Janganlah nervous sangat. Aku pun nak jugak confess kat kau time tu jugak "Crush, aku pun suka kau jugak. Ni kau lamar aku ke apa ni? Aku excited gembira bahagia dan semualah perkataan yang ada dalam Kamus Dewan Perkahwinan choy haha. Tapi it always end up with my respond;

"Okay."

Haa tu lah mengutuk senior aku blur padahal -_-





*pfftt to be truth, aku da ingat aku mimpi siapa. Siapa crush aku masa aku mimpi benda alah nii blerghh ehh jap orang yang sama ke orang yg lain? muahahahaha